Tuesday, August 31, 2010

evergreen vs malar hijau...siapa hebat?

yeyeye
raya dah makin dekat!!

rasa cam baru jer semalam start puasa tup tup dah nak meninggalkan kita..cewahh..tiba-tiba hati jadi gundah gulana bila dapat tahu baju raya belum siap lagi! kasut baru takde lagi! handphone baru takde lagi! boyfriend baru pun takde lagi! ape lagi yang takde?

sekang ni kalau siapa-siapa yang slalu pegi shoping yang nak beli baju raya, nak cari boyfren raya mesti perasan kan dah makin rancak lagu-lagu raya berkumandang riang. even kedai runcit pun dah tukar lagu raya. dah kurang dah dengar lagu kebahagiaan dalam perpisahan. memang betol! ada satu kedai runcit kat bukit changgang ni suka sangat pasang lagu shahir.

satu lagi perasan tak dah macam-macam pesen dah bunyi lagu-lagu raya era sekang ni. kadang-kadang tak dengar macam lagu raya pun. tak berapa nak masyuuukkk ngan jiwa saya. tapi takpe la maybe saya ni orang lama kot. tak sesuai dengar lagu berjiwa muda..ahaks..

tapi bila dengar je lagu adik anuar zain dn adik elina terus je kepala rasa nak hantuk-hantuk (sebagai tanda terlalu menjiwai lagu). kaki pun rasa nak goyang-goyang. memang kena ngan jiwa. memang orang lama betol la! haha

lagu sekang ni yang agak hit sikit ada la lima enam tujuh keping lagu datok siti. lagu-lagu yang diberi nafas baru (sebab lagu lama dah bernafas busuk haha) pun tak sehebat lagu asal. betol tak? siapa setuju?? yeah!

antara lagu-lagu raya yang sampai sekang saya asyik dan nak sangat dengar;
  • m nasir-suatu hari di hari raya
  • ramlah ram-selamat hari raya
  • azlina-dendang perantau
  • dj dave-menjelang hari raya
  • aman shah-kepulangan yang dinanti
  • mamat-ku pohon restu ayah bonda
  • aishah-pulanglah
fuhhh. memang banyak la. pendek kata lagu-lagu evergreen ni memang syookk sangat. saya tahu agu-lagu evergreen masih lagi mendapat tempat di hati kita semua. 


ok la, memandangkan saya tengah dalam mood mendownload lagu-lagu raya, nak survey la sikit.
lagu raya yang mana yang korang suka dengar?

"berlalu la sudah ramadhan
sebulan berpuasa
tiba syawal kita rayakan
dengan rasa gembira
lalalalalalala........"

Saturday, August 28, 2010

oh Malaysia tanah airku..

saya tak pernah nak jadi macam Siti Amalina Che Bakri. dapat 17A1 dalam SPM, terima offer dari universiti luar. mengharumkan nama negara. saya? nak amik 10 subjek pun tak larat tapi saya bangga dapat belajar kat Malaysia je (alasan haha).

saya tak pernah dapat A dalam subjek sejarah dulu (SPM dapat okay! walaupun nasib je) tapi saya selalu hafal fakta-fakta sejarah negara sebelum masuk exam. saya tahu kisah Rosli Dobi, Tok Janggut, Perdana Menteri. siapa cakap saya tak suka sejarah. buku teks sejarah la yang selalu jadi peneman saya sebelum tido (asal baca sejarah je mesti tetido hehe)


memang sesuai la untuk mengulit tido kiki



saya tak pernah mewakili negara dalam sukan SEA, komanwel, asia apatah lagi sukan olimpik. tapi saya selalu ikut perkembangan sukan negara. saya tahu sekarang ni pemain badminton negara sedang berjuang untuk kejohanan dunia. kalau mereka baca blog ni, selamat berjuang wira-wira Malaysia! (keh keh keh).

datuk..maen elok-elok yer

saya tak pandai menyanyi macam Siti Nurhaliza. saya tak dapat bagi sumbangan pada negara. setakat nyanyi dalam toilet, wakil tadika masuk pertandingan nasyid 20 tahun dulu ada la. tapi tu bukan menyumbangkan suara tapi men"sumbang"kan suara.

saya tak pernah menyertai mana-mana kempen besar yang diadakan kat negara ni. bukan tak mahu tapi takde duit nak pergi, takde kawan nak teman, parents tak bagi bimbang keselamatan. tapi mereka tak tahu saya sokong dalam hati.

walaupun saya tak pernah buat semua tu.......

