Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Preparation & Celebration; New Year 2013

Yesterday has gone, today is okay, tomorrow will be better.


Hello uolss.. sebelum tahun 2012 berlalu pergi, aku nak abadikan kenangan hari terakhir 31.12.2012 di dalam kalendar belog aku. Sukacita nya aku nak maklumkan yang belog aku ni dah berusia 3 tahun. Happy birthday! Waaa, tak percaya. Banyak benda yang dah tercoret kat sini secara sengaja ataupun tak sengaja. Kadang-kadang aku baca balik apa yang aku tulis, ahh tersenyum sorang-sorang teheeee. Malu!


Preparation for New Year?



Tadaaaa..Planner Diary lah konon kan? teheeee. Awaaaas hokkay! Aku dah tulis segala perancangan untuk upcoming January. Aku berharap sangat semoga tahun depan hidup aku akan lebih teratur dengan adanya planner diary ni. Semua aku dapat free, banyak lagi yang free tapi tak larat nak punggah balik rumah. Semua aku letak dekat office.


Celebration?




Takde pun nak celebrate, duk diam-diam dalam bilik curik masa tuk diri sendiri. Memanjakan diri yang penat berkerja. Serius penat sungguh, kualiti masa tu dah hilang…

2013 punya pasal...

Sumpah aku sangat bizi, ehh sangat malas!!

Tinggal berapa detik lagi menjelang tahun 2013. Semakin dekat nak masuk tahun baru, semakin membuak-buak perasaan malas. Malas yang macam mana tu?


Malas nak pergi kerja, malas nak masak, malas nak berblog, malas nak bertwitter (hekk elehhh). Ni 2013 punya pasal lah. Sebab kepala hotak ni dah set "Okay, tahun 2013 ni baru buat betul-betul, buat bersungguh-sungguh. Tahun untuk aku berubah!!!". Jadi sebelum masuk tahun baru, kita kena enjoy dengan perasaan/sikap lama.


Every weekend keluar joli-joli ngan kengkawan sebab masuk tahun baru ni dah taknak dah jadi remaja sangat. Buat abis duit dan masa jew. Sekarang ni makan nasik pun beli kat kedai, masuk tahun baru kita start memasak setiap hari.


Ayat aku untuk diri sendiri

"Kita tengok sampai tahap mana kau akan bertahan Mariani?? Nak berubah konon dari tahun-tahun sudah lagi gebang ptuihhhh"

*Sigh*

Puding Roti Cinta Hati.

Pefeeeling Shilala nak berchenta hati bagai... Takpe kan? Teheee..



Dah agak lama aku pendam keinginan nak buat puding roti tapi perasaan malas tu mengatasi segalanya. Betul la orang kata, orang perempuan ni takde istilah tak pandai masak, tak pandai kena belajar. Yang betul-betul ada malas memasak! Yup, aku mengaku! Harharhar

Kadang-kadang bila time rajin tu datang, ada je halangan macam bahan-bahan tak cukup lah, roti takde lah bla bla bla.. Alasan semata-mata kan? Finally beberapa hari lepas, perasaan membuak-buak tu datang tiba-tiba lepas tengok seplastik roti gardenia atas meja. Aku tanya akak aku ni roti expired bila? Hmmm, dah seminggu lebih beli. 

Hokkay!! Ini lah peluang nya. Aku guna roti Gardenia yang dah beberapa hari expired. Yayy!! Jimat kan? Roti gardenia boleh dipercayai sikit berbanding roti lain. Walau dah expired, tekstur dia tetap lembut. Bagi aku, selagi tak tumbuh kulat atau cendawan, still boleh makan lagi hewhewhew. 

Sa, tadaaaa...Ini la hasilnya......



Puding R…

Biasa-biasa di mata kita, tapi cukup besar di mata seorang ibu.

Petang semalam tengah aku leka buat keje, ting ting, mesej masuk. Cepat-cepat aku cek henpon, sape pulok nak mesej time keje ni?? Tengok je nama, ahh memang aku dah agak la..Mesej dari seseorang yang memang aku tunggu-tunggu. Mesej dari seorang ibu muda, Kak Bi. Aku dari pagi lagi memang tak duk diam, gelisah semacam je. Maklumlah, result PMR nak keluar kan.


