Sunday, October 31, 2010

ada apa dengan orang dalam,tepi,tengah dan belakang?

Saya nak tanya penting ke orang dalam ni? oopss, I mean 'orang dalam' merujuk kepada orang yang kita bergantung harap bila di'offer' pegi interview ke apa ke dengan harapan kita dapat lulus. ini lain dari 'makan dalam' okay. So, macam mana pula dengan orang tepi, belakang, depan dan tengah?

*Let's say You have been called for an interview. What would you do?

stylo gile nak interview muahaha

1st situation
Okay, I'm speechless I'm very excited as this is my 1st interview. I wanna do my very best. I will google google to find as many useful input that maybe asked by the interviewee. then, I must get new clothes and shoes-hoping that there will be a luck for me.

2nd situation
Okay, this is not my 1st time i've been called for interview. so, dont have to worry. no need to prepare very hard. spontaneously is better becoz we dont have to depends on the text that we've read before. once we enter the hall, we wouldn't expect such a stupid question will be asked later. just prepare yourself mentally.

3rd situation
Mom : Okay you just prepare yourself mentally. Mom will try to call 
          Dato' Tan Sri or whatever to confirm u to be passed in the interview
K      : Okay, Thanks Mom!!

Okay, itu la ceritanya. memang benda-benda ni berlaku kan. ye, mungkin saya, mungkin kamu. kalau bukan kita sekalipun yang buat macam dalam situasi 3, orang lain mungkin. Kan? setuju?

masalahnya kita ni, kalau orang lain ataupun lebih tepat kawan-kawan yang kita kenal lulus interview dapat keje tup tup ada guna orang dalam. marah tak? marah kan! kita yang berusaha hafal, carik maklumat itu ini kat website itu ini itu ini penat kot walaupun takdela berusaha mana pun.:D

tapi bila kita yang bernasib baik ada kenal orang dalam orang kuat terus senyap je bila dapat. dalam hati ni 'nasib baek la, kesian nya orang lain bersungguh nak dapat keje ni..huh, biarkan.siapa suruh tak nak carik orang dalam'. kan? kan?

kadang-kadang kita ni dilema. bila family cakap haa buat baik-baik interview ni, dah cocok-cocok orang dalam ni kalau tak dapat gak rugi la. pastu terfikir nak suh masukkan jugak nama kawan-kawan. amboi, ni pun bukannya kenal rapat sangat pun dengan orang kuat tu, ada hati nak selit nama kawan..hrmmm..

lagi satu tak payah la nak guna orang dalam yang dah pencen ke apa. eh kalau dah tak bekerja kat situ tak payah harap la nak suh cocok-cocok kan nama kita, orang tak pandang dah sebab orang yang masih bekerja kat situ pun masing-masing nak masukkan nama-nama saudara mara gak.

haaa..ni mesti guna orang dalam..yakin!! haha

 

Friday, October 29, 2010

Aww, lembutnya rambut...

hari ni saya nak kasi petua yang vouge sikit ala-ala orang kampung gitu. sila-sila masuk.


santan lembutkan rambut

untuk mendapatkan rambut macam bulu penyapu senang je. yang susahnya nak dapatkan rambut yang lembut, bersinar dan bertenaga tu alahai siapa la yang rajin sangat tu nak rapi sana rapi sini. siapa-siapa yang rasa rambutnya macam penyapu sila amik perhatian. 

kalau dah guna macam-macam jenis syampoo tapi takde hasil ini dia cara yang mudah dan paling penting jimat kos

  • campurkan santan dengan asam jawa. kacau campuran tersebut hingga sebati hehe dan sapukan pada rambut. 
  • biarkan selama 10 hingga 20 minit (sempat ni pegi log in kat facebook or twitter update status "tengah mensantankan rambut :D"). 
  • kemudian bilas dengan air bersih. 
erk..tak janji okay rambut korang akan jadi camni nanti..:D
*lagi satu hampas kelapa tu jangan dibuang dulu, kalau nak tahu ada petua gak guna hampas kelapa untuk putihkan tumit yang hitam pekat. senang je tonyoh jangan tak tonyoh keh3..

