Monday, May 30, 2011

MaharajaLawak Minggu 9 Kumpulan Jozan




Always happening!!

Mencari bloglist baru



Lagak macam belog ni ade berpuluh ribu follower keh keh keh. Skang ni follower dah cecah 600 tapi nasib baik la saya ni jenis bukan yang perasan sebab saya taw yang betol-betol setia men'follow' rasanya tak sampai 20 orang kot hahaha. I really appreciated to those yang suka berblogwalking kat sini tinggal jejak dan terus follow dengan harapan suruh saya follow balik. Honestly saya tak berapa suka dengan 'deal' yang macam tu tapi really appreciated it.  


Even saya tak follow balik, I tried so hard untuk membalas jejak-jejak semua tapi sebab kuota berokband ni selalu terlebih pakai kadang-kadang line die lembap macam siput. Hari-hari buka belog asyik tengok bloglist sama jer. Tambah parah lagi kalau belog tu dah berbulan-bulan tak bergerak. So, saya nak cari beloglist baru. Boleh tinggal link okay. Sila-sila jangan malu. 


 

Final Mentor 5 yang hambar.



google2 jumpa ni


Ada something wrong dengan final mentor tadi. Macam-macam tak kena, kurang happening. Macam konsert mingguan biasa je. Audio system dia tak okay kot, suara lari dari mulut. Hah?? I mean, suara pergi dulu baru mulut bergerak. Tak syok kan macam tu. 


Tapi yang lagi menghambarkan bila keluar muka Nas Ahmad keh keh keh. YEAH! YEAH! YEAH! Rasanya kalau takde dia lagi okay kot. Kesian Nas Ahmad, tak pasal pasal kena kutuk tiap-tiap minggu.


Antara lagu baru protege2 ni, lagu Iqa yang paling menarik. Tengok la sape pulak yang compose. Besh sangat kooot. Lagi satu yang pelik dengan Iqa, kadang-kadang tengok muka dia macam Ayu Raudhah, tengok dari sisi lain nampak macam Tiz Zaqyah pulak. Tadi kuar muka Sarimah Ibrahim pun ada. Sampai tak boleh nak ingat muka sebenar dia macam mana.


tv3


Kalau ada anugerah untuk mentor paling vouge mestilah khas untuk Erra Fazira, ratu rambut palsu. Lawa sangat Erra ni. Makin tua makin lawa. Eh, artis semua macam tu la sekarang. Makin tua makin lawa makin tegang kulit nya macam Aznil Nawawi and Nenek Anita Sarawak..keh keh keh..


Thursday, May 26, 2011

Himpunan Sejuta Belia 2011


Special for job seekers.



Himpunan Sejuta Belia 2011 
27-28 May 2011
Putrajaya
*Klik sini


Kepada sesiapa yang tinggal kat area situ atau berniat untuk pergi tu, saya nak mintak tolong. Boleh? Tolong submit my resume kat semua company yang buka booth kat situ sobs sebab saya tak dapat pergi sebab jauh sebab tak sanggup nak naik bus berpuluh-puluh jam nak pergi KL sebab takde duit sebab sebab eh cukup la tu.


Banyak aktiviti akan diadakan termasuklah Youth Job Fair dan MAHA Youth. Lorr, cakap banyak tapi dua jer? Consider banyak la tu. Ada 100 booth yang akan dibuka. Ada open interview, kaunter pendaftaran secara talian.

1, 000 000??


Paling menarik ada jugak disediakan satu stage untuk aktiviti Promosi Diri. Macam Buy 1 Free 1 eheh3. Sesiapa yang pergi kat sana dan rasa nak promot diri boleh la naik kat stage tu cerita pasal latarbelakang diri serta kelayakan, kehebatan diri di hadapan 100 company yang involve nanti. Menarik!! Ini semua untuk uji level of confident para job seekers. Nak cari kerja sangat tapi self-esteem rendah sape nak amik kerja? sobs


Yang pasal MAHA Youth tu pulak buka peluang kerjaya dalam bidang pertanian. Ye, sekarang ni bidang pertanian banyak bawak untung wooo. Ada Fama, Mara, Felda dll. Tak rugi ke kalau tak pergi?


