Thursday, June 28, 2012

Gelabah punya pasal la.







Muka gelabah tapi masih comel.




Paham tak perasaan bila depan orang tak boleh nak tunjuk kau boleh buat tapi bila diorang pegi tiba-tiba je benda tu boleh buat. Sakit hati kan? Rasa cam nak panggil balik je suh dorang datang tengok tapi dah terlambat. Kalau ada orang tunggu dan tengok kita buat keje, kompem gelabah pastu macam-macam lah nak salah dan dan masa tu jugak. Ye dok? Kenapa ye? sebab kita nak buat yang terbaik, alih-alih benda jadi makin lambat. Mesti orang pikir kita ni lembap kan buat keje? Padahal diorang tak tahu kita ni buat keje camne. Hakikatnya memang lambat pun kahkahkah.




Dua tiga hari lepas, aku pinjam komputer orang nak taip surat rasmi (komputer iols kan terbakar), pastu si owner pulak duk kat tepi tengok aku duk taip. Gelabah lain macam, bagai nak gugur jantung. Aku ni pemalu, jangan la tenung macam tu kan. So, dengan pantas jari-jemari runcing ni menaip dan saja je la nak tunjuk aku ada kebolehan menaip dengan pantas, lebih kurang 30 perkataan per saat perghhhh. Entah la badi apa yang melekat, berterabur sekali aku tekan keyboard, asyik backspace je sebab salah taip haishhh. Terjejas reputasi.




Kalau dulu-dulu ingat lagi tak masa exam, cekgu datang jalan-jalan, kita ni duk berdoa harap-harap cekgu tak singgah kat bucu meja kan tapi kita jugak yang dipilihnya. Pastu tiba-tiba idea yang melimpah ruah terus hilang. Ahhhh, tidak.....Lepas tu mula lah duk belek-belek cari page yang fully boleh jawab semua, biar cekgu tahu "budak ni boleh tahan jugak pandai" walaupun hakikatnya page lain kosong tak berjawab kahkahkah. Okay, dulu aku pernah kantoi masa exam Agama Islam kot kalau tak silap, cekgu tanya awak duk kira apa tu? Soalan agama pun ada kira-kira eh? "Erk, saya tengah kira berapa markah yang bakal saya dapat" teheeeeee.








P/s; Jangan gelabah sangat hokkay, harus berlagak cool setiap masa..





Tuesday, June 26, 2012

Kisah di sebalik...



Interview.

Blog time guys. Malam-malam aku lebih suka spend masa untuk berblog sebab nak taip satu entry amik masa yang panjang nak lontarkan serta muntahkan segala idea yang meronta-ronta dalam otak ni. 


Tadi masa kat tempat kerja, aku tak buat kerja sangat pun sebab takde komputer. Komputer aku dah terbakar gara-gara kuat sangat berkerja. Aku kan workaholic. Kerja aku hari ni, tunggu arahan dari senior, pastu aku tenung kau, kau renung mata ku lalu kita jatuh hati *panggg*. Segera aku alihkan mata ku pada kalendar. Hari ni 26hb Jun 2012. Mengikut perkiraan, dah 2 tahun lebih rupanya aku tinggalkan zaman belajar. 2 tahun beb, cam tak percaya je kan. 


Dalam masa 2 tahun ni, macam-macam benda berlaku. So, ini hari aku nak highlight pasal interview jew. Sekarang ni musim orang dapat interview kan lebih-lebih lagi SPA macam aktif je panggil orang. Teringat balik pengalaman interview aku di zaman dahulu kala.


Kalau tak silap la dah banyak kali aku dapat offer interview. Ada yang aku pergi, ada yang aku decline macam tu je. Arghhh, rasa menyesal pulak tak tulis dalam diari. Eh kau ada diari ke? Mungkin aku kena buat part I, part II, III, IV..eceh, macam banyak bebenor yer kau. Dulu-dulu masa mock interview kat sekolah/ kolej/ unibersiti bukan main skema lagi kan. So, aku pegang la attitude 'skema' dan apply dalam mana-mana interview yang aku attend. 


KGC Resource Sdn Bhd 
*gigih duk belek email lama*


My the very first time interview, aku apply position Quality Control. Aku redah je masa tu, aku cuma practice nak introduce diri jek. Then, bila masuk je bilik, apa semua ni?? tak macam interview pun. Kitorang sembang-sembang je. Tapi biasanya yang sembang-sembang tu yang TAK DAPAT nye kahkahkah. Jap, aku dapat la. That time dia kata takde postion untuk Quality Control. Aku agak frust jugak la walaupun aku tak tahu apa benda tu QC. Serius tak tahu! 


Lastly, dia offer aku position Product Specialist. Nama macam hebat kan? Kan? Kan? Kerjanya camne pulak? Oh, keje senang je. Kena promote inkubator, centrifuge, electron microscopy, HPLC bla bla bla. Senang je kan? Macam la orang akan beli tiap-tiap hari. Aku bukan pandai pujuk orang pun suh beli itu ini, kalau barang kosmetik takpe la jugak. Lepas tu dia terus je cakap first task aku kena pergi UKM pergi dengar seminar pasal HPLC. Aku memang TAK berminat langsung. Bila aku pikir balik menyesal la pulok. Kalau tak, dari awal lagi tak perlu aku nak keje yang lari dari bidang sobs sobs sobs. 



