Friday, December 30, 2011

Fenomena



Sekarang ni dah jadi satu fenomena bila kisah-kisah dalam novel mula menjadi rebutan pengarah-pengarah untuk dijadikan drama atau filem *pencinta bahasa, aku la tuh. Ayat nak skema je*




Start dengan Lagenda Budak Setan, Nora Elena (Kasih Yang Suci), Stanza Cinta, Bicara Hati, sampai lah yang terbaru Ombak Rindu. Rentetan dari itu, banyak lagi list novel yang menanti untuk dijadikan drama/filem. Terbaru, Pilot Cafe. Ada jugak kisah-kisah dari drama diabadikan dalam bentuk novel.




Honestly, dulu aku suka jugak baca novel. Tapi tak pernah pun ade koleksi sendiri. Asyik pinjam jew. Nak beli tak mampu le. Masa tu student. Harga 1 novel plak average RM20-22. Mane la mampu kan. Lepas tu minat baca novel tu sikit-sikit hilang n hilang begitu saja.




Sampailah ada 1 hari ni, my housemate Linda (Chinese) duk kaku kat kerusi. Bila tanye "U baca buku apa tu? Nampak cam fokus bebenor". Bila dia angkat muka, terkejut. Menangis. Wowww. Then, i nak pinjam nak pinjam. Kalau orang chinese baca buku ni sampai nangis-nangis sah la novel ni best. Novel apa? 




Jeng jeng jeng.....










AND seriously best giler. Memang menangis. Bahasa yang dia guna, perwatakan yang dia olah terasa sangat dekat dalam kehidupan kita. Buku yang boleh tahan tebal jugak, amik masa dekat 2 minggu jugak la nak abis. Tapi kalau orang yang memang kaki novel, 2 3 hari dah habis katam.




Then, start dari situ la aku dah start balik minat membaca novel ni. Yang latest, baru je abis semalam aku baca. 7 Hari Mencintaiku.










Cam tak pecaya je novel ni setebal 1000 m/s, aku berjaya abiskan dalam masa 3 4 hari. Mula-mula baca macam tak best sebab ayat dia cam skema jer. Tapi bila lama-lama, teruja! Maybe sebab terlalu banyak konflik. Agak complicated. Itu yang best. 




Lepas baca 2 novel karya Siti Rosmizah ni, aku dengan suka-suki nya nak conclude kat sini yang novel-novel Siti Rosmizah ni memang best teheee.. Sila la beli, tak rugi!






Selamat membaca korang~





Thursday, December 29, 2011

Sentap lagi







*taken from FB*










Sentap tak sentap tapi memang betol, belambak sekarang ni *termasuk aku*.





Wednesday, December 28, 2011

Rapuh Seribu.



*Aku memang peminat Shila Amzah. Orang kata dia gedik tapi aku tetap suke teheee.*


Rapuh seribu??
Aku ingat aku ni kebal
Sekebal kereta kebal
Mungkin juga sekebal bilik kebal



Tapi rupa-rupa nya tidak.


Sungguh tak sangka serapuh ini ketahanan mental dan fizikal aku.
Okay la, senang cite kita straight to d point je la.
Aku dah berhenti kerja walaupun baru 4 hari aku kerja wakakakaka.
Tapi kali ni lain sikit sebab aku cabut lari. Tak seperti kebiasaan aku hantar notis sebelum berhenti.  



Entah la. Apa nak jadi dengan aku ni? Arghhhhhhh...


Tapi aku berhenti bukan sebab memilih kerja nak yang best aje. Tapi bila bekerja dikelilingi ramai lelaki dari Bangla, Myanmar, Vietnam sumpah sangat mengerikan. Walaupun kau kerja position tinggi ke ape ke, bila dah kerja dalam environment macam ni memang kau tak boleh lari dari status 'Minah Kilang'.




Renung-renungkan.




Thursday, December 22, 2011

Hari yang suram









Semalam tak dapat tidur
Sebab.....
Masih pikirkan tentang masa depan, masih.
Terasa makin kabur
Entah ke mana menghilangnya matlamat hidup.
Eh, kau memang takde matlamat hidup la.




Hari ini, aku mesti set balik
Set matlamat hidup
Apa yang aku nak
Apa objektif aku hidup




Tapi diri terasa amat lemah
Aku harus tidur dulu
Kuang kuang kuang









Wednesday, December 14, 2011

Jerawat pemanis muka



Holla....


Setuju tak kalau orang kata jerawat itu pemanis muka. Ye, serious untuk sesetengah orang yang bernasib baik memang nampak macam pemanis rupa. Seolah-olah terletak indah dan nampak molek je kat muka. Tapi sayang sekali............


Sayang sangat sebab bila jerawat tu tumbuh kat muka aku, memang nampak sangat errkkkk....:D Setelah sekian lama perjalanan hidup ku tak pernah sepi tanpa jerawat, akhirnya aku redha (ye, redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah bak kata Lisa Surihani dalam Ombak Rindu). 


Sometimes, i just wondering macam mana penerimaan kawan-kawan kalau tiba-tiba muka aku jadi licin. Mesti pelik kan? Pelik kan? Sebab first time diorang jumpa aku memang muka dah sedia cantik berjerawat. Kompem ada suara sumbang akan cakap "Kitorang nak muka ko yang dulu, penuh jerawat. Taknak muka licin macam ni. Tak sesuai ngan ko kot".. HUARGGHHH...


Ada ke orang taknak muka licin????? Meh tukar ngan aku mehhhh... 

Mode: mengarut!



Friday, December 9, 2011

Interview Marathon




I'm attending interview marathon. 




Wednesday, December 7, 2011

Mungkin bukan ditakdirkan untuk ini.



Ketika ini hujan di luar sedang turun membasahi bumi yang indah ini, 
Sama macam hati aku yang sedang menangis di kala ini,
 Menangis kecewa. Kecewa yang bukan sedikit,
Yang hampir memusnahkan impian aku,
Mungkin juga masa depan ku.


Lalu aku muhasabah diri,
ku pujuk hati kecil ini,
supaya jangan bersedih,
Dia, di atas sana sedang menguji.


Tapi hati terus-terusan menangis,
Dari dulu sampai sekarang,
Aku masih mencuba,
Berharap tuah akan menyebelahi aku.


Akhirnya aku mengalah,
Mungkin aku memang bukan ditakdirkan untuk menjadi......

SEORANG GURU.


Aku redha.


~Amin~

Saturday, December 3, 2011

Bila facebook dah jadi public diary....