TAPI

saya beli barangan buatan Malaysia dan thailand (murah) 
saya belajar kat Universiti Teknologi Malaysia (sebab tu saya jawab SPM biase2 je, kalau dapat tinggi taknak pegi belajar kat oversea hak hak)
saya pinjam duit PTPTN (ada kaitan ke)
saya gembira dilahirkan di Malaysia

saya sayang Malaysia

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53!
MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!


boom boom boom (eyh, tak baek main mercun!)


 

Thursday, August 26, 2010

Hari Ini, Hari Esok, Tidak Seperti Semalam...Astaghufirullah

Hari ini
hari esok
tidak seperti semalam
astaghufirullah.

           Hari ini
           duri derita semakin meruncing
           taring iblis semakin menusuk
           bilah pedang semakin berdarah
           pintu seksa semakin terbuka
           penghuni neraka semakin bertambah
           bumi tua semakin meretak
           laut biru semakin membantai
           hutan hijau semakin menghilang.

Hari esok
duru derita akan terus membunuh
taring iblis akan terus mengiringi ke lahad
bilah pedang akan terus menghiris nafas
pintu seksa akan terus menyambut tetamu
penghuni neraka akan terus menerima anugerah
bumi tua akan terus menambah calar
laut biru akan terus menghukum hakim
hutan hijau akan terus menjemput bencana.

           Tidak seperti semalam...
           duri derita masih lembut melihat
           taring iblis masih sunyi bersembunyi
           bilah pedang masih tempa membara
           pintu seksa masih besi merantai
           penghuni neraka masih bayi merangkak
           bumi tua masih segar tersenyum
           laut biru masih jernih bersemayam
           hutan hijau masih indah berhias.

Astaghufirullah
duri derita itu biarlah hilang tak berjejak
taring iblis itu biarlah hancur tak berkesan
bilah pedang itu biarlah bersarung tak bertarung
pintu seksa itu biarlah tertutup tak terbuka
penghuni nera itu biarlah kosong tak dikunjung
bumi tua itu biarlah sihat tak berpenyakit
laut biru itu biarlah lembut tak berbadai
hutan hijau itu biarlah tegak tak terusik.




fuhhh..power ayat ni. tapi mestilah bukan hasil saya okay. tak pernah terfikir kot nak buat ayat-ayat camni. ini adalah salah satu sajak oleh Ispaini Salim yang saya baca dalam buku 'Antalogi cerpen & sajak : DENDANG DUNIA'..

sajak ni memang sangat menceritakan keadaan sekarang kat negara ni. tiap-tiap hari ada je cerita-ceritu pasal isu-isu yang entah la. tak logik pun ada tapi betol-betol berlaku..


keluarga yang mengalami trauma, suami 'sakit' sembelih anak sendiri yang berusia 3 tahun


p/s: jangan lupa vote lagu raya paling sedih kat sebelah ni..=))

 




Tuesday, August 24, 2010

Facebook untuk bunuh penduduk Palestin?

mula-mula sign up facebook kalau tak silap tahun 2008. time tu orang tak gila sangat maen benda ni. sesaje buat account, biar nampak advanced sikit berbanding kawan lain. lepas tu tak guna pun sebab kawan-kawan takde account lagi. sampai la awal tahun 2009, bila kawan-kawan dah mula bizi sign up facebook baru terkial-kial nak cuba ingat balik emel & pasword. sampai ke hari ni tak ingat jugak. jadi, saya buat facebook baru guna nama Marya Ni. kalau siapa yang rajin search Mariani Makhtar, kompem kuar nama tu, yang tak bergambar..hahaha..itu saya!!

apa beza friendster & facebook? tengok nama pun dah tahu berbeza sangat kan hihi. kalau dulu, biasanya friendster ni dibanjiri dengan adik-adik murid yang muda-muda dan cun-cun.lain pulak ngan facebook lebih kepada rakan-rakan 'sekepala' dan sangat berkesan dalam usaha menjejak kasih teman-teman, bekas-bekas pakwe makwe kan. tapi skang ni dah bercampur aduk dah. budak-budak sekolah rendah pun dah ada, haaa yang pakcik makcik pun ada jugak..