KUMON



Pernah dengar tak pusat tuisyen KUMON? Eceh, aku memang dari dulu lagi duk aim nak jadi cekgu. Mana ada aku apply keje dalam bidang biologi sangat. Aku pergi interview kat area Puchong ni je. That time aku tak pandai drive, aku ada lesen tapi buat perhiasan dalam purse sajorkk. Bertahun-tahun jugak jadi perhiasan. Jadi aku rasa macam jauh giloooo je dengan rumah. Kerja nya senang, buat soalan, tanda buku latihan dan kerja tu part time. Gaji dia bagi RM600. Bila dengar RM600 terus aku taknak hehe. Bodoh kan? Padahal part time je, memang sesuai la dengan gaji tu. Tapi aku gigih bertekad tak nak! Interview pun tak sampai 10 minit, kesian abang aku siap amik cuti lagi sebab nak hantar aku pergi interview kehkehkeh. Last-last aku tolak mentah-mentah je.

Selepas beberapa siri temuduga yang agak meyakinkan, dan aku dah pun berjaya menolak lamaran mereka akhirnya.....


09/07/2010 : Bermula lah pengalaman kerja pertama aku sebagai cekgu ganti kat SMK Banting. 


The end of PART I.


*nanti aku sambung PART II (kalau aku rajin la).




Monday, June 25, 2012

Komitmen.



Apa yang kau orang tahu tentang komitmen?



Kalau setakat nak cerita komitmen dalam bercinta semua dah pakar kan? kan? kan? Tapi bukan komitmen yang tu aku nak sentuh, ini komitmen lain. Komitmen yang tidak boleh dibuat main-main. Perghhh serius je ayat kali ni.


Kadang-kadang, sesuatu komitmen boleh membuatkan kita berfikir lebih matang. Contoh; nak beli kereta sendiri (ehem-ehem) bukan sekadar bulan-bulan kena bayar 5 ratus, 6 ratus hengget tapi ia melibatkan tanggungjawab yang lain supaya kita perlu bekerja, bekerja dan bekerja lebih keras. Tak boleh main-main lagi nak pilih kerja pastu tak suka kerja tu kau nak berhenti macam tu je. Habis tu datuk mana yang nak tolong bayarkan kereta kau?


Secara tak langsung, ia memaksa kita supaya serius dalam merencanakan hidup. Apa yang kita nak capai dalam hidup sebenarnya.  Bila ada komitmen, mesti kita akan pikir dengan lebih rasional. Iye dok? Jadi, saya menyeru semua orang supaya mencari satu komitmen, yer satu pun dah cukup lah, untuk melatih diri sendiri supaya berdikari dan bertanggungjawab.


Aku? Baru jer tambah satu lagi. Aku taknak cakap ia pembaziran, aku lebih suka cakap ia adalah satu komitmen. Cuba teka apa? Jeng jeng jeng aku baru sahaja.................


REGISTER ASTRO. 


Tak bazir kan? kan? kan? Tolong katakan pada aku ini bukan pembaziran. Tolong la sebelum aku rasa menyesal kahkahkah.




So, aku nak list kan komitmen aku untuk bulan-bulan yang akan mendatang;

  • Broadband = RM70
  • Astro = RM 40 (nampak sangat mampu pilih yang basic ajeww)
  • ASB loan aku = RM 188.88
  • Minyak kereta = RM 150
  • Bil elektrik (sengaja aku pilih bil elektrik sebab taknak share bayar sewa rumah ngan abang aku)

Lepas ditambah dan ditolak itu ini itu ini, aku masih ada baki duit gaji lebih kurang RM3000. Ingat nak beli kereta 2 3 bijik..


Phewwww...

P/s; Aku jumpa kereta ni kat Taman Botani, Putrajaya. Gigih aku duk tunggu tuan punye kereta mazda ni bila la nak datang, nak tengok tahap kehenseman, adakah sehensem kereta ini?? Ok, bye~








Sunday, June 24, 2012

Madagascar...ubah persepsi aku.



17 hb June 2012..
Lokasi: The Mines


Hari tu, aku jadi superbibik pergi angkut anak sedara 4 orang dari Dengkil ke The Mines semata-mata nak tengok muvie *tiba-tiba*. Mengikut perkiraan aku, last aku tengok muvie akhir tahun lepas masa Ombak Rindu keluar. First day lagi tu aku tengok. Lama gila kot tak tengok muvie sebab takde kawan yang sehati sejiwa. Eleh, cakap je la nak keluar dengan boypren kahkahkah.


Dah macam adik-adik aku je diorang ni. Untung lah dapat mokcik yang sporting..Iye dokk? tehee



Mula-mula aku nak tengok Man Sewel Datang Kolumpo sebab tu aku nak ajak budok-budok kecik nak cover la kan ke'matured'an aku ni. Alih-alih kakak aku pesan jangan bawak budok-budok ni tengok citer orang besar kang ada adegan tak senonoh. Okay mem. Last-last pegi beli tiket Madagscar untuk 6 orang. Eh 6 orang pulok? Aku ajak Yati la sebab tak kompiden nak handle budok-budok ni sorang-sorang.



Total: RM58. 