So, saya mencari sape2 yang baik hati nak tolong drop my resume kat company2 tu nanti. Ada? pehlisss..


Wednesday, May 25, 2011

Hazama AF9 - Jangan Kau Rayu




Langkah pergi walaupun pedih
Hati telah terguris tak mungkin sembuh
Jangan ditanya siapa yang silap
Lihat saja di cermin salah siapa engkaukah aku

Jangan kau rayu
Jangan kau rayu
Tak guna memujuk
Aku bukanlah alat mainanmu
Cinta kita sampai di sini
Tak guna kau rayu
Aku bukanlah alat mainanmu oh....

Telahku dengari dari teman-teman
Kisah tentang dirimu
Betapa kau curang
Curang padaku

Ku kira semua tohmanan belaka
Ternyata benar tak perlu kau sembunyikan

Tak guna memujuk
Aku bukanlah alat mainanmu
Cinta kita sampai di sini
Tak guna kau rayu
Aku bukanlah alat mainanmu oh.....

Malaysia dah tak selamat lagi.


Lately, benda-benda yang berlaku kat Malaysia ni membuatkan saya terasa macam duk kat negara Eropah pulak. Orang-orang makin menggila, mengganas, mental semua la. Hobi orang-orang Malaysia dah makin advanced. Takde lagi yang duk lepak bawah pokok petik gitar, naik haji turun haji tapi tak pernah dapat title the real 'haji' sebab setakat main dam haji je pun. 


Orang-orang sekarang dah bertukar hobi, mungkin saya yang ketinggalan. Dulu-dulu orang bakar sampah tapi sekarang dah tak main la sampah, bakar rumah terus. Budak kicik dah tak main guli tapi main PSP, facebook! Tak cukup dengan tu, ada lagi yang mental. Siapa? Acid-splasher! Dia ingat main simbah-simbah acid ni macam mandi-manda kat tepi pantai kot.


Paling latest berlaku semalam kat area Kuala lumpur. Scary ouhh. Tahu tak effect dia sangat besar. Selain menimbulkan trauma dan ketakutan pada orang ramai, penganggur-penganggur kehormat macam saya akan terus duk kat rumah jer. Nak keluar cari kerja pun takut. Boleh jadi alasan ker?



Call the police at Rakan Cop hotline (03-2115 9999) or SMS POLISKL at 32728.


 A 26-year-old woman was driving near Central Market at around 7.30am on Friday when a motorcyclist rode up beside her and knocked on her window.
“The woman, who was on her way to work, ignored the motorcyclist and continued driving.
“The man suddenly opened a mineral water bottle and splashed a pink liquid on her car windscreen and rode off,” he said.
He said the woman drove to a nearby petrol station to wash off the liquid. SAC Ku said the woman also claimed that she was approached by a man at the petrol station who said he had taken a photo of the splasher.
“He told the woman that he would email her the photo which he had taken with his mobile phone,” he said, adding that the woman had yet to receive any photograph.


To ladies, please put an extra safety okay!!

Tuesday, May 24, 2011

Cinta Sempurna- Lena AF9 Minggu ke-7




Saya sokong kalau Lena ni dapat masuk final AF kali ni sebab dia memang ada suara yang besh, husky+rock. Kalau diangkat sebagai juara pun OK sebab suara dia memang merdu. Tapi jangan pandang pada attitude la. Kalau di ambil kira attitude, memang OUT la. Sorie.


Layan lagu Cinta Sempurna dari Lena. Besh~

Never trust a pretty girl with an ugly secret.



Pretty Little Liars
on 8tv
Monday
10.30 p.m - 11.30 p.m


Dah tinggal 4 orang, Ali dah mati.


Semalam tergerak hati nak layan citer kat tv. Main tekan-tekan tukar chanel last-last stop kt 8tv nak tengok Pretty Little Liars. Ececece, lagak macam peng'review' or pengkritik series yang hebat pulak. Tapi seriously, series Pembohong Kecil yang Cantik ni menarik amat. Full of mysterious. Kadang-kadang seram jugak kan. Kepada sesiapa yang baru nak start tengok, sila-sila sebab belum terlambat lagi. Semalam baru jer episod 2. Kalau tengok still boleh catch up. Amboi ekau, kalau bab-bab cerita ni cepat jer catch up. Kalau bab-bab mengaji hampeh!