masa awal-awal dulu, takde ramai kawan lagi. so, siapa-siapa yang add mesti nak approve. nak eksyen ngan kawan-kawan siapa yang lagi cepat kumpul ramai friends kan. tapi skang rasa menyesal pulak. nak remove tak sampai hati, tapi tak kira! kena remove jugak orang-orang bangla, lombok!! bayangkan kita ada 5000 orang 'rakan' tapi bila separuh daripada tu menyebarkan sampah sarap, ia sudah cukup merosakkan fungsi asal facebook yang konon-konon nak menjejak kasih.

pernah suatu ketika dulu, muncul artikel " Zuckerberg Guna Facebook Untuk Bunuh Penduduk Palestin" ..gulpp..siapa zuckerberg ni?? okay, Mark Zuckerberg ini lah pengasas facebook!! cepat google image..konon-konon ada yang kata kat hujung artikel tu ada tulis 'dengan klik saja pada facebook, kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza'..erkk, betol ke? tapi belum ada bukti yang kukuh lagi berkenaan isu ini.

dalam kalangan umat islam, wujudnya satu budaya paranoid yang cepat melatah dengan mudah bila didatangi oleh statements yang macam ni. kita juga cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran emel, SMS yang mendakwa ada benda yang tak halal dan lain-lain lagi (nampak sangat bukan ayat sendiri hehe)

Islam tak pernah mengharamkan muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non-muslim (yahudi). mengharamkan pembelian atau perkhidmatan sesuatu produk hanya dengan alasan ianya milik yahudi, mengheret kita terjebak kepada perbuatan mengharamkan apa yang halal. yang mana perbuatannya sama buruknya dengan menghalalkan apa yang haram..malah, perbuatan anti-yahudi secara semberono (kosa kata B.M yang hebat ni) begitu bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam sendiri. (oh..baru tahu)

okay, jujurnya artikel ni dipetik dalam majalah. biasala, sejak jadi cekgu ganti ni rasa cam dah terbiasa pulak dikelilingi dengan buku-buku berilmiah..dewan kosmik, info didik..mastika, URTV..keh3

buletin hari ini

jap, tadi ada terbaca kosmo online! sempat la save gambar ni

jam A Lange & Sohne
tengok jam ni macam rm10 je ni..tapi jangan maen-maen..cecah rm 2.4 juta beb..siapa la yang tak sayang duit ni yang nak beli..daripada jam kecik ni, lebih baek beli kereta ferrari..besar sikit..berbaloi la jugak..hek3..macam-macam la..

sebuah surau disimbah dengan cat merah
isk2..siapa la yang tak bertanggungjawab ni. bukan setakat cat merah je, ada beberapa tingkap dan dinding dibaling dengan botol arak. tapi ni la kuasa Allah S.WT, takde sebarang kerosakan pun. subhanallah..

Saturday, August 21, 2010

ketuk-ketuk ramadhan

wah! pejam celik pejam dan tak celik-celik tup tup dah nak masuk hari ke-13 dah puasa.alhamdulillah.

petang tadi tetiba jadi rajin, buat kueh onde-onde @ buah melaka. tapi tak nak panggil buah melaka sebab tak sempat nak pegi buat kat melaka tadi kikiki.

kerja jadi senang tadi bila ada dua orang assistant yang sangat rajin membantu dan sedia berkhidmat dari awal sampai la siap. diorang ni memang dah expert dah sebab selalu prektis golek-golek plastisin. kacang jer tu.

muka kepenatan

proses pembentukan bentuk bola. golek jangan tak golek.
rebus-menrebus..
tadaaa..yummi3..

perasan tak sebelum direbus, saiz nye xxs..bila dah masak hoh!! tapi sangat enak dimakan..hihihi

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya 

1 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]

Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh dibentuk.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan. 


ppsssttt: resepi ni telah di copy paste..hee

selamat bersahur..

Thursday, August 19, 2010

oh siti, oh tan sri..saya nak duit..

sekali lagi ini minggu paling bizi!!  anak-anak adik-adik murid bizi ngan exam.  cekgu-cekgi bizi nak 'marking paper' selepas didesak oleh adik-adik murid macam la korang dapat markah tinggi..huh!  sehingga jam ini (12 p.m), saya dah siap marking paper pendidikan moral dan telah berjaya mendidik adik-adik murid menjadi lebih tidak bermoral bila dua orang fail!! adakah mereka yang tak bermoral atau cekgu nya kurang bermoral..heheh. tak sabar rasanya nak marking paper science. mesti lagi gempak ni yang fail sebab ramai yang komplen 'kenapa soalan bukan dwibahasa cikgu!!'. sememangnya exam ni diadakan untuk menggagalkan pelajar haha. nasib korang la ye. lepas tu lagi besh bila digemparkan dengan khabar gembira, hari sabtu ni ada sekolah ganti.

