Tuesday, May 29, 2012

Kawan saya kena sakit tiroid.



Hai uolss..harap semua happy sentiasa ye.


Hari ni dokter Mariani nak berkongsi sedikit sebanyak tentang penyakit tiroid. Tiba-tiba concern pasal sakit tiroid. Kenapa? Sedih sebab one of my friends, yati disahkan menghidapi penyakit tiroid. Kalau dengar terms "tiroid" ramai yang anggap owh mesti bengkak pada leher, mesti sakit bahagian tekak bla bla. Mungkin macam tonsil kan tapi it's beyond that. Saya sangat bersimpati pada Yati. Semoga awak tabah ye, kuatkan semangat.


Soalan pertama yang berlegar-legar kat kepala saya ni "Sejak bila awak sedar yang awak ni sakit?". Kedua "Macam mana awak dapat sakit ni? Memang keturunan ke?". So, lepas bertanya itu ini itu ini dan hasil carian Mr Google, ini dia.....


Tiroid adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Ia boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga membahayakan kesihatan. Yati cite tiroid ni sejenis penyakit yang tak diketahui punca. UNKNOWN. Haish, pasni saya akan  usulkan pelajar-pelajar biology buat research pasal ni. Ia berlaku secara tidak sedar dan bukan sejenis penyakit keturunan.


Macam mana awak mula sedar yang awak sakit? Apa yang membuatkan awak nak pergi jumpa doktor?  Bermula dari simptom nervous dan gelisah, terketar-ketar. Banyak lagi simptom-simptom sakit tiroid ni. Ada antara simptom tersebut buat aku kecut perut. Jum tengok;

Simptom-simptom penyakit tiroid.

  • bengkak di leher
  • degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • kitaran haid tak teratur
  • lemah
  • kuat berpeluh
  • mata menjadi besar
  • mood tidak menentu
  • muscle cramp
  • rambut tidak kuat
  • sukar tidur
  • sukar bernafas
  • tak tahan panas
  • tekanan darah naik
  • osteoporosis, sakit tulang belakang
  • tremor atau menggeletar
  • turun berat badan walaupun makan banyak


She's look so tired, berpeluh, pucat. Kesian Yati tapi demi kawan2 tetap gigih menjayakan reunion kan.

Saya doakan awak cepat sembuh ye Yati sayam. Saya tumpang sedih bila doktor suruh awak hold niat nak kawen dalam tempoh 2 tahun sebab hormon tak stabil lagi kan. TAPI lama nyeeeewwww..hehehe.Takpelah yati, boleh tunggu saya kan. Nanti 2 tahun lagi kita kawen. Awak bini pertama saya jadi madu nye bahahaha.


P/s; Orang yang ada panggilan nama start ngan huruf "Y" ni memang ada masalah dengan muka ke? Yati? Yatt? Yani? Kehkehkeh. Untuk pengetahuan semua, Yati adalah seorang pe"resdung" tegar...:D




Monday, May 28, 2012

Ya Allah, hebatnya dugaan-Mu.



Ya Allah, di kala ini aku rasa cukup lemah.
Beriku petunjuk Mu Ya Allah.
Engkau maha mengetahui 
akan perkara-perkara ghaib.
Sesungguhnya aku memohon 
kalau itu perancangan yang terbaik buatku,
Maka Engkau permudahkan jalan ke arah situ.
Sekiranya sebaliknya, 
maka Engkau palingkan aku jauh-jauh.
Aku tak mampu, aku hamba yang lemah.





Friday, May 25, 2012

Macam-macam pesen



Lokasi; Pasar Malam Taman Putra Perdana
Masa; 6.00 pm - 7.00 pm.



Balik dari kerja tadi, aku jalan-jalan meredah selautan manusia kat pasar malam. Sepanjang jalan aku tergelak *dalam hati*. Gila kau nak gelak sorang-sorang, nanti orang kata gila pulok. Aku gelak tengok macam-macam pesen (fesyen) yang wujud. Dari hal gaya pakaian, pasangan comel kepada makanan yang dijual kat pasar malam. Macam-macam ada.



