Sunday, October 3, 2010

kenapa orang tak berkerja dipanggil penganggur?

hey!! masa untuk rehat-rehat kembali lagi!

ahh, sungguh mengada-ngada sebab rasanya tiap-tiap hari jer masa untuk rehat-rehat hehe. ni la kerja orang tanam anggur yang tak tumbuh-tumbuh. kalau tak rasanya dah boleh pegi jual kat pasar. ini la nasib penganggur!

kalau tanam anggur ni rasanya dah banyak kot dapat hasil


tapi kalau yang ni macam mana?

kenapa ek asal tak kerja jer mesti dikaitkan dengan anggur. sebenarnya, kalau ikutkan dah tak 'valid' kot orang takde kerja dipanggil penganggur. kalau dulu ye la jugak.

okay, sebenarnya perkataan penganggur wujud sebab zaman dulu anggur tak ditanam di Malaysia. kalau tanam pun susah nak tumbuh membesar dan membuahkan hasil.  so, siapa yang tanam anggur pada masa tu memang dianggap takde kerja la sebab tak tahu bila nak dapat hasil kan.

nak share sikit, dulu masa buat projek tahun akhir (sarjana muda tak tua), saya buat pasal "The Effects of Plant Growth Regulators on Vitis Vinifera Micropropagation" ataupun "Kesan-kesan Pelbagai Jenis Hormon Pembesaran Tumbuhan ke Atas Pertumbuhan Vitis Vinifera". Vitis Vinifera ni adalah nama saintifik kepada anggur!!

memang heaven jugak la masa buat projek ni sebab supervisor selalu bagi anggur free, tugas saya makan-makan dan cuma perlu tinggalkan biji nye saja untuk ditanam pada medium palsu (ganti tanah) yang ditambah dengan pelbagai komposisi hormon. 

kenapa kena tanam kat medium palsu? hello jangan ingat cuaca kat Malaysia ni macam negara-negara sejuk yang lain. nak tanam anggur kan perlukan udara yang sejuuukkk, tanah yang lempab. lepas tu bila kita tanam kat medium palsu yang ada banyak hormon pembesaran, kemudian kontrol keadaan sekeliling (lampu tak boleh terang sangat nanti pokok terkejut), bilik pun kena bersih sebab takut dikhuatiri bakteria, cendawan, kulat tersalah baring kat situ. kalau dah kena serang dengan mikrob macam mana nak membesar kan?kan?kan?

ok, jum layan gambar ni menunjukkan kronologi pembesaran species ni.

nampak tak ada benda yang keluar dari biji anggur yang disemai kat medium palsu
okay, belum teruja lagi.

makin jelas! akar pun dah keluar dan mencengkam medium palsu hehe
 tak teruja lagi? okay, tungguuuu..

nah, tengok! dah tumbuh tinggi pastu kuar pulak daun!
korang tak tahu masa keluar jer daun ni, saya terus melompat-lompat! okay, ada lagi ni..

semakin hari daun makin melebar
ni maknanya saya ni baek orangnya, selalu pastikan yang pokok ni terima nutrisi yang secukupnya..heeeee

tengok!! makin tinggi dan tinggi dan makin lebat daun nye!!
yippi3! masa ni saya dah membayangkan masa depan. saya nak buka kedai anggur-angguran.

ni hasil nya selama 2 bulan
mesti ada yang tanya takde pun buah. sebenarnya buah-buah anggur dah dipetik dan dijual di Mydin =). hehe tipu lagi. mana la nak berbuah dalam bekas yang kicik macam tu. bila dah besar cam gambar di atas ni kita akan pindahkan dan tanam kat tanah biasa dan bagi pengudaraan yang semulajadi. lepas tu berdoa biar berbuah banyak-banyak. okay, ni la dipanggil pengkulturan tisu tumbuhan, bunyi cam pelik pulak. kalau nak tahu lebih lanjut sila google 'Plant Tissue Culture'.

Eh, cam dah lari topik pulak. saya cuma nak cakap orang yang takde kerja tak boleh panggil penganggur lagi!! kalau pergi kat Jabatan Pertanian Perlis, banyak anggur-anggur yang ditanam kat sana tumbuh subur. orang yang tanam anggur kat sana memang berpeluh-peluh dan tak menang tangan nak jaga anggur.tak macam dulu-dulu, tanam anggur lepas tu tunggu 10 tahun nak tumbuh. siapa sokong saya?   


25 comments:

L@g3nd@ buD@k N@k@L said...

mcm mna nk keja..tulang dh reputt..huwaaaaaaaaaaaaaa

mar yanie said...

budak nakal...patot kena minum anlene banyak2 ni..:P

zai said...

kalo taktaw nak buat kerje org paggil ape?hee

Zona Indonesia said...

Rupanya pandai sekali menuliskan artikel ya.. dan hal seperti ini bukan pekerjaan penganggur.. Peace :)

mar yanie said...

zai..rasanye lebih tepat pengstrawberry..eheh3..

zona..hahaha, thanxx..

Misterious Yuyu said...

uitt cm tu eh tnm anggur hiii..

mar yanie said...

yuyu..cam ni la tanam anggur dalam lab..nak elak serangan serangga..bila dh besar baru pindah ke tanah..:)

azhar said...

pengstrawberry yer...tepat skali..hehhehe

mar yanie said...

azhar..ye la kan..tak pun peng"epal"..epal kan susah gak nak tanam kat sini..:)

~SukEMakAn~ said...

comeinye pokok!
dulu blaja teori je sal plant tissue culture
tp sknk ni mmg tgh buat pasal tissue culture
tp animal cell la bukan plant!
animal lg mencabar!
T_________T

mar yanie said...

sukemakan..betol2, animal lg mencabar tapi plant ni agak cerewet jgk..ok, gudlarx!!

Encik Tikus said...

gua belajar pasal pokok hari nie

mar yanie said...

encik tikus...hahaha..ini kerja penganggur!!

nur hidayah isa said...

ooo ini ke sejarahnye penganggur tu...hehhe...

diriku said...

he2..ok je klu nk buka kedai anggur..beli borong byk2 kt mydin, pastu jual..he2..xpyh tanam..

aibaks said...

wa...tanam pokok dlm balang..ehe..
mesti best kan wat tuh?
mule2 bancuh gule n agar2 skit dlm air..pastu campak je pokok pe nak tanam..leh wat hiasan kt rumah..ehehe

mar yanie said...

hidayah..sejarah la kot..hee

diriku.. boleh bwat dwit tu drp duk termenung je..:)

mar yanie said...

en aibaks..boleh2..nati cube try test kalau makan durian, bijik die campak jer dalam balang pastu tunggu die grow..bley wat perhiasan..hee..:)

gdoupt_monster71 said...

heee nak anggur beli je kat pasaraye...murah sekarang..

mar yanie said...

en. monster..haish..orang jual anggur pun dah kaya sekang ni..haha..penganggur? bila nak kaya?

Al said...

menarik jgk teorinya. haha

pengstrawberi? peng'epal? plik sgt bunyinya..

mar yanie said...

ali..taw xpe..pandai owang yg reka term penganggur ni..seswai sgt..:)

Sasa Al-Sharif said...

budak bio pun boleh masuk kajian sosial sekali? hehe.. agaknya boleh tukar kepada pengurma tak? sebab asyik2 import kurma

mar yanie said...

mungkin 4 5 tahun lg kite tukar jd pengurma..haha

Ismiqbal Abdullah said...

sekarang kebanyakkan pokok dah boleh tumbuh sini...pernah pergi ke taman anggur perlis, tumbuh elok je.... nak panggil penganggur ni apa lagi...haha