Saturday, May 22, 2021

Masalah Global: Nak Masak Apa Hari Ini?

 


Holla!! Assalamualaikum..


Seperti tajuk di atas, betul kan ini adalah salah satu masalah global yang melanda para isteri, ibu, hatta MR MAMA dan househusband sekalipun? Sila katakan yes, supaya sis tidak keseorangan merasakan ini adalah satu masalah yang sangat besar hahaha.

Menjelang pukul 10 - 11 pagi otak dah mula fikir dah soalan ini..

"Nak masak apa hari ini????


Dilema sangat kan? Tak usah cakap lah buka FB, IG, Youtube duk search menu bagai.. Tengah syokk tengok video masak tup2 kena sediakan bahan yang takde kat dapur waktu tu, memang turn out betul. Alih2, henfon letak tepi terus bersilat buat menu sayur air je.. tak pun telur kicap, ayam masak merah atau sup ayam hahaha..


Kalau hari bekerja, lagi lah sis pening. Habis kerja sampai rumah dah dekat pukul 6 petang. Ada masa 1 jam je nak fikir menu, sediakan bahan dan masak. Itu yang menu asyik recycle je, tak sampai seminggu dah recycle menu wei. 


Yang ada anak-anak kecil pulak ni hrmmm memang kena buat menu yang serasi dengan tekak diorang. Nak tak nak encik somi kena hadap la sebab isterinya malas nak buat 2 3 menu dengan alasan kesuntukan masa hahaha. Bila buka FB tengok orang duk post menu makan malam meriah, tiba terdetik jugak kat hati orang lain boleh je masak banyak menu walaupun working mom.. 

"Ini ke yang dinamakan nak seribu daya, taknak seribu dalih"? hihihi


Well, dalam isu ini rasanya pasangan masing-masing perlu memberikan kerjasama. Bila isteri/ suami/ anak tanya nak masak apa hari ini? cuba bagi cadangan menu walaupun satu menu sahaja. Kadang dari menu tu lah tercetus idea nak masak apa. Kami buntu, kalau ikut perut kami ni tak makan pun takpe hari ini tapi kami memikirkan perut-perut lain yang ada dalam rumah jadi memang kena kerah otak untuk fikir menu yang boleh dimakan dari pagi sampai malam. Kan? 


Kita bukan nak hadap kerja masak je, banyak lagi kerja lain nak fikir tu lebih-lebih lagi lipat baju tu haaa. Bila masuk bab lipat baju tu hahahaha memang tak habis sampai bila. Kalaulah bakul kain boleh bercakap mesti dah bunyi "Tolonglah lipat baju ni, aku dah tak mampu nak tampung timbunan baju ni hoiii". Eh eh eh masuk topik lipat baju pulak. Yang ni kita buat entry special edition untuk dia je nanti ye. 


Sis ada follow page FB Masak Apa Hari Ni? (MAHN), sangat membantu bila sis kebuntuan fikir menu. Kalau tengok jumlah screenshot menu dalam handphone hiksss berpuluh-puluh menu tau tapi yang dah berjaya buat ada lah dalam 4 5 menu. 


Tapi kadang-kadang rasa tak best pun ye jugak bila pada masa yang sama ada segelintir netizen suka sangat kecam cara orang lain yang tak sama dengan cara yang dia buat. Sis percaya yang setiap orang ada cara masing-masing. Cara dia begitu,  tak semestinya salah. Hellooo, boleh tak kita raikan perbezaan? 


Orait! Sebelum undur diri, sis nak share beberapa item yang dah jadi stok wajib kat dapur bila memasak. I like yang jenis segera ni memang sesuai sangat dengan jiwa i yang nak cepat siap masak ataukah dalam bahasa mudahnya 'yang jenis malas'? hahaha. 

Rempah Tradisi Garam Kunyit. Maaf rempah dah mencapah ke serata tempat

Rempah Tradisi Garam Kunyit. Memang ngam betul tagline nya "Sedap Sengoti Gerenti Puah Hati". I memang gunakan dia kaw-kaw. Memang senang keje, nak goreng ayam, daging, udang, sotong. Dah banyak rempah garam kunyit sis beli sebelum ni, rempah ini lah yang terbaik cukup garam gula nya tak payah nak adjust dah.

Rempah Tradisi Ayam Bakar

Sambal Tumis Segera by Sis Atie

Yang ini pun terbaik sangat untuk buat sambal ikan bilis nasi lemak dan ayam masak merah. 10 minit dah siap hidangan. 

Perencah Segera Adabi

Dulu sis kurang gemar guna perencah. Konon banyak ajino guna perencah segera ni. Sekarang, ini lah penyelamat ku pagi pagi bila kalut nak sediakan sarapan untuk anak-anak. 


Okay last but not least, kita kena semat dalam fikiran untuk sentiasa berfikiran positif. Setiap orang ada cara tersendiri dan kita tak berada di dalam kasut mereka. Ada orang tak sempat pun nak masak untuk family atas kekangan lambat balik kerja, kena hadap jem bagai. So, jalan terbaik adalah beli tapau sahaja makanan. Ada orang masak menu simple je, bukan sebab malas tapi kita tak tahu mungkin family nya tak makan menu yang heavy dan special. Ada orang suka guna perencah segera (macam sis) hikss mungkin sebab dia taknak bazir tenaga dan masa, nak guna tenaga untuk buat kerja lain lagi wei. And the list goes on. 


Till we meet again!!

1 comment:

Zara said...

wow yani, bersungguh2 zara baca setiap ayat tu..I feel u, even sekarang zara housewife, tp zara pun x tahu nk masak apa..keep up the good write up yani, waiting for your next post...