Kak Bi cakap terima kasih kat aku, anak dia lulus semua subjek. Alhamdulillah, aku rasa syukur sangat-sangat. Tapi aku nak jugak tahu dapat gred apa kan. Bila Kak Bi bagitahu gred, terus terbeliak anak mata ni. Time tu aku tak tahu apa perasaan kak bi sebenarnya.


Terus terdetik dalam hati ni, tak perlu lah nak menilai anak orang. Anak kita nanti macam mana? Suka tak kalau anak atau adik kita dinilai macam tu? Seorang ibu walau sibuk bekerja macam mana sekalipun, sampai tak terjenguk perkembangan sekolah anak-anak, mereka sebenarnya lebih tahu keupayaan anak. Aku rasa sungguh terharu melihat pengorbanan Kak Bi untuk Afiq. Afiq seg…

2012; You and me; are the champion.

Tajuk nak howtt je kan, macam baru menang Piala Suzuki AFF.


Walaupun bulan December ada setengah bulan lagi nak berakhir, aku mengambil keputusan untuk mengimbas kembali perjalanan hidup aku sepanjang tahun 2012. Aku berkira-kira yang lepas ni life aku akan jadi so hectic, mungkin takde masa sangat nak bersenang-lenang di hujung minggu mengadap laptop, update belog. 


Tinggal beberapa hari je lagi anak sedara aku Ikhwan nak masuk tadika. Ikhwan ni aku dah anggap macam anak sendiri, pergi mana-mana selalu je turut bontot. Sampaikan nak kuar dating ngan boipren pun dah takde privacy #eheheh. Jadi, dari kelengkapan alat tulis, baju, kasut, beg sekolah, botol air aku akan uruskan. Nak isi borang daftar pun aku uruskan. Saja nak tolong ringankan beban abang aku, apa salahnya kan. Tahun depan, aku rasa bertambah lagi kerja aku nak pergi hantar Ikhwan ke sekolah sebelum pergi kerja. Well, bukan ke orang cakap "practice makes perfect"? Yeahh, too cliche but TRUE!






So, apa pencapaian aku,…

Password bermusim.

Apa yang aku nak taip kali ni adalah satu perkongsian untuk dijadikan pengajaran.




Apalah nasib diri aku ni, seorang yang pelupa. Pelupa atau nyanyuk? don't know which one is the best to describe me hewhewhew. Ia bermula masa aku belajar bercinta dengan monyet isk3. Alah biasalah remaja katakan. Kalau boleh semua benda nak diabadikan.




Contoh; password kad ATM. Lepas dah putus hubungan, terus tukar password. Memang aku lupa lah, asyik ingat yang lama je. Last sekali, pergi report kat bank nak tukar password baru. Isk3, melayang beberapa hengget jugak la time tu. Then, alhamdulillah password tu kekal sampai skang.


Kedua; Untuk tahun ke berapa entah aku dah lama tak sign in email yahoo sebab lupa password. Nasib baik yahoo mail penuh diisi dengan benda suka-suki macam notification dari facebook, twitter dan lain-lain lagi. Oleh itu (perghhh ayat bm), aku buat gmail, memang duk guna yang tu je la untuk benda-benda penting.


Masalah lupa aku ni memang dah sampai tahap kronik dah. Kalau …

OST Dalam Hati Ada Taman; Selalu Milikmu~

Randy Pangalila feat Marsha Milan Ku mencintaimu sepenuh hatiku
Memilikimu anugerah untukku
Meskipun ku tahu
Tak pernah kau menjadi milikku Mencintaimu sepenuh jiwaku
Memilikimu bahagia untukku
Namun kau tak tahu
Hatiku hanyalah untukmu Meskipun kita berbeda
Namun ku ingin kau mengerti
Bahwa sebenarnya ku tak pernah mampu
Jauh darimu Ku mencintaimu sepenuh hatiku
Memilikimu oohh bahagia untukku
Namun kau tak tahu
Hatiku hanyalah untukmu Akankah kita kan bersatu
Jalani cinta ini
Yeah.. Oh.. Uh.. Oh.. Meskipun kita berbeda
Ohh.. Uh.. Oh..
Namun ku ingin kau mengerti
Bahwa sebenarnya ku tak pernah mampu
Jauh darimu Selalu milikmu…



Perihal "contest", join dan menang.

