Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Kembali Berkerjaya

Holla, Assalamualaikum..


Alhamdulillah, syukur kepada-Mu Ya Allah. Penantian selama 8 bulan akhirnya rezeki aku untuk kembali mempunyai kerjaya semula setelah bermacam-macam duri, ranjau yang menghalangi *hamboiiii*.


#Throwback


10/7/2015

Aku dapat official letter dari pihak Felda Technoplant Sdn Bhd. Surat tawaran berserta form yang perlu diisi. Jawatan: Ketua Tadbir & Kewangan (HR) di Wilayah Gua Musang. Masa isi tu aku rasa janggal sangat sebab rasanya dah lama tak bergelumang dengan benda-benda yang semacam rasmi begini. Aku blur. Macam-macam aku pikir macam mana la aku nak kerja nanti. Bayangkan 8 bulan beb tak kerja, dah biasa bangun makan dan tidur je kat rumah. Arghhh, macam mana nak reset minda aku ni??




2/8/2015

Alhamdulillah, aku selamat melapor diri dengan bos Felda Technoplant, En Azaha yang sangat sempoi. Syukur lah bos aku ni seorang yang sangat soft spoken, suka senyum dan baik *harap-harap berterusan sampai akhirnya muahaha*. Kebetulan hari aku melapor diri ni, diada…