Sunday, February 27, 2011

Cantik tak? Eh cantik cantik..

Kesian dowh..Boleh tak tolong jujur dalam setiap perkara?

Hello..Happy Sunday!!

Pernah tak dulu-dulu time sekolah pesan kat kawan baik
Me: Eh, kalau ada taik mata cakap tau. Nanti kalau orang tak rapat tegur, malu.
Kawan baek: Okeh.
Me: Eh, kalau bau masam ketiak bagitahu yer. Malu la kalau orang lain yang tegur.
*Tapi bila kawan baek tadi tegur mesti kita terasa hati jugak kan. Malu!

Baru-baru ni jadi lagi kes camni.
Kawan: Eeeeee, tak lawanya tulisan I ni?
Me: Eh, okey ape. Comey je.
*Dalam hati:%$#????!! Nasib baik sedar diri tulisan tak lawa.


Jadi untuk menjaga hati kawan, kita perlu jadi hipokrit. Tak semestinya hipokrit tu salah. Kadang-kadang bagus jugak kalau kena tempat dan masa. 


Pilih salah satu: Nak jadi orang yang hipokrit ke ataupun bermasam muka dengan kawan sebab terasa hati kawan terlalu berterus terang?

Saturday, February 26, 2011

Tak makan saman

Tapi kalau pikir balik gila ke ape nak makan saman?
Orang melayu ni bagus. Ayat-ayat yang digunakan sangat halus, penuh tersirat. Siapa yang kurang 'ngerti' mesti lama dah makan kertas saman trafik tu. Lagi parah kalau ada orang nama 'Saman'. Perlu makan 'Saman' ke? gila tak paham ayat.

'Tak makan saman' telah digunakan sebagai pengganti kepada perkataan kurang ajar, biadap. Betol ke? Sekali sekala guna ayat skema ok jugak kan :D..Yela, bila kita cakap itu ini mereka yang terbabit buat bodoh je ataupun sememangnya bodoh itu tak tahu la.

Masing-masing buat kepala. Yer, amik tukul, paku, kapak, gergaji buat kepala sendiri (ahak). Padahal maksud sebenarnya degil. Lepas tu satu lagi tak sedar diri. Gebang situ sini cakap besar bukan main lagi tapi nak cakap depan-depan tak berani (yang ni tuding kat batang hidung sendiri hee).

Sekian syarahan untuk hari ini..:D

Tuesday, February 22, 2011

Tanpa kekasih


Kenapa kita nak gebang sangat boleh hidup tanpa lelaki?
*dah pandai guna word gebang:bangga*
Bagi saya susahnya hidup tanpa lelaki. Betol tak?

Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui Segala-galanya

Kenapa diciptakan Hawa, dari tulang rusuk Adam?
Bukan kah dari situ kita dapat lihat betapa kebergantungan di antara seorang lelaki dan wanita?

Kenapa kita nak gebang sangat boleh hidup tanpa lelaki??? *Mood:marah* Sedangkan Allah dah jadikan semua ini bersebab.

Tapi kita ni cetek akal. Mak bapak dah pesan jangan bercinta dengan monyet tapi degil! Bila dah putus start gebang nak jadi anti-lelaki. Dah start nak jadi playgirl. Dah start nak jadi pengkid.

Kenapa guna cetek akal? Sebab tak pikir panjang sebelum buat keputusan. Nak jadi anti-lelaki means kita pun anti pada bapak, ayah, abah, papa, daddy dan sewaktu dengan nya.

Baru bercinta 2 3 bulan keciwa bagai nak rak. Orang lain berkahwin bercerai segala bagai pun tak cetek akal macam ni.

Kurang sedar akan kewujudan kita sebenarnya adalah di atas kasih sayang yang wujud di antara seorang lelaki dan perempuan yang bergelar suami isteri.