Akhirnya pukul 7 malam sedar tak sedar kat tangan aku dah ada 6 plastik kaler oren. Mee sup, kerangka ayam, air kelapa, nasik kerabu, penapis ayak tepung, apam balik. Masuk je dalam kereta aku on lagu Jar of Heart tiga empat kali sampai muntah.. Okay bye~


P/s; Entry kosong dari aku..entah hape-hape jew..




Thursday, May 24, 2012

Behind every girl’s favorite song, is an untold story




I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now
I heard that your dreams came true
Guess she gave you things I didn't give to you

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light

I hate to turn up out of the blue, uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me, it isn't over

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you, too
Don't forget me, I begged, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised in a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue, uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me, it isn't over yet

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you, too
Don't forget me, I begged, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead, yeah

Nothing compares, no worries or cares
Regrets and mistakes, they're memories made
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I begged, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you, too
Don't forget me, I begged, I remember you said
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead


* iols dah dengar lagu ni mungkin dah lebih 100 kali. Skang ni rasa nyampah pulok teheee. For now, iols minat lagu-lagu romantik macam yuna-terukir di bintang. ;P




Tuesday, May 22, 2012

As the day goes by....



  We were being so matured...



Last weekend, kami buat reunion kecil-kecilan. Seronok tapi rasanya lebih seronok kalau semua orang ada. I mean, my besties sobsobsob. Reunion bermula selewat pukul 3.00 pm hewhewhew. Tunggu Ain habis keje, tunggu bus Zara lagi dari Johor, pegi pungut Yati kat UPM dan Aida kat Sungai Besi. Then, terus bergerak ke Taman Wetland, Putrajaya. Pagi tu ada masa terluang aku dah prepare nasi briyani tak gam. Memang planning nak berpicnic. Tapi malangnya pinggan tak bawak, sudu entah ke mana, finally end up makan kat restoren tapi curik-curik bawak masuk makanan sendiri. Kami weols dah beli air sorang satu. Takdela rasa bersalah sangat kan.

Tak senonoh kan, dah selesai makan tapi malas nak basuh tangan. ;)

Lepas tu, weols straight menuju ke Taman Botani Putrajaya. Memang cantik giloss la pemandangan lebih-lebih lagi ada 5 6 pasangan pengantin tengah shoot post-wedding kot. Weols cuci mata, sambil-sambil mencari idea warna tema kahwin weols nanti ekekekeke. Jalan-jalan punya jalan-jalan jam dah tunjuk pukul 7. Weols terus gerak ke Masjid Besar Putrajaya. Subhanallah, cantik yang amat rumah Allah ni. Lagi menguatkan hati aku nak pegi buat umrah kat Tanah Suci Mekah ;)


@ Masjid Besar Putrajaya



Lepas solat maghrib, weols ingat nak pegi Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Memang dah sampai pun. Aku pernah pegi 2 minggu lepas survey tempat exam PTD malam tu. Dari atas PICC tu dapat skodeng the whole Putrajaya. Sangat cantik. Terima kasih Tun Mahathir, u're the best! Tapi sayangnya PICC closed. Pak guard pergi tengok final bola kot. Actually, petang tu kami dah panas hati sebab terpaksa menunggu kereta-kereta konvoi "oghe-oghe" Kelate sambil kibar bendera. Haish, mahu 20-30 minit jugak menunggu trip konvoi tu abis.


Saya dah rindu semua orang.


Tapi dalam banyak aktiviti, paling seronok adalah sesi "pillow talk" dengan Zara dan Yati. Ain dah selamat layan mata, driver la katakan. Penat amat la teww. Weols pillow talk benda-benda yang berfaedah hokay. Macam tajuk kat atas tu, semakin meningkat usia, semakin matang cara percakapan, makin matang cara pemikiran. Topik hangat; Isu politik, isu 1 Malaysia, isu perkauman. Tak percaya? Weols sendiri pun tak percaya teheee.


