Tuesday, July 30, 2013

Tolong tengok tengok kan mak



Assalamualaikum...


Aku ni cukup bersyukur dilahirkan dalam sebuah family nak cakap besar tak besar mana pun nak cakap kecik pun tak kecik sangat, sedang-sedang saja. Sekarang semua dah besar panjang, dah berkeluarga sendiri ada anak-anak tapi Alhamdulillah diorang ni masih lagi cakne, amik tahu pasal adik-adik yang still single ni (aku la tuh) hehehe.


Siapa yang tak nak hidup bersama kan bila dah kahwin? Jarang sekali orang nak tapi sebab kerja, tanggungjawab nak tak nak pergi jugak merantau kat negeri orang cari rezeki. Dalam family aku, abang aku sorang ni dah nak masuk 2 tahun hidup PJJ (perhubungan jarak jauh). 


Bila kita sabar, selalu berdoa Insyaallah, Allah tu akan kabulkan doa kita. Cuma kadang-kadang Dia bagi lambat sebab mungkin masa tu tak sesuai. Dia tangguhkan mungkin sebab nak uji kesabaran kita kan? 


So, minggu lepas akak ipar aku mesej cakap dapat transfer kerja dari Chini ke Kuala Besut. Aku cakap aku tumpang happy untuk dia. Lepas ni dah boleh duk dekat-dekat ngan abang, dapat baby cepat-cepat, Insyaallah. Satu lagi, aku mintak ngan dia tolong tengok-tengok kan ma kat kampung. Walaupun dia menantu, tapi mak mertua pun ibarat macam mak sendiri kan? Lepas ni ma takde la rasa sedih anak-anak tak balik jenguk kat kampung. At least ada jugak yang datang menjenguk, hilang rasa sepi seorang ibu. Aku pun berhasrat nak balik ke kampung, kerja sana, jaga ma. Bila entah nak sampai masa tu. 


Ma, tunggu ye :).









Saturday, July 27, 2013

Kedudukan yang ke-12.



Assalamualaikum semua.. Selamat pagi dan selamat berpuasa..


25.07.2013;

Welcome to our big family my dear..








Awak berada di kedudukan yang ke-12.. :) Nama entah belum di announce secara rasmi lagi. So total up skang girl is still power, mendahului carta!! 5 lelaki dan 7 perempuan. Yang penting sebab baby ni lah, aku akan beraya kat Sabah ini tahun. Thankss so muchhh!!


Dah sampai sana nanti. soalan first aku nak tanya "kenapa hidung kembang sangat wehh? menurun sape?? kahkahkah". 


Okay, bye!




Kaunter aduan



Assalamualaikum..


Aku ni hanya insan biasa-biasa saja. Pernah buat silap kecik mahupun besar. Menyesal? Keluar air mata darah sekalipun takkan mungkin dapat undur ke masa dulu kan? Jadi, yang dah lepas tu biarkan lah. Yang penting, kita jadikan ia suatu pengalaman dan pengajaran untuk masa depan. Namun sedikit sebanyak, aku dapat share sesuatu dengan orang-orang sekeliling. Tak banyak, sikit pun jadi lah kan. Okay tak pendahuluan karangan saya ni cikgu??? *teheee*


Semalam, office mate aku datang mengadu. Well, aku dah biasa jadi kaunter aduan. Tapi aku tak pernah rasa penat untuk mendengar muntahan perasaan sebab kelebihan aku mungkin cuma pada telinga untuk mendengar, sekeping hati untuk mendalami perasaan *cewaahh*. Nak menolong, sekadar yang mampu saja lah.


Office mate aku ni, E, datang mengadu cakap anak dia umur 15 tahun dah pandai buka account Facebook, tak tahu kat mana dia belajar, kat umah mana ada WIFI/ broadband. Larhhhh, tu je ke? Aku senyum je. Pastu aku jawab, takpe kak. Anak tengah muda remaja, perasaan ingin tahu, dikelilingi kawan-kawan, hidup di zaman serba canggih ni, memang kita tak boleh nak halang sangat keinginan diorang ni. Nanti memberontak budak tu. Apa boleh buat? Cuma kita ni harus kawal pergerakan dia, pergaulan dengan kawan-kawan dan bla bla bla.