Bila bawak keluar diorang jalan-jalan baru la aku paham kenapa kakak aku suka duk kat rumah je time weekend. Anak-anak nya masyaallah, Tuhan je tahu. Nampak baik sekali sampai The Mines melompat sana melompat sini. Kalau takde Yati mahu menangis aku sorang-sorang nak jaga.


Sebelum masuk dewan Yati belanja popcorn 2 bucket besar. Masuk je dewan haram popcorn tu tak sampai langsung kat tangan kitorang. Budok-budok ni bedal sesama diorang jek. Malu aku ngan Yati, mintak dia paham-paham la perangai kanan-kanak kens.


Bila Madagscar start, dari minit pertama lagi aku start gelak sampai minit terakhir. Serious tak sangka aku boleh layan citer kartun yang sememangnya aku tak suka. Aku cuma suka muvie sedih, cinta camtu la. tapi Madagascar dah ubah persepsi aku. Aku pusing tengok budok-budok ni gelak sama ke tak. Tapi diorang serious je. Serious duk makan popcorn, tak pokus langsung kat citer Madagascar. Aku ngan Yati je duk gigih gelak kahkahkah.


Lepas ni aku dah planning nak tengok Ice Age, tengok preview pun dah terburai perut aku gelak. Macam best. Tak sabar....weeeee~



Extra tips; Jawapan kepada kurus.




Okay, aku ada dua lagi tips tambahan untuk dikongsi bersama.



MAKAN PAKAI SUDU

Ini memang masalah besar aku. Bila makan pakai sudu, terasa macam nasik tak lekat di perut je. Lebih-lebih lagi kalau masa tu perut tengah lapar yang amat. Makan pakai tangan juga yang best, siap jilat jari lagi. Tak dapat bayangkan apa jadi kalau aku makan pakai chopstick. Mesti lepas makan, terus rasa lapar balik. Tapi memang tak mungkin aku pakai chopstick sebab tak reti weh. Nak makan guna sudu pun bunyik kung kang kung kang sudu berlaga dengan pinggan, silap-silap ayam pun boleh terbang ke pinggan orang lain (eleh macam tak biasa kahkahkah). Harap-harap my future husband *bluwekkk muntah* tak buat majlis resepsi kawen kat hotel Mariott bhahahaha. Kalau tidak, harus kena prektis berbulan-bulan..tsk tsk tsk.


Bihun Hong Kong, jenuh nak tunggu siap sebab jauh kenss, kena pegi Hong Kong dulu. Tapi aku sanggup tunggu, one of my feveret menu.


AMBIL MASA LAMA UNTUK KUNYAH MAKANAN

Semalam, bos tempat keje aku belanja makan-makan. KFC+Pizza Hut. Terbaik la kan. Mungkin bos nak celebrate birthday aku sebenarnya cuma dia malu nak announce kahkahkah poyo jek. Pastu masa makan-makan, aku memang suka bercakap-cakap. Takleh nak pokus betul-betul, macam-macam benda aku nak bergosip dengan Azma a.k.a kak jemah (kawan sekerja). Orang lain dah bedal 3 ketul ayam, 4 pcs pizza...aku?... 1 ketul ayam besar (tu pun tak habis), 2 pcs pizza, serious penat weh aku nak kunyah. Lambat gila makan.


Tiba-tiba Gladys cakap "Aku tahu kenapa kau kurus, sebab kau amik masa lama nak kunyah makanan. Tengok macam aku, datang lambat tapi dah makan lebih banyak dari kau". Hrmmm, betul! Aku punya pesen kan kalau keluar makan dengan family atau kawan-kawan, aku jarang tunggu semua orang dapat makanan. Aku start makan dulu sebab aku tahu lastly aku yang akan lambat habis. Lepas tu semua orang akan tunggu kau. Lepas tu kau rasa tak sedap hati orang tunggu terus kau stop makan.



Aku punya feveret dulu, kini dan selamanya. Dari kampung ke bandar, mesti nak ini!  


Mokcik muka puas hati dapat lepas gian makan sate Kajang Haji Samuri ORIGINAL Kajang Mari. Tak main la makan kat branch die yang lain.




Saturday, June 23, 2012

24 is just a number...



Maturity is a choice




Hello uolsss...


Ini hari masih sama macam semalam, takde beza mana pun. Hari ini aku terperap dalam bilik, bangun, celik mata, kelip-kelip mata, baring, tido balik. Masih takde yang berubah. 


Eh ada la beza. Semalam umur aku 23 tahun, tapi hari ini dah berganjak jadi 24 tahun. Makk aihhh, 24 tahun??? Comey je kan? Bunyi macam matured habis. Tapi itu lah kenyataan, aku memang matured kikikiki..


Cuma untuk kali ini takde benda sangat aku nak ubah atau nak tambah impian/angan-angan, sebab senarai impian aku yang dulu-dulu berderet mintak dilaksanakan. Sabar yeww, i'm trying. 


Terima kasih pada yang wish kat fesbuk (konon warga fesbuk akan baca belog kau kenss), walaupun mereka wish sebab aku letak info birthday kat situ. Kalau aku tak letak info, takdenye orang nak wish. Aku sedar aku bukan nye neelopah hehehe.. But still, baca wish kamu orang buatkan hari aku indah.


Theccuuu uolss....