Holla.. Good news untuk aku dah nampak macam ada banyak masa je nak update belog sentiasa kan. Rajin kemain lagi. Hari ni aku nak bercakap pasal contest/ pertandingan/ gores dan menang serta seangkatan dengan nya.






Dulu masa usia remaja, aku bukan tak percaya pada pertandingan or contest cuma kurang percaya. Bagi aku ia satu trick. Yang paling aku ingat contest Power Root Ali Cafe/ Long Jack Orang Kampung/ Kacip
Fatimah bla bla bla. Beli je barang diorang, tangok kat penutup botol/tin ada tak "Tahniah, anda memenangi percutian ke Ostrolia". Abang aku cakap tak payah la beli bazir duit. Memang ada tu ada, tapi satu negeri mungkin ada satu tin je yang ada hadiah. Mungkin tin tu ada kat kawasan Pasir Putih, kalau kita beli 50 dozen kat Pasir Mas sekalipun tetap tak ada kan? Owh, kalau pikir balik betul jugak kan? Siapa yang untung? hehehe.


Aku jarang gila join contest sebenarnya. Ada beberapa sebab la kenapa aku jarang berbuat demikian. Dulu masa kecik aku duk kat kampung, kamp…

Orang kata adventure tapi tak tahu lah.

Semalam aku seorang cekgu, hari ini aku keje sales, esok aku keje dalam makmal, lusa aku masuk realiti show jadi artis.


Memetik kata dari Kak Fadillah a.k.a rajan sekerja satu office yang aku kurang gemar sedikit, tapi kurang gemar/tak suka/sakit hati/menyampah macam mana pun aku tetap respect dia sebagai seorang yang lebih tua, lebih pengalaman dan lebih makan garam. Dalam setiap tutur kata dia berisi, bukan sekadar omong-omong kosong.



So? So? So???  What I am trying to say ekceli??


Oh lupa, aku nak ulas perenggan pertama tadi tu. Semalam kau kerja lain, hari ni lain, esok lain, lusa lain, tulat lain dan tuli pun lain. Orang mungkin cakap eh die ni takde masa depan ke, asyik tukar kerja je. Takde future planning langsung. Sigh. Tapi Kak Fadillah pesan kat aku, takpe, kau muda lagi. Masa ni la nak tunjuk kan kebolehan, buat kerja ni boleh kerja tu boleh. Campak mana-mana pun nanti, insyaallah, boleh survive. Eh, yeke? yeke?  *senyum sambil kelip-kelip mata*.


Pastu....pastu...aku rasa…

Jangan cemuh, jangan mengeluh dan jangan segala jangan...

Sila jangan pening dan muntah bila baca tajuk entry aku kali ini. Aku nak bagi korang peluang untuk berfikir dan cuba hadamkan ayat-ayat di atas.


Dulu kalau penat kerja nak rehatkan otak dan badan, boleh on fesbuk. Tapi sekarang kalau penat tak payah la nak on sangat fesbuk. Makin stress dibuatnya. Tiap kali nak baca status update kawan-kawan fuhhh berdebar gilooo nak habiskan ayat, semua dah pandai buat ayat tersirat. Contoh;


#Counting: 28 days to go..can't wait!
Double - triple meaning. Boleh jadi 28 hari tak sabar menunggu hari pertunangan? hari pernikahan? atau nak tunggu tahun 2013 menjelma?


Pastu ada pulak yang putus cinta duk meroyan update status sedih-sedih, seolah-olah diri dianiaya bla bla bla... Sungguh annoying bukan? Sila katakan bahawa semua itu annoying bukan??


TAPI.....


Jangan la cemuh, kalau tak suka hide kan je dari pandangan mata. You know why? Kita tak tahu apa yang mereka rasa, ada manusia ni dikurniakan hati yang kuat, ada yang rapuh. Kalau kita bandingkan …

December Wish

Dear December...

No more drama, no more annoying people, no more fears, no more tears.

Less stress. Less pain. More Happiness. More Laugh.

All things in my life are gonna be okay, no more problem and tears.

I could always be healthy, happy, no more tears and smile all the time.