Bercakap dari perspektif seorang remaja, kita dulu pernah lalui jugak. Masa form 3 dulu, kawan-kawan aku ramai dah pakai handphone. Tak kisah la hendphone besar bapak yang penting ada phone wehh rasa macam hebat gila la. Aku ni nak call ma pun pergi phone reverse charge kat tepi umah warden, nak menangis cakap "Ma, air takde sini. Dah 3 hari tak mandi" pun rasa malu sebab tempat open sangat orang lalu lalang kan. Kalau ada handphone kan best, boleh cakap dalam bilik je.


Masa form 4, belajar jauh sikit ingat dapat la handphone sebijik ke hape ke tapi sama je. Still guna phone yang gantung kat dinding pastu swipe card. Okey la, not bad la perasaan dia tuh. Biasa-biasa je *konon*. Selalu bila balik dari prep, malam-malam roomate sibuk duk tekan-tekan phone, aku ni buat-buat sibuk tekan kalkulator. Alahh, prektis la katakan. Tapi kat dalam hati ni jeles jugak la. Lagi rasa macam rendah diri sangat nak join kawan-kawan. Yelah, kita ni apa je ada.


Kenapa masa tu kita boleh survive? Sebab still ada lagi kawan-kawan yang seangkatan dengan kita kan? Yang takde handphone, yang pakai public phone. Sekarang ni sangat berbeza, so kita tak boleh nak samakan dua situasi ni. Contoh pasal ada acc FB la, nanti kena sindir, perli ngan kengkawan pulak kalau takde. Kita orang tua memang la boleh cakap "Takpe, takyah la kawan kalau orang taknak kawan dengan kita. Yang penting kita tak buat benda yang tak berfaedah, bazir masa ngadap FB bla bla bla". Itu kita, bukan nya anak-anak. Cuba bayangkan camne diorang nak pergi sekolah belajar kalau awal-awal pagi lagi turun rumah duk pikir takde kawan, nanti kena perli lagi, takde kawan nak makan sama-sama. Confirm! Anak-anak zaman sekarang ni dah advance, bukan macam kita dulu-dulu. Tak suka, pulau terus! Tak up to date, taknak bagi join group bagai.


Then, si anak ni menangis lah. Aku tanya kenapa nangis? Apa yang dia cakap? Katanya "Kenapa mama tak bagi? Kawan-kawan saya tu, mak bapak siap bagi lagi buat acc FB. Takde nak marah-marah. Saya rasa sunyi, takde orang nak bercerita." See!! Anak-anak yang baru nak up ni memang lebih suka bercerita masalah ngan kawan-kawan. Bukan nak main pandai-pandai je cakap sebab aku pun pernah lalui semua tu. Malu nak cerita kat mak, alah benda-benda kecik je pun. Kalau cerita kat mak, agak-agak ada solusi tak? Camtu la perasaan dia. Tapi dun worry, bila besar nanti, akan ada satu masa yang kita semua akan rasa kita nak mak je. Insyaallah.


Jangan terlalu mengongkong, tapi jangan terlalu membiarkan. Jangan pula bila kita terlalu memberi kebebasan sampai dia takkan cari kita lagi, dan jangan terlalu menjaga sampai satu hari nanti dia nak lari dari kita sebab dah bosan. Renung-renungkan~




Friday, July 26, 2013

Kisah orang.. perhatikan dan jadikan pengajaran.



Assalamualaikum..

Salam Ramadhan ke-17, Salam Jumaat dan Salam Nuzul Quran..


Cerita nya hanyalah kisah perjalanan hidup orang lain yang buat aku berfikir sejenak dua jenak. Bukan niat nak mengaibkan kan orang cuma ia nya mungkin satu perkongsian yang mana mungkin antara kita mengalami masalah yang sama. Nak meluahkan rasa macam buka pekung di dada, buka aib sendiri. Kalau tak luahkan, rasa pedih dan sebak dalam dada. 