selamat mencuba~

P/s: kalau guna santan buat air cendol besh jugak ni sambil makan dengan pisang goreng..:D 

yummi3

Wednesday, October 27, 2010

sila baca label sebelum membeli produk makanan

apa hal tajuk yang biasa camni hello semua orang tahu kot kena baca label dulu sebelum beli barang makanan. nak tengok tarikh luput dan segala bagai kan. 

eh, relax la.  

baca label dan elakkan produk makanan atau minuman di mana gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan!

kenapa? 

Peraturan-peraturan Makanan 1985 mewajibkan pelabelan ramuan dalam semua produk makanan. kalau nak tahu senarai ramuan hendaklah disusun mengikut kuantiti. kuantiti yang paling banyak mesti dilabel sebagai ramuan pertama dan seterusnya.

haaa,ini yang penting nak bagitahu. sila semak kandungan gula pada senarai ramuan produk makanan. kalau gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.

FAKTA KESIHATAN (konon pakar dietetik)

nak tahu kehebatan buah-buahan tak?
gula membekalkan kalori TANPA nutrien lain. tapi buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral.

sebijik pisang membekalkan 44kilokalori, 6 g gula dan 2.3 g vitamin C 
sebijik kueh mengandungi tenaga, gula dan LEMAK!

mari makan aku wei!

Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, gantikan pengambilan makanan manis dengan buah-buahan. sekian terima kasih.


p/s: haa, apa kata sambil anda makan tu tolong tengok-tengokkan label tu dan bagitahu saya makanan apa dan kuantiti ramuan yang utama. boleh la kumpul maklumat.:D selamat makan~~

Tuesday, October 26, 2010

Avon Kembali Lagi


shopping time with AVON 
yes! welcome our november. welcome our AVON. yehaa.
*pada yang takde duit sila diam! hehe*


terbaru di Avon

Sunday, October 24, 2010

mari dekat mari rapat jum berkanalan

Nama sebenar: Mariani binti Makhtar
Nama palsu: Yani, adik ma, cik ma (bukan nama sebenar)
D.O.B : 23 Jun 1988
P.O.B: Hospital Besar Pasir Mas
Makanan kegemaran: Nasi goreng
Minuman kegemaran: Air suam (jaga body)
Hobi: membaca buku
Cita-cita: dokter
Kawan baik: Nadia
Artis disayangi: Siti Nurhaliza
Warna kegemaran: Pink
Subjek disukai:tido
No telepon rumah jiran sebelah: 09-744 tekan-tekan tak dapat

keh keh keh..ni dulu-dulu punye biodata masa darjah satu sebelum berpisah cuti akhir tahun (padahal darjah dua nanti jumpe lagi, tengok betapa kiutnye budak-budak dulu :P). sekang ni dah tak maen biodata ni, semua ada kat facebook, my space.

okay ni yang betol-betol ni. saya di tag oleh yatt. siap ada syarat lagi.

Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random  things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 20 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If I tag you, its because I want to know more about you.

tadi yang atas dah 13 kan. okay mari sambung lagi hehe  

saya bila on je intenet, mesti laju je taip forum gosip-gosip artis, facebook, belog. bila dah borink baru bukak benda berfaedah (gmail, yahoo mail, web cari kerja kosong). eh saya sorang je ke camni? mesti tak kan. kamu kamu kamu pun sama kan? hehehek


tak pernah ada myspace sebab masa tu buta IT. bila nak celik IT sikit, umur dah masuk 18 tahun, dah tak main my space. tapi sempat buat friendster hek3.

