Wednesday, March 19, 2014

Mencari Kekuatan Membuat Keputusan.



Hai, Assalamualaikum..


"Orang lain dah ramai berubah jadi baik, artis pun dah ramai berhijrah. Aku ni bila lagi?"


Hrmm, kalau setiap perkara yang kita nak buat diakhiri dengan persoalan ataupun "suatu hari nanti, aku akan bla bla bla...." memang entah bila akan berhasil kan?


Aku pun sebenarnya dalam dilema tsk tsk tsk. Pengalaman 3 tahun lalu sungguh memeberi aku pengajaran. Rasa terkilan masih terbawa-bawa sampai la ke saat ini. Bila teringat balik Ya Allah apa aku dah buat ni, rasa berdosanya, derhaka nya aku sebagai seorang anak. Perginya arwah abah tak sempat aku berada di sisinya masa tu T_____T.


Sekarang ni pun, mak asyik tak sihat. Bila aku call, suara ceria tapi di hujung-hujung tu seakan kedengaran kurang sihat. Aku tahu sakit ma bukan setakat kencing manis, sakit urat je. Walaupun tu orang cakap sakit yang agak bahaya, aku rasa sakit sunyi tanpa anak-anak di sisi lagi mencengkam hati seorang ibu. Kan? Kan?


Ya Allah, aku berdoa berikan aku kekuatan untuk aku buat keputusan dengan kadar yang segera. Keputusan apa? Keputusan untuk balik ke kampung, cari kerja kat sana dan duduk dengan mak, jaga mak, tengok-tengokkan mak. Ya Allah, mak sudah tua. Aku takut aku tak sempat nak membalas jasa mak sebagaimana arwah abah dulu.


Insyaallah, by end of this June aku nekad nak balik ke kampung duduk sana. Apa yang lebih membahagiakan lagi? Apa yang aku nak cari lagi? Walhal duduk kat Kolumpo ni banyak sungguh pancaroba, hidup pun cukup-cukup sahaja makan pakai dan bayar hutang. 


Semoga Allah permudahkan! Amin.


Wednesday, March 12, 2014

Hashtag for MH370 #MH370


Assalamualakum, selamat pagi..


Ya Allah, 3 4 hari ni bila terbangun dari tidur terasa amat sayu mengenangkan pesawat MH370. Di mana? masih ada? atau sudah tiada? hilang? kalau ada, sihatkah mereka? kalau tiada, mana mayat nya? Macam-macam bermain di fikiran. 


prayforMH370



Aku percaya ini adalah antara saat-saat yang paling sukar untuk semua pihak; mangsa pesawat MH370, kakitangan MAS, polis, TUDM, FBI, rakyat Malaysia & China, negara-negara luar dan mungkin seluruh dunia. Sukar untuk menerima hakikat bahawa pesawat MH370 hilang. 


HILANG....


Sukarnya untuk meyakinkan orang ramai dengan perkataan hilang. Ye hilang. Mengapa hilang? Bagaimana boleh hilang? Macam mana untuk cari balik? tak semua boleh terima kalau kita cakap ini semua adalah ketentuan dan takdir Allah? Sedangkan orang-orang muslim sendiri pun seolah-olah sukar untuk menerima nya apatah lagi bagi yang bukan muslim. 


Seluruh dunia sedang memerhatikan kita. Bagaimana kakitangan MAS ingin war-war kan perkembangan semasa sedangkan tiada sebarang petunjuk walaupun sudah memasuki hari ke 5. Bermacam-macam spekulasi yang timbul dan di ada-adakan, melawak tidak bertempat.  


Ya Allah, hilangnya MH370 benar-benar menampakkan kekuasaan Mu. Kami berusaha mencari di lautan, di udara malah di darat jua... Kami terlupa Ya Allah "Kau lagi Maha Mengetahui kerana Kau yang menguasai apa yang ada di langit dan di bumi".


Sesungguhnya hanya kepada Allah kita berserah setelah sehabis daya berusaha dan berdoa. 


** Jangan pernah berhenti berdoa untuk MH370.




Monday, March 3, 2014

Business bertingkat tingkat



Hello, Assalamualaikum semua..


Lately dah overload rasanya timeline facebook, instagram, twitter, blog dengan pelbagai jenis business. Orang yang buat online business rata-ratanya orang yang dah ada career tapi masih nak cari extra side income lebih-lebih lagi pada yang dah berkeluarga. 


Well, 2014.. what do you expect? 





Yang dua-dua suami isteri berkerja pun tak cukup nak tampung perbelanjaan kan. Tak kurang hebat jugak si isteri yang ber'title' suri rumah pun sekarang nak tolong suami cari side income at least dapat beli baju untuk diri sendiri pun jadi la kan. Nanti mintak ngan suami bebel itu lah ini lah pulok.


Tak dinafikan bila berbisnes ni ada yang akan support, ada yang suka, bila bisnes dah naik sikit mulalah ada yang dengki, ada yang rasa annoying ngan iklan-iklan yang tersembur keluar kat mana2 dan macam-macam lagi lah. 


Aku pun macam tu lah. Kadang-kadang rasa annoying jugak. Bila dipikirkan balik ish tak baik macam tu kan. Biar lah diorang nak berbisnes, jangan lah cemuh. Itu hak masing-masing. Cuma otak aku still macam tak boleh nak terima kalau bisnes yang bertingkat-tingkat ni. Maksud aku yang kena cari downline. Aku sampai sekarang taknak involve dalam bisnes yang macam tu. Bukan aku benci tapi aku ni jenis yang tak pandai nak bercakap & influence orang suruh join club hahaha. 