Credit to https://twitter.com/damnitstrue

Sedih, kecewa dan hampa.

Seperti mana aku pernah pesan kat diri sendiri, kat kawan-kawan, kat adik-adik eh eh aku ada sorang je adik, jangan letak harapan tinggi menggunung. Nanti kecewa. Tapi walau tak letak harapan pun, aku kecewa jugak.


Perasaan dia tuh lagi teruk dari putus cinta..urghhh..

Ibu ayah mama papa mommy daddy, jangan letak harapan tinggi menggunung pada anak-anak. Jangan salahkan mereka kalau impian kita tak tercapai. Kita tak tahu mungkin diorang pun ada matlamat hidup, berusaha nak capai sesuatu untuk kita, nak banggakan kita, cuma taknak tunjuk, nanti kecewa. Kekecewaan mak ayah mungkin kecewa lagi hati mereka seperti kecewanya hati aku di saat ini.

~The End~






Spekulasi separuh akhir 2012 #part I

Phewww, memang tugasan aku pada akhir tahun selalu datang bertimbun. Nak nak lagi banyak program tv yang bertindih sekarang ni memaksa aku pilih beberapa senarai saja yang berbaloi untuk di pokus. So, aku amik keputusan untuk buat review tentang separuh akhir muzik-muzik. Tiap-tiap tahun pun aku buat review pasal ni ye dok?? teheee.


Jangan bazir masa, jum review sikit lagu-lagu yang bakal berentap di separuh akhir.


Separuh akhir pertama, 11 Nov 2012, Ahad

1. Cerita dia - Drama band. Lagu ni mula-mula dengar aku menyampah tapi lama-lama dengar pun masih lagi menyampah. Suara nak rock je dari awal sampai minit terakhir lagu.

2. Idola - Azlan & The Typewriter. First time dengar lagi aku dan terpikat. Melodi indah, suara Lan yang unik. Aku memang syak lagu ni bakal jadi Juara Lagu. Wajib jadi juara!!

3. Watak - Hafiz. Lagu yang membawa kelainan pada Hafiz tapi aku rasa lagu dia yang ni tak berapa strong sangat. Perghhh ala-ala Ramli Mukasurat (MS) je aku komen.

4. Aku Datang - Tomok. …

Kasih sayangmu jauh lebih banyak dari sakitku ini.

Ya Allah, ya tuhanku, pada waktu ini, aku sedang sakit. Sekiranya sakit ini adalah azabmu kerana dosa-dosa yang aku lakukan, ampunkanlah semua dosaku. Sekiranya sakitku ini adalah ujian daripadamu kerana mahu menguji kesabaranku, berikanlah kesabaran kepadaku. Aku yakin engkau tidak memberikan ujian yang melampaui batas kesanggupan hambamu
Minggu lepas adalah minggu yang sangat tough bagiku. Tidur malam tak lagi lena seperti malam-malam sebelum ini tsk tsk tsk. Tapi aku dinasihatkan oleh doktor sila kurangkan menangis. Kaitan?

Sebenarnya, minggu sebelum raya haji lagi aku dah rasa sakit. Tapi aku cuba ignore perasaan sakit ku. Eh, no no no. Rasanya mungkin aku belum bersedia untuk dengar ayat "Awak menghidap penyakit bla bla bla". Aku suka anggap sakit/demam sebagai perkara biasa yang mana setiap manusia akan dapat mengikut musim nya.

Tapi bila tidur malam ku terganggu, aku rasa sangat sakit hati. Rugi woh!Pastu minggu lepas masuk je gaji aku pergi servis gigi untuk kali ke-2 …

Bila ku berduka....

Dear blog,


Pada mulanya tak pernah terfikir pun aku akan jadi serajin ini mengemaskini akaun blog. Di sini tempat ku mengadu, di sini tempat ku luahkan rasa gelisah yang terbuku di hati, di sini jua tempat ku luahkan rasa kecewa, suka dan duka.


Segala pahit, manis, masam ada kat sini dan kadangkala berbau busuk sebab iri hati dengan orang lain, mengumpat dan sebagainya pfffttt#@$%. Kadang-kadang blog ni cantik sebab banyak produk kecantikan dalam ni.