Yeah!! dapat duit tambahan untuk satu hari lagi..=) (valid untuk cekgu ganti saja ok).

tambah lagi konon-konon kesibukan nak apply master sebab due date semakin dekat (31 Ogos). memang padan muka sebab sangat suka buat keje last minute. takpe takpe. keje last minute lagi adventerous! orang lain merdeka masa tu, saya akan menangis keseorangan sebab tak sempat nak submit application hua3.oh ye, sebelum terlupa, siapa-siapa nak sponsor scholarship saya, boleh la contact. memang saya tengah mencari penaja untuk sambung belajar. PTPTN? say no to ptptipu. tapi kalau tak dapat jugak sponsor dari datok dan tan sri atau Siti Nurhaliza, baru say YES!!

eh3 kak siti, jangan la nyorok. nak mintak sikit jer rm50k..
 

ringgggg...rinngggg..ok2..stop sini dulu..assalamualaikum..

p/s:menu berbuka puasa hari ni=telur kicap!!

Saturday, August 14, 2010

tolong hentikan ketagihan anda!

wah, tajuk cam dah lain ni. ye, saya vote untuk sila berhenti dari terus menjadi penagih dadah. tapi tidak pada sila berhenti dari menjadi penagih game-game yang besh! haha. 

saya memang seorang penagih game 'barn buddy' yang sangat 'hard core'. game ni boleh didapati di facebook anda. tapi peringatan, jangan cuba klik. nanti anda akan jadi salah seorang penagih. ade beberapa lagi yang saya kenal masih lagi meningkatkan usaha untuk menjadi petani berjaya. contohnya pemilik blog ini pak guard kebun 24 jam

okay. mempersembahkan salah satu application yang agak famous kat facebook
game ni senang jer. tanam buah-buahan atau bunga,tunggu masa untuk petik dan jual. tapi itu tak besh sebab part yang paling seronok adalah part mencuri hasil-hasil buah yang ranum dan bunga yang segar mekar di kebun-kebun jiran.

tengok betol-betol. tangan untuk mengutip buah, anjing tu sebagai pak guard. jangan lupa bagi makan.
barn buddy cheat!
saya paling menyampah bila jiran-jiran suke menutup kebun-kebun mereka macam ni. menyukarkan proses mencuri. tapi lepas tu saya pun terikut-ikut jugak hehe.

tapi skang ni dah slow down sikit berkebun ni sebab dah ramai jiran-jiran bersara. saya sangat rindukan mereka ni cik anis, cik yatt, cik as, cik zara dan ramai lagi sob3.

disebabkan ramai yang dah bersara, saya rasa tak patot berhenti di sini saja. perjuangan saya belum selesai lagi. saya beralih ke game lain pulak-tikki resort!

tiki resort!
dari berkebun, jadi kontraktor pulak. bina resort kat pulau, kutip-kutip sampah. ni untuk perancangan masa hadapan, kena bina siap-siap hihi.

bila dah penuh, boleh beli pulau lain pulak. yeah!
macam-macam game la yang melalaikan kan. tapi yang melalaikan tu la yang kita suke maen. 

okay. stop dulu. layan satu lagi game yang besh ni (sempat lagi tu)

typing maniac-uji kepantasan jari-jemari anda dengan penuh lemah gemalai
p/s: sila cuba tapi tunggu lepas puase. tak pasal-pasal kurus pahala puase =))

Friday, August 13, 2010

mari berpuasa [part 2]

okay. hari ni dah masuk hari ketiga puasa. alhamdulillah, kita masih lagi dikurniakan tubuh badan yang sihat untuk menyenangkan kita mengerjakan ibadah puasa dan tarawih. kenapa macam sedih pulak. takpe, kena muhasabah diri sekali sekala.

assalamualaikum

jap, dah cek ke belum mata ganjaran dari hotlink? eh, cepatnya capai tangan cek handphone ye hehe. kali ni saya akan sambung lagi pasal kelebihan-kelebihan mengerjakan sunat tarawih (sila cek kat sini ye cara-cara nak tambah pahala).

solat tarawih malam ke-6
  • Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya
solat tarawih malam ke-7
  • Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman

solat tarawih malam ke-8
  • Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam

solat tarawih malam ke-9
  • Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

solat tarawih malam ke-10
  • Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat

okay, lagi klik kat sini untuk taw kelebihan-kelebihan malam seterusnya. yahoo, esok holiday (tiba-tiba). eh, maksud saya boleh la kita pergi ke masjid untuk solat tarawih dengan khusyuk nye. takdela nak pikir nak tido awal, esok kerje la ape la itu la ini la kan. 

p/s:jangan nakal-nakal dan selamat beramal!


