Skip to main content

Kelemahan yang menjadi kekuatan #Silence



Holla.. Assalamualaikum semua kesayanganku..


Tiap-tiap pagi masa on the way ke tempat kerja macam biasalah rutin harian aku dengar radio Hot fm. Walau ramai yang komplen hot fm dah tak hangat tapi aku pelik ramai jugak yang dengar nya. Kalau sesuatu topik atau iklan berjela-jela atau lagu tak sedap menjengah ke telinga, aku terus tukar je lah siaran radio lain. Tak tahu lah kenapa orang susah sangat nak tukar siaran radio lain, asyik komplen komplen komplen memanjang.


So, apa sebenarnya aku nak cerita?? Owhh..haaa.. Dua tiga hari lepas topik nya berkisar tentang "sesuatu kelemahan yang bertukar menjadi kekuatan". Ada pemanggil ni cakap kelemahan dia adalah menangis. Bila dia nak marah sangat dengan anak-anak atau suami, dia akan menangis. Tapi disebabkan tangisan tu lah anak-anak akan dengar cakap, suami pun boleh cair. Haaa..aku pun ada jugak la ciri-ciri tu sikit. Sikiiiiiiit jer.. Kelemahan yang lain?? Hemmm, let me think for a while



Mr Google

Okay, kelemahan aku adalah aku suka berdiam diri bila orang melemparkan kesalahan yang aku sendiri tak buat. Aku jenis yang tak suka nak argue tunjuk segala bukti yang aku tak buat sesuatu benda. Contoh: 


"Yani, you yang tampal label salah kat produk makanan tu kan????" 
"Tak! Bukan saya!" *cuma berkata dalam hati*.
Aku hanya simpan sendiri sebab kalau bab sample label produk semua ni memang kerja aku pun. Tapi yang salah label tu bukan aku. Kebetulan masa tu aku pergi buat kerja luar, memang takde kat office time tu. Tapi orang nak percaya ke kalau kita cakap bukan kita yang buat sedangkan orang tahu itu memang job scope aku. Susah kan?


So, aku lebih suka amik keputusan berdiam diri dari pum pang pum pang bela diri. Bagi aku benda kecik jer tuh, selagi boleh sabar kita sabar. Kita kena ingat tak payah nak dapatkan penghormatan dari manusia sangat yang penting Allah itu Maha Mengetahui. Kan??


Pada orang lain, mungkin bersuara tentang sesuatu perkara itu menunjukkan keyakinan, orang akan respect, orang takkan memperkotak-katikkan kita. Tapi bagi aku remain silent pun ada kekuatan jugak. Boleh jadi orang akan malas nak melayan kita sebab asyik diam je takde respon. Lama-lama orang pun jemu. Ye dok??


Yang aku fed-up bila orang yang teraniaya tapi duk pum pang pum pang kat facebook up status "Diri ini teraniaya. Takpe Allah ada untuk membalas di atas perbuatan korang" dan bla bla bla... terasa macam sakit mata baca status tu. Kadang-kadang kalau kita buat salah, kalau kita remain silent orang akan nampak kita betul tau.. This is what we called "The Power of Silence".


So, I prefer to choose to remain silent!! :)



Comments

Popular posts from this blog

TRENGKAS

Apa itu TRENGKAS?

Sape-sape yang rajin sangat mohon kerja kerajaan, mesti selalu jumpa perkataan "trengkas" kat borang permohonan. Namanye selalu jumpa tapi tahu tak apa benda tu? Aku pun baru terpanggil untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut. Selama ni ignore je part trengkas ni. Owh, then no wonder la aku tak pernah dapat offer interview dari company kerajaan yang mana aku apply. Mungkin sebab tak isi bahagian trengkas ni kot.

Mari la kita sama-sama belajar yer. TRENGKAS berasal dari dua perkataan iaitu Tulisan Ringkas. Nak tahu macam mana rupa bentuk trengkas, come closer. Sila zoom betol-betol okay!


Sekali pandang macam tulisan jawi tapi dua tiga kali pandang macam cacing pulak. Sebenarnya kita jarang guna trengkas ni. Selalunya kita guna short form. Contoh; Yang-yg, cantik-cntk. Biasanya time ber-sms la kita guna sebab nak jimat kredit kan. Contoh lain;
AKA = also known as OTW = on the way ASAP = as soon as possible  

Sape yang selalu guna trengkas? Aku dah try …

Starter pack Bio-essence Bird's Nest

Oh oh oh.. I check kat stat rupa-rupanya ramai yang terjah belog ni sebab nak baca reviews alat-alat kecantikan yang i dah banyak review kat sini especially Bio-essence Bird's Nest. Sebelum ni saya pernah buat review kat sini. And my review untuk produk ni sangat bad. Takut nye kalau saya dah mempengaruhi semua orang jangan guna produk bio-essence ni. Padahal teknik pemakaian saya dah salah, tu yang effect teruk.


In response to that and plus plus saya tak nak membazir sebab pencuci muka dia banyak lagi tak guna, nak tunggu expired jer, so saya pergi kat watson cari beauty consultant tanya cara-cara nak apply produk bio-essence ni macam mana.


Okay, here we go! Kalau korang determine sangat nak guna produk bird's nest ni, kena beli satu set. Satu set lengkap ada;
Nuti-Collagen & Whitening CleanserNutri-Collagen & Whitening AdvancerNutri-Collagen & Whitening EssenceNutri-Collagen & Whitening Cream
At first, prejudice jugak nak beli sebab kat situ semua mention whi…

Review; Bio-essence Bird's Nest Nutri Collagen & Virgin Coconut Oil

Bagus sangat ke produk yang ada bird's nest ni? Bila tengok Fazura kat TV jadi duta produk Nutox yang ada bird's nest content, terus nak try. Tapi saya try produk bio essence, harga nya mak ai, mahal la RM 24.80. Kalau guna safi balqis baru RM 10 je. Biasalah orang cakap lagi mahal lagi bagus bukan?

Bio Essence Bird's Nest Nutri Collagen
Nama kemain hebat lagi tu. Ada sarang burung la, ada collagen la. Mesti double triple dia punya action kan. Tak sabar nak tengok hasil nya.

Lepas dua minggu try pakai pencuci muka Bio essence tu, rasa nak menangis woo. Jerawat naik berlambak-lambak especially kat dahi. So scary! Penuh dahi bagai tak cukup ruang. Owh, inikah penangan sarang burung? Terus terbayang, macam mana nak bagus sarang burung ni, burung duk berak  kat dalam tu, orang pergi buat research kata bagus. Ptuiiiii..hahaha

Sebenarnya nak tunggu sebulan pakai sebab nak tengok hasil produk  ni kan. Manalah tahu dia nak elokkan muka, tu yang timbul berlambak-lambak jerawat as a pe…