Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Mana Yang Lebih Perlu Dibelai Dan Disentuh?

Assalamualaikum..

Aku sangat tertarik dengan nota Dari Tinta Nuri Supian dalam ruangan majalah Mingguan Wanita baru-baru ni. So, aku pinjam ayat-ayat beliau untuk dikongsi di sini. Semoga bermanfaat,


I have Touch A Dog.


Kempen yang memeningkan kepala especially para ibu bapa , pasti jenuh nak menjawab persoalan dari anak-anak yang masih kecil yang belum mengerti apa-apa 'sejauh mana boleh dan tidak boleh memegang anjing?'.


Tak boleh ke kita biarkan saja dalam fikiran anak-anak kita yang beragama Islam bahawa memegang anjing itu TAK PERLU. Anjing itu tak boleh dipegang sesuka hati tanpa sebab yang munasabah. Sebelum ini mereka kan sudah terbiasa 'jangan sentuh anjing'.


Sebelum ni takde program-program sebegini, nahh sekarang mak ayah pulak yang naik pening penjelasan manakah yang terbaik untuk meyakinkan anak-anak di bawah umur tentang sentuh dan belai anjing.


Pasti ibu bapa bimbang mengenai pemahaman anak-anak kecil yang terlibat sama dalam program tersebut. Adakah mereka ta…

Bebelan Si Warden...

Assalamualaikum..


Zaman remaja tak sah kalau tak memberontak even yang muka suci murni perkerti lemah lembut macam aku pun pernah buat benda yang tak berfaedah kat sekolah. Menyorok dalam locker masa prep, sembunyi bawah katil sebab taknak pergi solat berjemaah kat surau. Sanggup tu duk bergelap dalam bilik dengan kipas tak buka pastu tambah kawan kentut pulak masa tu perasaan mak aihh, nikmat sangat.


Denda? Macam-macam, kena cuci toilet kat blok akademik, kena round padang, cabut kemuncup kat padang. Apa cikgu-cikgu ni ingat kita ni akan insaf ke? Silap la cikgu, kitorang lagi suka kena denda lebih-lebih lagi kena beramai-ramai rasa seronok. Boleh show off kat orang la konon wei awasss, ingat aku ni baik sangat ke?


Dulu-dulu selalu pikir macam la cikgu tak pernah buat silap masa zaman dia kecik-kecik dulu kan?

Sampai lah satu ketika, warden panggil suruh berkumpul di bilik tv nak bagi tarbi'ah, dalam hati apa lagi yang nak dibebel ni sakit telinga hoi. So, bermula lah bebelan bla bl…

Foto & Video Viral..motif bermusim??

Holla, Assalamualaikum semua..


It's been a while since the last time I was here. Oh betapa masa itu sangat mencemburui ku. Masa atau perasaan malas? haha.. whatever.


Well ya'all.. sejak kebelakangan ini aku rasa sangat annoyed dengan apa yang berlaku di sekeliling especially kat social network facebook. Ya, aku mengaku yang zaman-zaman aku dah berlalu. Zaman yang macam mana tuh? Ala zaman yang suka check in kat facebook, post gambar dengan caption "Sila abaikan muka ku yang comot ini".. oh no, kalau boleh aku taknak ingat langsung zaman itu. 


Apa yang menarik sekarang ni? Bangun pagi, gosok gigi, pergi kerja, balik kerja, makan dan tido. Oh ada lagi tambahan aktiviti aku bila aku datang kerja, selalu jugak officemate aku ajak berborak; 


"Eh ada tengok tak video budak perempuan mengamuk ngan uncle cina pergi hempuk kereta dengan stereng lock?"


"Ada tengok budak kena buli kat sekolah? Hari tu budak singlet hitam, sekarang anak yatim pulak, kesian. Baru je tad…

Kalau dah jodoh

Bismillahirrohmanirrohim.. 


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah Ya Allah.. 31/7/14, aku sah menjadi isteri kepada Muhd Syafiq Che Noh. Rasa tak percaya, nak pengsan pun ada. Betul ke? Betul ke? Terasa semua ni berlaku sekelip mata, tak sampai setahun atau lagi tepat selama 5 bulan arghhh sungguh tak pernah terlintas di fikiran ia akan berlangsung dalam waktu sesingkat ini. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya ini adalah aturan dari Mu yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu.