Memang susah kalau semua orang dah hilang buku diary ataupun memang tak pernah ada buku personal diary. Semua benda hal remeh temeh pun nak buat status tergempar, mungkin juga termasuk dengan aku sekali *blushing*.




Sekarang easy access kat mana-mana dan di mana saja pada bila-bila masa.




Tapi aku akan akan dan akan cuba untuk post status yang logik dan boleh diterima pakai supaya di kemudian hari takde la sampai orang akan remove dari friend list. 




Paling merimaskan bila tengok budak-budak baru nak bergelar remaja katakan selalu sangat update status every 30 min i guess. Kalau post bab-bab study okay la jugak. Ini duk post status single, couple. Boleh nak post tapi jangan la overdose sangat sampai orang membaca pun rasa annoying gila.




Kalau nak post yang fefeeling ROMEO tu, bukak la belog. Yup, belog adalah salah satu cara untuk korang mengekspresi kan apa-apa perasaan dengan secara terhormatnya tanpa perlu merendahkan maruah (okay, ayat nak over je kan). Sebab, tak semua orang akan baca belog kau. Unless kau pergi menjaja ke sana sini. 




Lagi satu trend terkini, ramai yang amik inisiatif menggunakan facebook sebagai medium 'menyindir' kawan-kawan. Ceh, kalau berani sangat cakap depan depan la kan. Face to face. 




Curik gambo kat google lagi






Sometimes, kita berbalas comment ngan kengkawan kat facebook macam duduk jauh beribu batu padahal depan belakang jer. Teringan zaman aku belajar dulu. Post status nak gempak jer, yang tukang comment? Kawan-kawan yang duk bilik sebelah jer. Baik kau pergi masak air, buat teh cicah biskut tawar dan mulakan sesi mengumpat secara berjemaah. Lagi best. Tapi haruslah kita kena ikut trend, mengumpat secara public kat facebook kan? Baru ada gaya.




Okay, semua situasi ini aku tak tunding jari kat sesiapa pun. Siapa yang terasa, sila lah terasa. Aku bercakap based on experience sebab aku pun pernah buat semua ni dulu tapi sekarang aku dah bertaubat. Kalau ada nak post apa-apa status pun pikir 2 3 kali jugak. Biarlah status kita tu general sikit, senang mata orang nak membaca kan.


HUARGHHHHHHH!!




Renung-renungkan dan selamat beramal.





Thursday, December 1, 2011

Filem Ombak Rindu mesti tonton.





Seriously, sebelum ni duk ajak teman-teman sana sini pergi tengok filem Ombak Rindu. Konon-konon peminat setia novelis Fauziah Ashaari. Sebut je Izzah, Harris mesti ingat punya. Novel tu kalau tak silap meletop sekitar tahun 2002 kot. Masa tu baru je form 2. 




Bila masuk jer panggung tadi (first day okay), sumpah! Aku memang dah tak ingat langsung jalan cerita dalam novel tu macam mana. Izzah & Haris je watak yang aku ingat. Pak Dolah? Mila Amylea? Siapa tu? 




Then, ini review dari aku (pengkritik filem tempatan hehe);





  • Mungkin ramai yang pikir 'Sesuai ke Maya Karin tu berlakon jadi orang kampung?'. For me, okay la. Not bad. Even Maya Karin ni darah mix tapi kulit dia cam orang melayu. Yang penting, pengarah n semua yang terlibat peka terhadap satu perkara. Apa dia? Orang yang duk kampung tak de nye nak pakai mekap memanjang. Dalam filem ni boleh tengok muka MK yang sangat suci.

  • Lisa Surihani tu okay tak berlakon? Dia kan berlakon agak kaku sikit. Tapi dalam filem ni suprise! Memang lain dari yang lain. Suka lakonan Lisa kali ni, semua okay termasuk mimik muka segala bagai. Yang penting Lisa tetap kiut.

  • Haris aka Aaron Aziz tersangat la macho. Cair hati ku.

  • Tak kurang juga maybe ramai yang pikir bila sesebuah cerita yang diadaptasikan daripada novel mesti penceritaan tergantung, klimaks terlalu cepat sebab masa tak cukup kan. Contoh; Lagenda Budak Setan. Tapi Ombak Rindu ni okay la. Tapi still cam rushing jugak la jalan cerita nya. And op kosh dah ada ubah-ubah sikit cerita nya sebab ini adaptasi dari novel ombak rindu je tak termasuk sambungan novel yang lain macam Duri.


  • Arghhhh, pendek cerita korang pergi la tengok sendiri.



Teheee, bye~




Wednesday, November 30, 2011

Orang luar lebih memahami dari diri sendiri?





Pernah banyak kali, bukan sekali dua aku menangis tengah malam buta. Kenapa? Bukan ke itu memang timing terbaik untuk muhasabah diri? Sedih, sebak, geram bermacam-macam lagi bila orang asyik tanya soalan itu soalan ini.

  • kenapa kau nak resign? 
  • Dah dapat kerja lain ke? 
  • Bukan ke gaji dah okay? Kenapa nak resign?
  • Eh, jangan la resign, susah tau nak dapat kerja sekarang ni.
  • Sabar la, pergi kerja mana-mana tempat mesti ada pressure, ada problem.
  • Biasa la kena marah dengan bos, nama lagi bos. Memang dia ada hak nak arah orang itu ini.
  • Kerja mana-mana pun susah dik.




Mulut yang bercakap memang senang. Orang yang menghadapi situasi ni macam mana pulak? Kesimpulan nya, orang-orang yang suka cakap benda ni maybe;



  • Pertama; Orang yang yang tak pernah ada pengalaman kerja, yang tak kenal apa makna susah payah.
  • Kedua;  Orang yang bila first time apply kerja tup tup nasib baik terus dapat kerja yang best. Mungkin kan? Sebab dia tak rasa macam mana susah nya nak dapat kerja yang sesuai. Sebab first impression diorang terhadap kerja ni bagus. 
  • Ketiga; Ataupun memang aku ni yang sebenarnya takde wawasan hidup????



Biar apa orang nak kata, aku dah hantar surat resign. Apa nak jadi, jadi lah. Aku yang kerja, bukan korang. Aku yang merasa, bukan korang. Aku yang alami keperitan, kepayahan, bukan korang. Korang tak berada dalam situasi aku, so korang tak tahu. Bak kata pepatah 'Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul'. Aku nekad, redha dan pasrah dengan keputusan ni. Harap ada hikmah di sebalik semua ni. Insyaallah, moga ada jalan lain lagi.