Kadang-kadang, ia berirama. Lagu-lagu yang kau laung dulu aku tepek kat sini untuk sembuhkan duka lara ini eh eh lirik lagu pulak..:P


Kadang-kadang ada benda yang aku nak cerita kat orang tapi tak boleh diungkapkan dengan mulut, jadi aku terjemahkan dalam bentuk tulisan.


Bila ku sedih, ku ke sini. Tak perlu mencari aku di mana-mana, aku hanya di sini. Jadi, aku ke sini bila aku sedih. Yer, bila aku sedih.


Tak paham lagi ke?? Maknanya aku tengah bersedih ni, pujuk lah pujuk lah pujuk lah. Bagi lah kata semangat sepatah dua.. T____________…

Bukan semata-mata bajet.

Terima kasih Bajet 2013!


Sebab kau lah, aku makin disiplin bayar PTPTN, nak dapatkan discount 10% punya pasal lah.


Tapi sebenarnya kita kena ingat, walau takde dalam bajet 2013 sekalipun, hutang tetap hutang. Jangan buat tak tahu, hutang itu wajib dibayar.


Mak aku siap pesan, kalau tak cukup duit tak payah hulur kat dia pun takpe asalkan aku bayar PTPTN tiap-tiap bulan tsk tsk tsk. Ya Allah, rasa sebak dalam hati ni bila mak aku cakap kenapa perjalanan hidup aku macam teruumbang-ambing, pernah fikir tak apa puncanya? Aku jawab tak tahu tak tahu sambil geleng kepala. Hrmm, boleh jadi aku banyak buat dosa sebelum ni?! Ataupun mungkin sebab hutang yang tak terbayar.


Kenapa kita gaji RM5 ribu, tapi masih lagi rasa tak cukup? Kenapa? Okay la, aku turunkan sikit range gaji tu jadi RM2 ribu. Kalau kita asyik pikir duit tak cukup, memang sampai bila-bila pun akan rasa tak cukup. Bersyukur dengan apa yang kita ada tu kan lebih baik. Orang yang bergaji besar, sebenarnya makin banyak duit masuk…

The craziest jammed ever~

Tsk tsk tsk tsk tsk.. perjalanan yang amat memenatkan. Ini lah dia pengorbanan yang sebenar-benarnya!! Sekarang dah makin maju, tak macam dulu-dulu. Dalam hutan pun boleh update traffic. At least ada jugak benda yang boleh hiburkan hati kitorang yang kebosanan.


Semalam aku nekad takkan amik cuti sakit. Cuti sakit? cehhh. Aku taknak guna jugak cuti annual leave sebab pikir nak simpan untuk cuti bertunang nanti. Cehh, double cehhhs! So, hari ni aku kotakan janji pada diri sendiri, aku tak MC. Yeahhhh!!


Cuma amik emergency leave jeww.. hewhewhew..





Selamat Hari Raya Aidiladha-motif kemas rumah#

Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi, 8 jam perjalanan, kecut perut nak terkincit terberak semua bercampur jadi satu. Awal-awal perjalanan tu dah makan jem berbotol-botol.






Abang aku ni memang hebak, semalam masa aku tertido rupa-rupanya dia tengah racing pintas memintas ngan kereta satria neo JMJ, sampai aku terhantuk kat cermin sebab dia brek mengejut. Dalam hati aku ni "Halamaaak, kenapa aku boleh tersedar", tak pasal-pasal mata aku terus bulat tak boleh nak tido, berdebar woo.


Pasni tobat aku naik bus je la balik kampung. Ayat yang selalu keluar dari mulut abang aku "Haish, ketow depan ni sikit sikit brek sikit sikit brek". Hello, kat selekoh kot!! Lagi satu "kalau tak bawak laju, tahun depan la baru sampai". Hokkay, foinne!


Sesampai kat rumah, ma tegur "Pergilah kemas rumah".


Kemas rumah? Nampak dah kemas dah tu, bersih, takde sarang burung.


Ma tanya lagi; "Tadok orang nak datang beraya rumah kita ke esok?".


"Tahun ni tad…

Ujian lagi.