Friday, June 22, 2012

Mengalahkan perempuan mengandung



~Pengat durian~




Gigih aku mintak resepi dengan ma walaupun resepi pengat durian ni bersepah je kat internet. Iols hanya percaya resepi dari orang 'pure kampung'. Siapa lagi kenss? Resepi ibu jugak yang dicari. Alhamdulillah aku dah selamat melantak dengan lahapnya. Resepi paling simple, campak isi durian yang dah dilenyek, campak gula merah, campak garam ke dalam santan, rasa, dah sedap tutup api dah hidangkan bersama pulut. Pergghhhh gitewww.



Sekarang aku mahu tido. Goodnite buddies~




Wednesday, June 20, 2012

Jawapan kepada kurus.



Penat sungguh nak bagi jawapan kepada soalan yang berbunyi macam gini;

"Kenapa sekarang ni nampak kurus sangat ?" 

Sekarang ni?? Oh, maknanya dulu-dulu saya pernah gemuk gedempol la ye teheee. 



Waffer chocholate galore RM10.00 untuk santapan minda dan rohani..:P


Lalu saya kerah otak supaya memikirkan kenapa saya seorang yang kurus dari dulu, kini dan dot dot dot *belum confirm lagi kot kot lepas kawen beranak bagai, berat naik kan?*.


 Pernah tak korang terpikir kenapa korang masih maintain kurus walaupun dah makan banyak? Lebih banyak sebenarnya makan berbanding orang berbadan montel. Okay, jom kita buat diskusi bersama-sama.


KETURUNAN

Kadang-kadang jawapan ni sesuai, kadang-kadang TAK! Jangan selalu guna ia sebagai alasan kukuh. Tak semua orang mewarisi genetik kurus dari keturunan mereka. Ada je kawan saya ni memang kurus tapi adik dia gemuk semacam je.


TAK MEMBERI SEPENUH JIWA

Salah satu punca adalah tidak memberi sepenuh jiwa bila mengadap makanan. Tak paham? Memang tugas saya untuk memahamkan anda semua. Ayat paling tepat, fokus! Macam korang study, kalau tak fokus tak lekat kat minda kan? Sama jugak halnya dengan makan. Macam saya sendiri suka sangat makan sambil mengadap laptop, online atau pun tonton TV. Bila kita buat dua kerja dalam satu masa memang tak jalan. Secara tak langsung, makanan tu sebenarnya tak lekat dekat perut sebab kita manusia ni kalau dapat online, tengok TV dah rasa cukup kenyang.


MAKAN BERSEORANGAN

Bila makan sensorang, mula la otak nak pikir yang macam-macam. Lepas tu sedih, lepas tu tak lalu makan, lepas tu tak habis makan, lepas tu buang macam tu je. Pernah tak korang bandingkan kuantiti makanan yang ditelan semasa makan sensorang dengan makan beramai-ramai dengan family atau sahabat handai? Tak sama kan? Lebih-lebih lagi kalau makan berebut-rebut, lagi la berselera daripada makan sorang-sorang. Sebab tu orang tua kita selalu ajak makan sama-sama, makan ramai-ramai baru la JIWA tu wujud.



Jadi, saya bagi tips untuk korang semua sebab saya dah praktik kan dalam masa 2 minggu ni. Adalah perubahan sikit, naik 1.5 kg kih3. Hari tu 37.6, sekarang dah 39.3 kg. Alhamdulillah.


Tips pertama; Jangan skip waktu makan.

Kalau korang dah set masa makan, pliss ikut jadual tersebut. Macam saya sendiri, pagi-pagi breakfirst dengan pisang goreng. Memang sedap gilooo. Dah ketagih, bila tak makan sehari tak boleh nak fokus kerja tsk tsk tsk. Sehari kita skip okay lagi, dua tiga kali dah TERskip, memang secara tak langsung jadual makan dah berubah. Nak diringkaskan (bedasarkan pengalaman diri sendiri), bila saya TERskip breakfirst, masuk je timing lunch mesti terasa nak melahap 2 3 pinggan nasik kan. Bila dah makan banyak, pukul 8 malam pun masih lagi kenyang. Betul tak? Pukul 9.30 dah masuk tido. So, kat situ dah nampak kan berat tu hilang ke mana? That's why la kena follow schedule yang dah dirancang.


Tips kedua; Biar tak cukup daripada membazir.

Kadang-kadang makanan yang tak cukup tu la yang sedap. Kalau makanan banyak, jenuh nak habiskan. Pastu mulalah kunyah makanan pun tak bersemangat, terus JIWA tu hilang. Betul dokk? Bukankah membazir itu makanan syaitoooon? Allah tarik rezeki nanti baru tahu! Tak semestinya Allah tarik rezeki dari segi duit je, mungkin jugak berat badan. Tak percaya ke? Saya percaya sebab Allah itu Maha Berkuasa.


Tips penting; Baca bismillah dan doa makan.

Eleh, yang ni pun nak ingatkan jugak ke? Semua orang baca la.. Belum tentu, kalau lapar dah mengusai diri, kau dah tak ingat nak baca doa makan. Saya pun kadang-kadang terbabas jugak, tengah-tengah syok makan baru ingat belum baca bismillah hehe, Mesti pernah dengar kan orang cakap kalau makan tak baca bismillah, kau makan dengan syaitooon dan jin. Nampak macam kita makan habis sepinggan tapi kita tak nampak separuh dari itu dah ditelan oleh jin dan syaitooonn yang jahat.


