Showing posts with label mencantikkan diri. Show all posts
Showing posts with label mencantikkan diri. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Produk terbaru untuk rambut gugur.

Hello..

Baru beli last week. Kesan dia boleh tengok dalam masa seminggu.


Syampoo Vatika Naturals


Nama cam tak menarik kan? Tapi yang ni seriously i berani janji betul-betul menjadi. Dalam masa seminggu je, tiap kali sikat rambut dah makin kurang rambut melekat lagi kat sikat tu. Rambut pun boleh tahan lembut jugak la selembut Sunsilk yogurt kaler pink gitu. Syampoo ni ada jual kat farmasi-farmasi je. Kalau kat farmasi pasaraya cam Tesco ke apa tak payah cari la. Takde. Even dekat watson, guardian pun susah nak cari.



Rm 11.25 jer.


Yang penting sign HALAL besar kemain lagi hehe.Sila terpengaruh okay. After all, say goodbye to rambut gugur. Wekkk!


Thank you!


Monday, May 9, 2011

Rentetan kisah kulit halus mulus dan gebus....hiks

Sebelum ni saya pernah cerita pasal bedak special di sini. Taknak gebang lebih-lebih lagi. Sila tatap sampai muntah..


Klik untuk dapatkan yang lebih clear


Pada sesiapa yang tengah menggunakan bedak ni, sila tinggalkan testimoni kamu kat sini. Kita akan mempengaruhi sesiapa yang belum memilikinya hahahaha..:D

Sunday, May 8, 2011

Hei cantik luar cantik dalam dengar sini....

Oh rajin la sangat nak update pepagi buta. Baru lepas sahur, hari ni nak puasa. Sambil tunggu Subuh, jenguk belog dulu. Macam ni la budak zaman sekarang bukan nak pegi mengaji dulu ke. Haish!!

Gigih duk google gambar perempuan cantik last sekali amik yang cartoon ni T T

Mood: Pening kepala sebab produk-produk yang saya pakai semua dah nak habis. Pandai pula bajet nak habis pada masa yang sama. Walaupun harga RM 10 pun tak mampu beli kalau duit dah takde sobbies


Safi Balqis Perfect 10 + masker Sendayu Tinggi + Toner Kulit Sensitif De' Wajah + Bio Oil + Krim Malam De' Wajah


Combination of these things makes u pening kepala sebab tak tahu yang mana yang betol-betol memberi kesan. Bila produk dah habis and pada masa yang sama sedar diri ini masih lagi menganggur, please tell me, yang mana satu harus kita stop penggunaannya? Nak beli semua enggak cukup duit dong. Susah okay sebab semuanya sayang nak tinggal. Kalau tolak toner, eeeee sayang. Nak tinggalkan bio oil, eeeee sayang  wooo walaupun takde effect sangat. Haish, semua sayang ni. Macam mana??


At last, I conclude that biasala manusia kan suka nak buat eksperimentasi sampai rabak kulit muka baru nak berhenti. Semua nak cantik padahal nak cantik tu bukan nya kat muka semata-mata. Yang penting hati suci bersih jauh hasad dengki, marah, perangai elok terus terpancar seri kecantikan tu bukan? 


Harus cantik dalaman dulu baru pentingkan kecantikan luaran. Bukan kah itu satu terapi paling berkesan?


Nak cantik dalam luar harus sematkan ini dalam hati.

Ok till then, bye.


SELAMAT HARI IBU.


Notes: Sambil layan lagu Senyum by Najwa
Senyum.......
Oooo kacak luar kacak dalam kacak dengar sini
Kalau saya senyum 
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Kalau semua orang senyum
Dunia tiada penyakit



Wednesday, April 27, 2011

Bagaimana untuk dapatkan kulit halus, mulus dan gebu?




Ronasutra Mineral Powder






Yer, percayalah yang saya sedang cuba untuk meyakinkan/mempengaruhi minda kamu semua dengan Ronasutra Mineral Powder ni. Memang sesuai especially kepada sesiapa yang malas nak pakai foundation tebal tebal sebelum tepek bedak kat muka tu.


Sesiapa yang rasa gusar nak pakai sebab tahu kulit muka alergik, sensitif sila hentikan kegusaran anda sekarang. Kenapa? Haaa, meh la nak gebang sikit. Bedak ni jenis loose powder ala-ala bedak baby jonhson.


Bedak ni diperbuat daripada 100% tanah galian asli dan bahan mineral terpilih untuk melindung, merawat dan merapi wajah. Tak nampak ke semua tu adalah semualajadi? Takde nak lebihkan bahan kimia yang plastik semua tu!