Dalam series ni, ada 5 sekawan. Aria Montgomery, Emily Fields, Spencer Hastings, Hanna Marin and Ali DiLaurentis. Semua howt okay. Mereka ni memang very close to each other sampai la satu masa, Ali ni hilang. Then, after a year mereka jumpa mayat Ali or A kat umah. Yang misteri nye, 4 orang kawan ni dapat text, e-mail, note dari orang yang sama iaitu A. Padahal A dah mati. Huhu tahap scary jugak la. Apa yang mereka buat semua macam diintip or diperhatikan seseorang. 


Tapi 4 orang besties ni macam ada simpan rahsia besar menyebabkan mereka ni terpaksa menipu. Lebih kurang camtu la. Antara mereka ni ada macam-macam karakter. Ada yang lesbian, ada yang suka skandal dengan boyfriend kakak sendiri, ada yang skandal dengan cekgu sendiri.


Betol, semua howt!

Nak cerita lebih-lebih tak pandai la sebab saya ni bukan nya pandai nak review segala bagai. Kena tengok sendiri baru syok kan. Ok, keep on watching!! Tak rugi!


Sunday, May 22, 2011

Tok bomoh vs doktor.



Holla!!

Hari ni bangun pagi rasa sakit-sakit sendi, sakit tulang, lenguh sana lenguh sini, osteophorosis gamaknye. Kena beli susu anlene la ni. Kenapa jegilkan mata? Siapa cakap umur 23 tahun tak layak minum anlene? Anda layak okay! kalau gerak sana sini tulang bunyi krek kruk krek kruk.





Tapi saya pikir faktor penyumbang kepada sakit-sakit ni bukan sebab saya terlalu banyak buat kerja. Memang TAK la kan. Mungkin sebab terlalu gigih menghambakan diri depan lappy online 25 jam sehari? Memang betol sangat la tu. Then, mula nak cari tukang urut sana sini.


Okay, hari ni punya entry bukan pasal susu, calsium, osteophorosis dll. Tapi nak cerita pasal perbezaan antara tok bomoh kampung dan doktor? Bila dengar jer 'tok bomoh', ramai yang pikir tok bomoh ni jahat, pakai ilmu hitam, mengarut, ada yang tak percaya la bla bla termasuk la saya. Mana bukti? Cuba tengok cerita Mantera Anjasmoro. Bomoh jahat! Kesian! 


memang minat gila cerita ni, besh!


Tapi kenapa kita suka sangat guna term 'tok bomoh' instead of 'perubatan secara islam'? Bunyi dia memang dengar macam suci je. Tak semua bomoh-bomoh ni mengamalkan yang tak elok. Ada yang memang mengikut sunnah, ikut cara Islam, baca ayat suci Al-Quran. Lately, perubatan secara islam ni tiba-tiba mendapat perhatian disebabkan Ashraf Muslim. Betol kan?


bomoh hensem, semua orang nak berubat..=P


Ada sesetengah orang ni terlalu taksub dengan perubatan tradisional camni. Baru-baru ni kawan kepada makcik saya sakit, pergi cek kat hospital memang sah ada kanser usus. Tapi taknak dirawat kat hospital, nak berubat secara kampung. Kesian pulak kan, kanser ni bukan boleh dibuat main-main. Kalau melibatkan sakit-sakit yang kronik macam ni rasa nya elok pergi hospital la kan sebab alat-alat kelengkapan cukup semua.


Tak boleh nafikan jugak, perubatan secara islam dan yang disediakan kat hospital ni dua-dua mainkan peranan yang penting. Saling melengkapi. Doktor-doktor pun masih merujuk kepada pengajian Islam jugak kan. 


Yang tak sedap mendengar nye bila ada yang pergi jumpa bomoh nak mengurut la nak itu ini, haish, tak payah la kot. Guna la tangan sendiri picit sana sini, daripada terkena dengan 'tok bomoh' yang memang 'tok bomoh'..Cukup la, dah tak larat nak baca kt myMetro hari-hari pasal kena rogol dengan tok bomoh la. Mintak di jauhkan la. 