Wednesday, August 11, 2010

saya pun nak bercerita tentang bulan puasa!


penat berjalan dari satu blog ke blog yang lain, semua orang bercakap tentang puasa, tarawih, bazar ramadhan. saya pun nak! hari ni saya nak bercerita ape menu untuk berbuka nanti. eh3, puasa tak sampai separuh hari lagi. tak baek.

okay!

assalamualaikum..

semua berpuasa ke hari ini? saya? kalau tak puasa pun saya akan cakap saya berpuasa okay! kalau tanye budak kicik ape itu puasa? mereka dah pandai jawab..tak boleh makan dan minum. lagi, semua syaitan kene ikat. tak boleh korek hidung atau telinga. tapi ade gak yang bwat, kadang-kadang terlupa.

skang ni dah canggih, nak taw fadilat-fadilat berpuasa semua nye di hujung jari anda. cuba cek kat jari, betol ke ada? takde kan! tipu je. 

okay, saya nak share kat sini kelebihan-kelebihan yang akan kita dapat bila kita tak kedekut meluangkan masa malam-malam pergi tarawih. setiap hari ada ganjarannya. siapa nak ganjaran tak boleh malas. macam iklan maxis, kene topap selalu baru dapat kumpul mata ganjaran kan. pastu bila takde kredit, boleh redeem. jap nak cek *100#, wah dah ade 569 mata. kene rajin-rajinkan mentopapkan kredit ni. uit, dah terpesong plak. hee

sama juga dengan tarawih. Allah S.W.T dah menjanjikan kita ganjaran yang dalam setahun 30 hari je dapat cari. 


kalau sembahyang rasa lama je, tapi tengok tv 2 jam, rasa cam 30min, kejap je..

solat tarawih malam pertama:
  • diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya sewaktu dilahirkan
solat tarawih malam kedua :
  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya
solat tarawih malam ketiga:
  • Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka
solat tarawih malam keempat:
  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran
solat tarawih malam kelima:
  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa




kalau nak tahu kelebihan untuk malam-malam seterusnya, saya akan sambung nanti tuk next post. ayuh kita ringan-ringankan kaki melangkah ke masjid untuk solat tarawih. selamat berpuasa dan selamat bertarawih!

sebelum tu, jangan lupa ini untuk berbuka


kurma yusuf taiyoob!

tapi sebelum itu lagi, jangan lupa baca doa


doa berbuka..amin..

Monday, August 9, 2010

zaman sekarang semua susah hoi

dah hampir 4 bulan kot meninggalkan alam persekolahan yang penuh tragis. dulu semua subjek rasa susah. tapi skang dah hampir sebulan mengajar subjek sains kat SMK Banting ni alahai rasa cam kacang lupakan kulit la pulak. kenapa la dulu macam slow sangat..haishh..tak payah la nak mengeluh, padan muka..

masa belajar dulu asyik mengeluh


skang ni mengeluh sebab tak dapat belajar

ada beberapa hari je lagi nak menamatkan khidmat sebagai cekgu ganti, kepala dah mula pening-pening. apa saya nak bwat lepas ni? haish..mengeluh lagi. nak sambung belajar atau terus cari keje sebagai promoter. tapi sebelum tu yang penting KONVO! hrmm, baju tak beli lagi la..tak payah la nak melawa sangat, bukannya dapat first class pun. memang tak mungkin kan dapat nye, sekali pun dapat saya akan tolak..haha..

rasanya dah lebih sepurnama dah kot menghabiskan masa mencari-cari sekolah baru untuk sambung belajar. beberapa minggu lepas dah pun pergi usha taman permainan kat UPM selamat ke tak nak skodeng pakwe (takde kaitan langsung). pastu tiba-tiba rasa nak sambung kt UKM. skang ni plak rasa nak sambung kt UM. lepas ni tak taw pulak, maybe rasa nak sambung kt UMT or UMK (boleh balik tiap-tiap minggu) atau pun UMP, UMS pun boleh jugak. terasa sangat gedik tapi layak ke? UTM dah offer tak nak pulak..tapi dah berkira-kira macam nak balik semula je kt UTM. 

okay,keputusannya? tetiba rasa tak nak sambung belajar. nak tunggu audition akademi fantasia je tahun depan. belajar tiga bulan pun dah boleh bergraduasi..apa susah..yang penting skang ni rasa tak sabar nak berpuasa (tiba-tiba). dah mengarut sangat. stop dulu.

selamat berpuasa ye semua


p/s: perhatian pada sesiapa yang nak mempromote universiti masam-masing dipersilakan lebih-lebih lagi course sains ok!