Kenapa masih taknak cuba? Rugi beb!

Apa yang penting;
  • HALAL! Boleh dipakai pada waktu solat.
  • Takde tarikh luput-jimat bukan?
  • Boleh dipakai walaupun untuk tidur malam. Tak mudarat. Takyah nak tepek bedak sejuk macam hantu.
  • Tak perlu pakai foundation 
  • Boleh merawat jaerawat, jeragat, resdung, menyamarkan parut jerawat (yang mana susah nak percaya yang ini tapi kamu harus percaya!)

Harganya boleh tahan mahal RM48. Tapi kalau beli dengan saya murah jer..:D

Sesiapa yang berminat boleh tanya sekarang jugak. Saya buka kaunter pertanyaan.

Sila jangan malu.:D

Tuesday, April 19, 2011

Rambang mata


Seriously i'm telling u, when we are surrounded with 'ohsome' things automatically we have no idea which one we should choose. At the end, yang hodoh/buruk jugak yang dibelinya. T T


some people used word 'mabuk warna' to express the feeling where u cant choose the one that u really like.

So many choices.....plus colourful....plus with very up-to-date style



why oh why? i just dont understand kalau yang display kat patung semua nampak gorgeous tapi bila balik tilik depan cermin huh buruk.


Lastly, just wanna say that this is for Hari Raya hahaha..Biasa la perempuan-perempuan sentiasa cepat bab-bab macam ni..Dah lumrah..:D


*ppppsssstttt, puasa ganti camne??

Wednesday, April 13, 2011

Gorgeous You!



Siapa tak mahu cantik woh? Dwit dalam bank beribu-ribu buat apa simpan-simpan? Guna, guna, guna!


Kalau nak cantik, pe de hal berhabis sikit sebanyak kan. Tapi mintak jauh la 'nak jadi cantik, silap-silap dapat hazab'.. :D


Nak citer ni, hari ni I got something yang memang menggembirakan hati . I memang tak boleh biarkan dwit banyak-banyak kat dalam bank. So, apa lagi keluarkan la tadi. Tak banyak pun, ada dalam RM10 ribu jer keh3.


Guess what?? I bought new supplement. Haa, ye la tu supplement untuk kecantikan dalaman and luaran. Maklum lah bila umur meningkat ni macam-macam nak cuba. 


Dulu I pernah post kat belog pernah minum Innershine. Tapi macam takde effect sangat kot. Asyik berak berak berak but it means that ia bagus untuk sistem pencernaan kamu. Orang kata kena continuosly baru dapat tengok effects nya. Cahaya akan terpancar kat wajah sebab toksin dah banyak buang kan macam yang Maya Karin cakap 'Tak pakai mekap pun kulit tampak cantik'.  Masalah nya saya ni kalau boleh malam ni minum sebotol esok nak terus cantik. Huh! Tu yang tak tahan nak tunggu lama-lama.


Then, this morning tetiba nak try Soy Collagen keluaran Nur Beauty Line. Harga RM 39. Ada 10 sachet kat dalam. Ada 2 jenis taw!

Ini yang paling basic la RM29 ada 10 paket kat dalam.

Boleh nampak tak tagline dia? Rahsia Muda Jelita! Awwwwww..Kelaasss gitu.



Sama jer fungsi dia cuma yang ni ada EXTRA collagen!!


  Okay, rasa-rasanya yang mana satu yang I dah beli tadi? Oh yeah. Mestilah yang 2nd pic. Terus nak guna yang EXTRA collagen kan. Ape kelasss guna yang kurang collagen. Kan? Kan? Hello, i'm not that kedekut-type person untuk benda-benda kecantikan camni. Tapi kalau nak beli buku-buku pelajaran,memang pikir panjang jugak nak beli ke tak..:D


Testimoni: Tadi baru jer teguk 1 gelas Soy Collagen. Senang je nak buat. Guna 1 paket taruk dalam gelas then kacau dengan air suam. Peringatan! Wajib guna gelas sebab ia teramat pekat.

Kalau korang tanya apa perasaan? Macam mana rasanya? Okay, pengakuan jujur. I rasa nak muntah sebab over-saturated. Pekat yang amat. Tambah lagi korang bayangkan Soya+susu tepung apa rasanya? Tapi saya tak rasa pun collagen nye camne kih3.

Habis minum tu tiba-tiba rasa muka tegang. Dalam hati hehe berkesan jugak yer. (Imaginasiku semata-mata).