Ini adalah entry balas balik kepada entry yang telah dibuat oleh seorang part time blogger yang semakin berjinak-jinak menulis entry 10 ketul per month..boleh baca di sini


Iols rasa sakit hati sangat sebab dia dapat dua helai kertas A4 untuk conteng segala gambar rajah, buat kira-kira masa exam Mtest sedangkan iols hanya dapat 1 helai jeww. 1 helai?? Mana lah cukup sampaikan iols terpaksa mengira atas meja pastu kena padam balik tsk tsk tsk. Nak angkat tangan mintak extra kertas kan macam bersungguh pulok, terus semat dalam hati "Behave ustazah, behave!" ehem ustazah-wanna-be.




Ada beberapa soalan yang masih lagi berlegar-legar kat kepala iols, terasa macam nak tegelak tahu..Yang paling aku sentap bila jumpa soalan ni;



Anda tidak pernah jemu memohon sesuatu pekerjaan kerana anda terlalu minat (lebih kurang camtu la soalan)
Rasa macam nak hitamkan jawapan sampai tembus kertas, Ya! Ya! Ya!.. Saya tak pernah jemu apply cekgu ni sampaikan J-Qaff pun apply, ni dah masuk 4x tahu da…

Percubaan ke-4~

Always expect the worst, you will be fine dear


Aku biasa-biasa saja, walaupun kali ini dah masuk kali ke-4 percubaan, aku masih lagi "underdog", belum capai tahap senior. Mungkin boleh dipanggil senior tapi senior dalam menggagalkan diri untuk ke peringkat seterusnya hewhewhew. Sekali lagi aku cuba taknak meletakkan harapan tinggi. Semoga semuanya baik-baik saja untuk esok hari. Kalau boleh aku taknak bawak senapang, pistol semua. Insyaallah.


Selamat malam semua~



Aktiviti malam yang sengal~

~Sweet Escape in the making~

Hewhewhew..tajuk dah shuwit sangat bunyi nye... malam ni saya dapat luangkan masa dengan awak, dah lama tak makan depan awak, dah lama tak tido di sisi awak, wahai laptop ku cayunk mmuahhxx mmuahhxx xoxo.


Semalam adalah hari terakhir aku ajar tuisyen untuk Afiq, Aqmal dan Aiman. Eh baru perasan geng triple A. So, aku dah merdeka sama macam mereka, dah habis PMR. Alhamdulillah, di saat-saat akhir aku dapat rasakan yang mereka ni ada kemajuan walaupun sikit. Bagi aku, sudah cukup. Semalam kat pintu pagar diorang hantar aku siap tanya "Pasni kita dah tak jumpa ke cekgu?". Aku senyum "Boleh, dekat jew kan rumah kitew. Nanti saya belanja Burger King yer". "Okay, nanti cekgu roger roger la kitorang". Alahai, ingat cekgu polis ke hapee? teheee. Si Afiq pulak menyampuk "Cekgu, SPM nanti ajar kitorang yew". Alorhh, kenapa buat ayat tacink gini??


Tadi kak bi hantar mesej cakap mekaseh banyak-banyak, alahai hati ni cepat sangat nak tacink ni kenapa? Sama-…

To anonymous.

Honestly,
I want to be part of your joy,
On your big day,


Oh, but I know I can't!


I send you no sms,
no greetings,
but if you accidentally drop by here,
I wanna say this,


"Hey, kenapa senyap-senyap je grad?"
"Tacink sangat taw"
"baideweii, congrats to you!"



May your wishes come true,
May your life gets better.


**ohmyenglish totally hancur.










Hadiah untuk diri.

Setelah hampir dua bulan berkerja secara luar biasa, at last aku berjaya dapatkah hadiah untuk diri sendiri. Hari ini, 12 Oktober 2012, aku berjaya mendapatkan MC sekali lagi. Tak tahu la kenapa lately aku senang sangat ditimpa sakit. Kalau tahun-tahun sebelum ni, aku susah nak sakit atau demam. Sistem imunisasi kebal lah katakan.


Atau mungkin sebenarnya aku tak sakit, cuma emosi dan mental je lemah. Siang hari aku masuk kerja dari pukul 8.30 a.m sampai pukul 6.00 p.m. On the way balik, aku singgah kat kedai nak fotostet kertas soalan. Dan dan sampai pukul 7.00 malam. Sampai je kat rumah, terus mandi, solat sebab nak rush pergi ajar tuisyen pukul 8.15. Makan?? Ahh, kadang-kadang sempat aku makan. Kalau tak sempat, aku postponed makan bila balik tuisyen nanti. Tapi bila balik lewat malam, aku lupa nak makan ececece.