Si A, seorang ayah, kerjanya biasa-biasa saja, pendapatan nya biasa-biasa saja dek kerana tak punya pelajaran yang tinggi. Tapi bagi aku dengan pendapatan yang biasa-biasa tu buat aku respect macam mana dia boleh survive bagi makan, baju, rumah, jaga anak bini kat Kuala Lumpur. Well, Kuala Lumpur? What do you expect?


Semalam dah masuk dua hari si A tak kerja, bila aku call tanya "Emergency, ada hal penting nak selesai" tapi kedengaran ada getaran pada hujung-hujung suara nya (ecececece, nak jugak guna ayat novel). Then, okay la. Emergency leave biasa nya ada kematian, anak or bini sakit so biarkan dia settle semua dulu kan. 


Tiba-tiba masa aku TERLALU FOKUS buat keje, terdengar-dengar orang bercerita. Nak cakap tu betapa aku FOKUS buat kerja sampai boleh dengar orang bergosip. Cihhh Mariani, propa fokus kerja!! hahaha. 


Dengar nya si A tengah pergi settle kan hal anak dia kena tangkap masuk lokap, ada kes. Then, mula lah orang buat spekulasi/ gosip bertebaran sana sini. Si B cakap " Kalau aku lah ada anak macam ni, aku biar je duk dalam lokap. Biar dia rasa, pandai buat salah pandai tanggung lah. Tak payah nak menyusahkan mak bapak". Si C cakap " Pandai buat anak je berderet-deret, tapi tak nak jaga elok-elok".


Sedih aku dengar. Walaupun aku takde anak, tapi aku rasa sedih. Senang betul orang bercerita itu ini sedangkan diorang tak tahu pun kedudukan sebenar. Bak kata pepatah "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". *apsal nak buat ayat BM je aku ni??"


Si D pulak datang cerita kat aku, senang nya diorang cakap. Cuba kena kat diri sendiri dulu, rasa-rasa nya ada ke nak biarkan anak macam tu je? Boleh ke? Mampu ke? Tiba-tiba aku perasan bila tengok banduan kena tahan reman, ada je mak bapak dia ikut menangis-nangis masuk dalam paper. Nak cakap nya hati ibu bapa ni pada anak-anak, tak sanggup nak biarkan walaupun tahu anak dah buat salah. Tak nafikan la memang ada je yang practice macam tu, biarkan je anak tanggung sendiri tapi aku sangat yakin hati mak bapak mana yang sampai hati tengok anak macam tu kan?


Yang cakap dan lihat tu senang je kan? Orang yang ada duit senang lah, nak suh anak jadi bagus hantar je kat sekolah private dapatkan pendidikan yang terbaik. Yang berpendapatan rendah ni nak tak nak hantar sekolah biasa dengan environment pastu dikatanya tak jaga anak elok-elok. Iskkkkk. Kesian betul aku dengan orang yang punya mentaliti macam ni.


Biasanya kalau anak bermasalah, mesti orang nak sabit kan 100% punca datang dari ibu bapa yang tak pandai jaga. Jangan la senang-senang nak tuding jari kat ibu bapa, kadang-kadang environment mempengaruhi jugak kan. Masalah kewangan boleh jadi punca, tapi nak buat camne dah itu je yang mampu si A kerja, pendidikan tak tinggi. Asalkan rezeki itu halal. 


Allah dah tetapkan rezeki masing-masing berbeza. Ada yang diuji dengan kesusahan dan kepayahan dulu baru dapat kesenangan, ada jugak yang diberi kesenangan dulu baru diuji dengan pancaroba *ayat kauuu*.Jadi, jangan nak rasa selesa sangat dengan apa yang kita ada. Seeloknya bersyukur, bersyukur dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Bila kita bersyukur, kita akan rasa cukup tak lebih tak kurang. Kalau kita asyik mengeluh, sampai bila-bila pun kita akan rasa tak cukup. This one memang ditujukan untuk diri sendiri huhuhu..*self reminder*. 