Tapi Allah dah janjikan, setiap yang hidup itu pasti akan mati. Cuma masa dan keadaan berbeza bagi setiap orang. Kita hanya mampu berdoa, bertawakkal. Setiap kejadian yang berlaku, semua ini adalah ujian dari Allah. Amin.  



Saturday, May 21, 2011

Nak senang atau nak yang mencabar?



Ececece..sejak dua menjak pandai pegang stereng kereta rasa yakin pulak nak bercerita pasal benda alah ni. Secara rasmi nya saya dapat lesen kereta tahun 2006 tapi memang sumpah tak pernah sentuh langsung stereng time tu. TAK PERNAH! Memang sadis. Kira lesen kereta tu cuma perhiasan dalam purse je. Kalau orang tanya dah ada lesen kereta? So, dengan bangganya boleh tunjuk. Tapi kalau drive haram tak ingat yang mana satu clutch, brek, minyak.


cube teka orang ni pakai auto or manual punya kereta?


Then, akhir tahun lepas saya start berjinak-jinak nak kenal kereta. Tapi cuma setakat tolong abang panaskan kereta, basuh kereta dan tak lebih dari itu. Start dari situ la, saya mula kenal ciri-ciri dan sifat-sifat kereta. Mana letaknya aircond, mana nak tekan butang on radio, mana nak tengok kalau minyak tu dah nak abis, mana tempat nak buka bonet, nak buka tempat minyak dan sebagainya. Fuhhhhh!


Nak cerita lebih-lebih memang pilu la. Kenapa? Sebab di usia 22-23 tahun boleh bilang dengan jari jer kawan-kawan saya yang takde kereta sendiri. Sadis! Jelesh sebab ramai kawan dah pakai kereta sendiri.

Tapi

Bukan nak cerita pasal ada kereta sendiri ke tak, ada tapi bukan yang sendiri punye ataupun ada kereta siap dengan driver terus aka teksi. Saya cuma nak cerita perbezaan antara kereta automatik dan manual. Setiap orang ada citarasa sendiri kan?


Captured from my fren's fb status..cik izan..ramai betol yang komen.


Pada sesiapa yang duk drive auto tu korang boleh rasa tak seluruh badan macam lumpuh jer..Boleh lipat kaki bersila atas seat guna satu kaki jer untuk tekan brek dan minyak. Kan? Kalau yang dah biasa guna manual tu memang sangat gagah dan cool. Lagi satu kena sentiasa beware dengan setiap kemungkinan yang akan berlaku kat depan mata contoh kereta berhenti secara mengejut, so cepat-cepat kena tukar gear dan brek kan? Kalau auto, korang mesti bawak rilek jer. Rilek tu yang bahaya. Tapi saya tetap pilih auto sebab senang hiks.



MANA SATU YANG KORANG PREFER? AUTO OR MANUAL?


selamat berholiday~


MaharajaLawak Minggu 8 Kumpulan Sepah




They are on the right track to win maharajalawak..sempoi!!

Friday, May 20, 2011

MaharajaLawak Minggu 8 Kumpulan Jozan



Sharing is caring~
Orang komen kat youtube kemain lagi gelak sampai kuar air mata..
Macam-macam..jum layan~

MaharajaLawak Minggu 8 Kumpulan Jambu



Jambu is one of the reasons why maharajalawak still has their own followers...:D
Kurang menarik berbanding minggu lepas..but somehow, still enjoy rite?

MaharajaLawak Minggu 8 Nabil



i'm sharing this becoz it relates to what was happened nowadays. LOL, OMG, twitter, facebook and all sort of things..still funny rite...:D

Thursday, May 19, 2011

Bakal menamatkan status.........

oooppppssss

bukan status single atau nak tunang atau nak kawem, ape benda semua tu? Tak boleh cakap pasal benda alah tu kalau duit beribu-riban nak kumpul sendiri pun tak mampu lagi (mood: jelesh ngan kawan2 yang dah tunang, mana dorang korek duit eh). Paling lekeh nak bagi RM50 bulan-bulan kat mak pun tak mampu lagi. Tak tambah lagi nak bayar balik pinjaman PTPTIPU aka PTPTN. Entah sempat ke nak habis bayar.