Okay, kejap. Yang kat atas tu adalah FAUTA (Fakta+Auta) dari saya sendiri. Jangan percaya 100% hahaha. Tapi bila pikir-pikir balik sometimes ada logik jugak.


Renung-renungkan dan selamat beramal~





Tuesday, June 19, 2012

Awesome.


Holla.

Tik tok tik tok, sekejap je kan rasanya, dah cukup sebulan aku bekerja kat Victual Industries Sdn Bhd. First time kot aku reveal nama company harharhar. Victual Industries ni supply bahan-bahan mentah (raw materials) macam gandum, milk powder, collagen, maltodextrin ahhh macam-macam lagi la. Tak sempat nak hafal, banyak sangat. Otak aku ni bukan boleh kerah tenaga sangat, cepat letih.


Kalau tak silap aku la, ni pertama kali rasanya aku tak mengeluh pasal kerja ni. Okay tipu, adalah mengeluh sikit. Sikit jew, tak banyak. Buat apa nak mengeluh kalau tempat kerja, environment, staff, sistem semua ohhseeemmm?? Rugi kalau mengeluh. Jadi aku diam, datang buat kerja cukup timing blaaahhh. Ada hari aku rajin, aku OT. Sebenarnya bukan aku nak OT sangat pun tapi memandangkan senior-senior tak angkat punggung, takkan aku yang baru masuk 2 3 hari nak keluar awal kan? Kadang-kadang aku pikir apa kejadah nya la aku OT sedangkan gaji aku dah RM5000 sebulan. Kalau aku OT mahu pergi dalam RM8000. Scary jugak la keh3.


Apa yang membuatkan aku rasa best sangat kat tempat kerja ni? Meh aku list kan.


  • Ada UNIFI yang super laju. Ohsemmm bukan? Aku ni memang gilo online. Dari zaman study sampai la sekarang. Kadang-kadang tak makan pun takpe, dapat online terus rasa kenyang. Kalau zaman study dulu, "Kalau online, study off. Tak online, study tetap off" hak3. Tapi kerja tetap kerja kan. Online jugak tapi kerja aku berjalan.
  • Senior-senior yang tersangat la baik. Tak boleh imagine kalau aku dapat kerja lain, camane nak bagitahu kat diorang yang aku nak resign. Mungkin aku akan tolak offer kerja lain sebab aku dah sayang ngan semua orang kat sini. Majority op kosh la chinese tapi "chinese belacan". Tahu tak yang jenis tak pandai sangat cakap dialek sendiri. So, bahasa yang digunakan mostly English & Malay. Walaupun aku benak English tapi boleh la paham. No problem.
  • Sampai je timing dalam pukul 1, mesti diorang datang tanya "Eh, u rehat pukul 1 kan? Nak pergi solat kan?" Tak ohhsemm ke camtu? Susah hokkay nak jumpa orang-orang macam ni. Respect agama lain.  
  • Baru jer masuk seminggu bos datang tanya "Yani, awak panas ke duk kat sini? Kalau panas, I nak belikan u kipas. Kerusi selesa tak? Kalau tak selesa boleh tukar yang lain". Perrgghhh, bahagianya aku. Thank you tapi aku ni takde lemak sangat, kena aircond sikit pun dah sejuk gilo, kerusi ni boleh tak i nak request kerusi yang kecik? Tak padan dengan body la duk kerusi besar hahaha.
  • Paling aku consider sebab dekat dengan rumah. Jadi pagi-pagi aku boleh bangun dan  bersiap pukul 7.55 a.m. Keluar rumah 8.15 a.m terus pecut ke tempat kerja. 15 minit saja, tak perlu redah jalan jem.
  • Eh salah. Paling aku suka bila aku baru je start keje seminggu, terus masuk gaji walaupun tak sampai separuh. Cepat dan tangkas!

Banyak lagi la yang ohhsemm. Nanti bila tak ohhsemm, aku bagitahu teheee.. 


Terharu bila diorang setting balik office semata-mata untuk aku rasa aircond..Thanxx. Besar kan meja???

Tapi ni baru meja aku, kecik je teheee.


Harap-harap diorang tak tukar meja kau jadi lebih besar sebab meja saiz ni pun aku tak tahu nak guna buat apa. Nak guna untuk membolehkan aku online dengan lebih selesa? Mungkin.


Muka tak sabar nak pegi kerja.Bye~




She's Yati.



Mutual



Dulu, pernah suatu ketika, kami ditegur dalam bilik TV. Time tu weolss tengah makan nasik, pakai spek, ngadap TV dengan tekun. Kakak sorang ni pusing badan dan muka dia yang agak tembam tu pastu tegur "Eh, kembar ke?" Weolss terus pandang satu sama lain pastu tersenyum-senyum simpul sebab dalam hati  ni weols dah tahu kenapa orang cakap kami kembar. Memang sah tak lain tak bukan mesti sebab weols ada jerawat, pipi pinkish giteww (penangan jerawat). Weols redhooooo.






Sunday, June 17, 2012

Mana satu watak anda?





Aku jalan-jalan kat dinding orang semalam. Hebat kan? Ingat cicakman je ke mampu jalan kat dinding. Aku pun voleyyy tapi cuma didnding fesbuk je buat masa skang ni teheeee. Tiba-tiba aku terjumpa ni. Dari no 1 sampai la no 10, aku bantai gelak tak berhenti. Terasa weh. Memang aku tak buat benda tu semua tapi aku pernah la jugak terpikir nak buat. Hahaha. Especially yang no 8. Nak tunjuk la kite ade henpon canggih hewhewhew.