Sejujurnya saya tak boleh hidup tanpa lelaki
*dont get me wrong*

Contoh paling jelas:
Kat tempat kerja, saya memang sangat memerlukan lelaki untuk menolong saya mengangkat kotak-kotak yang besar lagi berat bagi mengurangkan beban dan peluh-peluh ketiak ku.

Di mana-mana pun saya perlukan lelaki. Sungguh desperate bukan?
Tapi bila sampai satu masa, kita akan terpikir mampu kah kita hidup tanpa seorang lelaki bergelar ayah? Yer, bila dah besar panjang kita kan mula menjarakkan diri dengan family, masing-masing bina kerjaya sendiri. Tapi mereka (mak bapak) tak pernah sekali melupakan anak-anak. 

Kalau tiada ayah, siapa yang akan bawak mak pergi klinik? Siapa yang akan bawak mak pergi pasar beli lauk pauk sayur sayuran? 

Di saat ini saya berdoa semoga abah cepat sembuh. Ya Allah, panjangkan umur abah dan ma. Berikan aku kesempatan untuk membalas jasa-jasa mereka. Aku memohon semoga mereka akan merasa lega dan tidak risau akan masa depan aku sebelum mereka menutup mata. Amin.

Status:tengah layan lagu Aris Ariwatan


 Lirik: Pada siapa-siapa yang lupa. Ni lagu motivasi masa sekolah dulu-dulu.. 
T T

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan 

Saturday, February 19, 2011

Tetap nombor satu.

Hello!! Happy Saturday!! Time to relax, time to shop for those yang berduit, time to sleep for those yang tak berduit keh keh keh.


This time, still, mahu cerita pasal kerja. Actually, banyak cerita suka suki berbanding duka duki daki kerja kat sini. Best! Tapi bila dah sampai masa kita perlu move on untuk memajukan diri. Ceywah!


Kerja kat sini satu je prinsip: Utamakan pelanggan walau dalam keadaan apa sekalipun. Korang banyak kerja ke ape still, customer is your priority.

NO 1

Tapi kadang-kadang agak menyampah jugak bila berdepan dengan customer yang super duper cerewet. Tapi still, Customer is number ONE! 


Tak nak masuk list yang ini


Bila dah kerja kat sini baru saya paham perasaan pekerja-pekerja yang perlu ikut bontot customer once customer tu masuk kedai. Kadang-kadang kita akan rimas koot bila kita nak usha baju-baju lawa ker nak testing testing ngan kengkawan tiba-tiba ada pekerja tengok-tengok kita. Dalam hati *eyh, aku ada dwit la. Tak payah nak ikut-ikut aku. Aku tak curik nye* Something like that la.


Sebenarnya mereka tu bukan selesa sangat nak ikut bontot kita pun. Itu la yang saya alami sekang ni. Rasa sangat tak selesa nak ikut customer situ sini nanti mereka pikir kita ni ape. Padahal tujuan utama pekerja ikut-ikut belakang customer ni sebab mana la tahu kan kot kot customer nak tanya info pasal produk itu produk ini, tadaaa sedia ada orang nak membantu. Nanti bila customer nak tanya ape-ape tengok takde pekerja kat situ, nanti komplen pulak kita tak buat kerja la. Siapa yang kena marah? Pekerja tu jugak. Susah kan?


So, pada siapa-siapa yang baca entry ni bila pergi shopping2, jangan buat muka annoying kat pekerja-pekerja yang ikut korang. Kita cuba paham tugas mereka walaupun kita rasa tak selesa. Peace!!

