Sunday, January 24, 2016

Nur Fathiyyah binti Muhd Syafiq



Assalamualaikum,


Alhamdulillah, sekarang saya dah memasuki usia 4 bulan dan nama diberi adalah Nur Fathiyyah binti Muhd Syafiq yang membawa maksud 'Cahaya Pembukaan/ Kemenangan'. Semoga kehadiran saya memberi sinar baru kepada ibu dan baba. Insyaallah.






Bai bai..


Saturday, January 23, 2016

Kelahiran Yang Dinanti-nanti



Subhanallah! Allahuakbar!


Alhamdulillah, tanggal 17 September 2015 pukul 2.53 pagi, aku selamat melahirkan seorang puteri. Sememangnya kelahiran yang dinanti-nanti tapi sungguh tak sangka 3 minggu awal dari jangkaan. Fizikal dan mental belum betul-betul bersedia tapi Allah itu Maha Mengetahui rahsianya. Sudah tertulis itulah yang terbaik untuk  aku, suamiku dan anakku.




Anakku, semoga menjadi anak yang solehah, berbakti kepada ibu bapa, bangsa dan agama. Inilah salah satu anugerah terindah dari Allah untukku. Semoga kehadiran anak kecil ini tidak melalaikan kedua ibu bapanya dalam mengingati-Mu Ya Allah malah menjadikan kami lebih beriman dan bertakwa kepada-Mu dan rasul-Mu.


Amin Ya Rabb.




Wednesday, August 5, 2015

Kembali Berkerjaya

 Holla, Assalamualaikum..


Alhamdulillah, syukur kepada-Mu Ya Allah. Penantian selama 8 bulan akhirnya rezeki aku untuk kembali mempunyai kerjaya semula setelah bermacam-macam duri, ranjau yang menghalangi *hamboiiii*.


#Throwback


10/7/2015

Aku dapat official letter dari pihak Felda Technoplant Sdn Bhd. Surat tawaran berserta form yang perlu diisi. Jawatan: Ketua Tadbir & Kewangan (HR) di Wilayah Gua Musang. Masa isi tu aku rasa janggal sangat sebab rasanya dah lama tak bergelumang dengan benda-benda yang semacam rasmi begini. Aku blur. Macam-macam aku pikir macam mana la aku nak kerja nanti. Bayangkan 8 bulan beb tak kerja, dah biasa bangun makan dan tidur je kat rumah. Arghhh, macam mana nak reset minda aku ni??




2/8/2015

Alhamdulillah, aku selamat melapor diri dengan bos Felda Technoplant, En Azaha yang sangat sempoi. Syukur lah bos aku ni seorang yang sangat soft spoken, suka senyum dan baik *harap-harap berterusan sampai akhirnya muahaha*. Kebetulan hari aku melapor diri ni, diadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat wilayah Gua Musang. Terasa macam diri ini diraikan dalam majlis yang gilang gemilang. Awwwww *poyo*. Lepas acara makan-makan, masuk je office mak aihh mengantuk tahap gila. Aku menguap sampai keluar air mata. Tengok jam pukul 1pm patutlah, ini waktu tidur aku sebelum ni hahaha. First day masuk kerja, aku tak boleh adapt lagi. So hari tu aku goyang kaki je dalam bilik office takde kerja takde ape. Pendek cerita takde apa lah, alat tulis takde. Yang ada cuma aku bersama meja, kerusi dan kabinet kosong je dalam bilik. Terasa sangat kosong!



3 - 4/8/2015

Ada staff senior turun padang mengajar aku kerja-kerja yang berkaitan. Alhamdulillah, bila diterangkan skop kerja, aku rasa aku dapat catch up berdasarkan pengalaman aku berkerja sebelum ni. Masih lagi ada sisa-sisa pengalaman tersebut, takdelah aku rasa blur sangat nak belajar semula kan. Betul lah orang cakap "The best teacher is experiences".

Harapan aku semoga aku dapat meneruskan hidup aku bersama kerja ni. Semoga maju jaya kepada diri sendiri.


Till we meet again..