pernah mengjahanamkan laptop abang ipar bagi pinjam tapi masa dia bagi memang keadaan laptop tu sendiri tak bape stabil dah (bateri kondem). tup tup bila beli laptop baru guna duit PTPTN!! 3 bulan pastu bateri dah kondem. adakah salah saya tak pandai jaga barang-barang orang dan yang sendiri punye? keh3


pernah hilang beg duit kene curik kat kedai spek mata hitam kat GIANT. kami syak tuan kedai tu yang curik mungkin nak marah sebab kitorang snap-snap gambar bergaya dengan spek hitam tanpa membelinya.

pernah kene serbu ngan polis masa berkaraoke bersama ILA kat giant sebab rupe-rupenya tempat tu takde lesen. kami dianiaya! pakcik polis baik hati sebab jaga hak kami bagi balik duit sebab kami tak sempat nak nyanyi lagu (masa tu baru je nak tarik korus masih jelassssss.......zaaap, takde letrik)

3 4 hari lepas baru je terkunci dalam toilet kat umah akak selama 3 jam seorang diri. masa tu memang berserah, sempat tetido lagi tapi entah camne tiba-tiba tenaga kuat tendang pintu macam suzikon dalam dragon ball fuyyo (padahal dh kering air mata meraung) :P


saya punya earning dari nuffnang dah cecah RM12 ekekeke. tu pun nak bangga ke hoi? orang lain dah beribu-ribu.

masa kat unibersiti dulu kenderaan saya dari tahun 1 sampai tahun 3 adalah kaki! kalau ada award memang saya dan geng adalah pejalan kaki tegar!

saya tak minat sains atau biologi. tapi mungkin dah 'fate' saya kan. mesti ada kene mengena ngan biologi. paling bagus saya pernah dapat B- untuk biologi (form 4-5) keh3. sains pulak paling tinggi B+. tak pernah dapat A!!

suka tengok akademi fantasia, mentor, nyanyi-nyanyi, yang realiti TV ni memang amat suka la tapi tak pernah vote pun mane ade kredit.


saya baru je jadi ahli AVON! perlu ke bagitaw semua orang? takpe, nanti nak order pape boleh deal ngan saya, bulan 11 ni ada promosi hebat menanti..haha

masa jawab ujian personaliti (MARA) semalam, banyak soalan yang ditanya tak menepati diri saya. antaranya 
  • anda tidak pernah mengumpat kawan-kawan (tipu la tak penah ngumpat kan). 
  • anda tak penah bocorkan rahsia kawan (kadang-kadang terbocor gak).
  •  saya tak suka menangguhkan kerja (haa, ni memang tak boleh blah haha).
okay dah cukup 25 kot. kalau tak cukup kira halal la. saya rasa dah ramai yang dah di"tag"kan. so, saya tag orang yang tag saya je la (ayat berbelit-belit) iaitu yatt!! nak tambah lagi: Jumir Michiko Pieces, shekechik, tahniah tahniah tahniah!! :D 



Saturday, October 23, 2010

Ujian penuh personaliti

alhamdulillah

fuhh, penat kot tangan nak bulat 160 jawapan tadi masa buat ujian personaliti (guru MARA). mesti ramai antara korang dapat gak kan. 

tapi antara fakta yang menariknya adalah:
30 000 lebih yang memohon
10 000 terpilih untuk ujian personaliti ni 
*tapi rasa-rasanya lebih daripada jumlah tu lagi kot...
ppsstt then, tak pasti jugak ni tapi ada dengar-dengar dia nak 85 orang je jadi cekgu-cekgi.

okay lihat! sekarang ni peluang seseorang untuk terpilih ke stage ke-2 (micro-teaching) dan ke-3 (interview) adalah 0.00001%.

saya? saya tak berharap pun. sebab tadi masa tunggu nak masuk exam ada berborak-borak dengan yang lain. ada yang dah dua tiga kali mencuba. ada yang dah pregnant. ada yang dah dua tahun menganggur. jadi saya buat kesimpulan, saya antara yang bertuah dapat pegi ujian personaliti ni memandangkan saya ni baru habis belajar, baru pas konvo. kalau ada rezeki, ada la kan. 