Dah 3 minggu berterusan macam ni sebab budak-budak dah nak PMR. Kalau sebelum ni tuisyen selang sehari, sekarang hari hari tuisyen. Itu yang agak penat. Jadi aku macam dah…

I've just stop showing it.

Do I need to cry in front of you so you can 
understand how much you hurt me?



I love those random memories that make me smile no matter what is going on in my life right now

When you're happy, you enjoy the music. But, when you're sad, you understand the lyrics.

I hate People Who lie to my face when I already know the truth.






** Apa semua ini???  in mood baca tweet budok2 remaja, amik feel.




Lambat tapi cepat.

Rasa nak jerit jer kat semua orang "Hargailah masa". Baru sekarang aku paham peribahasa atau simpulan bahasa ke apa entah bahawa "Masa Itu Emas".


My life is totally miserable rite now. Nak pikir itu la, ini la, itu la, ini la. Cuti kawen tak apply lagi eh eh cuti raya la, belum sempat apply. Yang aku tahu, masa makan, tidur, online semua dah lari timing. Mandi pun dah tak sampai 5 minit, rushing sangat. Berkejaran ke sana sini.


Aku harap sangat Oktober berlalu dengan lambat tapi cepat.







Seminggu, tido tak lena~

Ingat! Dating 6 bulan sekali!


Ouhhhh, too cliche la tajuk. Nak cakap tak tido malam sebab tengah dilamun cinta la teww..Kekosen sangat nak cerita kat belog nye, tu standard belog wawa je hewhewhew.


Okay, hampir 3 bulan lamanya, akhirnya aku mengaku kalah juga. Bukan mengaku kalah kepada lelaki lah hoi, kalau yang tu dua tiga hari pun dah cair hihihihi.. Aku nak cerita pasal sakit gigi ni lah tsk tsk tsk. Semalam dalam sejarah, aku gagahkan diri pergi Klinik An-Nisa jumpa doktor, bukan dentist sebab klinik gigi sebijik pun tadok wujud kat area Taman Putra Perdana. Jadi, di manakah para dentist sekalian???


Waa punya sakit gigi ni memang tahap A punya dah. Hebak tak hebak kan, aku tak dibenarkan amik cuti, susah la kalau dah jadi pekerja berdedikasi ni hoi. Disebabkan tak tahan yang amat sangat, bayangkan aku tak jumpa nasik 3 hari tahu tak?! Berat badan ni baru je nak naik 40kg dah turun balik 38kg, haishhh.


Bila dah berpeluang jumpa dokter, mahal kot beb, aku tanya macam-macam lah kan.…

Mula-mula tak suka, lama-lama gila.

Terjumpa tweet ni kat twitter anak murid aku. Tacinkkkk la pulok.

Mungkin diorang baru jumpa keseronokan tekan kalkulator dan tulis nombor. 

Tinggal beberapa hari lagi sebelum PMR, adei berdebar la pulak kan. Biasalah kan kalau cekgu yang over nervous padahal anak murid cool je. Semoga hari-hari terakhir menjelang PMR ni diorang akan pulun habis-habisan cover subjek math ni. Good luck uolllssss.








Selamat hari ibu~

Tadi kiteww pegi pejabat pos nak renew lesen kereta, dah tamat tempoh ini hari tapi si abang kacak tu cakap sistem offline. Tadi nampak kacak sekarang kiteww tengok dia rasa macam nak tampar je muka dia, geram! Salah siapa kalau kiteww tak dapat keluar dating esok? Salah abang kaunter tu lah! Bukan salah kiteww. Takpe takpe. Sorry kalau kiteww buat awak tergeliat lidah baca post ni bhahaha.


Lepas tu, terus masuk kereta hempas pintu kuat-kuat. Start enjin, hohemjiii, minyak dah berkelip-kelip tsk tsk tsk. tepat pada masa sangat lah kan. Dulu selalu isi minyak 10 hengget je, sekarang ni malas la nak pegi banyak kali stesen minyak, terus kita isi RM 100 tolak RM 80. Ada beza ke? hewhewhew.