TAPI

Alhamdulillah
After this, I'm gonna put a stop to be a penanam anggur tegar!
Yeah! Yeah! Yeah! Dapat kerja! Tapi takyah la gebang-gebang sangat kerja apa okay. Selagi tak dapat kerja government yang entah dapat ke tidak, selagi tu taknak gebang kerja apa. Tapi cukup lah untuk cari duit poket dan tambah pengalaman. Now, I could see that the experience teramatlah berharga. Saya dapat kerja ni pun sebab pengalaman kerja yang dulu. Berbaloi bukan?

Petang tadi saya dapat call dari company dot dot dot.

Joey  : Hello, may i speak to Mariani?
Me    : Yes, i'm here
Joey  : Oh yeah, regarding to the interview that u had attended on last week, we had a discussion and finally    we're decided to hire u
Me    : Oh, tq so muchh
Joey  : Since u're so friendly, very cheerful person and FLUENT in english, we think u're deserve to fill a position here.
Me    : Thank YOU!

HAHAHAHAHA.....saya bukan nak perasan. Tapi saya rasa Joey tu sangat over memuji sebab masa interview tu saya tak friendly pun. Tell me how to look friendly after waiting almost 2 hours kaki semua lenguh muka berminyak dan masuk dalam interview. Dah tak mampu tersenyum beb. Dah la penat pegi tempat interview naek BUS. hahaha. 

Dan paling tak boleh diterima, Joey cakap saya ni fluent in english. Totally NOT!! Kawan-kawan yang mengenali saya, sila reveal siapa saya yang sebenarnya? Nak speaking english pun malu. Tapi terharu jugak la sebab Joey berusaha keras untuk menjaga hati saya dan berusaha untuk mengembangkan lubang hidung ni dengan pujian-pujian yang erkkkk. Mungkin 'working experience' has made me qualified to that position. TQ so much!

AND i have reasons to be super duper happy actually. My fren, Azriena@Aza yang pada mulanya di ajak untuk teman saya dan saya pun tolak dia ke bilik interview oh sungguh tak sia-sia sebab dia pun dapat jugak. Jawatan pun sama. Syukur YA ALLAH! Walaupun saya tahu yang kami tak kan dilemparkan bertugas di tempat yang sama but i'm glad to say that WE ARE NOT A PENGANGGUR TEGAR LAGI!!

Yahoooo!!

lepas interview hari tu saya & aza serang rasa mas, tersangat lapar.


my fren, Aza..a super duper cute!

thak you!

Monday, May 16, 2011

Mouth ulser.

Holla...

Woh, hebat jugak penangan ulcer ni. Sampai boleh meragut mood untuk online. Dah dua hari kot tak makan nasik. Semua ni ulcer punya pasal la. Nak bercakap pun tak mampu. Paling stress nak menguap pun tak berdaya. Haish!

Sebelum ni saya memang selalu kena serang dengan ulcer ni tapi minum air, rilex2, buat bodoh je tup tup dah hilang. Tapi kali ni memang boleh sakit jiwa. Tak boleh jadi ni, so tadi pergi klinik. Tak sangka ulcer ni ada season jugak eh. Doktor cakap ramai hari ni yang datang klinik sebab mouth ulcer.

sakit yang amat kot ni..


Nasihat doktor tadi banyakkan minum air, jangan amik makanan yang panas-panas, pedas-pedas. Kalau boleh minum air yang sejuk-sejuk lebih-lebih lagi ais krim. Sekarang saya ada 3 jenis ubat yang perlu ditelan. Antibiotik, ubat tahan sakit & ubat ulcer. Satu lagi op kosh ubat sapu ala-ala bonjela. Surprisingly, sakit tu dah berkurang. Tak percaya secepat ini. Syukur Ya Allah.



Tak sabar nak tunggu esok dah boleh makan macam-macam setelah dua hari berpuasa perut. :D 

Sunday, May 15, 2011

Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu 6 Hazama P6




Antara yang paling happening untuk konsert kali ni...go go go!!

Wednesday, May 11, 2011

Sempat layan Showdown 2011 sedangkan esok.....



ADA INTERVIEW!!!

Tak prepare pape pun lagi. Resume entah ke mana, sijil-sijil berterabur, baju tak iron lagi. Apa yang pasti, esok lepas interview nak pegi makan kat pizza. Katanya ada promosi hangat. Entah ye ke tidak ni.