Keesokkan harinya, tinggal 4 orang sajorkk. Aida dah dihantar ke rumah nye sebab ada catering. Biasalah, orang busy. Siapa yang nak tempah roti jala sekitar Ampang, boleh contact aku. Nanti aku inform kan pada Aida ;D.. Satu aktiviti yang tak pernah tercicir dari senarai....KARAOKE!!!  Mungkin satu sebab kenapa kami bersama. Punya satu hobi yang mutual iaitu menyanyi dengan sumbang nya. Main redah je la.. ;D




Tak cukup mic, botol pun jadi la zara ye ehehehe..


Pukul 4.00 pm, akhirnya kami bersurai. First hantar Yati balik UPM, then hantar Zara ke TBS naik bus. Pastu Ain hantar aku. Tiba-tiba je satu persaan muncul. SUNYI. Serious sunyi. Aku mesej Yati malam tu planning nak pergi tido dengan dia tiap-tiap hujung minggu. Ouchhh, dat moment was so tacink hokay. Rupa-rupanya Yati pun rasa sunyi jugak.Aku rasa aku nak berhijrah tinggal kat UPM. Nak pindah terus tehee..


K la, bye-bye~


Till we met again...............



Monday, May 21, 2012

Less is more.




Pendapat saya;

Tak semua orang sesuai untuk berstylo.. Tak semua orang akan cantik dan jelita kalau berstyle.. Jadi diri sendiri lebih cantik bukan daripada memaksa diri untuk menjadi seseorang yang totally bukan diri kita.. Jangan nak menyenangkan orang lain kalau diri sendiri tak selesa.. 




Sunday, May 20, 2012

Biar terpisah beribu batu sekalipun.....





Friends forever rite~






Friday, May 18, 2012

Diari seorang guru ganti.



Holla... penat nya melalui hari-hari dalam minggu ini. Minggu terakhir aku mengajar kat SMK USJ 23. 4 bulan lebih mengajar, cukup untuk buat aku rasa sangat 'attached' dengan semua benda yang ada kat sekolah ni.


Aku perasan ramai jugak cekgu cekgi yang sedih nak melepaskan aku *bluweeeekkkk*, supaya mereka tak perlu masuk kelas aku nanti untuk gantikan mengajar hahaha. Kalau ikut kontrak, due date aku jadi cekgu ganti sampai 23 Jun 2012. Kenapa besarkan date tu? Sebab date tu jatuh pada date birthday aku!! hehehe.


Tapi mungkin 'cekgu' bukan profesyen yang sesuai untuk aku kot. Nampak macam sesuai, elok, molek tapi tak semestinya sesuatu perkara yang kita anggap baik untuk kita, mungkin Allah dah tetapkan ia bukan yang terbaik. Aku percaya rezeki Allah ada di mana-mana saja. Insyaallah.


Jadi, lepas berpikir dua tiga kali, aku amik keputusan untuk terima tawaran kerja kat satu tempat ni, tak perlu cakap la kan. Yang penting dekat dengan rumah, gaji okay, suasana okay....harap-harap semuanya OKAY la ye. Jangan 2 3 hari keje dah mula pikir nak berhenti. Insyaallah, aku nak cuba keje untuk suatu tempoh yang lama, mungkin sampai tua.


Pengalaman sungguh mendewasakan aku. Selepas beberapa siri kekecewaan yang aku alami, aku mahu bangkit. Takkan selamanya aku kat sini. Thank you so much. You have made me stronger than yesterday. You? Siapa? Pengalaman la. Ahhh, malas aku nak pikir benda-benda yang menyerabutkan otak. Mengarut ajew.


Petang tadi, cekgu cekgi buat jamuan kecil-kecilan untuk aku. Terharu dan sedikit rasa sebak. Tak sangka aku pun dihargai sebegitu rupa. Cekgu ganti sajorrkkk kan. Makan nasi beriani free, sedap memang terbaik. Pesanan dari cekgu membuatkan air mata aku bergenang. Thank you all, cekgu-cekgu semua sememangnya baik dan tak lokek beri tunjuk ajar.