Monday, February 14, 2011

Kata Hati

Yay!! Tinggal dua minggu lagi sebelum saya me'rambus'kan diri dari tempat kerja. Sekarang ni perasaan die dah lain macam. Sampai je tempat kerja terus pikir nak balik nak balik. Kalau dulu berkobar-kobar jugak nak pergi kerja buat kerja nak borak-borak nak gosip-gosip ngan kawan-kawan kat tempat kerja. *Ya Allah, semoga aku dapat bertahan*


Mr. Google

A few weeks ago, i've decided to resign from my job. Majikan patot bersyukur kerana saya terbuka hati untuk resign secara baik instead of absconded macam tu je. Thanxx a lot to yatt for lending me and touch up her 'offer letter untuk satu program anjuran UTM' bagi dijadikan reason yang sangat kukuh untuk resign. Somehow, i realized ini bukan perkara main-main. Jangan main-main dengan surat rasmi Unibersiti. Tak pasal-pasal kalau majikan nak call UTM ade ke nama sekian-sekian yang akan join program ni pada tarikh sekian sekian. Selamat jalan to me muahahaha. So, i just stated on 1 month notice yang saya akan join satu program without lampirkan surat offer program tersebut. Alhamdulillah, majikan terpaksa terima and remark as 'resign for career prospect'. 


Sometimes, kita kena ikut kata hati yang first sekali yang terdetik kat hati kita ni. Do u get my word? I mean, bila kita rasa nak berhenti dah tak boleh bertahan lagi kerja kat sini jangan pikir lama-lama, kalau pikir lama-lama mahu parah jadinya tapi think wisely dan cuba bertindak segera. Once saya dah hantar notis berhenti, majikan dah approved waaa terdetik kat dalam hati betol ke aku buat ni?  Doa mintak petunjuk betol ke betol ke betol ke ni ape yang saya buat?? Again, Alhamdulillah... 


Saya rasa ini adalah yang terbaik. Setiap yang terjadi ada hikmah. Bila saya cakap kerja kat sini pressure gile-gile bila orang bawah dah mula tak respek kita dan bila bos mula marah-marah kita like h***, orang akan cakap biasala kerja mana-mana pun mesti pressure. Shut up!! Orang cakap senang je pakai mulut. Siapa yang kena dia akan rasa. Cuba cakap kalau kerja dalam keadaan pressure yang sangat Ya Allah sungguh dasyat, gile ke ape kamu nak senyum je sepanjang masa. 


Ok, untuk menyedapkan hati saya pikir kerja ni memang tak sesuai untuk saya. I mean bukan nak memperlekehkan qualification untuk position kerja ni tak setaraf dengan apa yang saya ada sekarang. Tapi i found myself 'Kamu memang tak layak nak arah-arah orang'. Kalau saya diberikan peluang untuk amik ujian personaliti sekali lagi memang saya takkan tukar jawapan saya yang dulu. I prefer to be a middle person. I will not volunteer myself to be a leader unless kalau orang memberikan kepercayaan kepada saya. Jangan cakap saya pasif ke ape tapi ini adalah kesedaran saya sendiri yang memang takde ciri-ciri seorang ketua. What purpose of being a leader kalau orang semua nak buli kita??? Okay, conclusion: saya takde ciri-ciri seorang ketua. :D


*kata hati: semalam masa nak drive balik umah rasa macam tak sedap hati nak pakai seat belt la. Rasa macam ade kot polis ni. Sampai satu selekoh hoyeah hoyeah ade roadblock. See!! Kita kena ikut kata hati. Tapi kalau ikut kata hati sangat boleh mati..


Renung-renungkan dan selamat beramal ~ 

Monday, February 7, 2011

Anggun

Yeah..finally!! After a long time research, akhirnya saya dah jumpa sesuatu yang amat menggembirakan hati. Tiada lagi kulit kusam, tiada lagi kulit menggerutu, tiada lagi parut-parut, tiada lagi cela, tiada lagi semua itu. Kini kemunculan kulit muka baru yang berseri-seri bakal menyerikan lagi hari-hari anda dan saya *mood:seronok*.

It's true!! Saya dah cuba.


Gembira dengan kehadiran mereka..ceywahh!



Saya memang sangat prihatin pada sesiapa yang memiliki kulit wajah yang agak hrrrmmm sebab saya paham sangat perasaan itu. Bukan perasaan untuk cantik semata-mata tapi keyakinan itu kurang bila berhadapan dengan orang. Dah macam-macam produk saya pernah pakai. Dari natasha kepada produk CNI. Tapi still rasa tak cukup sebab hajat sebenar nak pakai produk CNI tapi susah sangat nak cari stokis area sini. 