okay, stop dulu. bau yang wangi dari dapur memangil-manggil. jum makan maggi goreng sedap!! heee

Wednesday, October 20, 2010

Ini kisah dongeng seekor burung berwarna biru

this post is credited to ayie

okay murid-murid..
today we will learn “what is Twitter”?

now pls choose and tell me which one of these situation is now describing U?
  • u do not even know the existence of twitter!!
  • or  u already have the twitter account but do not know how to use it..
ouchh, the two of u are very embarrassing (including me)
haha..pity u..pity me..


 

i dun know what’s wrong with me very gedikz want to speaking london..
adakah saya rasa saya dah jadi orang putih dan makan spaghetti tiap-tiap hari? oh yes..dats me!! haha

ok let's back to the topic!


adakah twitter ini is a story of a blue bird? (belum habis lagi speaking london ni)
ada yang tak paham tu apa yang saya cuba bincangkan. okay, i repeat.
adakah twitter ni cerita mengenai seekor burung berwarna biru dan bermulut kuning?


ATAU
cerita mengenai seekor burung yang sangat terdesak merayu-rayu supaya semua orang kena ikut dia?



okay, saya silap.. bukan seekor jer yang terdesak tapi ramai lagi yang terdesak keh keh keh..

sampai sekarang saya masih lagi tak reti dan tak paham macam mana nak guna twitter tu. thanxx to ayie kerana telah memberikan saya idea untuk mengarut pada post kali ini..:D


Tuesday, October 19, 2010

trend artis masa kini

hari ni rasa macam nak pppssstttt. apa pppsssttttt pppssstttt ni?
gossip-gossip artis jap. yer la, buka belog ni tulis pasal cerai, buka belog tu gosip pasal cerai jugak.  saya pun tak tahu apa masalah dengan saya kalau mereka ni bercerai (entah, tetiba je) hehe.

siapa cakap jadi artis ni hidup senang lenang. sebenarnya sekejap jer dipuja pastu bila dah buat salah terus DAMN U! kene kondem. macam saiful apek cakap la 

"16 tahun saya bagi contribution, buat orang gelak, buat kanak-kanak gembira. Tapi hanya ambil masa 16 minit untuk semua benda itu tak diingat orang".

kadang-kadang bila terjadi satu benda (contoh artis bercerai) dah macam bermusim pulak. lepas satu satu bercerai. tahun lepas ramai yang kahwin (musim jugak) tapi tahun ni ramai artis bercerai. pastu ramai jugak yang kene masuk penjara sebab dadah. lagi satu trend kahwin ngan datuk! kahwin ngan mat saleh. tapi semua tu ketentuan Allah.


 *antara artis yang bercerai







memang kena bermusim ke? tapi biasa la jadi artis benda-benda kicik pun orang nak ambil tahu. macam sekang ni saya pun menyebok nak gosip-gosip jugak. teringat dulu siti nurhaliza potong rambut pendek paras bahu pun masuk akhbar keh keh keh. kalau kita ni sape yang nak ambil tahu? ada ke? ada ke orang kesah woi haha.


jum layan lagi..


  *artis kahwin dato'/datuk











*kahwin ngan orang berpengalaman aka tua hee






macam-macam kan..apa lagi antara trend artis sekang ni??