 

Friday, November 25, 2011

Syafiq IK4 - Kembara Di Tanah Gersang [Konsert 2].mp4

Oh so kiut so kiut so kiut suara nya. Tengok idola kecil lagi best dari pertandingan vokal lain yang entah hape. Lagi puas hati dapat bazirkan masa untuk dengar suara yang mantap.


Jangan lupa tonton idola kecil 4, setiap sabtu jam 9 mlm.










Banyak lagi yang best tapi ni antara yang TERhebat.

Thursday, November 24, 2011

Sesuatu yang harus dicapai



23 tahun tapi masih belum punya apa-apa. Kadang-kadang malu dengan diri sendiri sebab orang luar yang terlebih risau kan diri kita sedangkan tuan punya badan tak pernah nak amik inisiatif untuk memajukan diri.


And here, i came with some conclusions yang mungkin semua orang dewasa pikir seseorang yang berumur 23 tahun harus ada ini;


  • Pekerjaan yang tetap. Paling menakutkan. Baru je buat keputusan untuk resign sedangkan beribu-ribu orang lagi kat luar sana berlumba-lumba nak keje. Perlukah kita terlalu cerewet dalam memilih keje? Ya, kadang-kadang PERLU! supaya kita dapat apply kan kelebihan, knowledge, pengalaman yang kita ada untuk sesuatu keje yang mampu mencabar diri. 


  • Sudah ada aset sendiri dengan titik peluh sendiri. Yer, saya amat jelous dengan kawan-kawan yang dah mampu ada kereta even motor pun, guna duit sendiri bayar bulan-bulan. Me? Setakat ni belum terpikir ke arah itu. Maybe tunggu dapat kerja tetap yang bagus lagi mantap baru nak pikir. Kalau keje sekarang just pikir untuk kumpul duit jer tapi still tak terkumpul lagi huhuhuhuh.


  • Dah dapat keje bagus, harus ke alam yang lebih bahagia. Kawen? Ramai yang dah kawen okay. I just dont understand macam mana mereka boleh kumpul duit banyak-banyak dan kawen? Op kosh, yang paling penting kena ada calon. Tapi saya dah ada target sendiri. Dalam susur galur sejarah keluarga, dua orang kakak saya kawen masa umur 25 tahun. Tapi time tu dorang dah ada keje tetap yang memang dah boleh menjamin masa depan. Tapi saya yang masih terkapai-kapai, cewah ayat, harus mencari sesuatu dalam hidup yang mampu menjamin masa depan. So, i nak jadi macam artis-artis gitewww. Nak kawen before 30 tahun. Ada gaya tak?


So, kawan-kawan. Ayuh terus mara ke hadapan bersama team Harimau Muda!

Bye~





Tuesday, November 22, 2011

Rupa-rupanya sudah sejauh ini mutu bola sepak di Asia Tenggara.







Mungkin aku yang agak ketinggalan atau pun memang langsung tak de semangat patriotik. Jarang sangat nak tengok team Malaysia main. Yang selalu aku amik kesah ialah gosip antara Khairul Fahmi Che Mat + Elia + Dahlia Teck. What ever. Baru ku paham kenapa ramai sangat yang suka jaga tepi kain orang. Rupa-rupanya KFCM memang seorang yang sangat hebat! Hebat di gawang. :P












 Malaysia boleh!!!







Friday, November 18, 2011

Pilih Kerjaya Bukan Kerja.




Well, nampaknya dah agak slow down sikit penulisan kat belog ni. Bizi? Mungkin. Bizi mencari kerja baru dan jugak bizi untuk settle benda-benda penting sebelum blaaahhh dari kerja sekarang ni. Orang kata sebelum kita tinggalkan sesebuah company, kita kena buat sesuatu yang boleh meninggalkan impak. Baru orang akan rasa rugi nyeerrr lepaskan pekerja berdedikasi ni *tehee*






Semakin dekat dengan due date (resign), hati makin tak keruan. Tak  senang duduk. Kadang-kadang terpikir betol ke keputusan yang aku dah buat ni? Betol ke? Tepuk dada tanya selera. Tapi tepuk-tepuk pun selera okay je. Macam-macam kena pikir. Pasni nak cari kerja apa? kat mana? gaji? location? transport? macam mana nak bayar ptptn?






Kadang-kadang timbul rasa penyesalan sebab dah hantar surat resign sedangkan kerja lain belum dapat. Means that, aku akan terputus dengan bekalan duit selama beberapa bulan? Beberapa bulan kah? Kalau menganggur setahun macam mana? Huwaaargggg.








Ditulis oleh Hizwani Hassan
Harga: RM 10.00






Nasib baik la aku terjumpa buku motivasi 'Pilih Kerjaya Bukan Kerja'. Banyak tips yang berguna, *tiba-tiba bersemangat*. Dalam buku ni banyak cerita menarik, sangat santai. Kepada sesiapa yang dah lari dari alignment kerja yang sebenar *macam aku* memang senang paham dengan situasi yang ditulis. 






Memang sesuai bagi orang-orang yang dah TERmelencong jauh dari konsep kerja yang sebenar. Yang utama, kita harus kembali kepada fitrah yang asal. Kita ada Allah S.W.T, kerja bukan setakat kejar duit di dunia sampaikan yang penting dan wajib itu terabai.






Renung-renungkan dan selamat beramal.













Tuesday, November 15, 2011

What is your excuse?







Taken from FB.



Thursday, November 3, 2011

Buat kamu yang sering lupa.



Tadaaaa..this entry special for Yatt and para ulat-ulat buku semua.




Bagi sesiapa yang kurang gemar baca buku-buku motivasi atau agama, ni la buku yang terbaik untuk korang. Semua tahu kan kalau buku-buku motivasi/agama biasanya ayat berjela-jela meleret panjang. Nak baca pun boleh hilang mood.


Tapi buku 101 Rekreasi Hati tak macam tu okay. Kat dalam tu ada ilustrasi kartun ala-ala komik gitu. Kita yang tua-tua ni jangan pandai mengata kanak-kanak je, kalau dapat buku yang ada kartun-kartun pun siapa yang tak tertarik kan nak baca.


Buku ni santai jer, boleh relax kan minda sambil tu mendekatkan kita kepada hadis-hadis. Harga pun okay RM 17.00 je. Lagi murah kalau nak compare dengan novel-novel cinta. Biasa la manusia kan, kalau buku-buku motivasi susah sikit nak keluarkan duit. Tapi kalau novel? Majalah kpop? Cepat je tangan membeli tehee.. Okay, selamat membaca.



