Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Orang luar lebih memahami dari diri sendiri?

Pernah banyak kali, bukan sekali dua aku menangis tengah malam buta. Kenapa? Bukan ke itu memang timing terbaik untuk muhasabah diri? Sedih, sebak, geram bermacam-macam lagi bila orang asyik tanya soalan itu soalan ini.

kenapa kau nak resign? Dah dapat kerja lain ke? Bukan ke gaji dah okay? Kenapa nak resign?Eh, jangan la resign, susah tau nak dapat kerja sekarang ni.Sabar la, pergi kerja mana-mana tempat mesti ada pressure, ada problem.Biasa la kena marah dengan bos, nama lagi bos. Memang dia ada hak nak arah orang itu ini.Kerja mana-mana pun susah dik.



Mulut yang bercakap memang senang. Orang yang menghadapi situasi ni macam mana pulak? Kesimpulan nya, orang-orang yang suka cakap benda ni maybe;



Pertama; Orang yang yang tak pernah ada pengalaman kerja, yang tak kenal apa makna susah payah.Kedua;  Orang yang bila first time apply kerja tup tup nasib baik terus dapat kerja yang best. Mungkin kan? Sebab dia tak rasa macam mana susah nya nak dapat kerja yang sesuai. Sebab first impression …

Syafiq IK4 - Kembara Di Tanah Gersang [Konsert 2].mp4

Oh so kiut so kiut so kiut suara nya. Tengok idola kecil lagi best dari pertandingan vokal lain yang entah hape. Lagi puas hati dapat bazirkan masa untuk dengar suara yang mantap.


Jangan lupa tonton idola kecil 4, setiap sabtu jam 9 mlm.










Banyak lagi yang best tapi ni antara yang TERhebat.

Sesuatu yang harus dicapai

23 tahun tapi masih belum punya apa-apa. Kadang-kadang malu dengan diri sendiri sebab orang luar yang terlebih risau kan diri kita sedangkan tuan punya badan tak pernah nak amik inisiatif untuk memajukan diri.


And here, i came with some conclusions yang mungkin semua orang dewasa pikir seseorang yang berumur 23 tahun harus ada ini;


Pekerjaan yang tetap. Paling menakutkan. Baru je buat keputusan untuk resign sedangkan beribu-ribu orang lagi kat luar sana berlumba-lumba nak keje. Perlukah kita terlalu cerewet dalam memilih keje? Ya, kadang-kadang PERLU! supaya kita dapat apply kan kelebihan, knowledge, pengalaman yang kita ada untuk sesuatu keje yang mampu mencabar diri. 

Sudah ada aset sendiri dengan titik peluh sendiri. Yer, saya amat jelous dengan kawan-kawan yang dah mampu ada kereta even motor pun, guna duit sendiri bayar bulan-bulan. Me? Setakat ni belum terpikir ke arah itu. Maybe tunggu dapat kerja tetap yang bagus lagi mantap baru nak pikir. Kalau keje sekarang just pikir untuk …

Rupa-rupanya sudah sejauh ini mutu bola sepak di Asia Tenggara.

Mungkin aku yang agak ketinggalan atau pun memang langsung tak de semangat patriotik. Jarang sangat nak tengok team Malaysia main. Yang selalu aku amik kesah ialah gosip antara Khairul Fahmi Che Mat + Elia + Dahlia Teck. What ever. Baru ku paham kenapa ramai sangat yang suka jaga tepi kain orang. Rupa-rupanya KFCM memang seorang yang sangat hebat! Hebat di gawang. :P












Malaysia boleh!!!







Pilih Kerjaya Bukan Kerja.

Well, nampaknya dah agak slow down sikit penulisan kat belog ni. Bizi? Mungkin. Bizi mencari kerja baru dan jugak bizi untuk settle benda-benda penting sebelum blaaahhh dari kerja sekarang ni. Orang kata sebelum kita tinggalkan sesebuah company, kita kena buat sesuatu yang boleh meninggalkan impak. Baru orang akan rasa rugi nyeerrr lepaskan pekerja berdedikasi ni *tehee*






Semakin dekat dengan due date (resign), hati makin tak keruan. Tak  senang duduk. Kadang-kadang terpikir betol ke keputusan yang aku dah buat ni? Betol ke? Tepuk dada tanya selera. Tapi tepuk-tepuk pun selera okay je. Macam-macam kena pikir. Pasni nak cari kerja apa? kat mana? gaji? location? transport? macam mana nak bayar ptptn?






Kadang-kadang timbul rasa penyesalan sebab dah hantar surat resign sedangkan kerja lain belum dapat. Means that, aku akan terputus dengan bekalan duit selama beberapa bulan? Beberapa bulan kah? Kalau menganggur setahun macam mana? Huwaaargggg.














Nasib baik la aku terjumpa buku motivasi 'Pilih…

What is your excuse?

Taken from FB.



Buat kamu yang sering lupa.

Tadaaaa..this entry special for Yatt and para ulat-ulat buku semua.




Bagi sesiapa yang kurang gemar baca buku-buku motivasi atau agama, ni la buku yang terbaik untuk korang. Semua tahu kan kalau buku-buku motivasi/agama biasanya ayat berjela-jela meleret panjang. Nak baca pun boleh hilang mood.

Tapi buku 101 Rekreasi Hati tak macam tu okay. Kat dalam tu ada ilustrasi kartun ala-ala komik gitu. Kita yang tua-tua ni jangan pandai mengata kanak-kanak je, kalau dapat buku yang ada kartun-kartun pun siapa yang tak tertarik kan nak baca.

Buku ni santai jer, boleh relax kan minda sambil tu mendekatkan kita kepada hadis-hadis. Harga pun okay RM 17.00 je. Lagi murah kalau nak compare dengan novel-novel cinta. Biasa la manusia kan, kalau buku-buku motivasi susah sikit nak keluarkan duit. Tapi kalau novel? Majalah kpop? Cepat je tangan membeli tehee.. Okay, selamat membaca.


Ps: To Yatt, next time aku recommend buku lain pulak. Tak sempat nak kumpul bahan-bahan. :D






Retail - Pilihan Pertama Kerjaya

Since ramai yang dah habis PMR dan budak-budak tak PMR pun dah nak bercuti sekolah, ramai jugak yang gigih nak mencari kerja atau lebih tepat nak cari INCOME maybe untuk beli iphone? pendrive 16G? laptop? nak beli tiket SUJU or 2 p.m nanti? This is not a guide actually sebab aku belum layak nak bagi guide. Tapi ini berdasarkan pengalaman.


Salah satu kerja yang paling ramai orang mintak as for kerjaya pertama ialah retail. Retail tu apa? Kedai peruncitan. Lebih tepat kau jadi cashier, serve customer, susun-susun stock, promote barang-barang.


Kerja retail ni bagus ke? Ada kelebihan & keburukan nya. Tapi cukup tak puas hati bila sesetengah orang pandang rendah keje macam ni. Kalau keje macam ni mesti budak-budak lepas SPM, mesti budak-budak yang tak habis belajar, budak malas belajar bla bla bla bla.


Itu la mindset orang-orang kita. Suka judge orang macam-macam.


Apa kelebihan kerja retail? Meh nak list kan.

Improve communication skill. Korang akan bekerja dengan manusia, bukan dengan…