Bagus sangat ke produk yang ada bird's nest ni? Bila tengok Fazura kat TV jadi duta produk Nutox yang ada bird's nest content, terus nak try. Tapi saya try produk bio essence, harga nya mak ai, mahal la RM 24.80. Kalau guna safi balqis baru RM 10 je. Biasalah orang cakap lagi mahal lagi bagus bukan?
Bio Essence Bird's Nest Nutri Collagen
Nama kemain hebat lagi tu. Ada sarang burung la, ada collagen la. Mesti double triple dia punya action kan. Tak sabar nak tengok hasil nya.
pencuci muka yang tepi sekali sebelah kiri. |
Lepas dua minggu try pakai pencuci muka Bio essence tu, rasa nak menangis woo. Jerawat naik berlambak-lambak especially kat dahi. So scary! Penuh dahi bagai tak cukup ruang. Owh, inikah penangan sarang burung? Terus terbayang, macam mana nak bagus sarang burung ni, burung duk berak kat dalam tu, orang pergi buat research kata bagus. Ptuiiiii..hahaha
Sebenarnya nak tunggu sebulan pakai sebab nak tengok hasil produk ni kan. Manalah tahu dia nak elokkan muka, tu yang timbul berlambak-lambak jerawat as a pembuangan toksik-toksik dalam badan ke. Bila dah semua buang, jerawat dah tak timbul lagi kan. Tapi saya kerja mengadap customer hari-hari. Malu jugak kan. So, saya amik keputusan nak stop pakai bio essence ni.
Hati ku kembali pada Safi Balqis Perfect 10. Nasib baik dah okay semula muka ni. Menangis woo bagai dapat muka baru beb. Pasni saya tak nak beli yang mahal-mahal. Lagi satu tak nak beli produk-produk international ni. Sebab produk dia semua disesuaikan mengikut kulit-kulit orang eropah kan. Contoh Safi Balqis, terang-terang produk tempatan. Sesuai untuk kulit-kulit orang kampung macam macam macam saya ni. teheee
Virgin Coconut Oil
VCO |
Belum habis makan lagi, tak dapat nak bagi review keh keh keh. Tapi first time dapat mak ai besarnya pil dia. Tapi skang ni telan macam tu je tak perlu minum dengan air. TIPU! hahaha
Till then, tata.
12 comments:
mOon pakai olay tOtal effect dh 3 tahn...takmo yang lain dh....
waiting for vco reveiew !haha
moon...okay ke olay tu? ramai gak yg pakai olay..
atiq..nk review kasi vco free dulu 1 botol..keh3
mungkin bio essence pakai sarang burung baka taiwan. dengar cerita sarang burung baka belgium lebih mujarab.
nobita..ini betol ke main2? heh3..ok la, nti cuba..:P
betol ke bio essnce 2 tak best?alaaa.bru nk try, ari 2 smpt testing kt tgn toner ngn krim dye..mcm best je...
tapi saya pakai dah 6 tiub ..tapi sy pakai pencuci je..mg ok...dulunya muka sy masalah..sampai pg jumpe doctor kulit...lepas sy stop guna product doctor kulit sy,sy pun try bio essnce bird nest ni..mg ok..alhamdulillah..
hahaha kelakar pun ada.pakai je kosmetik BUATAN MELAYU lagi berkesan dan suci :-)
slm...saya baru beli satu set bio enssnce ni.minta2 sesuai dgn kulit saya...
kawan i pon try bio essence then muka die jd cm u, jerawat kecik2 naik, muka npk menggerutu, before this ok je kulit dia.
tp mom die gune ok, maybe tgk jenis kulit kot. kulit org tua x berminyak maybe sesuai.
tok muda cm kwn i maybe x sesuai, sbb oily skin... terus i takut nk gne product ni sbb i pon oily skin.
X sesuai la cm 2 lau de bintik kecik naik..dlu pki safia rania gold x nek pn..
Post a Comment