Biarlah aku simpan semua cerita ini sendiri. Dulu sebelum kawen, aku pernah nekad taknak bercerita lebih-lebih tentang hal bercinta, kawen dan seterusnya sebab pengalaman yang lalu sungguh mengajar aku agar jangan terlalu excited dengan sesuatu yang belum pasti. Dan aku cuba remind diri sendiri di kala aku bercerita dengan ghairahnya, seronoknya hal rumahtangga aku pada umum, mungkin ada hati yang terluka. Ada kawan2 yang masih belum bertemu jodoh. Doa ku untuk semua, semoga Allah permudahkan. Sesungguhnya j…

Terima kasih memori

#Throwback: 2 3 tahun yang terdahulu....


Macam-macam cerita sedih yang berlaku dalam hidup aku. Allah bagi aku ujian, aku selalu pikir berat nya dugaan ini. Padahal kalau nak dibandingkan dengan kanak-kanak yang terbiar kelaparan kat Syria sana tanpa ibu bapa di sisi buat aku terpikir betapa ujian yang Allah turunkan kepada ku sangat lah kecil. Mengapa aku perlu mengeluh? Sepatutnya aku bersyukur.


Masa semakin pantas berlalu dan aku juga akan memasuki fasa baru dalam hidup aku. Aku berharap agar aku takkan lupakan memori yang telah tercipta sama ada secara sengaja atau tak sengaja. 


Bila bercakap pasal memori, aku tak terpikirkan "orang" yang mengisi memori tersebut. Bagi aku apa yang berlaku pada waktu itu, situasi, di mana dan bagaimana aku bangkit dari kekecewaan itu lebih penting untuk diingati. 


Terima kasih memori. Tanpa kamu, aku bukan seorang yang sekarang. Walau apa yang berlaku, memori tetap memori yang takkan mungkin dapat dikembalikan cuma hanya mampu diingati sebaga…

Mencari Geng Menjahit

Beginner area Puchong!


Assalamualaikum.


Hai semua.. Siapa yang kat sini berminat menjahit? Tak kisahlah menjahit baju ke princess dress ke, felted bag, patch pillow case ke apa-apa je lah kan. Well, aku ni dah start sikit-sikit menjahit cuma sekarang dah slow entah kenapa. Macam tak semangat je.


So entry kali ni sebenarnya aku nak mencari kawan/ geng yang suka menjahit. Nak berkongsi teknik menjahit dengan betul. Aku ni memang tak expert lagi bab nak jahit lubang tengkuk/ leher dan jugak nak cantumkan getah pinggang. Memang failed! So bila kita dah siap jahit cantum bahagian badan dan tangan haaaa tiba bab nak buat lubang leher memang semangat terus down. Berminggu-minggu aku hold malas nak buat.


Aku pikir kalau kita ada geng yang suka menjahit mesti seronok kan? So, siapa yang nak kawan ngan kita? sama-sama belajar? takde mesin jahit takpe, aku ada! Jum la.

Edisi Mintak Tampar: Dah diskaun nak diskaun lagi

Hello semuaaaa...Assalamualaikum?


Alhamdulillah, esok cuti sempena Hari Buruh (1 May). Ekceli siapa yang sepatutnya dan selayaknya dapat cuti ni? Yang aku faham buruh ni macam buruh kasar kerja kontraktor buat bangunan di panas terik mentari. Orang kerja office macam aku dipanggil buruh tak? heee.. Syukur syukur syukur dapat la jugak escape otak sekejap kan dari kerja yang takkan pernah siap tuh. 




Well, kebiasaannya bila ada public holiday mula lah shopping complex berderu buat sales besar-besaran, discount sana sini, buy 1 free 10, 2nd price @RM0.20 dan macam-macam lagi promosi kan. Masa ni la kaum-kaum wanita menggilaaaa!! Suka sangat mendera mental kitorang tau!! Mencik mencik mencik!


Bila time promosi gila gila sampai discount mencecah 99.9%, yang paling aku tak suka sekali adalah situasi menunggu giliran nak masuk fitting room. Kemain beratur panjang last-last baju yang dibawak masuk tak berkenan, tak muat saiz fuhhh penat beratur tau! Lagi satu bila nak membayar nya. Orang lain pen…

Dah kurus tentu nak seksi.

Assalamualaikum uolsss..


Siapa yang tak nak kurus? Aku percaya Itu impian hampir kesemua wanita.. Maksud aku kurus tu yang sedang-sedang elok, bukan kurus yang sampai tahap skinny okey. Sekarang ni bermacam-macam produk kurus muncul. Kalau kat fesbuk/ instagram fuhhh tak larat nak scroll down, nampak je terus skip taknak tengok.