Watak – Watak Pengguna Di Facebook

1. MODEL ↓
Tukar gambar setiap hari

2. PENJENAYAH ↓
Tukar nama setiap hari…

3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS ↓
Namanya menggunakan simbol² sehingga menyusahkan kwn² nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh - 71M@T -> Jimat)

4. WARTAWAN ↓
suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !

5. PENGGANAS ↓
Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)

6. BINTANG FILEM ↓
Suka update status setiap 5 minit

7. BINGUNG ↓
Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-’

8. PERASAN HEBAT ↓
Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy ==”

9. BUDAK HINGUSAN ↓
Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?

10. SHOWOFF ↓
Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile.







SILA TERASA OKAY!!!





Friday, June 15, 2012

AIM..1, 2 ,3, 4, 5 or 6?




Kalau start dengan no 6 pun syok jugak khenn. Tapi aku lebih suka aim yang no 0 haha. Ok, bye~ 






*Thanxx to Yatt, aku kebas pic uols. Sorry*



Malang tak berbau....



Kalau berbau memang dah lama orang elak..


Okay, hampir sebulan jugak aku peram kisah sedih ni. Ingat nak lupakan je tapi orang kata dari kenangan itu kita belajar sesuatu yang berguna kan. Sebenarnya family aku tak tahu pun, tu yang aku senyap aje cuma abang aku je yang tahu. Yela, aku duk menumpang umah dia kompem2 la semua benda yang berlaku harus dilaporkan kepada pihak berwajib.



Bonet  takleh nak tutup. Tido tak lena malam tu.


Lepas kejadian tu baru aku tahu pemegang lesen P bukan setakat tak boleh langgar kereta orang tapi even lampu isyarat pun dah kena di merit. Owhhh, betapa kurang cerdik nya aku kalau bab-bab macam ni. Pastu jugak baru aku tahu pasal insurans bagai. Kalau tak accident camni, mesti sampai bila-bila kau takkan tahu khenn? Ok, pasni kena accident banyak-banyak sebab banyak benda lagi yang aku tak tahu. Astaghfirullah mulut aku ni celupar sangat.


Orang berbudi kita berbahasa, tolong menolong amalan mulia kan. Jadi masa pergi buat report polis, semua cerita dah di twist. Konon aku yang langgar bontot kereta orang sebab nak menyelamatkan lesen P orang yang melanggar dari digantung. Sebenarnya takyah nak twist sangat pun, polis sendiri yang akan bagi cadangan sekian sekian bhahahaha. Okay la, lastly aku disaman RM300. Takpe, bukan aku yang bayar pun. Aku tolong sajorkk cuma nama iols dah busuk la sikit T T..


Kadang-kadang kita dah berhati-hati, orang lain pulak tak berhati-hati. Ini lah yang dikatakan malang tu tak boleh dihidu. Ada ketika tu terlalu berhati-hati pun boleh jadi jugak. Contoh kereta baru, sayang la konon nak terjun lompang kat jalan pun dah berdebar semacam. Makin kita berhati-hati makin teruk jadi sebab kita terlalu memikirkan kemungkinan2 yang negatif. Jadi, bila dah ada kereta sendiri, jangan terlalu manjakan. Melentur buluh biar dari rebung nya...:D



P/s: Betul ke kereta yang asyik accident je kena mandi bunga jugak?? Aku ingat manusia je yang mandi bunga  teheee..Ahhhh, karut semua tu...:P





Wednesday, June 13, 2012

The oldies.



Semenjak dua menjak ni, aku dah jadi kaki yang suka keluar berjalan-jalan dengan kawan-kawan sedangkan dulu aku la perempuan melayu terakhir yang terperap dalam rumah. Kalau mak cakap boleh keluar, baru aku keluar teheee.


Minggu lepas, aku keluar jumpa kawan-kawan lama yang aku pernah rapat. Semuanya pernah jadi roomate aku masa belajar dulu. Tapi masing-masing dah ada life sendiri, yang penting semua kawan aku havoc, berkerjaya besar. Macam biasa aku je sorang-sorang yang ketinggalan. Itu la kau amik lagi course Biologi sobsss. Adakah aku manusia tak bersyukur? *Tidakkkk*


Semuanya tanpa dirancang, 1 jam sebelum keluar baru set nak jumpa. Biasanya last minute planning tu la yang menjadi kan. Dah biasa sangat macam ni. Okay la, aku nak tepek gambar sajorrkk kali ni. Malas nak bebel melalut entah ke mana..



Quality pic yang sangat hazab. Sorry, iolss terlupa bawak camera DSLR kui kui kui *poyo khenn*.





That's why la aku tak suka senyum nampak gigi kalau bergambar. Aku memang sesuai gambar yang skema sajorrkkk... Nampak lain benorr muka nye tambah pulak gigi yang besar gedabak.


Okay, bye~





Sunday, June 10, 2012

Penangan Juliet Beauty Soap



Holla.. Selamat pagi para jelitawan semua.


