Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Keguguran

Dont get me wrong. Keguguran is not only for abortion only. *wink*


I had a very very terrible hair loss. It's true!! Sampai boleh rasa eh kepala makin ringan. Skang ni, tak boleh nak main-main dengan rambut lagi. Pegang sikit dah gugur. Hoh, sungguh rapuh *sobbies*. Dah macam-macam shampoo guna tapi still it doesnt work. 

Orang cakap antara faktor pemangkin rambut gugur ni mungkin disebabkan stress. I agreed! Mungkin ya. Masa saya belajar dulu memang rambut dah start gugur, I realized maybe sebab terlalu kuat study cheywah! Tapi sampai skang macam makin menjadi-jadi pulak. Makin teruk. Tak boleh nak cakap stress sebab study (zaman study dah lama ditinggalkan). Lepas puas cari sebab-sebab, I decided to say that my hair lose is maybe due to 'masalah dwit'. Yer, saya sangat perlukan dwit T T.

Sebenarnya saya dah lama buat research google sana sini untuk cari shampoo yang paling sesuai untuk dipakai. Tapi still tak yakin. Nak beli yang mahal-mahal takut tak menjadi rasa cam rugi …

Kerinduan pada zaman kanak-kanak

Rindu!! I miss my childhood so much.


Bangun pagi, celik mata terus pikir nak makan apa, nak main masak-masak tak pun permainan yang intelek sikit nak main doktor-doktor eh tak la nak main jual-jual guna pasir sebagai nasik, daun bunga raya dihiris kecil-kecil buat macam ulam gitu, batu jongkong tiga tongkol nak buat ala-ala dapur, tempurung nak buat kuali T T. Dulu duit habis buat beli pisau lipat 20 sen. sekarang ni rasanya dah cecah 50 sen kot tak pun lagi mahal. 

Pernah tak time kat sekolah dulu selalu nak compete dengan kawan-kawan siapa lagi advanced (budak-budak memang selalu camtu) ada barang itu ada barang ini. Siapa-siapa yang bawak pensel warna 'LUNA' (bukan Luna Maya okay) wah hebat! Kalu tak silap harga dalam RM 3.50 time tu. siapa yang beli yang ada 24 batang tu gila hebat dan kaya! Pastu kat tempat buka yang lipat tu mesti tulis 'Jangan ambil tanpa kebenaran. Hanya ahli keluarga saja' including me tulis macam tu kikikiki.


Pastu pemadam ni kalau boleh tak na…

Kenali tanda-tanda awal Autisme

Hello semua!!


Hari ni rasa macam nak share something useful. Ceywah. Sepanjang saya hidup, saya memang pernah dengar perkataan 'autisme'. Tapi tak pernah amik tahu pun apa itu autisme. Eh,tapi saya tahu itu sejenis penyakit cuma tak tahu penyakit yang macam mana umtil I watched this muvie My Name Is Khan. Owh, macam ni ke penyakit autisme.


Autisme atau nama lebih spesifik disorder of neural development (kecacatan perkembangan tegal) ni melibatkan fungsi otak dan juga dianggap sebagai penyakit neurologi. Penyakit ni boleh dirawat tapi malangnya tak dapat dipulihkan. 


Suddenly a few days ago, saya ada terbaca pasal ciri-ciri autisme kat kalendar Guardian (ceywah,promot2!! sambil menyelam sambil minum air). Kalau nak kalendar untuk 2011 boleh dapatkan di Guardian dengan harga RM10. Kalau nak free pun boleh tapi ada syarat la kena beli barang-barang bernilai RM100 and above boleh dapat free. Lagi menarik, it's not just a calendar tapi kat dalam ada kupon produk-produk terpilih bo…

Penat

Hello..rasa cam lama giler tak update padahal baru je 3 hari kerja. Tapi serius rasa cam dah setahun kerja, amat penat!! kerjanya berdiri, susun-susun barang sambil curik-curik duduk, kira duit berjuta-juta, bukak kedai tutup kedai. 1st day kerja - dua jam pertama rasa cam ahh beshnye kalau belajar,takyah diri,duduk atas kerusi jer cekgu soal cepat-cepat sembunyikan muka kiut di belakang kawan-kawan yang besar. Lepas tu dah abes belajar terus keluar serbu cafe carik makanan tak yah nak tutup pintu kelas ke ape. ahh,miss dat moment huhuhu. 




Tapi, Kerja ape yang penat sangat tu?? Jap, ada ke mana-mana kerja yang tak penat?? okay, lu pikir la sendiri eh tak nak minat nabil lagi la!! next time saya bagitahu la kerja ape tu. sesiapa yang rasa ada kepakaran menujum kerja apa boleh cuba teka dan tinggalkan jawapan di ruangan komen. Hadiah:misteri! hehehe




choww



Peluang Datang Lagi

Jika gagal tak guna mengeluh, yang berguna adalah kenalpasti kenapa gagal dan buat sesuatu supaya tak gagal lagi     -Tun Ahmad SarjiHai semua. Dah seminggu tak update belog menampakkan betapa bizi nye saya dengan benda yang entah hape-hape :D


Pernah tak korang terpikir apa sebab-sebab yang menggagalkan korang untuk mendapatkan sesuatu kerja? Selalu orang akan nasihat kita takpela takde rezeki cuba cari mana silapnya TAPI pernah ke kita cari silapnya di mana?


Rasa-rasanya kenapa korang gagal dalam interview?

Tak cukup konfiden- yang ni memang perkara biasa. Saya pernah dengar orang bercakap tak boleh nak tunjuk konfiden sangat nanti orang takut nak amik kita kerja sebab nampak terlalu berdedikasi takut peluang mereka pun dirembat. betol tak? Papepun salah satu solusinya sentiasa berlatih di depan cermin bermonolog seorang diri supaya lancar dan kekalkan momentum keyakinan. Jangan minit pertama je konfiden orang suh perkenalkan diri pastu terus prestasi merudum tak dapat jawab (ini meruju…