Saturday, August 7, 2010

mencomotkan diri !!


Hai!!
I'm coming back, punya la bizi seminggu ni. Tiba-tiba dikejutkan dengan sekolah ganti sempena deepavali..woot woot sangat seronok sebab kurang separuh dari pelajar yang datang, tak payah susah-susah nak mengajar, maen pop quiz jer yang memang pop pop pop meletup

okay, dah lari topik!

Minggu lepas ada seorang pakcik ni datang bwat jualan langsung, die dah buka booth memang betol-betol terletak indah kat depan bilik guru.

Pandai yer pakcik!

Tiap-tiap kali cekgu nak pergi masuk kelas mengajar, mesti ada yang akan menyinggah dan menjenguk. sebenarnya itu saya lah..hee

Apa yang ada kat situ?  Tiba-tiba tertarek kat satu produk ni
kotaknya boleh tahan besar sama dengan sabun mandi 
warna kuning oren
nama yang tertulis kat situ "ORGANIC SALT SOAP"
okay, ini gambarnya

memang nampak macam sabun mandi kan? pernah tengok tak?















tapi sebenarnya ni sabun pencuci muka
kat label tu ada beberapa ayat yang sangat wowww
betul ke ni?? (excited tiba-tiba)

ORGANIC SALT SOAP are puported to rejuvenate the human skin by supplying vital trace elements directly to the surface. Salt and water contact freshen the skin and open pores while tightening the outer layer of the skin,which may help to hide signs of aging. Opening pores of the skin increases blood circulation and oxygen supply to the epidermis ( outer layer skin )

ORGANIC SALT SOAP is UNREFINED and NO BIOLOGICAL SOLIDS unlike other salt which is most natural soap believed to be greatly prevent problem such as :
 
  • pimples, oily, blackheads
  • sensitive, itchy
  • freckles, pigmentation
  • skin disease

saya pun terpikir la sekejap
adakah sama dengan "papaya soap" yang biasa kawan-kawan guna
mesti kena potong-potong kan takut cair pulak
saya tanya la pakcik tu, guna sikit-sikit ek pakcik?
maknanya kena potong kecil la?
pakcik tu cakap guna je satu ketul terus sebab sabun ni memang keras, tak boleh dipotong dengan pisau ke ape ke, kalau nak potong jugak kena guna parang
what?? 
parang ek pakcik
(tersengih je dalam hati)
Memang menakjubkan, agak mengejutkan la, guna parang pun parang la

At last, saya tetap beli. Kesian tengok pakcik dah bagi penerangan panjang lebar. Lagipun harga cuma rm5 jer. Apa? Yer memang rm5 jer kawan-kawan. Agak memalukan diri jugak la kalau tak beli.

First day guna aduss memang pedih sebab ia nya garam. Bila dah hari kedua pakai, siapa cakap tak pedih, gila pedih kot dan hari-hari yang seterusnya. Sekarang ni masih terpikir adakah saya mahu terus memakainya atau campakkan saja..hehe

Sunday, August 1, 2010

egois ala-ala novel

okay..entry kali ni totally copied from Encik Mata Empat's note kat facebook yang bertajuk "aku lelaki ego" yang saya yakin dia pun copy jugak kot..hik3..kalau salah, sorie ek..jum, luangkan masa bersama-sama untuk baca entry ni..pesanan saya: jangan skip walaupun satu perkataan macam yang biasa anda bwat bila baca novel ok. jangan pilih untuk baca intro dan penutup jer..nanti anda akan kehilangan 'feel'..selamat membaca

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”
tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”


Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.

Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.
the end..tq kerana sudi membaca entry yang telah di copy n paste..=))

1st 'Comeback' Post on 2017

Assalamualaikum.. This will be the very 1st post on 2017. Konon-konon post comeback dari aku la. Harap-harap aku dapat istiqomah dan buka...