Friday, February 26, 2021

Kempen BMF: Produk Muslim dari Noraini's

 Holla! Assalamualaikum uolss!


Sihat ke semuanya? Sis doakan semoga kita semua dalam keadaan baik-baik sahaja ye. Insyallah, amin.


So, apa topik perbincangan sis pada kali ini? Haaa, kali ni sis terasa macam nak share sikit pasal produk keluaran orang Muslim selari dengan kempen BMF kan.


Hah, apa itu BMF?


Kempen BMF - Buy Muslim First ataupun dalam bahasa manggeris nya "Utamakan beli barangan Muslim dahulu"


Yeah, haruslah kita support produk-produk Muslim kan. Ramai yang cakap bukan taknak support produk Muslim tapi harganya sedikit mahal jika dibandingkan dengan produk-produk/ brand lain yang dah lama bertapak atau pasar raya besar yang dah establish. Well, memang tidak dinafikan pasal harga tu. Sis takde lah mengecam mereka yang tak beli barang Muslim sebab kita tak tahu situasi masing-masing kan. Kadang-kadang kat satu-satu kawasan tu susah nak jumpa produk BMF ni. 


Tak beli barang muslim tak bermakna kita tidak sokong kan?? Sis sendiri pun masih belum 100% beli barang Muslim, mungkin hanya 20 - 30% sahaja setakat ni teheee. Insyaallah, kalau ada pilihan dan harga yang berpatutan kita cuba utamakan produk BMF ye. 


Okey, sis nak share salah satu produk BMF iaitu dari Noraini's. 


Pancake & Crepe Mix - RM 2.50




Ada perasa vanilla, pisang, coklat & korea
'



Sis sangat suka Adunan Pancake & Crepe ni, sangat mudah dan cepat untuk disediakan. 15 minit dah boleh siapkan sekali hidang untuk anak-anak makan. Satu pack adunan ni sesuai untuk sekali makan, takde tinggal lebihan. Senang nak kemas lepas tu. Rasa nya jugak sedap, anak-anak memang suka makan pancake. Hari-hari request ibu suruh masak pancake. Yang penting ibu nya pulak yang dapat pujian 

Anak-anak : Emmm, sedapnya ibu buat pancake ni 

Ibu           : Ibu memang pandai buat pancake ni tau. *sambil menahan kembang lubang hidung

Ni haaa cara-cara nak sediakan adunan pancake


Okey, selain dari tu ada jugak produk-produk lain dari Noraini's. Jom tengok gambar kat bawah.


Biskut Goodkiss. Harga? RM 2.50 uolss setiap satu


Sis memang pengguna tegar shopee. So, semua barang ni sis beli kat shopee je sebab susah nak cari kat area Gua Musang ni. Kalau korang nak usha produk-produk dari Noraini's ni boleh klik link https://shopee.com.my/norainicookies. Harga juga amat berpatutan. 




Okey, setakat ni dulu ye. Kalau korang ada produk-produk Muslim yang menarik, taste goods dan harga berpatutan - jom lah share. Boleh lah kita support mereka dan business orang Muslim.


Till we meet again yar!



Monday, February 22, 2021

Review: Bio Essence Rose Gold Gel Cleanser & Water


Holla, Assalamualaikum!!

Sebulan lebih tak menjengah laman blog ku ini. Susah benar nak maintain melawat dan cuci sawang-sawang kat blog ni tapi sis tetap cuba datang jenguk sekerap mungkin ye. 

Okey, kali ini sis nak share review mengenai penggunaan produk Bio Essence. Ecehh macam la ramai yang datang baca blog ni, acah-acah influencer gittew teheee. Takpe lah, sis cuba buat review untuk share dengan uolss yang mungkin masih tercari-cari produk yang sesuai nak consume kan. At least, dapat lah bagi pilihan untuk uols.


Bio Essence Rose Gold Gel Cleanser - RM 24.90

Instantly refreshes and hydrates skin with no tight feeling after wash. Glowing skin, anti-aging, reduces wrinkles, hydrating.



Well, pasti ramai yang dah tahu kan ada bermacam-macam produk Bio Essence kat drugstore macam Guardian atau Watson. Bila dah masuk 30 siri ni, macam-macam perkara kita kena titikberatkan. Kalau tersalah pilih produk, proses recovery tu mungkin akan ambil masa maklumlah kulit dah tak seanjal masa muda remaja kan. Kena sedar diri lah jugak kan ahakss.

So here we are, Bio-Rose Gold Gel Cleanser!! Sesuai sangat dengan ayat "Anti-Aging, Reduce Wrinkles". Sekali pakai terus jatuh hati.

Cleanser ni memang best, rasa fresh je lepas pakai. Bau ala-ala rose tapi takdelah meyengat sangat. Sesuai sangat word GOLD tu dengan usia sis ini hahaha. Harganya RM 24.90 tapi Watson kerap buat sales. Mengapa perlu bayar lebih kalau boleh dapat pada harga yang lebih murah kan? Sis sempat rembat masa sales dapatlah harga RM 17++.

Okey, kadang-kadang sis suka pakai cleanser guna Skinvigorate Sonic Brush dari Mary Kay. Sis pakai brand Mary Kay, maklumlah dulu pernah terjebak dengan produk Mary Kay, sekarang tak dapat nak teruskan sebab bajet ciput hihihihi.. Terpaksa beralih arah ke produk lain. Pakai cleanser dengan Skinvigorate ni rasa macam satu kombinasi yang hebat, habis menggelupur keluar segala white & blackhead kat hidung. Terasa licin sekejap kulit kat bahagian hidung. 


Skinvigorate Sonic Brush

Bio Essence Bio-Gold 24K Rose Gold Water 100ml - RM 75.90



Tadaa, lepas guna cleanser kita combine pulak dengan penggunaan Bio Rose Gold Water. Ia macam essence la untuk kulit muka kita ni. Teksturnya agak pekat sikit, kita tuang atas tapak tangan dan dap kat kulit muka sampai la ianya meresap. Kulit akan terasa lebih lembap gittew. 

Perasan tak cecair nya ada keping-keping warna gold, haaa terasa sangat GOLD nya kulit sis ni hoi. Bila pakai ni, memang rasa kulit jadi lembap, pori-pori mengecil tapi takde lah sampai glowing terus okey. Lain kulit, lain keberkesanannya. So, nak tahu sesuai ke tak memang uols kena cuba dulu. 

Bio-Rose Gold Water ni ada 3 jenis botol - kecil, medium & besar. Harga pun pasti berbeza. For those yang baru nak cuba tu, boleh la cuba botol kecil dulu takde lah menyesal pulak kan kalau tak serasi. Kali ni sis beli botol besar ni time ada sales kat Watson 40%. Terus harga dari RM 75.90 jadi RM 45++.


Ok, cukup lah review untuk kali ini. Disclaimer: Sis tak cakap produk ni bagus. Mungkin, ianya bagus untuk kulit sis. So, the best way is uolss kena cuba sendiri untuk rasai keberkesanannya. 

Till we meet again yar!!

Wink ;)