Tapi memang layan jugak la tengok Showdown tadi. Semua hebat-hebat...:P Terasa macam tengok Got To Dance UK jer. Pheww, goyang sana goyang sini. And the result is Soulution yang eliminated. Sayang sangat sebab crew tu antara yang dasyat jugak le.



Every Wednesday, 9.30 p.m on 8tv.


Yang paling saya suker!!

Double suker suker..hebat sangat

Okay, time to study for tomorrow interview. Goodluck to ME!!


Tuesday, May 10, 2011

Ayu Suraya makin mengganas

Hello..Baru jer lepas tengok citer Ayu Suraya kat Astro Prima. Layan jugak la jalan citer nye. Not bad and pasti nya saya akan duk melekat kat depan tv setiap hari selasa pukul 10 p.m. Dah tak kuasa nak melayan sinetron indonesia. Pening kepala woi. Makin ramai orang duk komplen suh kurangkan citer indon, makin menjadi-jadi pulak kemunculan kat kaca tv. Haish.


Chumil zarina nih

Tak keterlaluan kalau cakap banyak lagi cerita melayu yang  besh dan berkualiti berbanding sinetron-sinetron indon ni. Sorry for those yang hard core peminat citer-citer indon hahaha.

Kenapa saya minat sangat nak tengok citer ni? Dan kenapa korang pun kena minat dengan citer ni?
  • Hari Selasa kot. Cuba bagitaw saya berapa kerat jer citer yang besh? Antara hari paling 'jammed' rancangan tv tak berapa nak menyeronokkan T T
  • Ada 13 episod jer!! Ala-ala citer korea takde la nak meleret-leret sampai beratus episod :P
  • Pelakon-pelakon pun not bad la, famous la jugak.
  • Sinopsis: seorang gadis yang mempunyai dua personaliti berbeza akibat trauma akibat pengalaman hidup yang memeritkan sejak muda. Ayu ialah seorang gadis yang baik, lemah lembut dan sentiasa ditindas. Manakala Suraya pula seorang yang pendendam dan gilakan harta dunia.
  • Doll boleh bertukar jadi Suraya, walaupun doll tu dah di rabak-rabak tapi roh sentiasa ada di mana-mana hahaha. Eh, saya memang minat benda-benda yang tak logik ni ekekekeke
  • Korang tengok la sendiri ek baru lah dapat feel

Okay la, selamat malam semua!

Monday, May 9, 2011

Rentetan kisah kulit halus mulus dan gebus....hiks

Sebelum ni saya pernah cerita pasal bedak special di sini. Taknak gebang lebih-lebih lagi. Sila tatap sampai muntah..


Klik untuk dapatkan yang lebih clear


Pada sesiapa yang tengah menggunakan bedak ni, sila tinggalkan testimoni kamu kat sini. Kita akan mempengaruhi sesiapa yang belum memilikinya hahahaha..:D

Dulu, sekarang dan masa depan.



Beza dulu, sekarang dan masa depan bagai langit dan bumi.


Tahun 1970-1989..

“Ali..bangun mandi..baca quran, semayang subuh jangan lupa..pastu makan cekodok dengan teh O panas..sebelum pegi sekolah, jumpe mak dengan bapak kat bangsal getah skrap tu..mak dengan bapak pergi menoreh dulu ni..” kata mak kepada Ali pada jam 5.00 pagi.

“Baik mak..Ali bangun ni” kata Ali sambil mencapai tuala.

“Bagus..macam tu la..ingat..kita orang susah nak..belajar rajin-rajin..dah besar boleh jadi loyar ke, cikgu ke, pegawai kerajaan ke..hidup senang nak..lagi satu, semayang dengan baca quran jangan tinggal..baru tuhan makbulkan doa-doa kita..” kata mak kepada Ali.

“Baik mak..Ali takkan lupa pesan mak tu” kata Ali pula..

“Alhamdulilah..” mak bermonolog dalaman.


