Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Reminiscing the Ramadhan.

Rindu itu adalah Anugerah dari Allah Rindukan kesejahteraan Dan juga kebahagiaan
Rindu by Hijjaz






Menjelang Ramadhan, benda yang paling rindu sangat-sangat adalah Bazaar Ramadhan. Tettttt. Tarawikh should come first laaa. Tapi yang sedihnya, tahun ni tak dapat nak tarawikh kat masjid/surau sebab jauh. Takde transport. Lagi satu kerja shif tak menentu, kadang-kadang shif malam mahu balik pukul 11 p.m ni. Apa-apa pun, still hoping Ramadhan kali ini lebih bermakna lebih bagus dari yang sebelum nya. Jangan kejar yang sunat aje tapi make sure yang wajib (Solat 5 waktu & puasa) betul-betul terjaga.


Sama jugak ngan bazaar Ramadhan. Kat area sini takde bazaar ramadhan sebab ini kawasan orang cina. Mahu kena naik transport jugak. Tapi saya tahu ada hikmah. Allah S.W.T taknak bagi saya membazir tahun ni. Ye la, bila pergi bazaar je, itu nak ini nak, pastu tak habis. Membazir!


TAPI....betul-betul rindu bazaar ramadhan kat UTM!! arghhh, serious best. Petang-petang jalan kaki dengan zara and d gang…

Annoying.

Apa perasaan bila disapa dengan ayat-ayat yang very annoying?

Pagi-pagi nak pergi kerja (dengan keadaan kelam kabut bangun lambat nak rushing), sampai kat pintu guard;

Pokcik guard bangla : Baru nak pergi kerja ker?

Aku yang kelambatan : *masam*

Pokcik guard bangla : Amboi, sombong nyer dierrr..

Aku yang kelambatan : Eh, tak nampak ke aku pakai baju kerja, baru nak kuar, takkan dah nak balik keje kot!  *tapi mampu berkata-kata dalam hati jer*


Lagi rasa annoyed bila pokcik polis tak sedar diri pakai baju uniform polis tapi perangai mak ai tak mencerminkan ciri-ciri seorang polis pun.

Pokcik polis tak sedar diri : Awek tu, jalan sorang jer? Meh naik moto, saya hantarkan. Bahaya tu jalan sorang-sorang,

Aku yang kebengangan : Eh, tolong malu sikit dengan pakaian yang kau pakai tu. Mencemarkan nama baik polis jer.  Sepatotnya, tunjuk la contoh yang elok. *Again, cuma berkata-kata dalam hati*.



Situasi ni pun boleh mengundang amarah yang amat sangat. Jalan jammed, kereta bersusun sepanjang jalan. …

FAKTA atau AUTA?.

Budak-budak zaman sekarang ni punya pemikiran jauh lebih advance dari kita dulu-dulu.


Situasi 1 :

Si ayah :  Nak beli buku yang mana satu ni? Upin-ipin ke transformer?
Si anak :  Kalau kita dah pegang buku tu, kita mesti kena beli yang itu.

*AUTA!!!*



Situasi 2 :

Si adik  : Adik suka warna biru. Adik nak beli bag kaler biru ye mama.
Si emak : Boleh.
Si anak  : Mama, nanti adik nak beli pisang kaler biru jugak taw!


???????

Don't be nice.

First time sampai sini, duk jauh dari family, tinggal pulak dengan strangers - pesanan pertama yang masuk inbox ; Jaga diri elok-elok, barang-barang semua jaga, duit-duit jangan simpan merata. Okay, yang tu sangat penting.


Walaupun kita rasa yang housemate kita ni baik orang nya tapi siapa yang tahu kan. Pernah banyak kali jumpa orang muka baik suci jer tapi harammmm.  10 tahun kenal pun belum tentu dapat jamin yang orang tu betol-betol baik. Manusia bila terdesak sangat dah tak kira persahabatan dah. Masing-masing pentingkan diri sendiri.


Semalam dapat call dari kawan, ada problem katanya. Kesian sangat. Saya kenal dia, jenis yang tak sampai hati nak tengok orang susah. Niat nak tolong tapi last-last diri sendiri yang terbeban. Orang kalau nak amik kesempatan, apa-apa alasan pun akan keluar dari mulut. That sranger (kawan sekerja dia) tu cakap kena halau dari rumah sewa sebab........tak baik nak cerita, ada la tu sebab nyer. Pastu cerita kena halau sampai ke telinga mak bapak, meletu…

Muhasabah Pre-Ramadhan.