:D

Monday, October 18, 2010

sungguh comel makan aiskrim cornetto sambil layan drama "Akim & Juliana"

*Show Your Love*Tunjukkan Cinta Kamu*

Ada siapa-siapa tak nak belanja saya makan aiskrim cornetto yang besar bapak macam gambar kat bawah ni? Cepat tunjukkan cinta kamu pada saya. saya nak aiskrim yang besar macam ni. oh, bahagianya kalau dapat yang ni.

oh, boleh kenyang sampai 1 bulan ni.
okay!
jum karaoke lagu ni pulak
 
akim  : inilah cinta


Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata
Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta

Chorus
Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia
Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta

Ulang Chorus
Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia
Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta


okay..jum layan lagu ni sambil senyum-senyum kambing...:) 

Sunday, October 17, 2010

hooray, bergembira bersama si blackhippo yang besar bapak!

yuhuu

hari ni dapat enjoy-enjoy macam budak kicik sambil berendam dengan badak-badak air (lokasi: Paya Wetland, Dengkil). oopps, bukan berendam air tapi berendam dengan peluh-peluh nak tunggu badak ni timbul (bunyi macam gile pengotor haha). bangun lambat jugak ye badak-badak semua. mungkin hari minggu kot, bangun lambat sikit hee.

penat menunggu
yang ni memang nampak muka kepenatan menunggu

haaaaa...dah nak tengah hari dengan matahari terpacak kat atas kepala badak baru berani memunculkan diri di depan kami..bersiap-sedia la kau badak!


tapi masih berendam
tiba-tiba...jeng jeng jeng..badak semua muncul menyerang kami..


aku datang!
sempat lagi anak buah duk tanye kenapa badak ni lambat berjalan nak boleh sampai ke atas punya la lambat. jawapannya: gile besar kot badak ni. berat die mencecah 385 kilo woo..kena angkut dengan kren ni nak humban dalam lori.

kita geng!
tapi ada gak yang berani dekat-dekat..:D
penat menunggu si badak-badak semua. tapi kami lihat dari jauh je takut nak masuk dekat sebab bau mereka ni busuk..hee..*alasan*



yer, betol kami tak takut. bukti: ni kami lihat badak dari jarak dekat haha
dah penat tengok badak, mari makan kueh badak lalala
ni senyum-senyum badak..boleh?

panas woo..
okay, serius ini last pic..tenet super laju, takde alasan kenapa nak upload gambar sikit kan. wajib banyak kot!


ok badak-badak semua..see u again..:D

Wednesday, October 13, 2010

pengisian minggu yang sangat berilmiah dan berfaedah oleh saya

hai semua

minggu ni sangat bizi. pengisian minggu ni pun sangat berilmiah.

mohon KPLI buat kali ke-2. moga-moga ada rezeki..:D

pegi UPM jumpa lecturer nak sambung belajar. memang takde harapan..:(

pastu mohon nak jadi pegawai sains kat UMP tapi harapan sangat tipis sebab mohon online je borang-borang dan sijil tak dihantar pun lagi..:D

tak lupa ada jugak apply kerja-kerja yang sesuai kat JENJOB dan JOBSTREET..:P

apa nak jadi dengan saya ni?? mungkin terus dan terus menganggur..:(
bukan ke itu satu doa? okay, semua sila doakan saya berjaya..amin..






Thursday, October 7, 2010

kemenangan saya pada Anugerah Planet Bukan Muzik...

bukan tapak kaki saya yang sebenar

okay
teruja! terkejut!
pagi-pagi dah dapat surprise!!
terima kasih kepada mak abah family sanak saudara kat kampung. saya dah menang award tahun ni!! tak sia-sia usaha saya selama ini. terima kasih juga kepada @diriku kerana memberi pengalaman yang menakjubkan ini (first time okay dapat award).

ok, fokus fokus!