So far, aku pernah di offer untuk join/ register Zhulian. Tengok pada diorang bercakap dan bukti-bukti orang yang dah berjaya buat bisnes ni memang buat aku kecur air liur. Ada yang sanggup berhenti kerja yang dah stabil dan join bisnes ni sebab pulangan yang lebih lumayan dalam masa beberapa tahun je. Kita tengok pun rasa macam teruja, baru bisnes 5 - 7 tahun dah mampu pakai kereta mewah, beli rumah banglow dan aset2 lain. Wahhh, seriously aku sangat kagum.



That day aku hampir termakan pujuk rayu untuk join club. Sesi discussion dalam kereta ekceli..:)


Pastu diorang ada contact2 aku jugak la tanya ada masa free tak, berminat nak join ke tak, nak ajak pergi main office jumpa rakan-rakan... then I said "No, thanks". Bukan sombong bukan tak suka tapi I know myself better. Aku tahu kemampuan aku, aku bukan seorang yang suka mengambil risiko, aku bukan seorang yang berani mencuba sesuatu yang baru. No! I am not! 


S selalu pesan bersyukur dengan apa yang kita ada. Maksud aku kat sini bukan nak cakap "Eh, tak payah la cari duit lebih, duit gaji tu pun dah cukup lah". Aku sendiri pun ada buat tuisyen, side income jugak kan? Maksudnya, mencari extra duit is okay tapi jangan terlalu mengejar mencari harta duniawi. Masa tu hanya spend untuk bahagian tu je, tapi masa rehat kita? masa untuk keluarga kita? masa untuk ibu bapa kita? masa untuk anak-anak yang baru nak membesar? Masa untuk Dia? Memang orang boleh cakap okey je, ada je masa untuk buat semua ni. Ye, memang ada tapi berapa lama? 5 minit? 10 minit? 1 jam? 5 jam? Itu untuk sehari atau seminggu atau sebulan? Semua orang ada masa cuma bezanya adalah kualiti.


Duit/ harta semakin dicari semakin rasa tak cukup, tak puas...dah dapat, nak lebih lagi, dah dapat, nak lebih lebih lagi. Insyaallah, kalau kita bersyukur dengan rezeki Allah, dapat sikit-sikit pun kita rasa cukup. Yang rasa tak cukup nya bila kita ada duit mula lah nak beli kereta mewah, nak pakai baju branded sebab tu kita akan cari lagi cari lagi duit supaya dapat maintain untuk benda itu. Kalau kita bersederhana dalam segala hal, Insyaallah, dapat duit lebih sikit pun kita rasa dah banyak dapat simpan sebab dah biasa hidup bersederhana. Do you get the point? 


Okay, sama-sama renungkan. Ayuh berbusiness..:)


** Aku tengah pikir nak start online business. Nak jual ape ek?? hewhewhew

Sunday, March 2, 2014

Jaga kesihatan, hidup sihat.


*Slogan apakah ini?"


Hello everybody. Assalamualaikum.






So far perjalanan hidup aku untuk tahun 2014 ni agak mencabar especially bab kesihatan. Start bulan Januari lagi aku dah ulang alik jumpa doktor. Demam + batuk orang cakap ni gara-gara makan banyak buah oren gong xi fa cai huihuihui.


Last two weeks, aku kembali lagi ke klinik sebab dah lembik sangat-sangat. Mana tak nya, nasik sikit pun tak meyelerakan tekak ku, sayur-sayuran & buah-buahan apatah lagi. Memang tak berdaya nak buat kerja. Kawan office semua tegur kenapa muka nampak pucat? Mata nampak layu? Padahal aku dah banyak tidur, dah siap terlebih tidur lagi. Yelah, bila takde tenaga nak buat kerja so aku terpaksa tidur konon nak charge battery la kan. Bila dah bangun dari tidur still sama lembik. Aku rasa tak sedap badan.


Then, I went to see doc selepas dinasihat/ dimarah oleh orang sekeliling. Aku ni jenis orang yang selalu pikir negatif, aku taknak amik MC nanti takut officemate cakap apa pulak kan padahal okey je. So, doktor cek jantung, mata, suhu badan dan bla bla bla. At last aku disahkan penyakit anemia. 


Anemia?? Anemia?? Anemia??


Macam pernah dengar. Maap, aku bukan budak sains atau biologi (tak mengaku). Anemia ni adalah penyakit kekurangan darah merah. that's why muka pucat, tak bermaya sebab kekurangan zat besi especially sayur hijau. End up doktor bagi vitamin obimin - tambah zat besi & vitamin selera makan.


Luckily, I have S - seorang cikgu PJ! Bagi aku jadual makan. 

7 a.m: Aku patut makan roti + tuna 3 keping. Takde dah kuih muih goreng-goreng yang sangat berminyak.

10 a.m: Bihun atau pape lah untuk dimakan.

1 p.m: Nasi (extra bowl - biasa kita orang kedai bagi 1 bowl je kan nasik putih, tapi aku kena extra) + sayur hijau gelap + ikan ikan ikan (borink)! Air buah (juisy)!

4 p.m: Minum petang

7 p.m: Makan malam nasi + sayur + ikan! Sayur tu kena makan yang fresh mentah, takde nye gulai lemak ke goreng ke apa. At least sayur air biasa untuk mengekalkan zat besi supaya mengalir ke dalam tubuh ku.

10 p.m: Supper!

Mesi mau complete. Haiyaaaaa...




Untuk lebih info, korang boleh google menu untuk orang yang kurang aktif/ kurang bersukan. Aku la tuh. Semoga kita semua menjaga kesihatan yer. Insyaallah. Amin.