Kenapa taknak tengok? Bukan nak cemuh dengan produk-produk tu, bukan tak percaya pada ubat yang boleh kurus dalam masa 5 min... semua tu aku percaya! Cuma yang aku annoying bila tengok testimoni sebelum dan selepas pengambilan ubat kurus tersebut.


Perghhhhh....

Gambar sebelum: Pakai baju kurung saiz xxxxxxxxl, tudung elok je kat kepala.

Gambar selepas: Baju ketat, tudung tak tau ke mana.



Motip nak kurus?? Supaya dapat pakai baju kecik yang ketat? Supaya dapat pakai baju seksi skirt pendek?



Hah, elok lah kalau gemuk selamanya kan???? 



Aku taknak tepek gambar-gambar testimoni sebelum dan selepas pengambilan ubat kurus. Kang aku upload ngan aku sekali dapat dosa kerana m…

Kelemahan yang menjadi kekuatan #Silence

Holla.. Assalamualaikum semua kesayanganku..


Tiap-tiap pagi masa on the way ke tempat kerja macam biasalah rutin harian aku dengar radio Hot fm. Walau ramai yang komplen hot fm dah tak hangat tapi aku pelik ramai jugak yang dengar nya. Kalau sesuatu topik atau iklan berjela-jela atau lagu tak sedap menjengah ke telinga, aku terus tukar je lah siaran radio lain. Tak tahu lah kenapa orang susah sangat nak tukar siaran radio lain, asyik komplen komplen komplen memanjang.


So, apa sebenarnya aku nak cerita?? Owhh..haaa.. Dua tiga hari lepas topik nya berkisar tentang "sesuatu kelemahan yang bertukar menjadi kekuatan". Ada pemanggil ni cakap kelemahan dia adalah menangis. Bila dia nak marah sangat dengan anak-anak atau suami, dia akan menangis. Tapi disebabkan tangisan tu lah anak-anak akan dengar cakap, suami pun boleh cair. Haaa..aku pun ada jugak la ciri-ciri tu sikit. Sikiiiiiiit jer.. Kelemahan yang lain?? Hemmm, let me think for a while



Mr Google
Okay, kelemahan aku adalah aku …

Tips untuk cantik yang sering dipandang remeh.

Holla.. Assalamualaikum semua..


Siapa kat sini nak cantik? Siapa kat sini nak kulit halus dan gebu? Siapa kat sini nak kulit putih? *kalau boleh tangan kanan tangan kiri kaki kanan kaki kiri aku nak angkat semua sekaligus*.


Tapi berapa ramai yang betul-betul rajin jaga muka? Berapa ramai yang rajin tuang air masak dalam gelas dan minum sebanyak 8 kali sehari? Berapa ramai yang rajin nak tepek masker kalau time tak period? Berapa ramai???? 


Honestly gambar ini tiada kaitan langsung dengan entry yang ditaip.

Kalau ikut petua nenek moyang kita dulu - amik air bekas basuhan beras cuci kat muka, air rendaman daun sirih dalam air panas, air asam jawa dengan kunyit memang takkan terbuatnya lah! Confirm!


So?So? Apanakbuatsekarang ni hoi?


Mengapa kita perlu bersusah payah nak cari petua-petua yang memang sedia rumit tu? Mengapa nak invest duit banyak-banyak semata-mata nak cari produk muka yang sesuai ngan kulit kita? *ini memang rujuk kepada aku*.


Well, aku dah jumpa tips yang memang sangat sangat m…

Oh baru ku tahu rupa-rupanya.......

Hai uolsss.. Assalamualaikum..


Okay meh nak tanya sikit, ada tak antara korang ni baru je discover yang korang boleh buat sesuatu benda yang very unexpected? yang selama ini korang tak pernah tahu yang korang boleh tidur sambil berdiri ke, boleh menyanyi depan orang ke dan bla bla bla.


Mesti ada yang baru perasan kan? kan? kan? Owh rupanya aku boleh gemuk, ingatkan keturunan aku memang kurus-kurus tak boleh nak gemuk dah hahaha. Tapi sekarang huh bukan main melebar lagi pipi dan paha ku ini. Sungguh sakit hati.


Contoh macam aku ni baru je discover yang aku boleh melukis rupanya. Ala lukis hodoh-hodoh je. Dulu masa darjah 3 macam tu aku memang suka melukis. Lukis bukit dan di celah-celah bukit mesti ada matahari keluar separuh, ada 2 3 ekor burung terbang di awan, pastu lukis sawah padi, rumah banglo 2 tingkat, kereta kura-kura, orang lidi. That's my expertise! hahaha.