Moisturizer safi gamat..ok jugak!


Ditakdirkan suatu hari kaki terasa gatal nak melangkah masuk dalam kedai kecantikan kat dalam Giant ni jugak konon-konon nak cari produk CNI. Pekerja kat situ cakap takde jual. Then, die terus promote saya produk De' Wajah. Sounds like familiar rite cam De' Putih, De' Hitam semua and op kosh saya rasa tak yakin sangat sebab saya sangat sayangkan duit. No point beli produk-produk mahal tapi belum tahu keefisyenannya, berkesan ke tak kan. Tapi dengan kepetahan akak promoter tu bercerita pengalaman die yang pernah memiliki wajah yang agak hrrrrmmm malah kata lebih teruk dari saya tiba-tiba saya rasa macam wow!! Muka die sangat lawa skang ni! Dan saya teruja. 


Berbekalkan muka yang takde la teruk sangat cuma kesan parut-parut lama dan sesekali jerawat manja timbul, akak promoter tu syorkan saya beli 'Soul Cream', Boleh refer pada gambar kat  atas. Bekas die sangat kicik warna kelabu. Packing sangat tak meyakinkan! Tapi harga mak ai RM 60!! Tapi dia bagi discount dapatlah beli dengan harga RM59 keh keh keh.Beza seringgit jer?

Pic kurang jelas sebab kamera handphone hanyalah 2megapixel saja sob3

Okay ada lagi satu produk taw! Die suh beli toner. Yer, memang saya nak cari toner pun sebelum ni.  Katanya boleh mengecilkan pori-pori dan memulihkan kulit muka yang bermasalah. It's true!! Memang betol-betol marvelous. Saya perasan liang roma kat muka dah makin mengecil pastu bila cuci muka dah tak terasa macam kasar-kasar sebab biasaya bila pori-pori besar banyak bendasing akan tersumbat kan. Harganya boleh tahan RM 30. Dalam hati ni 'baik beli toner shurah RM 10 je. 



Penyegar Kulit Sensitif

Then saya sangat terharu bila someone hadiahkan saya Bio Oil. Kalau kat guardian ni memang hot stuff la Bio Oil. Harga RM 32.90. Orang kata memang menjadi sungguh tapi kena rajin sapu. Pada sesiapa yang masih kurang jelas akan fungsi-fungsi Bio Oil-Boleh menghilangkan parut-parut lama dan baru.

Thanx to XOXO
 Ada lagi beb! Innershine pati prune fuhh dengan kepekatannya yang sangat ummpphh memang terasa nak minum semua terus satu hari. Botolnye mak ai kicik. Minum dalam satu nafas je tak sedar eh dah habis. Ade sorang customer yang datang beli share la sikit kelebihan innershine ni. "Bagus la minum innershine ni, tak pakai mekap pun nampak cantik". Ai, bunyik cam masuk bakul angkat sendiri ni keh keh keh.

RM 25++..

Tambah satu lagi, pada sesiapa yang sentiasa ada masalah bibir kering merekah minum air pun still macam tu je tak yah nak susah-susah pikir nak beli lipice ke apa ke mentholatum ke ape,pakai vaseline ni memang dah cukup. It's true!!
RM 4.50

Sunday, February 6, 2011

Menunggu bulan jatuh ke riba


Hari-hari jenguk belog tapi tak pernah nak update because lately my idea terus hilang bila kala mahu menaip sumthing yang ingin ditaip. 

At this point, I just think of my future. What will happen then? After having a very difficult moment, I've decided to resign from my job. I always pray to be given any petunjuk that the decision taken is accurate without any regrets later.

I feel down rite now.I'm hoping this coming Monday will bring lights and hopes to me. I'm waiting for a miracle.