Macam biasa la, ahkak ada kelapangan pagi ni terasa macam nak review produk baru. Masih lagi produk keluaran D'herbs iaitu pencuci muka Juliet Beaty Soap-Callagen. Ceitt, nak jugak taruk collagen teww. Dengar je collagen mesti semua wowww. Collagen? Ala yang boleh bagi tegang muka macam nenek Anita Sarawak tu teheeee. Mana Anita Sarawak skang ni? Cam dah lama tak dengar khabar berita *kpochi*.


Chomel kan model?


Kalau tengok kat kotak tu ada tulis "Cerah Sempurna Seawal 3 Hari". Korang percaya ke? Masa awal-awal aku beli aku ada tanya gak tuan kedai betul ke boleh cerah dalam masa 3 hari? Soalan bodoh aku untuk tahun ni. Cukuplah. Hahaha. Tapi aku rasa produk ni okay sikit menipu berbanding dengan produk Shahirah kan yang cerah dalam masa 5 minit. Itu memang meipu tahap grrrrrrr.....


Ramai pengguna produk ni kata okay. Memang tak putih dalam masa 3 hari tapi katanya okay la kalau nak dibandingkan dengan produk lain macam Natasya, de Wajah. Bau pun wangi jew, macam bau susu. Sesuai la dengan kulit kita terasa macam kulit bayi pulak teheee. 


Kalau korang nak sangat cerah sempurna, memang terbaik la kalau dilengkapkan lagi dengan pengambilan Glow B White Collagen. Aku pernah review kat sini

Harga Juliet Beauty Soap RM 19.90 dan Glow B White RM 36.90.  Ini harga pasaran la. Mungkin korang boleh dapatkan harga around RM 18.00 dan RM 35.00. Kalau dengan aku?? Aku tak jual tapi kalau ada request, iolsss boleh je pos..Harga mestilah murah sikit :D.


Okay, tata~


 

Friday, June 8, 2012

Blogshop list yang comel-comel.



Holla!!


Honestly, aku ni jenis orang yang gilo online 25 jam sehari. Nak tahu apa aku buat depan laptop selain jadi penunggu facebook dan twitter?? Aku suka klik, cuci mata tengok baju-baju comel, berkeinginan nak beli, tanya macam-macam kat owner blogshop tapi sehingga ke hari ini aku belum lagi beli baju-baju atau apa-apa la secara online.


 Aku bukan nya takut kena tipu tapi sebab malas nak keluar pegi bank in duit, transfer duit dan seumpama dengan itu. Tambah lagi, banyak blogshop kena buat payment melalui maybank. Aku takde maybank. Ingat nak buka akaun maybank tapi aku dah ada 3 akaun, semuanya pasif takde duit kehkehkeh. Kalau aktif pun CIMB je, aktif keluar duit macam air. Nak tunggu duit masuk memang berjanggut huh.


Jadi aku nak share la sikit dengan korang blogshop yang aku suka skodeng. Mungkin boleh membantu sedikit sebanyak kan.


Pretty Please

Okay, ini bukan blog tapi FBshop. 

  Pretty Please. Yup, untuk sape-sape yang pretty aje ngeh3. Aku kenal page ni lepas di'review' oleh Jejari Runcing (oooppss kantoi aku baca belog jejari runcing) hehehe. Katanya Pretty Please ni jual pakaian untuk orang-orang renek macam kiteww ini. Skirt mostly yang kita jumpa sesuai untuk orang yang tinggi tapi di PP tidak sama sekali. PP banyak jugak skirt yang sesuai dipakai oleh orang berkaki pendek. :D



LadiesFash

Boleh lawat blog Ladiesfash.blogspot.com


LadiesFash. Seriously banyak baju yang cantik. Kepada sesiapa yang suka dan rajin untuk pakai inner memang sesuai la sebab baju-baju dia mostly baju "girlish" yang berlengan pendek atau pun tanpa lengan. Sangat comel cuma aku ni je malas nak pakai baju ber'inner' bagai. Lemas. 



Tudung Adijuma
Cetusan Idea Datin Norjuma




Tudung Adijuma. Okay yang ni sejujurnya aku bukan nak skodeng jenis tudung apa yang tengah 'in' skang. Aku cuma nak skodeng Datin sorang ni, kenapa la lawa sangat. Aku skodeng cara dia pakai tudung. Tapi cukup la sekadar tengok-tengok aje, tak mampu aku nak tiru gaya dan style dia. Muntah darah orang tengok aku nanti wakakaka.



Okay la, kali ni aku review 3 je dulu. Nanti-nanti lah aku bagi list untuk blogshop yang jual kain ela pulak, boleh la korang tengok ada yang berkenan boleh beli buat baju raya ye. Selamat mencuci mata~~




Sunday, June 3, 2012

Mendalami tugas seorang "engineer"



Apa rasanya jadi seorang engineer? 



Apa yang mereka belajar heh? Susah ke? Keje diorang wat ape jek? Repair wire? Repair satelite? 


Kalau cekgu, aku tahu la jugak kan. Tension tak usah cakap la. Kalau cekgu lelaki sah-sah kena jadi garang sebab dah diberi tugas jadi cekgu disiplin. Garang kat luar kelas je, tapi kalau masuk dalam kelas 'gatal' yang amat. Itu students aku yang cakap, bukan aku ngeh3.


Kalau dokter pulak? Dengar-dengar bizi memanjang. Masa untuk family pun tak cukup. Betul ke tak, diorang je boleh jawab kan. 