I have learned so much here. Di sekolah ni aku jadi seorang yang sangat garang, sekolah ni beri peluang kepada aku untuk menunjukkan sisi lain dalam diri aku. Tak sangka aku ni bersuara lantang jugak. Ramai murid takutkan aku teheee. Ini serius tak tipu.


Kat sekolah ni aku digelar "alaa, cekgu yang pakai spek tewww", "Puan Mariani", "cekgu gangster"... Nasib baik la murid tak gelarkan aku "cedgu yang manyak jerawat tewww" hahaha. Itu bermaksud muka iolsss dah flawless hokkay lepas makan collagen de'herbs..:)


Kepada "adik" muridku, thank so much cekgu ucapkan kerana menjadi sebahagian daripada pengalaman terindah cekgu. I'm going to miss uols after this. Rindu apa? rindu nak maki dan pukul korang..*wink* Dengarkan pantun cekgu yer;

Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi. 
Kalau ada umur yang panjang, sampai kita bertemu lagi.

*gila oldskul pantun.


Tuesday, May 15, 2012

Selamat berhari guru



Saat-saat akhir bersama murid-murid, tiba2 je rasa sayu sangat. Kenapa sayu sangat ni? Hampir 5 bulan aku bersama diorang. Masa aku banyak dihabiskan melayan kerenah diorang. Kadang-kadang aku anggap diorang macam adik-adik, tapi kadang-kadang ada jugak fefeeling mokcik-mokcik. Aku suka membebel sampaikan diorang cakap "Cedgu ni membebel macam mak saya la".


Tapi saat-saat akhir ni lah aku di beri keje yang bertimbun-timbun. Tensyen jugak la. Tapi aku gagahkan diri, kena siapkan jugak sebelum Jumaat ni. Harus tinggalkan skolah ni dengan good impression pada cekgu cekgi. Dalam aku duk bersedih, Alhamdulillah aku masih lagi mampu tersenyum, tergelak sorang-sorang bila marking paper ujian PBS Form 1.. Meh tengok sikit ape benda yang kelakar tu..



Soalan; Tuliskan satu esei ringkas untuk menerangkan kepentingan sains dalam kehidupan seharian.

Jawapan;
Pagi tadi saya ingin ke sekolah tetapi mula-mula sekali saya mesti menggosok baju saya dengan menggunakan sterika. Dan sterika juga mengandungi haba dan juga kepanasan untuk menyeterika baju. Selepas itu saya pula menaiki kereta. Di dalam enjen kereta pula mengandungi minyak yang mencukupi. Selepas itu saya ternampak Cikgu Mariani memegang telefon. Di dalam telefon mengandungi chip dan menggunakan simkad.

Seriously, sangat comel jawapan. Full mark okay sebab die menerangkan 3 kepentingan Sains dalam kehidupan kita.

  • Yang pertama; Memudahkan kerja rumah seperti menggosok baju. Sterika dicipta menggunakan konsep haba. Seperti yang kita tahu haba salah satu sumber yang sangat penting dalam kehidupan kita.
  • Yang kedua; Pengangkutan. Dengan ada nya kereta, bas, motor kita boleh bergerak ke mana saja walaupun jarak jauh.
  • Yang ketiga; Perhubungan. Kecanggihan alat telekomunikasi sekarang ni membantu menghubungkan manusia walaupun berada jauh beribu batu.

Semoga berjaya anak-anak ku. Cekgu tinggalkan kamu supaya kamu boleh mencorakkan masa depan sendiri... Gonna miss uolssss...

Happy teacher's day~







Monday, May 14, 2012

U're not in my shoes.



I am so down rite now. Tahap tersungkur ke bumi. Kekadang rasa cam loser ada jugak.

