Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

Seminggu, tido tak lena~

Ingat! Dating 6 bulan sekali!


Ouhhhh, too cliche la tajuk. Nak cakap tak tido malam sebab tengah dilamun cinta la teww..Kekosen sangat nak cerita kat belog nye, tu standard belog wawa je hewhewhew.


Okay, hampir 3 bulan lamanya, akhirnya aku mengaku kalah juga. Bukan mengaku kalah kepada lelaki lah hoi, kalau yang tu dua tiga hari pun dah cair hihihihi.. Aku nak cerita pasal sakit gigi ni lah tsk tsk tsk. Semalam dalam sejarah, aku gagahkan diri pergi Klinik An-Nisa jumpa doktor, bukan dentist sebab klinik gigi sebijik pun tadok wujud kat area Taman Putra Perdana. Jadi, di manakah para dentist sekalian???


Waa punya sakit gigi ni memang tahap A punya dah. Hebak tak hebak kan, aku tak dibenarkan amik cuti, susah la kalau dah jadi pekerja berdedikasi ni hoi. Disebabkan tak tahan yang amat sangat, bayangkan aku tak jumpa nasik 3 hari tahu tak?! Berat badan ni baru je nak naik 40kg dah turun balik 38kg, haishhh.


Bila dah berpeluang jumpa dokter, mahal kot beb, aku tanya macam-macam lah kan.…

Mula-mula tak suka, lama-lama gila.

Terjumpa tweet ni kat twitter anak murid aku. Tacinkkkk la pulok.

Mungkin diorang baru jumpa keseronokan tekan kalkulator dan tulis nombor. 

Tinggal beberapa hari lagi sebelum PMR, adei berdebar la pulak kan. Biasalah kan kalau cekgu yang over nervous padahal anak murid cool je. Semoga hari-hari terakhir menjelang PMR ni diorang akan pulun habis-habisan cover subjek math ni. Good luck uolllssss.








Selamat hari ibu~

Tadi kiteww pegi pejabat pos nak renew lesen kereta, dah tamat tempoh ini hari tapi si abang kacak tu cakap sistem offline. Tadi nampak kacak sekarang kiteww tengok dia rasa macam nak tampar je muka dia, geram! Salah siapa kalau kiteww tak dapat keluar dating esok? Salah abang kaunter tu lah! Bukan salah kiteww. Takpe takpe. Sorry kalau kiteww buat awak tergeliat lidah baca post ni bhahaha.


Lepas tu, terus masuk kereta hempas pintu kuat-kuat. Start enjin, hohemjiii, minyak dah berkelip-kelip tsk tsk tsk. tepat pada masa sangat lah kan. Dulu selalu isi minyak 10 hengget je, sekarang ni malas la nak pegi banyak kali stesen minyak, terus kita isi RM 100 tolak RM 80. Ada beza ke? hewhewhew.


Alang-alang duk kat stesen minyak dah, terasa nak cucuk duit la. Siap sedia terus duit untuk bayar lesen kereta, bil eletrik, bil astro dan bermacam-macam bil lagi lah. Sejujurnya aku jarang lah keluar duit manyak-manyak. Biasanya sekali keluar RM50-100 je. Tapi tadi tertekan RM 250. BAMMMM.. Tau tak …

Masalah suka membanding-bandingkan.

Ini lah sifat manusia yang sangat unik, suka membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Pastu mula lah nak rasa down sana sini bila tengok orang lain punya perjalanan hidup smooth je. "Dia tu kan lepas grad terus dapat kerja bagus, baru start kerja dah boleh beli kereta, pastu kawen, laki hensem pulak tuh, baik, mak mertua sayang". Sampai ke situ pikir nih, macam la kita ni duk tepi umah mak mertua dia. Ini la dia namanya loser sebab mengada-adakan cerita untuk menjatuhkan diri sendiri. Diri sendiri yang pikir macam tuh. 