Ps: To Yatt, next time aku recommend buku lain pulak. Tak sempat nak kumpul bahan-bahan. :D







Tuesday, November 1, 2011

Retail - Pilihan Pertama Kerjaya



Since ramai yang dah habis PMR dan budak-budak tak PMR pun dah nak bercuti sekolah, ramai jugak yang gigih nak mencari kerja atau lebih tepat nak cari INCOME maybe untuk beli iphone? pendrive 16G? laptop? nak beli tiket SUJU or 2 p.m nanti? This is not a guide actually sebab aku belum layak nak bagi guide. Tapi ini berdasarkan pengalaman.


Salah satu kerja yang paling ramai orang mintak as for kerjaya pertama ialah retail. Retail tu apa? Kedai peruncitan. Lebih tepat kau jadi cashier, serve customer, susun-susun stock, promote barang-barang.


Kerja retail ni bagus ke? Ada kelebihan & keburukan nya. Tapi cukup tak puas hati bila sesetengah orang pandang rendah keje macam ni. Kalau keje macam ni mesti budak-budak lepas SPM, mesti budak-budak yang tak habis belajar, budak malas belajar bla bla bla bla.


Itu la mindset orang-orang kita. Suka judge orang macam-macam.


Apa kelebihan kerja retail? Meh nak list kan.

  • Improve communication skill. Korang akan bekerja dengan manusia, bukan dengan mesin. Mengadap muka manusia pelbagai gaya dan bahasa. Ada yang kerek taknak cakap bahasa melayu bahasa kebangsaan kita maka perlulah ikut rentak. Bukan dari situ korang dah dapat practice english skill? Automatically, kita akan belajar cara-cara untuk berkomunikasi dengan orang ramai. Kerja macam ni harus dan wajib kena banyak bercakap. Bagus untuk sesiapa yang pendiam.
  • Teach you to have good manners. Ya, kerja macam ni kita akan berdepan dengan banyak kerenah, banyak ragam. Hari-hari ada je benda tak kena, ade je yang kena marah. Salah satu prinsip kerja retail- "Customer is always right". Even itu adalah salah customer, kita harus sabar. Kat mana lagi kita nak belajar jadi sabar kan?? At the same time, kita belajar hormat orang.
  • Make friends. Mula-mula customer, lepas tu jadi regular customer, lepas tu jadi kawan. Silap hari bulan jadi makwe/pakwe. Gerek haha. Yang penting kau dah luaskan skop berkawan. Bukan dengan rakan sebaya je, tapi dengan pakcik, makcik, orang berpangkat besar. Mana tahu kan nanti orang-orang macam ni offer kerja kat tempat dorang kan. 
  • Belajar bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemuudian. Baru korang rasa macam mana mak bapak membanting tulang mencari nafkah untuk 10 anak? Kita yang mencari duit untuk diri sendiri je boleh ke handle? Cukup kuat kah kita?


Curik gambor kat google.


Yang tak best keje retail pulak;

  • Most of them kerja ada shift. Pagi, petang atau full. Kalau pagi biasanya start pukul 9.00 a.m to 6.30 p.m. Kalau petang start pukul 1.00 p.m to 10.30 p.m. Kalau full? Kira sendiri la. Agak penat la kerja macam ni.
  • Hidup takde life. Bila kerja shift, kau kerja penat. Balik je mesti pikir nak rehat, nak tido. Then, bila nak hang out dengan kengkawan? Nak tengok tv? baca paper? Apa isu-isu semasa? Bila orang borak-borak kau tak boleh join sebab isu-isu semasa tak cukup heh. Bila Steve Jobs meninggal? Sejak bila Diana Amir, Nana bla bla bla dah pakai tudung? 


Okay, pikir-pikirkan dan selamat beramal~

Monday, October 31, 2011

Kau kenal Steve Jobs siapa?



Kau kenal? Bagus! Tabik springgg  sebab kau sentiasa bergerak seiring dengan peredaran masa.


Kalau tak kenal, memang kompem kau tak pernah ada iphone atau pun kau tak pernah bermimpi nak beli iphone kah kah kah kah kah macam aku. Iphone itu apakah?


Yang kau pulak lagi teruk! Guna iphone, guna apple tapi tak kenal Steve Jobs siapa. Baik buang je dalam gaung. Habis cerita.



*monolog dalaman*


Life will be much easier when apples were just fruits




handsome gila time muda-muda



Kalaupun aku mampu beli iphone ni, aku tak reti nak guna. Sekian.





~Remembering Steve Jobs.




Saturday, October 29, 2011

Alif Satar - Lelaki Seperti Aku

Official video Lelaki Seperti Aku by Aliff Satar.

Enjoiceee korang..


Thursday, October 27, 2011

30 lagu separuh akhir Muzik-Muzik 26 pilihan korang?



Weee, separuh akhir Muzik-muzik ke-26 datang lagi! Okay, let's make it short. Antara 30 lagu yang akan berentap ada yang gila-gila best dan ada yang gila-gila TAK best. Tapi kebanyakan yang gila-gila la. Sape yang gila? Kau lah haha.


List lagu dari artis made from Akademi Fantasia.
As always diorang selalu conquer macam reunion pulak. Haaa, sape kata stok-stok dari AF ni artis mee segera je??

  1. Sungai Lui - Aizat
  2. Janji - Akim
  3. Awan Nano - Hafiz
  4. Ilusi - Adira
  5. Luar biasa - Shahir
  6. Kisah Dongeng - Stacy
  7. Cinta Teragung - Hazama
  8. Mata Hati - Nubhan

Yang tak menahan tu stok artis dari Mentor pun ada. Best ke? Seingat saya, lagu yang best lagu Iqa je. Rezeki kan.

  1. Di Penghujungnya - Iqa
  2. Bila Bertemumu - Shiha
  3. Aku Permata - Salma

Lagu-lagu dari arti-artis yang dah selalu masuk AJL.

  1. Karma - Faizal Tahir
  2. Gadis Semasa - Yuna
  3. Penakut - Yuna
  4. Sedetik Lebih - Anuar Zain
  5. Kisah Hati -Alyah
  6. Bagaikan bidadari - Tomok

Lagu dari artis trio yang memang aummmm mengancam

  1. Kekanda Adinda -Atilia feat Monoloque
  2. Kalau Berpacaran - Ana Rafali & Shohaimi Mior Hassan/ Altimet
  3. Beribu Sesalan - Ning Baizura, Shila Amzah & Jaclyn Victor
  4. Pokok - Hazama Nubhan feat Meet Uncle Hussein
  5. Kurnia - Mizz Nina & Noh Hujan

Lagu-lagu dari artis berkumpulan

  1. Menyesal - 6th Sense
  2. Maaf Dari Hati - Sofaz
  3. Babak Pertama - Drama
  4. Perpisahan Ini - 1st Edition feat Aizat
  5. Cinta Matiku -6th Sense
  6. Muda - Hujan
  7. Wanita Seluruh Dunia -Projek Pistol

In the making;

  1. Cinta Muka Buku - Najwa Latiff


Lagu-lagu yang dah di highlight kan tu adalah pilihan saya. Lagi besar font dia lagi saya suka & kompem-kompem la dapat masuk final nanti teheee. Pilihan korang??