Apa yang bermain di fikiran anda?
nak sambung belajar ke tak? nak sambung susah, nak cari kerja pun susah, nak goyang kaki saja-saja pun susah..*sigh*

Apakah nama samaran anda? 
Yanie

Senaraikan 3 orang yang anda sayang
Ma
Abah
Sugar daddy =)

Panggilan untuk si dia
Pakcik Jusuh

Hadiah yang paling diimpikan dari si dia

Osim U zaap (nak pecahkan lemak-lemak tepu yang terkumpul hee)

Belog mana yang paling anda suka jenguk?
belog yang ada gosip artis (seswai dengan title internet bergerak :D)

Tag pada 15 rakan blogger anda
dengan ini sukacita dimaklumkan bahawa mereka ini adalah penerima blogwalking award pada tahun ini
jeng jeng jeng
 okay dah cukup 15..erk,suke hati la nak tag orang sama heeeee




 

Wednesday, October 6, 2010

tak boleh tak minum minuman berais dalam sehari hidup jadi tak bersemangat

MEMANG TAK BOLEH!!

menggigil u tak minum yang sejuk-sejuk dalam sehari lebih-lebih lagi bila lepas makan!! fuuhh, nikmat tak terkata..bagi cabaran menang RM10 pun saya taknak, bagi RM100 mungkin nak! hehe

orang cakap banyak kesan-kesan tak baik minum air sejuk ni. lebih-lebih lagi untuk wanita-wanita pregnant. tapi jangan risau, disebabkan kerajinan saya membaca dan memang hobi saya yang suka membaca hee saya jumpa beberapa fakta penting yang boleh mengembalikan senyuman anda. 

sebenarnya minum air sejuk boleh je untuk ibu mengandung, pantang. air sejuk ni tidak melemahkan antibodi malah menguatkannya lagi. kepada sesiapa yang tak biasa minum sejuk tu yang bahaya!! nanti sistem homeostasis dalam badan akan terkejut. ia lebih kepada proses fisiologi (ehem-ehem, saya budak bio, saya belajar bio, anda boleh percaya 50% hehe).

satu lagi info yang saya jumpa...

gambar pun sebijik jumpa kat google image
menu: madu ditambah dengan air sejuk.

peringatan! pagi-pagi sebelum melantak nasi kerabu ke gulai kambing ke haaa elok kalau minum air ni dulu. ini adalah amalan Rasulullah SAW untuk tujuan kesihatan. madu kan banyak khasiat nya tapi ada sesetengah orang takut nak minum madu ni. takut terkena badi, takut dimadukan la ape la. okay itu cerita kita diskusi lain kali. 

antara khasiat minum madu:
  1. boleh hilangkan kahak/lendir dan sewaktu dengannya
  2. mencuci perut
  3. senang nak melabur, ia berkaitan dengan usus besar-makanan senang ditolak ke sana
  4. memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati 

Aishah (rahna) meriwayatkan bahawa
di antara banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk
di dalam suatu doa Rasulullah ada menyebut
Ya Allah, kurniakanlah aku dengan cinta-Mu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, isteri, anak dan cintaku kepada air sejuk
haaa, ini menunjukkan bahawa minuman sejuk mempunyai khasiat yang besar.:D 

yeah mari semua bergembira!




Monday, October 4, 2010

takde keje layan lagu ni pun best!

cepat2, jangan lengah-lengah lagi..
buka page ni terus nyanyi ye..
ni untuk sesiapa yang takde keje macam saya..
layaaannn..

tajuk: Adinda
nyanyian: atilia ft monoloque

Oh kekanda jangan iri hati
Dinda naik pangkat lagi
Oh adinda kanda mana dengki
Malah kanda support bini

Jadi dinda mahu mengambil masa
Tapi kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi kanda mahu cahaya mata
Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adinda tolong jangan lekas curiga
Lekas cemburu buta
Oh kekanda dinda perlu berhati-hati
Tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime terlebih masa
Itu yang dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan dinda atau sebaliknya
Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira dewataku
Mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja intan permata
Mari ikut cara kanda
Bagaimana bagaimana kita nak selesaikannya
Apa keputusannya

Oh kekanda mari nyawa
Kita cuba komunikasi
Oh adinda mari sayang
Kita cuba toleransi
Walau kita janji sehidup semati
Kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi sikap toleransi
Itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang perdana
Dinda yang utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

best kan lagu ni?? siapa rasa tak best boleh choww dari sini..hee
selamat berkaraoke!! 