Tahun 1990-2000…

“Zakuan..bangun..dah pukul 7 ni..kang lambat pegi sekolah..Mak Mah dah siapkan breakfast atas meja tu..ibu dengan ayah nak pegi keje ni..” kata ibu kepada Zakuan

“ok..jap agi Zakuan bangun..sejuk ni..lagipon sekolah dekat..kayuh beskal seminit dua je dh boleh sampai..” kata Zakuan dari dalam selimut..

“eh dah-dah..bangun..kang terlajak pulak..cepat bangun..ibu dengan ayah dah lambat sangat ni..cepat bangun!” jerit ibu..

“yela-yela..nak tido lama sikit pon tak boleh..” bebel Zakuan

“rajin-rajin sikit bangun pagi..baru boleh jadi jurutera..doktor..ni nak jadi ape bangun lambat-lambat ni..pegi sekolah pon nak tak nak je..” bebel ibu membalas

“ye..tawu..Mak Mah! baju sekolah saya mana??” jerit Zakuan

“Mak Mah dah siap gosok dan sangkut depan almari tu tuan muda..” balas Mak Mah slow-slow

“Mak Mah..pastikan Zakuan tu breakfast tau..saya dah lambat ni..ayah..cepat la..dah lambat ni..” kata ibu..

“Yela-yela..Zakuan, ni haa duet atas meja makan..RM10 ni..ayah dengan ibu pegi kerja dulu..” jerit ayah..


Tahun 2000-kini….

“Jimmy…wake up jimmy..dh pukul 7.15 ni..Pak Man pon dah panaskan kereta..Pak Man hantar jimmy pergi sekolah arini..mummy and daddy drive sendiri..meeting sana sini..” kata mummy kepada Jimmy (bukan nama sebenar).

“malas la nak pergi sekolah arini..kat sekolah tu, cikgu die ntah apa-apa mengajor..tak masuk akal betul..” Jimmy mengelak..

“u..tengok..i dah cakap..sekolah tu tak bagus..pindahkan Jimmy ke sekolah swasta sana..semua kawan-kawan i hantar anak diorang ke sana taw tak..” bentak mummy kepada daddy..

“kalo Jimmy dah tak suke pergi sekolah tu, nanty daddy wat surat transfer ke sekolah private tu k..Jimmy sambung la tido..” layan daddy..

“Jimmy berlatih je main bola..Jimmy kan terer main bola..jadi footballer pon ok sekarang ni..gaji besar..” sambung daddy..

“tak nak la u..ape la u ni..ade suruh my only son jadi footballer..i rasa dia sesuai jadi penyanyi..or maybe dancer..jimmy..jadi penyanyi ok..banyak realiti show sekarang ni..boleh mummy tengok jimmy sayang dalam tv..betul tak u??” celah mummy..

“ok mummy..ok daddy..i luv u..” jawab jimmy dari dalam selimut..

“ok la..mummy and daddy pergi keje dulu..have a nice rest dear..” kata mummy..

“jimmy..RM150 daddy letak atas meja makan..spend it ok..bye’ kata daddy pula..


credit to incik vico vanillo.. I copy straight from belog die sebab die kan jenis low profile tak suka nak gebang belog die tu hahahaha

Sunday, May 8, 2011

Hei cantik luar cantik dalam dengar sini....

Oh rajin la sangat nak update pepagi buta. Baru lepas sahur, hari ni nak puasa. Sambil tunggu Subuh, jenguk belog dulu. Macam ni la budak zaman sekarang bukan nak pegi mengaji dulu ke. Haish!!

Gigih duk google gambar perempuan cantik last sekali amik yang cartoon ni T T

Mood: Pening kepala sebab produk-produk yang saya pakai semua dah nak habis. Pandai pula bajet nak habis pada masa yang sama. Walaupun harga RM 10 pun tak mampu beli kalau duit dah takde sobbies


Safi Balqis Perfect 10 + masker Sendayu Tinggi + Toner Kulit Sensitif De' Wajah + Bio Oil + Krim Malam De' Wajah


Combination of these things makes u pening kepala sebab tak tahu yang mana yang betol-betol memberi kesan. Bila produk dah habis and pada masa yang sama sedar diri ini masih lagi menganggur, please tell me, yang mana satu harus kita stop penggunaannya? Nak beli semua enggak cukup duit dong. Susah okay sebab semuanya sayang nak tinggal. Kalau tolak toner, eeeee sayang. Nak tinggalkan bio oil, eeeee sayang  wooo walaupun takde effect sangat. Haish, semua sayang ni. Macam mana??