Tapi lagi parah kalau orang luar pulak suka membanding-bandingkan diri kita dengan seseorang. Mungkin orang luar takde niat nak buat macam tuh tapi kita ni yang terasa lebih sebab kita boleh rasa kita tengah makan cili, pedaslah! "Wah, untung kan dia dapat boipren/gepren yang pandai, belum apa-apa lagi dah nak beli kereta, kaya, cantik, cukup pakej". So? So?So? so i wont hesitate, no more no more lalalalalalala.......nyanyi lagi bagus an…

Ringan mulut cakap mintak tolong, boleh tak?

Situasi 1:

"Nanti kau datang amik aku kat kedai zebra, kereta aku rosak"



Situasi 2:

"Petang nanti kau tunggu aku tau, aku nak tumpang kau balik"



Situasi 3:

"Kau jangan off henpon tau, takut kereta aku rosak, nanti apa-apa hal aku call kau"



Situasi 4:

On the way balik rumah "Eh, singgah kat gerai tu jap, aku nak beli nasik"



Kalau macam ni lah ayat yang dikeluarkan, cuba cakap sikit macam mana kita ni nak menolong dengan hati yang ikhlas?? Ini bukan ayat mintak tolong, ini arahan. Sampaikan aku sendiri pun terpinga-pinga siapa nak mintak tolong siapa ni? Agak-agak kalau aku tak tolong, aku dapat penampar free tak??


Awalnya, kita ni niat ikhlas nak tolong. Nak tumpang balik rumah takde hal sebab memang satu hala pun jalan balik tapi cuba lah ringan kan mulut cakap elok-elok "Boleh tumpangkan aku balik rumah tak nanti?". Kalau ayat cenggini, walaupun tak boleh terus kita akan cakap boleh je, no hal.


Tak ingat ke budi bahasa budaya kita?? …

Survival lonely ranger~

Hello belog..sumpah rindu!


Dulu aku ada sorang kawan (maksudnya skang dah tak kawan), selalu mengadu cakap lonely ranger, makan sorang-sorang, takde kawan nak hang out, pergi kedai tapau nasik makan kat bilik sambil ngadap lappy kesayangan. Aku pulak bajet good gitu bagi nasihat, kesian.....pergi lah cari kawan, kang lama-lama jadi kera sumbang, dah tak tahu nak berkawan macam mana. Beberapa ketika tu, aku sangat happy bila dia ikut arahan. Finally, dia jumpa jugak kawan baru :). This is a happy ending story...ouchhh..


Jadi bila hal ni berlaku kat diri sendiri, aku rasa takdelah teruk sangat pun. Sebenarnya ini membuatkan kita rasa sangat ekslusif. Awwwww. Semua salah aku jugak, suddenly aku jadi lonely ranger lepas amik keputusan untuk menjauhkan diri dari my colleague, mokcik fadilla, atas sebab-sebab tertentu. Adakah ini harga yang perlu aku bayar selepas buat keputusan tersebut? Mungkin! dan aku rasa sedikit pun tak menyesal huarghhhhh *gelak jahat*. Hanya aku dan Azma je yang tahu.…

Pembawaan title 'degree'

Hello uolss, gud morning..


Sebenarnya tadi iols on laptop dengan niat nak google resepi tapi singgah belog jap update 2 3 entry apa salah nya. Bukan senang nak luangkan masa depan belog ni, sekarang ni baru aku dapat feel ayat keramat "Masa Itu Emas". Berkejaran aku ke sana sini untuk dapatkan emas iteww. 