Semua orang boleh cakap apa saja yang ada dalam fikiran mereka. Semua orang boleh bagi motivasi, boleh bagi pendapat, boleh bagi bantuan talian hayat. Tapi kalau saya offer semua orang masuk ke tempat saya, boleh ke semua orang mengahapinya? Saya sendiri amat lemah. Tapi bila jumpa kata-kata "Allah tak akan menduga seseorang kalau tahu hamba-Nya tidak kuat", made me wonder adakah saya kuat???

Mungkin.




Sunday, May 13, 2012

Sungguh aku rindu.....



Ya Allah,
di kala malam begini, aku kesorangan.
tiba-tiba terbit suatu perasaan,
meresap masuk ke lubuk hatiku.
Sungguh aku rindukan dia,
arwah abah.......

Kesal nya aku,
tiada disisi arwah pada saat-saat akhir pemergian,
derhaka kah aku?
sampai sekarang aku masih diburu sesalan,
sungguh terkilan.

Ma,selamat hari ibu.
Teruslah titipkan doa buat anak mu ini,
satu-satunya yang menjadi kerisauanmu di kala ini,
tulusnya hati mu itu,
sucinya niatmu itu.

Selamat Hari Ibu.~



Thursday, May 10, 2012

Puan sebelum waktunya



Holla...

Iolss nak sharing la sikit betapa bahagianya iolss sebab hampir semua murid tulis nama guru kat buku tulis; Puan Mariani. Bagi saya, ia satu compliment dan mungkin juga kadang-kadang kedengaran macam satu penghinaan. Hahahaha. 

Itu satu penghormatan bila dipanggil Puan, nampak sangat iols ni sesuai jadi orang tua kan. Kalau dulu-dulu agak menyampah jugak la orang asyik panggil adik jew lebih-lebih lagi bila punya badan yang kurus kering. Lagi la nampak tak matured walhal saya sangat la matured. *Wekk*

Pernah dulu saya bawak anak sedara, Ikhwan, pegi klinik. Demam selesema. Cuma kami berdua, akak ipar tak pergi katanya malas menunggu. Okay, terpaksa terima tugasan. Masuk je dalam bilik, ada beberapa soalan yang doktor tanya, buat iols rasa merah padam muka..

Dokter          ; Anak awak ni dah berapa hari demam?
Pn. Mariani   ; Erk, tak pasti la pulak hehehe 
Dokter          ; Anak awak ni batuk berkahak ke?
Pn. Mariani   ; Erk, tak tahu jugak.

Dalam situasi yang macam gini, iols rasa jatuh maruah seolah-olah iols ni tak mengambil berat langsung pasal anak. Ibu apakah iols ini?? 

Itu belum kira lagi hal dekat sekolah, bukan setakat anak murid jew yang panggil Puan malah ada jugak beberapa orang cekgu panggil puan. Arghhhh... Dalam minit mesyuarat, memang sah la nama Puan Mariani yang dicetak. Sabar aje la.

Pernah satu masa, saya masuk mengajar kelas form 1 tajuk keadaan zarah dalam pepejal, cecair dan gas. Dah lupa kah korang? Meh imbas kembali.


Budak zaman sekarang dah advanced. Nak tahu apa yang diorang explain? Keadaan zarah dalam pepejal berkeadaan sangat rapat. Contoh; macam cekgu dengan suami duduk rapat-rapat. Apakah????

Walaupun Aza pernah bagitahu kat diorang yang saya ni belum kawen, tahu tak apa jawapan? Cekgu Azriena jangan nak tipu kitorang!! Kitorang tahu la cekgu Mariani dah kawen, ada 2 orang anak! OMG!!!  Start dari situ, saya layankan aje. Malas nak betulkan keadaan lalalalala.


So, iols ada tips untuk elakkan diri menjadi tua sebelum waktunya.

  • Sila jangan pakai tudung bibik!!



  • Jangan bawak anak kecil kalau nak pergi shopink atau jalan-jalan.

gaya mokcik2..

Solution??

Sekarang ni iols dah berjinak-jinak memakai tudung bawal semula, kurangkan pakai tudung bibik. Itu saja buat masa ini. hahahahahaha;)


Tuesday, May 8, 2012

Pengangguran yang amat dasyat.