Selamat terpengaruh dan mencuba yer. Orang cakap kalau nak beli supplement ni kalau boleh beli yang ada collagen baru berkesan cepat sikit. Pergi belek innershine takde collagen pun. T T

TQ.

Thursday, March 3, 2011

Mood Magic

Seriously magic! Mood datang sekelip mata. Ape ni??


perfume Mood Magic from Nutox

Available in 4 scents: Crave (Pink), Poise (White), Bliss (Yellow) & Chill (Blue). Antara empat jenis ni 'POISE' paling best. Bau nye mak ai pegi basuh berak pun  tak hilang lagi bau. Memang soft betol, menusuk ke dalam hidung.



I dah ada satu..

Korang bila lagi nak beli?? heeee

Monday, February 7, 2011

Anggun

Yeah..finally!! After a long time research, akhirnya saya dah jumpa sesuatu yang amat menggembirakan hati. Tiada lagi kulit kusam, tiada lagi kulit menggerutu, tiada lagi parut-parut, tiada lagi cela, tiada lagi semua itu. Kini kemunculan kulit muka baru yang berseri-seri bakal menyerikan lagi hari-hari anda dan saya *mood:seronok*.

It's true!! Saya dah cuba.


Gembira dengan kehadiran mereka..ceywahh!



Saya memang sangat prihatin pada sesiapa yang memiliki kulit wajah yang agak hrrrmmm sebab saya paham sangat perasaan itu. Bukan perasaan untuk cantik semata-mata tapi keyakinan itu kurang bila berhadapan dengan orang. Dah macam-macam produk saya pernah pakai. Dari natasha kepada produk CNI. Tapi still rasa tak cukup sebab hajat sebenar nak pakai produk CNI tapi susah sangat nak cari stokis area sini. 



Moisturizer safi gamat..ok jugak!


Ditakdirkan suatu hari kaki terasa gatal nak melangkah masuk dalam kedai kecantikan kat dalam Giant ni jugak konon-konon nak cari produk CNI. Pekerja kat situ cakap takde jual. Then, die terus promote saya produk De' Wajah. Sounds like familiar rite cam De' Putih, De' Hitam semua and op kosh saya rasa tak yakin sangat sebab saya sangat sayangkan duit. No point beli produk-produk mahal tapi belum tahu keefisyenannya, berkesan ke tak kan. Tapi dengan kepetahan akak promoter tu bercerita pengalaman die yang pernah memiliki wajah yang agak hrrrrmmm malah kata lebih teruk dari saya tiba-tiba saya rasa macam wow!! Muka die sangat lawa skang ni! Dan saya teruja. 


Berbekalkan muka yang takde la teruk sangat cuma kesan parut-parut lama dan sesekali jerawat manja timbul, akak promoter tu syorkan saya beli 'Soul Cream', Boleh refer pada gambar kat  atas. Bekas die sangat kicik warna kelabu. Packing sangat tak meyakinkan! Tapi harga mak ai RM 60!! Tapi dia bagi discount dapatlah beli dengan harga RM59 keh keh keh.Beza seringgit jer?

Pic kurang jelas sebab kamera handphone hanyalah 2megapixel saja sob3

Okay ada lagi satu produk taw! Die suh beli toner. Yer, memang saya nak cari toner pun sebelum ni.  Katanya boleh mengecilkan pori-pori dan memulihkan kulit muka yang bermasalah. It's true!! Memang betol-betol marvelous. Saya perasan liang roma kat muka dah makin mengecil pastu bila cuci muka dah tak terasa macam kasar-kasar sebab biasaya bila pori-pori besar banyak bendasing akan tersumbat kan. Harganya boleh tahan RM 30. Dalam hati ni 'baik beli toner shurah RM 10 je. 



Penyegar Kulit Sensitif

Then saya sangat terharu bila someone hadiahkan saya Bio Oil. Kalau kat guardian ni memang hot stuff la Bio Oil. Harga RM 32.90. Orang kata memang menjadi sungguh tapi kena rajin sapu. Pada sesiapa yang masih kurang jelas akan fungsi-fungsi Bio Oil-Boleh menghilangkan parut-parut lama dan baru.

Thanx to XOXO
 Ada lagi beb! Innershine pati prune fuhh dengan kepekatannya yang sangat ummpphh memang terasa nak minum semua terus satu hari. Botolnye mak ai kicik. Minum dalam satu nafas je tak sedar eh dah habis. Ade sorang customer yang datang beli share la sikit kelebihan innershine ni. "Bagus la minum innershine ni, tak pakai mekap pun nampak cantik". Ai, bunyik cam masuk bakul angkat sendiri ni keh keh keh.