Alhamdulillah, Ramadhan bakal muncul lagi. Walaupun tinggal beberapa hari lagi, kita belum pasti sama ada kita masih berkesempatan atau tidak untuk beribadah pada kali ini. Ketentuan Allah S.W.T tiada siapa yang tahu.




~Amin~


Natural blush.

Bila gelak lebih sikit terus blushing.
Berjalan bawah panas terik terus blushing.
Bila malu terus blushing.
Bila duk depan ramai orang blushing.
Bila geram + bengang blushing jugak.






Bukan nak perasan tapi saya pernah lalui semua ni. Bukan sesuatu yang membanggakan pun. Sesekali tidak. Persetan kan semua yang cakap seronok apa ada natural blusher camtu. Tak perlu nak mekap ke apa. Tapi kita yang alami ni rasa takut pulak. Ni semua pasal kulit muka dah jadi nipis, pakai produk itu ini.


Tapi memang ada yang jenis punya kulit muka cam gitu. Halus, mulus dan gebus. Betol-betol punya natural blusher.


Alkisahnya 4 hari lepas, saya pergi beli pencuci muka Safi Balqis Perfect 10 Oil Control, Scrub Apricot dan Toner Safi balqis. Malam tu balik tonyoh dekat muka. Hasilnya? Jeng jeng jeng. I got back my natural blusher. Omaigod! Takut amat, taknak jadi cam dulu lagi. I want a healthy skin biarlah tak selicin orang lain. Sekian.

Cinta Muka Buku - Najwa Latif

How come i didn't realize kewujudan of this girl, Najwa Latiff. Baru terjumpa gosip pasal dia, terus pegi youtube dan cari video2 dia, semua cover yang dia buat. Suara yang sangat kiut, sesuai dengan umur nye yang baru 16 tahun tu. Yuna wanna be...


Enjoicee....








Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpaBanyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cintaBanyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa sajaPabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajakuDan pabila kau kataka…

Membawa diri ke Indonesia.

Cewah, tajuk mesti power walaupun sekadar duk depan tv tengok citer indon. Kira jadi jugak la camtu. Tak sedar bila masa start minat dengan citer-citer indon ni. Sebelum ni aku sangat benci benci benci kan citer indon ni. Anti teramat sangat.


Tapi bila tengok citer Kawin Masal kat astro ria, rasa cam best la pulak. Santai je. Citer dia sangat ringan tak perlu nak kerah otak dan minda nak pikir plot citer. Episod pun takdela berjela-jela sangat. Kalau episod cecah 100 ke atas, sumpah surrender awal-awal!

Kawin masal means kawin kontrak. Jalan citer die sweet sangat lakonan Agnes Monica dan Glenn Alinskie. Ala-ala citer korea gitu. Okay, check it out. Isnin-Jumaat pukul 6.30 p.m. Ulangan pukul 11.30 p.m.




P/s: Tunggu langsai hutang ptptn dulu baru kumpul duit pegi melancong kt indon. Boleh gitu?


A day for them

Dah lama tak update. Takde mood nak menaip lagi. Tepek gambar pun jadi la ye.























Tata~


Hutang perlu di bayar.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda, diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang membawa maksud;
Sesiapa mati sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan di ambil ganti dari kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham

And for now, saya tengah gigih membayar balik hutang PTPTN. Tak tahu sempat bayar habis ke tak tapi sekurang-kurangnya kita tahu kita ada hutang dan ada inisiatif untuk bayar hutang tu. 

Kalau kita tak bayar hutang PTPTN, memang la kita rasa macam takde effect sekarang ni. Bila anak-anak kita nanti dah besar, dapat masuk unibersiti, nak pinjam PTPTN pun tak boleh. Time tu baru kita sedar tapi semua dah terlambat. Kan? Tak pun, kalau nak pergi melancong ker, imigresen kena blacklist ke. Kan?

So, those yang skang bercita-cita nak bayar pinjaman PTPTN, tak payah tunggu surat bayar balik. Boleh terus bayar. Macam mana nak bayar??

Paling senang, pergi bayar kat kaunter pejabat pos atau pun BSN. Kalau buat pembayaran melalui pejaba…

My favourite songs list ever

Semua lagu ni sangat menarik!!