Sunday, October 3, 2010

kenapa orang tak berkerja dipanggil penganggur?

hey!! masa untuk rehat-rehat kembali lagi!

ahh, sungguh mengada-ngada sebab rasanya tiap-tiap hari jer masa untuk rehat-rehat hehe. ni la kerja orang tanam anggur yang tak tumbuh-tumbuh. kalau tak rasanya dah boleh pegi jual kat pasar. ini la nasib penganggur!

kalau tanam anggur ni rasanya dah banyak kot dapat hasil


tapi kalau yang ni macam mana?

kenapa ek asal tak kerja jer mesti dikaitkan dengan anggur. sebenarnya, kalau ikutkan dah tak 'valid' kot orang takde kerja dipanggil penganggur. kalau dulu ye la jugak.

okay, sebenarnya perkataan penganggur wujud sebab zaman dulu anggur tak ditanam di Malaysia. kalau tanam pun susah nak tumbuh membesar dan membuahkan hasil.  so, siapa yang tanam anggur pada masa tu memang dianggap takde kerja la sebab tak tahu bila nak dapat hasil kan.

nak share sikit, dulu masa buat projek tahun akhir (sarjana muda tak tua), saya buat pasal "The Effects of Plant Growth Regulators on Vitis Vinifera Micropropagation" ataupun "Kesan-kesan Pelbagai Jenis Hormon Pembesaran Tumbuhan ke Atas Pertumbuhan Vitis Vinifera". Vitis Vinifera ni adalah nama saintifik kepada anggur!!

memang heaven jugak la masa buat projek ni sebab supervisor selalu bagi anggur free, tugas saya makan-makan dan cuma perlu tinggalkan biji nye saja untuk ditanam pada medium palsu (ganti tanah) yang ditambah dengan pelbagai komposisi hormon. 

kenapa kena tanam kat medium palsu? hello jangan ingat cuaca kat Malaysia ni macam negara-negara sejuk yang lain. nak tanam anggur kan perlukan udara yang sejuuukkk, tanah yang lempab. lepas tu bila kita tanam kat medium palsu yang ada banyak hormon pembesaran, kemudian kontrol keadaan sekeliling (lampu tak boleh terang sangat nanti pokok terkejut), bilik pun kena bersih sebab takut dikhuatiri bakteria, cendawan, kulat tersalah baring kat situ. kalau dah kena serang dengan mikrob macam mana nak membesar kan?kan?kan?

ok, jum layan gambar ni menunjukkan kronologi pembesaran species ni.

nampak tak ada benda yang keluar dari biji anggur yang disemai kat medium palsu
okay, belum teruja lagi.

makin jelas! akar pun dah keluar dan mencengkam medium palsu hehe
 tak teruja lagi? okay, tungguuuu..

nah, tengok! dah tumbuh tinggi pastu kuar pulak daun!
korang tak tahu masa keluar jer daun ni, saya terus melompat-lompat! okay, ada lagi ni..

semakin hari daun makin melebar
ni maknanya saya ni baek orangnya, selalu pastikan yang pokok ni terima nutrisi yang secukupnya..heeeee

tengok!! makin tinggi dan tinggi dan makin lebat daun nye!!
yippi3! masa ni saya dah membayangkan masa depan. saya nak buka kedai anggur-angguran.

ni hasil nya selama 2 bulan
mesti ada yang tanya takde pun buah. sebenarnya buah-buah anggur dah dipetik dan dijual di Mydin =). hehe tipu lagi. mana la nak berbuah dalam bekas yang kicik macam tu. bila dah besar cam gambar di atas ni kita akan pindahkan dan tanam kat tanah biasa dan bagi pengudaraan yang semulajadi. lepas tu berdoa biar berbuah banyak-banyak. okay, ni la dipanggil pengkulturan tisu tumbuhan, bunyi cam pelik pulak. kalau nak tahu lebih lanjut sila google 'Plant Tissue Culture'.