Since last year, aku start balik melukis. Saja-saja melukis kat office sambil tunggu jam pukul 5.30 sharp nak blaaahh …

Somewhere & Someone in April

It is already April uolssssss!

Ahhaaa..sila jangan terkejut mengapa aku sangat kerap mengupdate blog. Dah takde kerja nak buat kan, so cari lah kerja. Okay, siapa yang nak join aku sama-sama buat tak sedar tak tahu sekarang dah bulan April? Angkat tangan! My goodness, already April????




Okay, let's back to the story - it was about 13 years ago *ececece nak type omputeh hampehh*. Pada bulan April 2001, masa tu aku tengah tunggu bas nak ke sekolah. Tiba-tiba pakcik posmen datang bagi surat dalam satu envelope saiz A4 yang beralamatkan nama aku Mariani Binti Makhtar. It's rare! Jarang dapat surat saiz begitu. Cepat-cepat koyak then tadaaaaaaa......


Surat tawaran ke MRSM Jeli! Aku semacam tak percaya, bulan April kot ada lagi ke panggilan masuk ke MRSM? Hati berbelah bagi nak pergi ke tak? nak ke tak? macam nak macam taknak. Hati gundah gulana. That time ma dan abah beria suruh pergi, akak pun sama. Alasan diorang kalau tak masuk sekarang nanti susah nak mohon masuk Ting 4 dengan resu…

Angkat terangkat bukan satu tiket

Before you open your mouth, make sure you have a mind to back up all the things you say.

Assalamualaikum semua..


How is your holiday? Harap-harap tersengih lebar lah ye tambah-tambah lagi hari ni sejuk je mendung je kat luar. Alhamdulillah setelah berminggu-minggu Malaysia dilanda kemarau, habis hutan terbakar, daun kering berguguran. Allah uji sekejap je rasa dah tak tahan. Macam mana lah nanti kan?


Dalam duk panas tak panas ni ada jugak orang yang suka memanaskan keadaan yang sedia panas ni. Putar belit sungguh ayat kali ni teheee. 


Aku terfikir adakah zaman sekarang ni, orang-orang kita terlalu open-minded? Adakah ia perkara biasa ikut peredaran masa? Atau kah memang ada sekelompok manusia ni jenis yang berfikiran kolot? Tak ikut peredaran masa? I mean that hello ini tahun 2014, kenapa perlu berfikiran macam era 1990 an?


Siapa yang telah mewujudkan hubungan adik, abang, mak, ayah, kekasih ANGKAT? Mengapa perlu berangkat-angkat? Oh, dulu masa kat sekolah rendah aku memang ada ramai kakak…

Stream Rose Beauty Products Review

Uolsss, jum sharing is caring. 


Assalamualaikum. Heyyy si cantik jelita semua...


For those yang memang follow blog ni dari awal, mai sini nak bagitau yang misi pencarian aku untuk cari produk kecantikan terbaik belum pernah berhenti lagi. Nampaknya seolah-olah takkan jumpa titik noktah gamaknya hahaha.


Okay, perhatian perhatian! Aku sekarang tengah consume produk kecantikan keluaran Stream Rose Beauty Care. Produk ni diilhamkan dan diformulakan oleh seorang doktor pakar. Bila dengar 'doktor pakar' fuhh rasa tak ragu-ragu sikit pun nak try. Terus sambar.






Stream Rose ada banyak produk tapi so far aku cuma consume 4 benda ni je:





1. Collagen Gold    - untuk kulit tampak tegang putih gebu mulus awwww malas lah nak cakap banyak. Try la sendiri. Pattern: Serbuk. Taste: Berries flavour.


2. Fybermix    - ubat berakkkk. Siapa ada problem nak bernyahtinja boleh amik supplement ni. Aku pun dah start berak hari-hari. At least 2 hari sekali berak tu dah tahap wajib dah sekarang. kalau tak tunggu …

Jaga aurat

Assalamualaikum semua..


Dah masuk bulan April, semacam rasa tak percaya. Betul ke ni? Betul ke ni? Jadi sendiri mahu ingat la usia pun makin hari makin meningkat tua bukannya semakin muda.


Bila bercakap mngenai usia yang makin meningkat, apa yang kita harus buat? Okey la, aku tanya soalan, aku jugak yang jawab nya. 