At last, I conclude that biasala manusia kan suka nak buat eksperimentasi sampai rabak kulit muka baru nak berhenti. Semua nak cantik padahal nak cantik tu bukan nya kat muka semata-mata. Yang penting hati suci bersih jauh hasad dengki, marah, perangai elok terus terpancar seri kecantikan tu bukan? 


Harus cantik dalaman dulu baru pentingkan kecantikan luaran. Bukan kah itu satu terapi paling berkesan?


Nak cantik dalam luar harus sematkan ini dalam hati.

Ok till then, bye.


SELAMAT HARI IBU.


Notes: Sambil layan lagu Senyum by Najwa
Senyum.......
Oooo kacak luar kacak dalam kacak dengar sini
Kalau saya senyum 
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Kalau semua orang senyum
Dunia tiada penyakit



Saturday, May 7, 2011

Maharaja Lawak Minggu-6 Part-7 Sepah




Paling best kot..gelak guling guling..:P

Friday, May 6, 2011

OST Nur Kasih - Tiz Zaqyah Ft Yasin

Wednesday, May 4, 2011

Kalau bukan mereka, siapa lagi...

Dah lama rasanya tak memuntahkan sesuatu yang cerdik. Cerdik?!?#@$..I mean, bukan nak menaip yang mengarut or syok sendiri jer. Tiba-tiba rasa terpanggil untuk membincangkan isu kekeluargaan.


Baru-baru ni, something yang tak menggembirakan happened to one of the ibu kepada kawan adik saya. I dont know how far the relationship is sampai saya boleh nak cerita pasal ni.  Nampak sangat ke saya ni bizi body? Tapi takpe lah sebab saya rasa isu macam ni perlu dikupas ececece. Kalau saya tak kupas, siapa lagi nak kupas? hua3..buruk bebenor ayat nye.


Alkisahnya, si anak dah TERbuat kesalahan kat sekolah sampai kena gantung 2 minggu. Sebagai seorang ibu yang berpenat lelah mengusung kandungan selama 9 bulan, please tell me hati mana yang tak kecewa bila benda ni terjadi? Kecewa yang amat sangat bukan?


Kita sebagai pemerhati or pendengar ni mungkin tak merasa apa yang dialami mereka. Apa yang kita tahu cakap itu cakap ini jer. Padan muka si anak kena gantung, pandai buat salah pandai tanggung malu bla bla bla bla.......


Walaupun anak mereka terang-terangan buat salah siap ada bukti lagi 


TAPI.....


di hati seorang ibu masih lagi mahu melindungi anak sendiri bukan? Kalau bukan mereka, siapa lagi yang nak melindungi anak?


Sama jugak dengan yang ni. Bila kita tengok perangai tak semunggah tak kira la siapa-siapa pun, pastu bila kita report dekat mak bapak nya anak ni macam ni macam tu macam ni macam tu op kosh mereka tak kan percaya. Yer la, tak kan nak burukkan anak sendiri. See! Ibu bapa tetap nak lindungi anak-anak. 


Bila ibu-bapa tak melindungi anak-anak, ini yang membuatkan anak-anak lagi memberontak, rasa diri tidak diperlukan lagi. Sesetengah ibu bapa menggunakan kekerasan dalam mengajar anak-anak tapi tak semua berjaya. Dan ada yang menggunakan kelembutan dalam mendidik. Kadang-kadang kelembutan itu lagi berkuasa dari kekerasan.


So, jangan nak terus salahkan mak bapak kalau mereka nak membela  anak-anak walaupun anak-anak memang buat salah. Kalau jadi pada kita, mesti camtu jugak kan.


Cuma berharap anak-anak akan jadikan itu sebagai pengajaran. Semoga mereka lebih menghargai pengorbanan ibu bapa.



SELAMAT HARI IBU.


Sekian motivasi untuk hari ini~

1st 'Comeback' Post on 2017

Assalamualaikum.. This will be the very 1st post on 2017. Konon-konon post comeback dari aku la. Harap-harap aku dapat istiqomah dan buka...