Standing In The Eyes of the World - Ella


 Harapan yang pernah terkulai layu Kembali segar mekar bawah bayanganmu Setiap manusia ingin berjaya Namu tak semua miliki tuah..........
Lagenda - Dato' Shiela Majid



Sejuta bintang di angkasa Sinarannya mempesona Sebutir bintang di taman seni Cahayanya berseri Biar bertahun masa beredar Satu wajah satu nama takkan pudar.....

Gemuruh - Faizal Tahir




Gemuruh jiwa, semangat membara Dari puncak kini ke angkasa Berkalung kan bintang berkedipan Menyerlah jauh dari yang biasa....


Fikirkan BOLEH


Lagu yang sangat menaikkan semangat
Jika kau fikir kau boleh Kau hampir boleh melakukan Jika kau fikirkan ragu-ragu Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan Kau hampiri kegagalan Jika kau fikirkan kemenangan kau hampiri kejayaan...




Gemilang - Ella



Bersama-sama Tempuhi segala Saat gemilang akan tiba Dan kita kecapi bersama.....


Dan banyak lagi...Tapi takde idea dah lagu apa lagi..

Okay, enjoicee!!




Olivia Archbold - Britain's Got Talent 2010

wow, this song is really beautiful..






the voice too...really merdu...:D


Spend all your time waiting for that second chance
For the break that will make it ok
There's always some reason to feel not good enough
And it's hard at the end of the day
I need some distraction oh beautiful release
Memories seep from my veins
They may be empty and weightless and maybe
I'll find some peace tonight

In the arms of an Angel fly away from here
From this dark, cold hotel room, and the endlessness that you fear
You are pulled from the wreckage of your silent reverie
You're in the arms of an Angel; may you find some comfort here

So tired of the straight line, and everywhere you turn
There's vultures and thieves at your back
The storm keeps on twisting, you keep on building the lies
That you make up for all that you lack
It don't make no difference, escaping one last time
It's easier to believe
In this sweet madness, oh this glorious sadness
That brings me to my knees

In the a…

Tips 1; Bila berdepan dengan orang yang selalu nak menang dalam semua hal.

Rimas bukan dengan orang-orang macam gini? Semua benda nak menang. Kalau cakap, sikit pun taknak kalah. Semua yang hebat-hebat, dia yang punya. Okay fine!

Bila berdepan dengan orang-orang yang cenderung ke arah ni, ada dua cara macam mana nak layan.
1st; Semua yang hebat-hebat tu kita bagi kat dia. Kita yang mendengar ni walaupun bernanah telinga layan kan aje dan cuba merendah diri serendah-rendahnya. At last, dia akan rasa bosan bila kita ni takde something yang menarik pun untuk di ajak berbual.

2nd; Biar kita yang lebih dari dia. Means that, dia gebang itu ini itu ini, kita kena 'double' gebang la. Semua cerita hebat yang dia ada, kita kena 1 step forward dari mereka. Baru senyap.

Okay,selamat mencuba..weeee~

How I spend myself with a very ciput money?

Berpuasa. TAPI dengan niat nak practice menjelang Ramadhan tak lama lagi. Jangan niat sebab takde duit hehehe. Kurus pahala puasa..=PMakan sehari sekali. Timing kena betol. Jangan pulak makan pukul 10 a.m pastu nak bertahan sampai pagi esok. Itu kerja gila!!Time makan, pilih menu yang paling murah tapi mengenyangkan. Jangan pilih mee, bihun dan seumpamanya. Tak kenyang beb, Pastu order la air masak je or bawak air siap-siap..=P Kalau berdepan situasi housemate tu jenis yang banyak duit dan kuat makan, kalau ajak kita keluar makan terus je berpura-pura "Saya dah kenyang yang amat ni" or "Takpelah, tak larat nak keluar malam ni, penat sangat buat kerja tadi". Tapi jangan amal selalu, nanti kantoi..=DBiasalah, time takde duit ni la banyak stok-stok makanan, sabun la, bla bla bla habis. Harus ingat, rancang perbelanjaan. Utamakan priority kita dulu. Gunakan se-optimum yang mungkin facebook, email, ym untuk berhubung. Kurangkan bergayut. Mesej je, tu pun pilih no yang s…