Showing posts with label membebel. Show all posts
Showing posts with label membebel. Show all posts

Monday, April 4, 2011

The Real Sentap.

hahaha..bantai gelak tak henti-henti bila follow twitter @DamnItsCool. Tweets die memang besh sebab betol-betol real!

Jum gelak..


Kita akan SENTAP kalau......

  • Duit topup pakai duit parents, ada hati nak msg awek 24 jam!
  • bila kita tulis mesej panjang2, dia reply 'K' je. Patah ke tangan tu kalau reply panjang sikit?
  • Tengah sedap makan cendol ada lalat plak dlm mangkuk
  • bila ada awek tanya result kau, pastu kau jawap dgn yakin. Bila tanya result dia, dia ckp Rahsia. Celaka kau.
  • bila orang cakap kita gemuk lepas jogging pusing padang 10 round.
  • bila birthday kau takde orang wish dan bagi hadiah.
  • bila ada bau kentut, orang lain asyik pandang² dan senyum² kat kita
  • bila hadiah yang kita bagi, orang buang dalam bakul sampah.
  • bila tunggu lama kat restoran, pelayan tak ambil order. 
  • bila kau tanya soalan, takde orang sudi nak jawab. ouchh.
  • bila kawan baik kau lebih percayakan orang yang baru dia kenal berbanding kau.
  •  bila orang layan kau macam kuli.
  • bila gambar kita yg keluar suratkhabar yg kita frame cantik2 kat rumah, org buat bungkus nasi lemak yg kita makan!
  • bila kawan curi-curi baca SMS kau.
  • bila adik kau buat hal tapi kau yang kena marah dengan mak kau.
  • bila bukak Facebook dapat friend request dari mak bapak kau.
  • bila kawan hacked Facebook, update status 'I'm Gay'.
  • bila kawan yang tiru assignment kau dapat markah lagi tinggi.
  • Order nasi goreng mintak nasi lebih, kalau bayar tak nak lebih pulak? 
  • Kalau kentut semua orang tak ngaku. Tapi kalau duit jatuh memang kau yang punya
  • Berangan nak kurus, tapi still kuat makan & tak exercise.
  • Usaha tak, doa pun tak. Tapi berharap dapat result bagus
  • bila kau update status kat FB, takde orang yang 'Like' atau komen.
  • "Nak pinjam kereta? Ambik la. Aku memang beli kereta tu untuk kau pun." 
  • Aku dah siapkan assignment dah, untuk kau copy paste
  • Artis bila kahwin masuk Nona, bila dah cerai masuk Melodi.

Sunday, April 3, 2011

April Full

 
Memang satu benda pun takkan jadi 
kalau asyik duk menghadap laptop
online 25 jam sehari 8 hari seminggu.




Thursday, March 31, 2011

Ausie Mood.



Australia, hebat bukan bunyik nye? Wondering when i will be there. Oh, stop dreaming!! Sepanjang 3 tahun berhempas pulas belajar kat Johor dulu haram Singapore depan mata pun tak pernah sampai lagi. Tapi masih lagi boleh berbangga sebab pernah sampai Sabah. I rasa macam pegi Vietnam or Filipina. Sawah padi pembangunan semua belum cukup maju. Eh jap! honestly saya tak pernah pun lagi pegi Vietnam or Filipina. Just my imaginasi..:D

I penah dengar sydney,melbourne and the rest memang tak pernah dengar.


Kenapa tiba-tiba nak cakap pasal Australia? Cakap kena la ikut mood kan. Pagi tadi my kawan dah naik flight pegi Australia. Yess, NOT ME!! hahaha. Tapi i terasa sangat dekat dengan Ausie sebab my kawan tadi keep telling me about the Ausie since last month. Dan sebagai pendengar yang setia, I tadahkan telinga saja sambil menyembunyikan perasaan jelesh dalam hati.