Dulu kat kampung, kalau ada anak yang berjaya masuk unibersiti, mak ayah la orang paling kembang lubang hidung, bangga, dikenali di seluruh kampung. Bukan anak, tapi mak ayah yang dikenali. Nak tunjuk betapa berjayanya mereka mendidik anak sampai masuk uni. Sekarang, dah berlambak-lambak orang masuk uni. Setiap satu isi rumah mesti ada wakil sampaikan eh, anak kau masuk Uni eh Limah? punya la ramai kan yang dah berjaya masuk Uni sebab apa tahu? sebab ada PTPTN! Pinjaman ke biasiswa ke, mula-mula sign surat aku janji sumpah setia akan bayar balik duit tu, alahhh dah keluar U, kau bayar ke tak? Tak kan? Aku la teww. Eh, jangan! Hutang wajib bayar tau! Jangan main-main.


Dulu bil…

Tak pandang rendah dah, sumpah.

Orang amik order kat kedai makan tepi jalan, mungkin ada sijil STPM.



Orang kat cashier counter scan barang customer (Tesco, Giant, Jusco), mungkin ada diploma.



Orang yang kerja promot produk, lempar fliers sana sini, yang kita selalu buat muka bila mereka cuba nak pegang tangan kita, "5 minit je kak, tak lama pun", mungkin ada degree. 


Orang yang buat online business yang berlambak-lambak kat blog, facebook dan seangkatan dengan nya dari tudung kepada baju kepada kasut kepada beg kepada arggghhhh, yang itu memang kompem ada degree.



Please jangan hina sangat pekerjaan mereka ni. Walau apa pun, rezeki Allah pasti  ada kalau kita sentiasa beringat untuk meminta-minta kepada-Nya. Insyaallah.




Jatuh.

Aku percaya sedikit waktu
Kan terbuka hati yang kau bawa
Sambut tangan ku
Biarku bawa kau ke tempat yang tiada orang tahu

Ku kan menunggu bayangmu
Berikan jawapan mu

Ku pergi sendiri
Dan takkan kembali
Maafkan segala perbuatanku kepadamu

Ku pergi sendiri
Dan takkan kembali
Teman aku buat kali terakhir
Aku akan jatuh

Dunia hitam keliling malam
Kesejukan menunggu panggilan

Ku kan menunggu bayangmu
Berikan jawapan mu
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/b/bunkface/jatuh.html ]
Ku pergi sendiri dan takkan kembali
Maafkan segala perbuatan ku kepadamu

Ku pergi sendiri dan takkan kembali
Teman aku buat kali terakhir aku jatuh

Selagi kau berdaya
Jangan kau lupa
Segala yang telah kita lalu bersama

Jeritan ke angkasa
Selamatkan dia
Selamatkan kita semua

Ku pergi sendiri
Dan takkan kembali
Maafkan segala perbuatan ku kepadamu

Ku pergi sendiri
Dan takkan kembali
Teman aku buat kali terakhir
Aku telah jatuh



Home Tuition sungguh awesome.

Hai uolsss, ini cekgi Mariani kembali lagi. Hampir 4 bulan tak dapat panggilan sebegitu, rasa cam pelik jugak la sampaikan masa tengah mengajar tu terbahasakan diri ni "kite, awak" sebab dapat anak murid yang very good looking, semangat nak mengajar tu lain macam. My friends keep remind me "Behave cekgu gilooo, behave!!". Okay, foine!


The day aku pergi rumah Kak Bi nak bincang pasal masa mengajar, GAJI, bla bla bla....ingatkan 30 minit je tup tup sembang sampai 2 jam setengah. Oh, first day jumpa dan borak pun dah rasa sangat awesome. Kak Bi ni baik orang nya, muda lagi, seorang yang workaholic sampailah suatu hari dia dapat mesej dari guru kelas anak dia, Afiq Daniel. "Puan, saya suggestkan puan cari cekgu tuisyen untuk Afiq ni, ajar math sebab trial PMR hari tu Afiq banyak tinggal kosong tak jawab soalan paper II". 


Bertitik tolak kat situ lah, Kak Bi amik keputusan untuk berhenti kerja. Nak pokus untuk anak katanya tambah lagi dia baru beranak, baru masu…