RM 25++..

Tambah satu lagi, pada sesiapa yang sentiasa ada masalah bibir kering merekah minum air pun still macam tu je tak yah nak susah-susah pikir nak beli lipice ke apa ke mentholatum ke ape,pakai vaseline ni memang dah cukup. It's true!!
RM 4.50

Tuesday, December 28, 2010

Keguguran

Dont get me wrong. Keguguran is not only for abortion only. *wink*



I had a very very terrible hair loss. It's true!! Sampai boleh rasa eh kepala makin ringan. Skang ni, tak boleh nak main-main dengan rambut lagi. Pegang sikit dah gugur. Hoh, sungguh rapuh *sobbies*. Dah macam-macam shampoo guna tapi still it doesnt work. 

Orang cakap antara faktor pemangkin rambut gugur ni mungkin disebabkan stress. I agreed! Mungkin ya. Masa saya belajar dulu memang rambut dah start gugur, I realized maybe sebab terlalu kuat study cheywah! Tapi sampai skang macam makin menjadi-jadi pulak. Makin teruk. Tak boleh nak cakap stress sebab study (zaman study dah lama ditinggalkan). Lepas puas cari sebab-sebab, I decided to say that my hair lose is maybe due to 'masalah dwit'. Yer, saya sangat perlukan dwit T T.

Sebenarnya saya dah lama buat research google sana sini untuk cari shampoo yang paling sesuai untuk dipakai. Tapi still tak yakin. Nak beli yang mahal-mahal takut tak menjadi rasa cam rugi pulak (padahal memang nak save budget ceh). Tapi kalau beli yang murah-murah takut makin teruk. Tapi shampoo yang glemer cam Sunsuilk, Pantene, Rejoice rasanya harga dah okay je. 

At last, I decided to try Dove *hair fall* shampoo and conditioner. Bukan yakin sangat pun ngan Dove ni tapi kat Guardian (ceywah, promot lagi) ada offer promo pack for Dove. Dalam kotak tu ada 3 jenis (shampoo & conditioner *hair fall*+Body wash) yang berharga RM29.90. Saya beli yang promo pack bukannya apa nak jimat ke apa tapi sebab nak dapat free gift handbag yang nampak sangat eksklusif gitu hee. Beli Rm30 above dapat free gift ni until 2 January 2011 okay.

Hair fall rescue


ini la free gift handbag :)

Tapi cam dah lari jauh dari tujuan asal nak selamatkan rambut gugur. Lebih kepada macam mana nak dapattkan free gift handbag dari Dove keh keh keh.

Monday, November 15, 2010

adakah memakai barang copycat itu sangat cool?

hello bolggers!! it's been a long time not write anything here..:D

dulu korang pernah tak tengok cerita-ceritu melayu kat tv3 macam slot identiti pukul 6.30 pm ke.kalau kat tv1 pulak slot galeri pukul 7 pm.memang terbaek la timing die sampai meraung-raung nak habiskan cerita ni dulu baru nak sembahyang maghrib.boleh gitu?hee.pastu cerita pukul 8.30 pm kat tv2.aiseyy,tiba-tiba rasa cam old skul sangat dan terasa cam tua sangat haha.times really flies away rite? tapi bukan tu saya nak cerita.saya nak cerita pasal benda lain kehkehkeh.
ni selingan.type sambil makan epal sangat cool.
ingat lagi tak masa korang masuk asrama form 1 dulu jumpa kawan-kawan baru yang kaya raya tapi ada jugak yang biasa-biasa macam kita.pastu tengok baju-baju orang lain semua lawa-lawa.saya ingat lagi baju t-shirt paling mahal yang saya pernah ada masa tu rm15.memang gile ah mahal rm15 tu pastu ada pulak tulisan Live's.tengok betol-betol okay Live's bukan Levi's.tapi masa tu apa nak keysah budak-budak tak reti lagi barang-barang branded ni.pakai yang cikai punya je.bila pakai yang nak sama ngan ORI punya dah rasa bangga woi.jalan orang pandang sana sini.tak tahu pulak orang puji ke orang mengata keh3.

pastu ada kawan dulu pakai beg converes.memang hebat ah! walaupun ada ejaan yang salah converes patotnya converse kan tapi takde hal la tak menghalang pun budak-budak sekolah yang takde duit nak pakai macam tu.kira dah hebat sangat tu! 

