Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Kisah dejavuku di kaki Kinabalu

Cuma aku agak terkilan kenapa aku tak jumpa seseorang kat sini macam kisah Ammar dan Nadira. Mungkin sebab aku tak panjat gunung tu, cuma berlegar-legar di kaki gunung. Kaki gunung? Yang tu pun aku tak sampai lagi kihkihkih.



Honestly, aku nak Nadira dan Ammar bersama sebab mereka sangat secocok, punya tarikan yang sangat dasyat meskipun kerana jantung itu. Jantung? Tak kot, memang diorang suka sama suka la *tiba-tiba emo*.



Bazli, kesian kau. Nampak macam patung bernyawa dah sekarang ni. Muka macam orang dah kehilangan jiwa raga, hati seolah-olah hancur luluh pecah berderai bak kaca, dan nampak macam meneruskan hidup dengan hanya melihat kebahagian pasangan itu. Jangan sampai kau jadikan Tira sebagai tempat persinggahan sementara. Kalau belum bersedia, jangan mencari cinta lain. Pulihkan dulu hati mu yang berdarah itu.



Kita yang menonton ni rasa macam nak cakap je kat Bazli "Takpe awak, lupakan Nadira. Saya ada, saya rela mencurahkan rasa kasih pada awak, meh kita kapel. Kalau aw…

Sila lah jawab!

Assalamualaikum... Salam Ramadhan Al-mubarak.


Amboihh, tajuk macam cerita gosip kat Bi-Pop tu kan? Okay, iols malas nak bercerita panjang-panjang, terus nak tunjuk gambar ini..kalau korang bijak bistari, cuba la teka apakah nama kuih dan biskut ini!




Rasanya yang ini mungkin ada yang boleh teka nama kuih tersebut. tapi kalau yang gambar di bawah ini pulak???



Tak dapat teka? okay bagi lagi gambar lain. Mungkin dapat membantu sedikit sebanyak.



Kalau Chef Hanieliza tengok, agak-agak dia terus pencen tak? sebab aku cedok resepi beliau. Salah aku atau salah resepi??


Aku rasa sangat down dan berikrar aku takkan buat lagi biskut Marmar Carrie Junior!!!!





Kelas Memasak 3# Muffin Chocolate Cheese

~My heroes of the nite~

~Bagai langit dan bumi~
Resepi kali ini iols rujuk buku Kek & Biskut Chef Hanieliza.




Aku suka sangat dengan Chef Hanieliza ni, resepi dia memang betol-betol menjadi tapi aku agak frust sikit sebab dalam buku ini mostly sukatan acuan yang digunakan dalam gram, bukan ikut cawan. Susah hati aku nak buat kek, tapi berbekalkan keazaman yang tinggi berserta duit yang berlambak-lambak, aku terus pegi beli penimbang!!



RM 8.90 Harap-harap boleh tahan lama la yer, jangan pakai sekali dah boleh buang terus.


Jeng jeng jeng....ini lah hasilnya..
Tadaaaaaa..mempersembahkan..............




Persembahan: Okay la, not bad. Boleh bagi C..  Taste??? Memang A++++++ laaaaa wa cakap lu...
Okay bye~

Update resepi requested by Yatt ku sayam...

Bahan A
180 gram mentega
120 gram gula halus/kastor
2 biji telur
1 sudu esen vanilla
30 gram serbuk koko (diayak)
120 gram tepung naik sendiri (diayak)

Bahan B
250 gram krim keju
60 gram gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur


Cara membuat;

Baha…

Hanya mendengar pada suara yang merendah diri itu...

Holla uolss..

Hari ini iols berblogging di office sebab idea tiba-tiba datang, kalau diperam lama-lama mungkin akan hilang. Otak aku ni capacity dia tak besar sangat, so tak boleh nak simpan lama-lama. Disebabkan itu, hal-hal yang lepas dah kena remove dari terus menghuni otak ni, dah full la katakan.. Intro kalau tak melalut memang tak sah kan? Aduhhh, apa dah aku nak taip? Lupa daaa, ni yang aku tak suka. Okay la, tukar cerita lain ekeke.




Minggu lepas, aku kena deal dengan pihak JAKIM berkenaan Halal Cert. Call punya call, dapat bercakap dengan Hadi Razak. First time aku call, terus dia yang angkat. So, aku dengan senang hati assume dia ni mesti staff biasa-biasa JAKIM. Lepas cerita masalah aku kat dia ewahhh bunyi macam cerita masalah peribadi je kan? "aku tanya kepada siapa harus saya usulkan permasalahan ini?". Biasa la, deal dengan pekerja government ayat nak skema habis.