Agak-agak para engineer ni ada masa tak untuk bersosial? Ada masa nak reply mesej awek tak? Poket tebal tak? Itu yang kita nak tahu. 




Parah dah mariani ni kah!kah!kah!







Saturday, June 2, 2012

Maxis vs celcom



Holla....


Iolss tengah confused nak pakai line mane satu. Maxis atau celcom? Nak pakai dua-dua? Pakai satu pun tak terjaga. I mean tak sempat nak topap. Pokai maaakk..tsk tsk tsk..


Dah 7 tahun aku pakai line maxis. Jangan tak tahu line celcom, digi, umobile pun aku ada pakai jugak suatu ketika dulu tapi silih berganti macam tu je. Maxis tetap dihatiku. Dulu aku pakai DIGI sebab......atas sebab yang sangat bodoh. Nak kacau ex-boypren. C'mon la Mariani, tak pernah habis dengan kenangan kau ngeh3. Lepas 2 3 bulan baru aku realize bodohnye aku ni tukar-tukar sim card sampai bateri henpon kondem. Time tu nak beli dua henpon tak mampu. Tu pun setakat pakai henpon 3310. Korang boleh imagine kan camne kalau henpon nokia 3310 kondem? Nak call orang pun kene ready awal-awal lagi cucuk charger.


Pastu konon aku merajuk, nak menjauhkan diri la. Aku pakai celcom kejap. Yela, konon je semua tu. Takut bekas pakwe contact aku kat no maxis. Kalau dia accidentally contact aku pastu tak dapat, aku nak dia tahu la aku dah move on kan. Padahal HARAM dia langsung tak contact aku wei. Sadis kan? Aku memang malang dalam percintaan sobs sobs sobs.


Ada satu masa tu aku kuar outing kat Giant Taman U. Ada orang promot no UMOBILE. Time tu aku memang gila-gila. Skang ni je baru matured ahakss. Aku & Aza beli no umobile. Kalau tak silap RM5 kot. Pastu ada airtime RM5 jugak dalam tu. Aku beli sebab boleh call free dengan sama line as long as no tu bertopap. Takleh expired. Aku beli je sebab dah mampu ada dua henpon kan. Then, gila tak gila nak menunjukkan yang aku dan aza ni single-mingle, kitorang berkomunikasi melalui telepon walaupun duk sebelah bilik. Free call la katakan. Nak ajak bergosip call jap "Aza, datang bilik sekarang" hahahaha. Senang, pantas, cekap.


Tapi nombor maxis aku tak pernah bertukar. Time single dulu kan, aku boleh kumpul kredit sampai RM60 sebab asyik topap tapi cepat sangat expired kan. Sampai la muncul Youth Club yang airtime kekal sampai tahun 2013 khenn. Aku memang poket tebal la time tu orang duk gigih topap aku boleh relax guna kredit yang aku kumpul sebelum ni ehehehe.


Kejap, aku nak cite apa sebenar nye nih? Owh, aku dah decide nak guna celcom. BUKAN sebab nak melarikan/menjauhkan diri. KAlau jauhkan diri sekalipun, ade orang amik kesah ke mek? ahahaha. Aku baru perasan yang family aku semua guna no celcom hahahaha. Baru perasan hokay. Pastu kawan-kawan baik aku pun guna celcom.


Pada pandangan mata kasar aku la, maxis ni macam sesuai untuk budak-budak yang masih belajar je. Orang yang guna celcom pulak lebih kepada yang dah berkerjaya walaupun bergaji kecik kehkehkeh. Okay, aku dah beli no celcom dah pun cuma tunggu nak beli henpon cikai satu lagi. Dah jumpa nokia paling simple RM88. Voleyy la kan. Tapi aku still on maxis sebab semua urusan kerja, dalam resume, jobstreet aku dah letak info no maxis.


Sorry yatt, aku tak taw model ape,aku curik pic ko. Kat sini RM88. ;D  Aku suka cadar hello kitty ittew


P/s; lagi satu katakan lah kalau ada orang suka aku tu adalah pengguna celcom, so tak payah aku nak menggigihkan diri beli no celcom. Nampak sangat la kan kau ni gelojoh. Kena relax and cool. Peace.


Friday, June 1, 2012

June, please be nice...



Holla, It's June already.. Kejap je kan pejam celik pejam celik dah setengah tahun dah. Kenapa aku nak rasa happy sangat ni? hehehe. Sebab time new year haritu aku terlupa nak set azam baru, jadi aku amik kesempatan nak re-set azam aku untuk tahun ni. Belum terlambat lagi kan? Tapi azam aku 2 3 tahun lepas tak tercapai lagi, so aku carry forward la ke hadapan teheee..


P/s; Aku nak update belog, tapi terlalu banyak idea sampai tak tahu mana satu patut di post dulu. Tak boleh pikir sebab aku ada benda/orang yang lagi penting yang aku harus pikir ekekekeke.. Serious aku tengah angau.. Gile hape aku nih. Meroyan..lalalalalala~


June, harap-harap yang baik sajorkkk okay. Jangan nakal-nakal dengan aku.





1st 'Comeback' Post on 2017

Assalamualaikum.. This will be the very 1st post on 2017. Konon-konon post comeback dari aku la. Harap-harap aku dapat istiqomah dan buka...