bila dah masuk matrik jumpa ramai lagi kawan-kawan dari pelosok Malaysia ni dengan pemakaian sangat advanced baru nak celik mata pasal benda-benda camni.baru tahu jenama apa lagi yang famous selain PUMA,Levi's,converse,Von dutch. pastu baru tahu jenama b.u.m equipment tu bukan setakat kasut je tapi baju-baju pun ye jugak.memang kuno tahap gila ah haha.dulu gelak-gelak bila orang pakai baju jenama-jenama yang pelik sebab ingat tu jenama tak famous macam Espirit.what a shame!

ni lagi cool,ada kawan saya cerita dia jumpa sorang mamat ni dari belakang nampak segak memang perfect semua la.bila die pusing ke depan baju dia pakai ada tulisan POMA!! yang besar bapak penuh satu baju. gile ah hebat! adakah dia rasa sangat cool? saya rasa mamat ni memang cool habis.kalau perempuan pakai boleh la cover-cover di sebalik tudung hee

saya dan kawan-kawan dah banyak kali buat discussion pasal brand-brand yang mengambil kesempatan ke atas brand-brand yang famous ni.orang panggil 'copycat'.tahu tak apa tu copycat??? copycat tu maksudnya 'tiru kucing'! hek3.
according to definition from answer online copycat is one that closely imitates or mimics another.contohnya;
atitas from adidas
filo from fila
Live's from Levi's
converes from converse
louisVuitton pun ada banyak copycat orang ubah ejaan la

sebenarnya banyak lagi.tapi saya nak cakap kat sini tak semestinya baju-baju mahal tu kualitinya bagus.kadang-kadang orang jual brand bukannya barang.kalau tengok handbag yang datuk siti nurhaliza dapat dari datok K masa birthday dia dulu harga berpuluh ribu tapi pattern tak lawa pun.tak tahu la sama ada saya yang tak pandai nak menilai benda-benda mahal macam tu.kalau kita tengok lagi ada je barang-barang murah tapi pattern sangat lawa.
RM 40k! jangan main-main
ok.sekian..:P

Friday, October 29, 2010

Aww, lembutnya rambut...

hari ni saya nak kasi petua yang vouge sikit ala-ala orang kampung gitu. sila-sila masuk.


santan lembutkan rambut

untuk mendapatkan rambut macam bulu penyapu senang je. yang susahnya nak dapatkan rambut yang lembut, bersinar dan bertenaga tu alahai siapa la yang rajin sangat tu nak rapi sana rapi sini. siapa-siapa yang rasa rambutnya macam penyapu sila amik perhatian. 

kalau dah guna macam-macam jenis syampoo tapi takde hasil ini dia cara yang mudah dan paling penting jimat kos

  • campurkan santan dengan asam jawa. kacau campuran tersebut hingga sebati hehe dan sapukan pada rambut. 
  • biarkan selama 10 hingga 20 minit (sempat ni pegi log in kat facebook or twitter update status "tengah mensantankan rambut :D"). 
  • kemudian bilas dengan air bersih. 
erk..tak janji okay rambut korang akan jadi camni nanti..:D
*lagi satu hampas kelapa tu jangan dibuang dulu, kalau nak tahu ada petua gak guna hampas kelapa untuk putihkan tumit yang hitam pekat. senang je tonyoh jangan tak tonyoh keh3..

selamat mencuba~

P/s: kalau guna santan buat air cendol besh jugak ni sambil makan dengan pisang goreng..:D 

yummi3

Tuesday, October 26, 2010

Avon Kembali Lagi


shopping time with AVON 
yes! welcome our november. welcome our AVON. yehaa.
*pada yang takde duit sila diam! hehe*


terbaru di Avon

Thursday, September 23, 2010

Kecantikan Adalah Hak Milik Setiap Insan

okay, nak tanye, siapa yang tak nak lawa cuba angkat tangan!!!


betol takde? takde kan? takde kan? bagus!! 

ingat lagi tak iklan ni "Kecantikan Adalah Hak Milik Setiap Insan".. zaman sekarang ni semua nak cantik segala bagai, luar dan dalam. kadang-kadang sampai sanggup berhabis duit beli pelbagai produk. eh, itu macam saya je hee. tapi betol kan. 

iklan kat tv pun banyak yang propa jer lebih. padahal model-model yang digunakan semuanya dah cantik molek ditambah pulak dengan edit sana sini. betol tak? yang gelap boleh jadi putih sekelip mata.boleh percaya ke?