Eh, cam dah lari topik pulak. saya cuma nak cakap orang yang takde kerja tak boleh panggil penganggur lagi!! kalau pergi kat Jabatan Pertanian Perlis, banyak anggur-anggur yang ditanam kat sana tumbuh subur. orang yang tanam anggur kat sana memang berpeluh-peluh dan tak menang tangan nak jaga anggur.tak macam dulu-dulu, tanam anggur lepas tu tunggu 10 tahun nak tumbuh. siapa sokong saya?   


Friday, October 1, 2010

tak perlu takut lagi untuk ke luar negara

ingat lagi tak kes pasal Faizal Tahir yang terkandas tak dapat pergi Anugerah Planet Muzik kat Jakarta sebab tak bayar hutang PTPTN?

dasyat kan? sampai macam tu sekali. tapi ini bukan perkara yang memalukan. at least, ni bukti menunjukkan yang Faizal Tahir betol-betol masuk U, pinjam ptptn semata-mata nak belajar kan hee.

pinjam gambar kat oh bulan hee


tapi sekarang, anda semua boleh cool down ye sebab PTPTN telah mengembalikan peluang anda untuk bercuti-cuti, nak pegi Hawaii, Paris dan ke mana saja dengan bersyarat. wow, ini sirius!!


bukan setakat Hawaii, nak pergi Thailand, Vietnam, Kemboja pun senang hati lalalala



announcement: kepada sesiapa yang nak ke luar negara, sila berjumpa dengan PTPTN tujuh hari sebelum anda "fly" untuk mengadakan perbincangan mengenai hutang yang perlu dilangsaikan!

jap, yang ini lagi menarik!!


Pinjaman PTPTN jadi Biasiswa!!

ni kena amik tahu la, dah pinjam-pinjam mesti mahu ingat ini logo.



tapi macam biasa, tak kan senang-senang nak bagi biasiswa kan. mesti ada syarat. anda perlu mendapat ijazah sarjana kelas pertama baru la anda boleh diberi pelepasan untuk menukar pinjaman kepada biasiswa. okay, sekarang saya tak boleh senyum sebab dah konvo, lepas tu tak dapat ijazah kelas pertama pun dan perlu lebih berkerja keras untuk cari kerja (baru nak cari kerja? huh!) nak bayar PTPTN..waaaaa, siapa suruh tak belajar sungguh-sungguh sob3. agak-agaknya, duit hasil berblogging ni mampu ke nak bayar rm25k yang saya pinjam dengan PTPTN ni? ahh, berangan la sorang-sorang haha..

wajib dapat 1st kelas!!


jadi kepada adik-adik yang baru masuk U, kalau rasa memang dah pandai dan konfiden boleh dapat 1st kelas ijazah, jangan malu-malu mintak je PTPTN sebab kalau mintak JPA ke apa ke (ppssssstt gosip sikit) biasa nye lambat masuk hee..awal-awal semester nampak gaya kena ikat perut la nak tunggu biasiswa masuk. PTPTN zaaappp cepat sikit masuk lalalalala...tapi awas, tak dapat 1st kelas, mari join saya sama-sama lah kita membayarnya kikikiki..

kena masuk U dulu baru boleh buat pinjaman PTPTN okay. budak-budak tak boleh lagi geeee.

ok, jangan malu-malu pinjam ptptn!

p/s:semalam tengok filem MAGIKA. boleh tahan dasyat, gelak sentiasa. terima kasih MAGIKA kerana menceriakan hidupku..:D



 

1st 'Comeback' Post on 2017

Assalamualaikum.. This will be the very 1st post on 2017. Konon-konon post comeback dari aku la. Harap-harap aku dapat istiqomah dan buka...