Alang-alang duk kat stesen minyak dah, terasa nak cucuk duit la. Siap sedia terus duit untuk bayar lesen kereta, bil eletrik, bil astro dan bermacam-macam bil lagi lah. Sejujurnya aku jarang lah keluar duit manyak-manyak. Biasanya sekali keluar RM50-100 je. Tapi tadi tertekan RM 250. BAMMMM.. Tau tak …

Masalah suka membanding-bandingkan.

Ini lah sifat manusia yang sangat unik, suka membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Pastu mula lah nak rasa down sana sini bila tengok orang lain punya perjalanan hidup smooth je. "Dia tu kan lepas grad terus dapat kerja bagus, baru start kerja dah boleh beli kereta, pastu kawen, laki hensem pulak tuh, baik, mak mertua sayang". Sampai ke situ pikir nih, macam la kita ni duk tepi umah mak mertua dia. Ini la dia namanya loser sebab mengada-adakan cerita untuk menjatuhkan diri sendiri. Diri sendiri yang pikir macam tuh. 


Tapi lagi parah kalau orang luar pulak suka membanding-bandingkan diri kita dengan seseorang. Mungkin orang luar takde niat nak buat macam tuh tapi kita ni yang terasa lebih sebab kita boleh rasa kita tengah makan cili, pedaslah! "Wah, untung kan dia dapat boipren/gepren yang pandai, belum apa-apa lagi dah nak beli kereta, kaya, cantik, cukup pakej". So? So?So? so i wont hesitate, no more no more lalalalalalala.......nyanyi lagi bagus an…

Ringan mulut cakap mintak tolong, boleh tak?

Situasi 1:

"Nanti kau datang amik aku kat kedai zebra, kereta aku rosak"



Situasi 2:

"Petang nanti kau tunggu aku tau, aku nak tumpang kau balik"



Situasi 3:

"Kau jangan off henpon tau, takut kereta aku rosak, nanti apa-apa hal aku call kau"



Situasi 4:

On the way balik rumah "Eh, singgah kat gerai tu jap, aku nak beli nasik"



Kalau macam ni lah ayat yang dikeluarkan, cuba cakap sikit macam mana kita ni nak menolong dengan hati yang ikhlas?? Ini bukan ayat mintak tolong, ini arahan. Sampaikan aku sendiri pun terpinga-pinga siapa nak mintak tolong siapa ni? Agak-agak kalau aku tak tolong, aku dapat penampar free tak??


Awalnya, kita ni niat ikhlas nak tolong. Nak tumpang balik rumah takde hal sebab memang satu hala pun jalan balik tapi cuba lah ringan kan mulut cakap elok-elok "Boleh tumpangkan aku balik rumah tak nanti?". Kalau ayat cenggini, walaupun tak boleh terus kita akan cakap boleh je, no hal.


Tak ingat ke budi bahasa budaya kita?? …

Survival lonely ranger~

Hello belog..sumpah rindu!


Dulu aku ada sorang kawan (maksudnya skang dah tak kawan), selalu mengadu cakap lonely ranger, makan sorang-sorang, takde kawan nak hang out, pergi kedai tapau nasik makan kat bilik sambil ngadap lappy kesayangan. Aku pulak bajet good gitu bagi nasihat, kesian.....pergi lah cari kawan, kang lama-lama jadi kera sumbang, dah tak tahu nak berkawan macam mana. Beberapa ketika tu, aku sangat happy bila dia ikut arahan. Finally, dia jumpa jugak kawan baru :). This is a happy ending story...ouchhh..


Jadi bila hal ni berlaku kat diri sendiri, aku rasa takdelah teruk sangat pun. Sebenarnya ini membuatkan kita rasa sangat ekslusif. Awwwww. Semua salah aku jugak, suddenly aku jadi lonely ranger lepas amik keputusan untuk menjauhkan diri dari my colleague, mokcik fadilla, atas sebab-sebab tertentu. Adakah ini harga yang perlu aku bayar selepas buat keputusan tersebut? Mungkin! dan aku rasa sedikit pun tak menyesal huarghhhhh *gelak jahat*. Hanya aku dan Azma je yang tahu.…