"Okay, camni puan boleh buat satu surat rasmi bla bla bla dan send by email kepada saya"…

Asalkan aku okay.

Selamat pagi, selamat pagi aku ucapkan Burung merpati bernyanyi di ruang halaman Hidup ini indah ku kata, Hidup ini indah lawa Hidup ini indah ternyata

Selamat petang, selamat petang aku ucapkan Kanak-kanak kecil berlari di ruang halaman Hidup ini indah ku kata, Hidup ini indah lawa Hidup ini indah ternyata

Asalkan aku ok, duit dalam kocek Hidup dengan sederhana Keluarga semua ok, masa depan cantik Hidup jauh narkoba dunia

Asalkan aku ok, hidup macam taukeh Teman ada sentiasa Bernyanyi dan karaoke, kaya macam Datuk K Hidup tanpa masalah dunia

Hidup mewah tanpa berhutang Hati bersih tak lupa sembahyang Inilah kehidupan Inilah kehidupan

Otak cergas tanpa menipu Jangan marah-marah tak perlu begitu Inilah kehidupan Inilah kehidupan

Asalkan aku ok, duit dalam kocek Hidup dengan sederhana Keluarga semua ok, masa depan cantik Hidup jauh narkoba dunia

Asalkan aku ok, hidup macam taukeh Teman ada sentiasa Bernyanyi dan karaoke, kaya macam Datuk K Hidup tanpa masalah dunia




Sepasang mata itu...

Sepasang mata itu, Adalah anugerah dari Allah, Yang tak ternilai harganya,
Dari lirikan mata bundar itu, Cantik, memang cantik, Tak usah cakap.
Tapi tak siapa tahu, Sepasang mata itu, Sudah sebati dengan air mata,
TAPI sayang, Menangis pada yang tak sudi, Sedangkan ada yang masih sudi,
Dia di atas sana, Tak pernah lupa,
Cuma kita yang sering terleka, Bila diulit bahagia,
Kembali padaNya, Hanya bila kala berduka.


"Back to Him, Refer to Him"

"Doa jangan pernah putus, air mata jangan pernah kering bila mengadu pada Allah sebab Dia suka hambaNYA mengadu pada Dia"







Bila hati mula meminati.........

Meminati barang-barang dapur. 





Mungkinkah tahun ini akan mencatatkan sejarah? Sejarah buat kek/biskut raya sendiri? Insyaallah. Barang dah lengkap, cuma satu je kurang iaitu KESUNGGUHAN!!


Gooooooooo, chaiyooookkk!!!


Edisi Pesta Buku Volume #2

Venue : Shah Alam Convention Center.. Date : 8 Julai 2012

Tahun ni saja, aku dah pergi 2 pesta buku yang berskala besar. First time hari tu awal bulan May kat PWTC. Kali ini kat SACC Mall pulak. Apa perbezaannya? Bezanya kali ini aku berjaya kurangkan kos pembaziran ekekeke. kalau dulu dah habis RM125, this time cuma RM80 jewwww (amboi bunyik macam 80 hengget tu di celah gigi aku je kan?) *berlagak*




Apa yang aku beli kali ini???
Op kosh la buku kan? Tak kan nak beli oven pulok. 

Terlanjur Mencintaimu- Syamnuriezmil & Cinta Kau dan Aku-Siti Rosmizah.

Dan tak ketinggalan dapat jumpa Siti Rosmizah face to face.. Tapi segan nak bergambar dengan sheols..Jadi aku biarkan ahkak ni bergambar dengan maskot je la, kasi peluang kat diorang. Aku takde hal lah.



Masa round tangan ni ringan je amik buku itu buku ini, lepas bayar baru datang perasaan "Haishh, membazirnya aku beli buku yang tak berfaedah". Pernah tak? Pernah tak? Pernah tak korang rasa perasaan macam ni?


Lepas tu konon na…

The real.

This is the real one.
7 July 2012.

kahkahkahkah


P/s: Itu hari berat 41kg sebab timbang sekali ngan selipar dan masa tu jugak purse tebal dengan duit. Kali ni naik sorang diri, purse pun kosong, henpon pun dah di clear kan bahagian inbox, so takde lah effect sangat khen? kihkihkih


Kuatkan radio..kuatkan radio..puhlisss

Lirik lagu sekarang ni bunyi dah lain macam. Bahasa apa entah yang diguna, bahasa orang muda mudi la katakan. Tak macam dulu-dulu, lirik penuh tersirat. Kena dengar banyak kali baru boleh tafsirkan atau terjemahkan lirik lagu tu. Tak macam lagu-lagu sekarang.