Used to be a place where i played 'masak-masak' during my childhood. Hebat imaginasiku..:D


Dari hal mata wang kepada keadaan cuaca dan semua semua i dapat tahu. Menurutnya lagi sekarang ni musim luruh kat Ausie. I dont know whether its true or not. Saya percaya je sebab jadah apa nya nak cek sendiri kan? Bukan saya yang nak pergi. Just wait for the pics!!

How to read this??


So, he will be away for a week. Lama tuuuu. I dont have anyone to text to dalam seminggu ni T T. Oh, i should be grateful, boleh jimat kredit telepon bukan..:D... Before he left Malaysia (ceywah, macam pegi jauh), he asked me 'nak apa?'.. Then me as usual pretend huh?? nak apa APA?? owh, okay. just bring me keychain. huh, keychain?? NO!! Daging kangaroo!! i'm hoping that he heard daging kangaroo instead of keychain T T.

sungguh chumil!


Okay, thank u for reading.    

Monday, March 21, 2011

Bila harus memilih



I hate when i have to make a decision dalam keadaan tergesa-gesa. Why must I put myself in such situation. At last, I am the one, THE LOSER ONE!!  



But I don't have any choices.



Ya Allah, please give me Your guidance. I'm hoping that this is my best decision I've ever made in my life.
Amin.

Thursday, March 17, 2011

Pagi yang hening

Pagi-pagi dah kena berkerah tenaga pergi pasar beli barang-barang tuk tahlil malam ni *sayang nye nak korbankan masa tido*..:D

 Yang tak seronok nye kena pergi beli kat pasar besar Pasir Mas. Mak ai, tak yah cakap la rakyat nye ramai mana. Sampai nak jalan pijak tanah pun tak cukup. 

Kalau pergi kul 8 a.m memang wajib akan parking 10kilometer dari tempat membeli. Pastu usung barang-barang ke tempat kereta sampai senget bahu. 

Arwah abah pernah cakap "Bandar Pasir Mas ni kalau letak 40 buah kereta atas jalan memang jammed la!". Tambah lagi musim cuti sekolah. Fuhh, menguji kesabaran.

Tapi rasanya bukan musim cuti sekolah je, hari-hari biasa pun memang keadaan lebih kurang sama je. Kita akan pikir bila hari hujan mesti tak ramai rakyat yang keluar membeli belah ikan dan lauk pauk tapi haram!! Sama je. Gamaknye orang suka kot shopping dalam hujan.


Overview: Tak taw mana satu jalan yang betul. Main redah jer.


Ini la untung nye pegi pagi-pagi. Semua masih fresh..Mata ikan pun takde lagi kaler merah..:D


Ini yang dikatakan rezeki murah di pagi hari..:)


Itu adalah barang yang sangat bahaya!!

Boleh nampak tak bulatan dalam pic kt atas tu-sebab utama mak bapak tak nak bawak anak-anak ikut sekali. Mesti nak beli belon sabun yang tiup akan keluar buih-buih cinta..:D


Okay..peace!!

Saturday, February 26, 2011

Tak makan saman

Tapi kalau pikir balik gila ke ape nak makan saman?
Orang melayu ni bagus. Ayat-ayat yang digunakan sangat halus, penuh tersirat. Siapa yang kurang 'ngerti' mesti lama dah makan kertas saman trafik tu. Lagi parah kalau ada orang nama 'Saman'. Perlu makan 'Saman' ke? gila tak paham ayat.

'Tak makan saman' telah digunakan sebagai pengganti kepada perkataan kurang ajar, biadap. Betol ke? Sekali sekala guna ayat skema ok jugak kan :D..Yela, bila kita cakap itu ini mereka yang terbabit buat bodoh je ataupun sememangnya bodoh itu tak tahu la.

Masing-masing buat kepala. Yer, amik tukul, paku, kapak, gergaji buat kepala sendiri (ahak). Padahal maksud sebenarnya degil. Lepas tu satu lagi tak sedar diri. Gebang situ sini cakap besar bukan main lagi tapi nak cakap depan-depan tak berani (yang ni tuding kat batang hidung sendiri hee).

Sekian syarahan untuk hari ini..:D