Wednesday, October 26, 2011

Starter pack Bio-essence Bird's Nest




Oh oh oh.. I check kat stat rupa-rupanya ramai yang terjah belog ni sebab nak baca reviews alat-alat kecantikan yang i dah banyak review kat sini especially Bio-essence Bird's Nest. Sebelum ni saya pernah buat review kat sini. And my review untuk produk ni sangat bad. Takut nye kalau saya dah mempengaruhi semua orang jangan guna produk bio-essence ni. Padahal teknik pemakaian saya dah salah, tu yang effect teruk.


In response to that and plus plus saya tak nak membazir sebab pencuci muka dia banyak lagi tak guna, nak tunggu expired jer, so saya pergi kat watson cari beauty consultant tanya cara-cara nak apply produk bio-essence ni macam mana.


Okay, here we go! Kalau korang determine sangat nak guna produk bird's nest ni, kena beli satu set. Satu set lengkap ada;
  1. Nuti-Collagen & Whitening Cleanser
  2. Nutri-Collagen & Whitening Advancer
  3. Nutri-Collagen & Whitening Essence
  4. Nutri-Collagen & Whitening Cream

At first, prejudice jugak nak beli sebab kat situ semua mention whitening. Saya taknak whitening produk. Saya taknak putih! Hitam itu kan menawan muahaha. Tapi produk ni takde la memutih sangat, so jangan risau kalau taknak muka putih tapi tangan hitam. Sungguh weird. Kalau nak putih biarlah satu badan kan.


First, pakai cleanser-urut secara membulat (cewah). Then, apply advancer. Advancer ni macam toner la jugak. Lepas tu seterusnya. Yang best nya semua cepat meresap dalam kulit. Try la.


Sesiapa nak try tapi takut-takut sebab produk ni boleh tahan jugak harganya, so saya cadangkan korang beli starter pack dulu.


Value buy; RM 18.90


Kat watson ada. Cuba dulu yang starter pack. Tapi kalau dah namanya starter pack dengan harga murah macam tu jangan ingat boleh tahan sampai sebulan. 3 4 hari jer okay haha. Kalau rasa okay boleh beli botol besar tehee. Selamat mencuba~





Tuesday, October 25, 2011

Shila Amzah (alif satar ) cover- Gadis Seperti Aku





Memang tak kan ada gadis seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak
Memang tak kan ada gadis sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak

Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lagi gadis yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati

Memang tak kan ada gadis seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak
Memang tak kan ada gadis secomel aku
Tapi yang lebih comel banyak

Maka tak perlu pujuk rayu itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku tuk jadi pacarmu

Oh baby baby jangan kau marah
sebab ku tolak
Ku tahu kamu kaya
Dan baik budi bahasa

Ku yakin pasti ada
Gadis yang akan suka

Oh baby jangan kau dendam
Sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak dengan mu

Ku sudah ada satu
kekasih yang menunggu

Ceritanya aku mahu belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak bisa mendua
Nooooooooo

Tadi dah habiskan duit



Biasa la dah ada duit sendiri sekarang ni. Dah pandai membazir. Kalau dulu nak beli bag, nak beli kasut, nak beli baju, kena pikir dua tiga kali dulu, nak kena sematkan dalam pemikiran dulu tak boleh nak bazir-bazir. Maklum lah, dulu duit ptptn.


Ni la akibatnya bila dah ada duit sendiri sebab dulu takut-takut nak bazir sekarang takut-takut nak simpan duit. Takut berlambak dalam bank. Daripada simpan dalam bank, baik simpan kat shopping complex teheee..



Sunday, October 23, 2011

Pilih kerjaya, bukan kerja







KERJAYA      :  Kerja   +   Minat   +   Berjaya 



KERJA           :  Terpaksa  +  Bosan  +  Stress






 

Sunday, October 16, 2011

Wedding Jue & Matle


Semua pic ni dicurik dari facebook Mai (our photographer of the day) sebab dia ada kamera mahal tehee..Nak harap kan diri sendiri entah bila dapat merasa pegang dslr. Kamera yang biasa pun tak mfampu beli lagi tsk tsk.. Mari menikmati pemandangan indah perkahwinan Wan Jue & Matle..:D


























Sekian dulu~



Tuesday, October 11, 2011

Sedar tak sedar (Bab 2)


Dah masuk bab 2?? okay sambung lagi...

Sedar tak sedar- tinggal 3 hari lagi...3 hari lagi.... my fwen, Wan Zuraidah  a.k.a Jujue akan kawen!! Kami sebagai kawan sangat excited untuk korang berdua. Dari first kenal lagi, kami memang suka sangat korang berdua. Matle yang super duper peramah, baik hati *first time jujur*. Harapan- semoga jodoh berkekalan dan bahagia sokmo.


Tahniah Jue sebab dapat jadi yang first kawen dalam geng kitorang *mode; sedih tak dapat jadi yang pertama* hahaha.


Angan-angan menjadi kenyataan.


To Jujue; jangan jadi matured2 sangat yer, muda lagi ehehe.


P/s: Dalam dok jealous segala bagai, ketahuilah jue yang kami TERsangat excited for your upcoming wedding ni. 






Friday, October 7, 2011

Sedar tak sedar (Bab 1)


Tik tok tik tok tik tok....(bunyi jam berdetik setaip saat dan ketika)


Rupa-rupanya dah masuk 7 October 2011 hari ni.. 


Rupa-rupanya dah 23 tahun 3 bulan 14 hari aku hidup kat dunia ni.. Dunia yang bersifat sementara semata-mata..Apa yang dikejar sangat kat dunia ni? Duit? Pangkat? Penghormatan? Lupakan je kalau semayang tak cukup 5 waktu.. Hampehh..