kadang-kadang kita tengok kawan-kawan guna produk tu elok je muka, makin lawa. mula lah terasa eh nak cuba lah. tapi bila kita guna, oh segala jerawat batu nak timbul. haa, awas!!! setiap orang punya keperluan kulit yang berbeza-beza. jangan ingat semua boleh. 

kita sebagai orang-orang Asia yang dilahirkan di ceruk-ceruk kampung, mana boleh lari dari ke"tradisional"an. kebanyakan dari kita ni termasuk lah saya sendiri tak boleh lari dari guna produk-produk tempatan macam shurah, safi balqis dan banyak lagi la. mungkin ada sesetengah orang okay je pakai produk-produk luar cam olay, garnier, skII (oh, bunyi macam jeles tak dapat pakai!).

sebenarnya, ramai yang tak tahu ada antara produk-produk yang digunapakai tu bahaya. jum, tengok sini (belog mynameisyat) kalau nak tahu produk-produk yang telah di blacklist oleh Kementerian Kesihatan. saya pernah terdengar sohseh sohseh orang bercerita pasal kehebatan temulawak. memang memutihkan kulit sampai tahik lalat pun boleh hilang. wah, memang hebat la!!!!  erk, tapi tak dapat dikenalpastikan lagi keberkesanan nye. uish, siapa-siapa terasa nak buang tahik lalat, sila cuba. hahaha.


ada siapa-siapa tak nak share pengalaman guna produk kecantikan? @ penyesalan guna produk tersebut ke..



 

Saturday, August 7, 2010

mencomotkan diri !!


Hai!!
I'm coming back, punya la bizi seminggu ni. Tiba-tiba dikejutkan dengan sekolah ganti sempena deepavali..woot woot sangat seronok sebab kurang separuh dari pelajar yang datang, tak payah susah-susah nak mengajar, maen pop quiz jer yang memang pop pop pop meletup

okay, dah lari topik!

Minggu lepas ada seorang pakcik ni datang bwat jualan langsung, die dah buka booth memang betol-betol terletak indah kat depan bilik guru.

Pandai yer pakcik!

Tiap-tiap kali cekgu nak pergi masuk kelas mengajar, mesti ada yang akan menyinggah dan menjenguk. sebenarnya itu saya lah..hee

Apa yang ada kat situ?  Tiba-tiba tertarek kat satu produk ni
kotaknya boleh tahan besar sama dengan sabun mandi 
warna kuning oren
nama yang tertulis kat situ "ORGANIC SALT SOAP"
okay, ini gambarnya

memang nampak macam sabun mandi kan? pernah tengok tak?















tapi sebenarnya ni sabun pencuci muka
kat label tu ada beberapa ayat yang sangat wowww
betul ke ni?? (excited tiba-tiba)

ORGANIC SALT SOAP are puported to rejuvenate the human skin by supplying vital trace elements directly to the surface. Salt and water contact freshen the skin and open pores while tightening the outer layer of the skin,which may help to hide signs of aging. Opening pores of the skin increases blood circulation and oxygen supply to the epidermis ( outer layer skin )

ORGANIC SALT SOAP is UNREFINED and NO BIOLOGICAL SOLIDS unlike other salt which is most natural soap believed to be greatly prevent problem such as :
 
  • pimples, oily, blackheads
  • sensitive, itchy
  • freckles, pigmentation
  • skin disease

saya pun terpikir la sekejap
adakah sama dengan "papaya soap" yang biasa kawan-kawan guna
mesti kena potong-potong kan takut cair pulak
saya tanya la pakcik tu, guna sikit-sikit ek pakcik?
maknanya kena potong kecil la?
pakcik tu cakap guna je satu ketul terus sebab sabun ni memang keras, tak boleh dipotong dengan pisau ke ape ke, kalau nak potong jugak kena guna parang
what?? 
parang ek pakcik
(tersengih je dalam hati)
Memang menakjubkan, agak mengejutkan la, guna parang pun parang la

At last, saya tetap beli. Kesian tengok pakcik dah bagi penerangan panjang lebar. Lagipun harga cuma rm5 jer. Apa? Yer memang rm5 jer kawan-kawan. Agak memalukan diri jugak la kalau tak beli.

First day guna aduss memang pedih sebab ia nya garam. Bila dah hari kedua pakai, siapa cakap tak pedih, gila pedih kot dan hari-hari yang seterusnya. Sekarang ni masih terpikir adakah saya mahu terus memakainya atau campakkan saja..hehe