Insyaallah, kalau kita ni hidup dengan gaya yang betul, terapkan nilai-nilai murni dalam hal kekeluargaan, sesempit macam mana pun kita ni, pasti ada pertolongan dari Allah. Amin.



** Nota kaki: Seeloknya tunggu kena kat batang hidung sendiri sebelum nak bercakap lebih-lebih. Kalau sekadar bercakap nak luahkan pendapat takpe, jangan sampai menggores hati sanubari orang lain pulak. Senang cerita "WE ARE NOT IN THEIR SHOES". 


Tuesday, July 23, 2013

Enggan manyakiti dan disakiti....pilih diam!



Diam tak bererti sombong,
Diam itu ada kepentingan jua.


Selagi boleh bersabar, kita sabar,
Bahasa mencerminkan sikap kita,
Bercakap, menyindir, menunding, mengungkit,
Kalau terasa itu menyenangkan hati.


Aku pilih untuk diam,
Teruslah bersikap sebegitu,
Pilihan masing-masing.


*Mood malas gila nak on facebook, nak berblog pun malas. Malas nak menghadap manusia-manusia yang sangat annoying (kannn dah keluar ayat aku, nak sangat kan nampak aku sombong? Aku lah manusia paling sombong atas muka bumi ini. Okay, fine! Semoga awak gembira ye. )



Saturday, July 13, 2013

Hilang



Entah ke mana hilang nya aku yang dulu,

Entah apa yang di sibukkan sangat,

Mana aku weh?

Dah jarang menaip,



Aku nak menghilangkan diri sekejap,

Nanti aku akan kembali dengan kejutan,

Bagi orang sakit jantung,

Tunggulah aku bersama kejutan, 10 tahun akan datang.


Daa~

Mesej untuk saya?



Assalamualaikum.


Terima kasih kalau status tu ditujukan untuk saya,
Terima kasih jugak kalau status tu ditujukan untuk family saya.


Saya tak sombong, saya tak bangga diri,
Tapi kalau saya cakap macam mana sekalipun,
Ia takkan berubah apa-apa pun,
Sebab katanya saya ni tak pernah faham, tak pernah rasa.


Okay lah kalau macam tu. Bye.


Hahahaha



Yang ikhlas,
Seorang saya yang tak punya perasaan


Peace!






Sunday, July 7, 2013

Pre-Ramadhan post.


Assalamualaikum..


Tinggal beberapa hari lagi nak menjengah bulan Ramadhan. Entah sempat entah tidak kan kita ni nak bersama lagi dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Kalau Allah dah tetapkan ajal kita, tak telambat atau tercepat walau sesaat pun. Sedang Allah itu Maha Mengetahui.


Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah masuk bulan Julai pun. Terasa sungguh cepat masa berlalu. Semakin hari semakin pantas waktu bergerak. Pastinya kita semua berusaha untuk jadi yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. 


Setahun yang lepas memang amat memeritkan bagi aku. Macam-macam hal berlaku. Sampai satu tahap, aku berfikir macam mana aku nak mulakan balik semangat, kekuatan dan hidup? Tapi Allah itu sesungguhnya Maha Mendengar. Mengadu lah pada Dia, minta lah apa saja pada Dia. Sifat manusia, kadang2 hanya ingat Allah bila dalam kesedihan, kesusahan. Tapi kalau difikirkan balik, mengapa Allah timpakan musibah? Supaya kita ni kembali kepada Dia. Allah suka kalau kita meminta-minta, sebagai tanda kita ni sentiasa mengingati Allah. Insyaallah.



"Tuhanku mengetahui semua perkataan di langit dan di 

bumi dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha 

Mengetahui" (21:4)  



Kalau kita masih lagi dipanjangkan umur, ayuhlah kita jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Insyaallah.






1st 'Comeback' Post on 2017

Assalamualaikum.. This will be the very 1st post on 2017. Konon-konon post comeback dari aku la. Harap-harap aku dapat istiqomah dan buka...