Rupa-rupanya dah 1 tahun 5 bulan 12 hari aku meninggalkan alam persekolahan/ peruniversitian. Tanyalah sama ada aku masih lagi berkira-kira nak sambuang master? Jawapan ku masih juga sama, aku rasa tak layak sebab aku memang seorang yang pemalas. Malas untuk berfikir, malas segala-galanya. In addition (cewah), aku tak suka jalan kaki, aku tak suka naik bus untuk pergi lab macam dulu-dulu lagi. Aku nak kereta toyota vios untuk berulang alik pergi lab, baru aku akan pertimbangkan. Pang!! (rupa-rupanya aku berkhayal) teheee.

Rupa-rupanya dalam sedar tak sedar, dalam suka tak suka, dalam benci membenci dan dibenci, aku dah kerja kat sini 4 bulan 7 hari. Tak sangka, ketahanan ku agak kental..heee


Rupa-rupanya selama aku berkerja dalam tempoh setahun ni, aku masih takde saving untuk diriku sendiri. Takde! RM50? Yang tu ada la. Orang lain punya saving dah masuk 8, 9 10 ribu..keh keh keh..


Rupa-rupanya dah 7 bulan! 7 bulan! 7 bulan aku kehilangan insan yang aku sayangi. Insan yang bertanggungjawab membawa ku ke dunia ini. Yang pernah dulu bersusah payah untuk ku. Yang pernah rapat dengan aku masa kecik-kecik dulu. Bila dah besar, dah tak rapat macam dulu-dulu lagi. PERNAH jadi kebanggaan untuk dia masa darjah 1 sebab selalu dapat no 1. Tapi aku tak tahu kenapa aku berubah bila masuk form 1. Aku dah tak sepandai masa zaman aku darjah 1 dulu. Tak dapat jadi doktor. Tak dapat jadi cekgu. Tapi Abah......aku semakin matang. Dah boleh berdikari. Jangan risau.


Alfatihah untuk arwah abah...



Graduasi 2003 (Form 3). Venue; Dewan Besar MRSM Jeli. Sedih sebab tak dapat anugerah pengetua. Cettt, belajar malas, nak anugerah lebih..wekkk..




To be continued............

Saturday, October 1, 2011

Aku cukup mengagumi Zahiril Adzim.



Aku sangat jeles dengan orang yang dikurniakan bakat sastera dalam kepala otaknya. Bakat untuk berpuitis, muitis, dengan lenggok-lenggok bahasanya. Hiperbola, metafora cukup lengkap. Sampai ku tertanya-tanya macam mana orang-orang ini melahirkan bahasa yang sedemikian rupa.


Curik kat fan page  =)


Bagi orang-orang yang lembap dalam memahami ayat-ayat sastera ni (macam aku), kena betol-betol fokus, keadaan sunyi, baca 3 4 kali baru paham maksud sesuatu ayat. Semalam baru berkesempatan baca buku 'Bogel Menuju Tuhan' tapi belum habis lagi, masih lagi meneruskan pembacaan. Semoga berjaya..;D


P/s: Tajuk yang paling best; Mata Terkunci Dengan Stranger. Selamat membaca~~


Wednesday, September 28, 2011

Tips berbuat baik pada kulit sendiri.



That day I nak pergi beli foundation, tak pasal-pasal kena consult dengan beauty consultant tu. Eh, dorang tu beauty sebab make-up tebal je. Tak giteww? Tapi salah diri sendiri gatal mulut nak tanya-tanya, bila orang nak bagi syarahan terasa mula nak larikan diri. Soalan nya berbunyi begini...

"Em kak, foundation mana yang bagus eh? Sebab sebelum ni saya pakai Silky Girl tapi saya rasa dah tak sesuai sebab saya tak 'girl' lagi. Saya ni dah wanita *ehem-ehem*. Mengaku tua kan lebih bagus"

Consultant tu pun bla bla bla bla bla..... Erm, adik pakai la yang ni Maybelline New York Angelfit Flawless Natural Liquid Foundation bla bla bla bla bla bla...Amik yang W02, warna dia natural bla bla bla bla bla..Nanti pakai takde la nampak macam tepung gomak bla bla bla bla..  *Tapi kau pakai nampak macam tepung gomak jugak. Nak consult orang konon eheh*


 "Erm, macam mana nak pakai foundation betol-betol eh? Sebab saya tak reti nak pakai, selalu tak 'blend' & nampak bertompok-tompok. Maklum lah kulit tak mulus."


Oh, senang jer. Adik apply foundation tu guna span nanti dia akan sekata kan ke seluruh pelusuk muka. Kalau boleh, basah kan sikit span tu. "Eh, tak busuk ke nanti span tu?". Tak, akak pakai okay jer. Tapi jangan campur adukkan span bedak dengan span untuk pakai foundation. Kalau campur tu yang dapat hasil busuk.


Oh, okay. See, saya terus beli span baru khas untuk pakai foundation jer.





Tak salah kiranya kita membuang duit 2 3 ringgit semata-mata untuk berbuat baik pada kulit sendiri kan. Jangan lupa jugak beli sponge untuk bagi senang kita remove make-up or bedak..basahkan sponge ni and tonyoh kat muka..haha


sponge serap air; remove make up or bedak.


Sebagai wanita berkerjaya tapi bergaji kecik, beli jer yang ini kat tesco or Sinma teheee..


From left; sponge serap air=RM 4.90, span biasa=RM 3.90. JIMAT..

Selamat mencuba uols...



Smile, it's simple



Hello uols..

Agak lama tak review product2 yang saya pakai..currently...Yer, saya memang suka tukar-tukar product2 baru sebab tu muka dah macam hazabedah je. Kenapa? sebab still mencari product yang betol-betol power la katakan ehekz.


Latest, toner Simple. Dah 2 minggu guna, here's my review. Memang simple, takde bau, takde warna. Tak macam sesetengah toner yang lain. Bau sengit dan tengik. Toner Simple ni ada vitamin goodness. Ada lagi, toner ni 100% free of alcohol. Nak tahu kenapa saya beli toner ni? Sebab kat botol tu ada tulis ini...


"Simple; Kind to skin"
"No unnecessary or harsh chemicals, so it won't upset your skin"


Green colour; very naturally..



Sometimes, setiap perkataan yang terpampang kat botol tu boleh menarik perhatian jugak. Sebagai orang yang membeli, kita akan rasa oh produk ni sangat meyakinkan. Akan berbuat baik dan tak kan menyedihkan kulit muka ku. Tak gitewww?



Tuesday, September 27, 2011

Nilai sekeping resit



Sekeping ke sehelai resit eh? Failed!