Main point: Selarikan sikap, pemikiran, gaya, social life dan bla bla bla dengan peningkatan usia kita. Susah kan nak stop, kikis perkara yang kita dah terbiasa buat sebelum ni. Susahnya nak start nak pakai baju bersaiz besar, nak pakai tudung tutup dada, nak pakai stokin. Susah hoi susah. 


Mengapa susah?? Sebab kita tak biasa kan diri untuk menjadi seperti itu!! Hari-hari pakai baju ketat, kecik sampai kita rasa benda tu "ala biasa je, takde lah ketat sangat pun". Kan? Kan?


Aurat: satu perkara yang mana paling senang untuk kita kaut pahala kalau kita ikut garis panduan yang ditetapkan dan ia juga adalah satu perkara yang paling paling paling senang untuk kita kumpul …

Mencari Kekuatan Membuat Keputusan.

Hai, Assalamualaikum..


"Orang lain dah ramai berubah jadi baik, artis pun dah ramai berhijrah. Aku ni bila lagi?"


Hrmm, kalau setiap perkara yang kita nak buat diakhiri dengan persoalan ataupun "suatu hari nanti, aku akan bla bla bla...." memang entah bila akan berhasil kan?


Aku pun sebenarnya dalam dilema tsk tsk tsk. Pengalaman 3 tahun lalu sungguh memeberi aku pengajaran. Rasa terkilan masih terbawa-bawa sampai la ke saat ini. Bila teringat balik Ya Allah apa aku dah buat ni, rasa berdosanya, derhaka nya aku sebagai seorang anak. Perginya arwah abah tak sempat aku berada di sisinya masa tu T_____T.


Sekarang ni pun, mak asyik tak sihat. Bila aku call, suara ceria tapi di hujung-hujung tu seakan kedengaran kurang sihat. Aku tahu sakit ma bukan setakat kencing manis, sakit urat je. Walaupun tu orang cakap sakit yang agak bahaya, aku rasa sakit sunyi tanpa anak-anak di sisi lagi mencengkam hati seorang ibu. Kan? Kan?


Ya Allah, aku berdoa berikan aku kekuatan untuk aku bu…

Hashtag for MH370 #MH370

Assalamualakum, selamat pagi..


Ya Allah, 3 4 hari ni bila terbangun dari tidur terasa amat sayu mengenangkan pesawat MH370. Di mana? masih ada? atau sudah tiada? hilang? kalau ada, sihatkah mereka? kalau tiada, mana mayat nya? Macam-macam bermain di fikiran. 





Aku percaya ini adalah antara saat-saat yang paling sukar untuk semua pihak; mangsa pesawat MH370, kakitangan MAS, polis, TUDM, FBI, rakyat Malaysia & China, negara-negara luar dan mungkin seluruh dunia. Sukar untuk menerima hakikat bahawa pesawat MH370 hilang. 


HILANG....


Sukarnya untuk meyakinkan orang ramai dengan perkataan hilang. Ye hilang. Mengapa hilang? Bagaimana boleh hilang? Macam mana untuk cari balik? tak semua boleh terima kalau kita cakap ini semua adalah ketentuan dan takdir Allah? Sedangkan orang-orang muslim sendiri pun seolah-olah sukar untuk menerima nya apatah lagi bagi yang bukan muslim. 


Seluruh dunia sedang memerhatikan kita. Bagaimana kakitangan MAS ingin war-war kan perkembangan semasa sedangkan tiada seba…

Business bertingkat tingkat

Hello, Assalamualaikum semua..


Lately dah overload rasanya timeline facebook, instagram, twitter, blog dengan pelbagai jenis business. Orang yang buat online business rata-ratanya orang yang dah ada career tapi masih nak cari extra side income lebih-lebih lagi pada yang dah berkeluarga. 


Well, 2014.. what do you expect? 





Yang dua-dua suami isteri berkerja pun tak cukup nak tampung perbelanjaan kan. Tak kurang hebat jugak si isteri yang ber'title' suri rumah pun sekarang nak tolong suami cari side income at least dapat beli baju untuk diri sendiri pun jadi la kan. Nanti mintak ngan suami bebel itu lah ini lah pulok.


Tak dinafikan bila berbisnes ni ada yang akan support, ada yang suka, bila bisnes dah naik sikit mulalah ada yang dengki, ada yang rasa annoying ngan iklan-iklan yang tersembur keluar kat mana2 dan macam-macam lagi lah. 


Aku pun macam tu lah. Kadang-kadang rasa annoying jugak. Bila dipikirkan balik ish tak baik macam tu kan. Biar lah diorang nak berbisnes, jangan lah cem…