Contoh lagu Sleeq & Najwa Lertopss ~ Untuk dia


Lirik awal-awal lagi dah suruh "Kuatkan radio kuatkan radio...Sleeq..Najwaaaaa..Aku yang patut, aku yang patut memberikannya segala..Kerna aku mampu, yang mampu, memberikan apa-apa saja untuk dia..hey..untuk dia..hey".. Walaupun super annoying, time dia suruh kuatkan radio, aku dengan pantas menurut perintah. Bila lama-lama, tanpa sedar aku download lagu ni dan terus jadikan ringtone untuk calling. Cool kan?


Sekarang ni aku tengah annoying dengar lagu si Aliff Aziz-Jangan ganggu pacarku~

Berhentilah rayu pacarku
Bawa pergi pesonamu
Takkan cukup kata-kata manismu
Gambar-gambar seksimu
Tagging-tagging flirting-flirting baginya

Berhentilah ganggu pacarku
Jangan pernah main hati
T…

Soal halal dan haram...

Soal halal dan haram jangan dibuat main-main lebih2 lagi kalau melibatkan bab makanan..haishh.. hamboiihh kau, bab makanan laju jek, bab lain camne pulok??


Sebenarnya aku terliur sampai tahap leleh air liur nak try makanan dari US ni. Al-maklumlah nak tunggu tuan punya badan ni jejak kaki ke sana macam tak mungkin jek. Kalau honeymoon setakat Paris, Switzerland je kot pegi tak sama arah dengan US *sigh*. Semalam bos offer roti and a few lagi la tak tahu ape jenis makanan. Nak kata papadom macam bukan, capati pun bukan tapi aku nampak macam makanan orang melayu jek iaitu sarang tebuan. Bila pikir balik takkan la orang US produce makanan cam sarang tebuan ni.


Teringat dulu2 mak aku rajin bebenor goreng sarang tebuan ni, jenuh hokkai, nak keluarkan dari sarung dia tu pastu sekejap je dah mengembang kalau lambat sikit hangit. Mak aku tak kenal erti letih ke? Aku ni yang jenuh dan letih menunggu bila nak makan kikikiki.





Awal-awal lagi bos dah bagitahu,

"u haaa amik la rasa jangan mal…

Maka berguguranlah....

Salam Nisfu Syaaban,


"Sesungguhnya seorang hamba apabila berdiri dalam solatnya, didatangkanlah semua dosanya, kemudian dibebankan di atas kepala dan kedua-dua bahunya. Setiap kali dia melakukan rukuk atau sujud, maka berguguranlah darinya dosa-dosanya itu"






PhotoG ~ Pesta Floria~

Kamera dah ada, beg kamera bawak ke hulu hilir, tapi gaya failed, mutu gambar failed! Sabar yeww, iols tengah belajar nak tajamkan skill. Harap-harap lepas ni bila dah terer boleh amik upah untuk photoG wedding orang ekekeke. Okay statement yang ini aku benarkan uols muntah berjemaah.


Aku rasa salah etika pemakaian, tu yang mencacatkan mutu gambar ni. Pakaian takde gaya langsung..oppps, sorry.


Malas nak amik gambar muka, aku beralih kepada bunga-bunga.. Cantik kan?












Conclusion; Aku tak nampak perbezaan pun pada mutu gambar sama ada guna kamera DSLR ataupun kamera henpon cikai. Haishhhh.....

Halwa Seafood..tempat ber"dating".

Hamboihhh, tajuk tak hengat.....

Holla guys,


Ini kisah semalam, aku makan kat luar sebab malas nak masak. Erk, bunyi macam sebelum-sebelum ni aku jenis yang rajin masak je kan? ahakzz. Lagipun kakak aku datang bawak segerombolan anak dia, ahhhh senang cite bawak je la makan kat restoran.


Mulanya nak makan yang ringan-ringan je macam roti canai ke, satay ke. Masalahnya ringan ke benda tu? ekekeke. Diorang datang kat Puchong ni, jadi sape lagi yang harus jadi pemandu pelancong? Aku kan? Honestly, aku memang failed bab jalan-jalan cari makan, lebih tepat failed bab jalan. At last, aku bawak ke kedai makan dekat ngan rumah jew.


HALWA SEAFOOD *Istimewa Masakan Panas   Ikan Bakar* Venue: Taman Putra Perdana, Puchong



Okay, aku bukan nak wujudkan puak atau semangat  assobiyahh dalam diri tapi aku memang prefer pergi kedai makan Kelantan + Siam sebab aku yakin menu dia menepati citarasa aku. Citarasa yang camane? Yang membuatkan aku rasa macam makan kat kampung halaman sendiri.


Antara menu yan…