Post kali ini just to remind kita semua JANGAN LUPA amik resit bila selesai buat pembayaran. Segelintir manusia ni ada sejenis perangai *Ok, including me* malas nak simpan resit, kadang-kadang tu kalau cashier hulur resit terus je cakap tak nak.


Tahu tak nilai sekeping resit tu??
Okay, I bagi contoh;


1. Korang beli 10 batang pen. Harga for each RM 1.20. Total semua RM 12.00. Ye dok? Saya ni tak terer matematik hehe. Korang bagi RM 20 then dapat balance RM 5. Cashier bagi resit, korang buang.

Pastu nak pegi makan kat foodcourt. Nasik+air = RM 7. Tiba-tiba 'Eh, mana duit aku? Tadi rasanya balance RM 8'. Kenape ada 5 inggit jer ni?'. Nak report balik kat kedai tadi dah tak boleh, resit dah buang.

Mana la tahu kan cashier tu TER ataupun memang sengaja nak double scan barang-barang. Kalau pegi ngadu, ada orang nak layan??

Harga sekeping resit untuk kes ni saja dah RM 3. Ye dok? Takpe, korang semua orang-orang kaya. :D


2. Korang beli Angelfit Flawless Natural Liquid Foundation Maybelline (nama taknak kalah) harganya RM 43.90 (harga bergantung pada tempat kat mana anda beli hehe). Resit taknak simpan.

Balik rumah nak pakai, tak boleh tekan. Tempat atas tu dah 'hang'. So, macam mana nak guna? Bukak dia punya tudung dan tuang secara manual. Tak sakit hati ke macam tu? Nak pergi tukar tak boleh dah.

Harga sekeping resit untuk kes ini = sakit hati bila setiap kali nak pakai foundation. Sakit hati memang tak ternilai harganya hahaha.


3. Bulan-bulan dapat gaji, korang nak bayar PTPTN. Resit mahu kena simpan okay! Sebagai bukti.

Ingat, bukan kita sorang dua je yang bayar PTPTN, berjuta-juta lagi rakyat Malaysia yang bayar tak kira samada yang bekerja atau tak bekerja. Korang nak expect sistem PTPTN ni nak bagus sepanjang masa ke? Tak!

Mana tahu kot-kot duit yang korang bayar tak update dalam sistem. Korang dah penat-penat bayar walaupun RM 50 sebulan, tapi total duit pinjaman tak pernah surrut-surut. So, masa ni la kita nak keluarkan senjata-senjata ini sebagai bukti kukuh!! GO go go!!



Bila korang simpan resit setiap kali buat pembayaran, secara tak sedar korang dah buat satu perkara yang sangat mulia. Apa yang mulia sangat tu? Jeng jeng jeng. Secara tak lansung kita mengurangkan stress cashier atau pihak-pihak tertentu. Nak pergi tukar barang, ada resit senang je keje cashier tu nanti. Kita pun hati senang tak payah nak sumpah seranah cashier kalau tak dapat tukar barang. Macam jugak kes PTPTN, bila kita ada bukti resit-resit tu, senang mereka nak detect bila, di mana, berapa yang kita bayar.


Okay, fikir-fikirkan dan selamat beramal~


Sunday, September 25, 2011

Beradu nasib tanpa henti



Yewww, tanpa henti la sangat kan. Bila time dapat gaji rasa sayang pulak nak resign keje ni. Terus tak ingat usaha nak cari kerja baru. Bila tengah-tengah bulan baru mula pung pang pung pang nak berhenti nak berhenti bos tak adil bos pilih kasih bos bla bla bla bla. Tup tup tup tak sedar dah kerja 4 5 bulan. Khen??


Tapi ini serious! I nekad amik keputusan taknak lagi toleh ke belakang. Kena berjuang habis-habisan untuk berhenti! Nak cari kerja baru yang gajinya kalau boleh RM 5, 6, 7 ribu sebulan. Tapi tugas die guyang-guyang kaki jer. Kita ada kelulusan tinggi walaupun tak berapa nak tinggi haruslah demand. Pangggg *tamparan kat pipi bagi sedar diri* teheee.


Harap-harap ada rezeki yang melimpah ruah lepas ni. Amin.


Ya Allah, sekiranya pekerjaan ini baik untuk ku, baik untuk agama ku, baik untuk negara ku, maka permudahkan lah ia. Sekiranya ia adalah sebaiknya maka kau palingkan ia daripada ku. Amin Ya Robbal Alamin.



Wednesday, September 14, 2011

Don't make me speaking manglish.



Kenapa kebanyakan orang bila nak marah, mesti nak guna english language untuk express kan betapa menggunungnya kemarahan mereka? Including me *sometimes* teheee.. Cool kan? Bluwekk! haha. Tapi tak perlu nak cool sangat sebab bukan nya guna proper english sangat pun tapi 'manglish' or rojak. Silap hari bulan, buat malu diri sendiri jew..kikiki..


Tahu tak kenapa ramai yang rasa lebih selesa bila speaking manglish bila marah?


First.

English punya version kadang-kadang very short tapi terus sampai menusuk kalbu e.i; Damn!!. Kalau in malay? "Argggghhhh, geramnya aku dengan budak tu!!".


Second.

Again, ayat english ni kebanyakan nya direct and straight. Tak payah nak corner sana corner sini. Kalau malay, ramai nak guna ayat sindiran bila marah. Kadang-kadang kalau kena dengan orang yang tak paham bahasa, sampai bila tak kan paham.
E.i; "Hey, shut up u!!"..

Mesti orang akan tergamam dan terus senyap kan.

"Hoi, boleh diam sikit tak? Aku nak study la, tak nampak ke?".

Kalau guna ayat malay, mesti nak tambah-tambah je kat belakang tu. Padahal point nye nak cakap suruh diam je. Tak pasal-pasal riak pulak kat situ nak study heh3. Tujuan dia nak suruh senyap tapi alih-alih makin bising jadinya. Tak percaya?

Third.
Time ni la paling sesuai nak tunjuk skill speaking london. Yang dapat MUET band 1, band 2, band 3 tiba-tiba jadi terer speaking. Tak caye, try la.

Tapi bagus ape kan cakap english, practice makes perfect..=P


Layan video dari mat luthfi ni. Message, don't be too judgmental okay.





Mesti wajib tonton okay!

Daa~





Sunday, September 11, 2011

Sesungguhnya manusia itu tidak bersyukur.



Walaupun saya punya kerja tak seberapa, gaji tak seberapa, jadi kuli batak siang malam, hidup takde life.....


TAPI...


Saya bersyukur sekurang-kurangnya saya mampu bagi duit untuk emak kat kampung walaupun sikit je, saya dapat bayar balik pinjaman ptptn even bayar rm50 sebulan, saya makan tanggung diri sendiri dengan duit hasil titik peluh sendiri.


Kenapa Allah tak bagi terus kerja yang betul-betul sesuai dengan qualification kita? Sebab Allah nak menguji sejauh mana kita mampu survive, Allah nak bagi kita susah dulu baru rasa senang, mungkin. Tapi manusia selalu tidak bersyukur. 

Thursday, September 8, 2011

Saya seorang yang.....



suka online 25 jam sehari.

bila online, buka facebook stalk sana stalk sini sampai berjam-jam tak sedar.

type web gosip cerah bijik mata katam semua gosip sampai page terakhir.

buka belog post macam-macam, apa yang suka apa yang tak, nak bagitaw satu dunia apa yang berlaku setiap minit dalam hidup ni, acting macam berjuta-juta lemon yang baca belog ni. Apahal nak emo-emo ni? *Sebenarnya marah ngan diri sendiri*

Tapi bila time bukak page jobstreet, jobless, info kerja kosong, jenjobs, serious tak sampai 5 minit tutup balik.

Acting macam dah insaf dan bertaubat bukan? Tapi still macam ni jugak! Duk depan belog 2 jam nak post benda ni. *Sigh*. Cari kerja? Belum lagi. tsk tsk.



Wednesday, September 7, 2011

Terapi patah hati.





Suddenly, dalam beberapa minggu ni saya dah jadi ulat bulu buku. Maybe sebab hari-hari duk ngadap buku jer. Alhamdulillah, setakat ni dah selamat melabur dalm RM200++ untuk beli buku jer tapi tak baca-baca. Haish! Takpe, usaha tu dah nampak cuma kena cari masa jer nak habiskan katam semua buku heee.

The latest, Terapi Patah Hati masuk dalam list. Entah kenapa tiba-tiba nak baca buku ni, mungkin keadaan & situasi sekarang ni menguatkan lagi untuk saya beli buku ni. Seriously, bila baca buku ni rasa macam 'kenapa semua kena kat batang hidung sendiri?'. Cubalah.

Antara air mata yang tidak dituntut;

Janganlah menangis jika cita-citamu tidak tercapai. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya?

Janganlah menangis ketika menonton filem Hindustan? Bukankah itu sekadar lakonan?

Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas. Mungkin dia bukanlah jodoh yang Tuhan telah tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan. Mungkin kita kurang membuat persediaan.

Janganlah menangis kalau wang kita hilang dalam perjalanan. Mungkin kita kurang bersedekah.

Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah rezeki itu merupakan pemberian Tuhan.

Simpanlah semua air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi atas segala kesedihan yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah daripada Allah S.W.T.


~Salahudin Abdul Razak, Rusydi Ramli Al-Jauhari


Monday, August 22, 2011

Kad Raya Giveaway.


Seriously dah lama gila tak tengok bentuk kad raya macam mane dah rupa nya. Semalam balik rumah kakak, terjumpa satu kad raya milik anak buah punye, ada gambo winnie the pooh sebagai cover depan. Phewww, dah maju. Maju okay. Kalau dulu kartun-kartun macam ujang gila-gila jer. Sekarang kartun disney pun nak masuk list.


Okay, pada sesiapa yang nak kad raya taun ni boleh drop nama & address sebelum 25 August. Terasa nak mengembalikan nostalgia zaman dulu-dulu pulak teheeee...


Puasa jangan tak puasa. Tinggal seminggu je lagi nak raya. Semangat kena UP sikit okay!


Assalamualaikum...



Tuesday, August 16, 2011

Bundle diary.


Atas sebab kemalasan yang melanda, terpaksa saya hold entry sampai masuk episod ke 3. Then, bila nak type satu per satu MALAS lagi. So, saya rojak kan semua jadi satu okay.


Last week, banyak benda yang berlaku. First sekali meeting kat office HQ Cheras. Sepanjang 2 hari meeting gigil tak ingat. Satu sebab betul-betul sejuk duk dalam aircond, satu lagi sebab tak prepare langsung untuk present sales report. 2 hari duk solat hajat, solat sunat lain lagi nak mintak doa harap-harap tak kena panggil untuk present. Alhamdulillah, berkat bulan Ramadan kan hehe.


Sorie for my henpon buruk, pic tak clear. Ini la dia Rohidzir Rais.


Siapa dia Rohidzir Rais? Jeng jeng jeng. Dia adalah penulis buku 'Anda bertanya, ustaz jawab' mengenai solat. Seriously memang bagus buku tu. Banyak Q & A, malah soalan-soalan yang di tanya pun tersangat santai dan kita sendiri pun terpikir untuk tanya soalan yang sama.


Selain tu, ada lagi penulis buku macam Dear Yayah The Series iaitu Farihah Iskandar. Orang nya sangat comel. Buku ni sangat digemari oleh budak-budak. Lebih kurang Ana Muslim la. Tapi still tak boleh challenge Ana Muslim la.


cari kat google tadi.


Rohidzir Rais dan Farihah Iskandar ni mewakili company PTS Publications. Diorang datang present produk-produk terbalu keluaran PTS. Salute pada kesungguhan diorang mencari tempat dalam pasaran. Dari cover buku yang sangat ekslusif kepada isi yang dalam buku.


Selain PTS Publications, kami ada 2 lagi wakil dari company Oxford Fajar dan Advantage Quest. Macam-macam produk yang diorang present. Rasa bangga dengan kejayaan mereka semua.


Majlis berbuka puasa di sponsor. Yahoo!


Yang paling penting, makan berbuka puasa telah di sponsor oleh Advantage Quest. Thanx guys walaupun makanan kurang UMPHH..hehe..ooopppssss. Apa yang kami dapat sepanjang meeting 2 hari? Op kosh bukan setakat pengalaman je, saya dapat ni jugak teheee


Baju free dari company S.A Abdul Majeed.


Lagi baju free dari Advantage Quest.

THANK YOU SO MUCHH...



Second....

Lepas meeting, terus bergegas pulang ke rumah abang kat Puchong. Nak berbuka puasa ngan family sendiri. Oh, sangat bahagia okay. My mom pun ada kat Banting kat rumah kakak. The next day, kitorang masak banyak, buat kuih pun banyak. Tapi lupa nak snap gambar banyak-banyak.


Bakar ikan dalam hujan. Siap guna payung. Kau ada?


Third.....

Back to work! This time berbuka ngan kawan-kawan. Makanan sangat heaven.


Yummi3.


Okay, thanx for reading.