Aku dapat rasakan kadar pengangguran yang amat hebat sekarang ni. Masakan tidak, exam Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) hari Sabtu, 12 Mei, ini melibatkan 30,000 orang yang dipanggil untuk menduduki ujian. Giler ahhhh.. Jadi sekarang ni aku tengah berkira-kira sama ada nak study ke tak. Peluang amat tipis ditambah pulak kemalasan yang maha hebat. Terbaik!!! Tiba-tiba aku terpikir, daripada 30,000 orang tu, berapa kerat je yang nak dipakai? Tak membazir kertas ke diorang nak prepare kertas soalan nanti?

 Teringat balik dua tahun lepas masa ujian personaliti cekgu MARA. Pengawas peperiksaan pernah bagitahu 10,000 orang yang menduduki ujian ni di seluruh negara. Aku bersyukur dapat lepas stage 1, then dipanggil microteaching. Microteaching untuk cekgu Biology saja memakan masa 3 hari. Hari ayng aku pergi ada la dalam 100 +++ yang datang. Stage 2 dah lepas, aku dipanggil untuk interview. Interview saja memakan masa 5 hari. Hari yang aku pergi saja dah 25 orang. Lepas tu terdengar soseh-soseh pegawai kat situ bersembang, kekosongan yang diperlukan tak sampai 10 pun. So? Apa kejadahnya panggil sampai 1000 orang untuk interview??



Renung-renungkan..

P/s; Aku berharap kalau ada yang menjenguk belog ni, baca statement ni dan terus tukar fikiran tak nak pegi exam PTD Sabtu ni. Jadi peluang untuk aku kembali cerah muahahaha...*poyo kan*




Sunday, May 6, 2012

Projek NILAM~



Gigih tu dalam tadok dwit duk memufliskan lagi diri. Bravo!!
Lepas baca ni kalau takde cita-cita nak jadi penulis novel tak tahu la nak cakap apa kehkehkeh.









  • Takdir Itu Milik Aku - ramai yang komen lagi sadis dari novel Andai Itu Takdirnya. Kalau betul la, nampak gaya kena prepare dua tiga baldi jugak la nk tadah air mata.



  • Miss Pisau Cukur - agak berkait jugak dengan aku. Aku ni mata duitan sikit. Mungkin boleh korek beberapa tips dari novel ni eheh3



  • Cinta Awek dan Pakwe - Baca sinopsis macam chomel je. Try je la kan.



  • Bila Hati Kata Sayang -Yang ini ramai cakap kelakar, tu yang aku beli. Skang ni aza tengah baca, memanjang je gelak nya. Haish, menarik tu.



  • Kau Yang Satu - Novel oldskul zaman form 3 dulu. Mengimbas balik memori tambah lagi novel ini sedang dalam proses di dramakan. Betol tak?



  • My Love Playgirl - Macam nak start jadi peminat Siti Nur Dhuha. Novel-novel dia boleh tahan, boleh lawan Siti Rosmizah. Try je la.



TOTAL semua RM 115. Huarrrrgggggghhhhh, agak menyesal jugak la ekekekekekekekeke




Saturday, May 5, 2012

Salah buat keputusan, menyesal tak sudah



Di saat ini, pada ketika ini, sungguh aku dalam dilema. Otak,

 hati dan body sangat tak selari. Sungguh aku benci saat ini. Saat

 di mana aku harus buat keputusan dalam keadaan yang sangat 

berserabut. Aku pernah buat keputusan lepas tu aku rasa 

menyesal yang amat. Jadi, aku taknak ulang perkara yang sama.

 Kalau ia terjadi sekali lagi, seolah-olah aku tak pernah amik 

pengajaran dari semua ini.



Guys, please help me. Aku ni kadang-kadang senget jugak. Time takde interview, mengeluh. 

Time tak dapat job, mengeluh. Tapi bila time dapat, hrmmm rasa cam taknak pulok. 




Thursday, May 3, 2012

Be a better you and better next



EX means:- thanks for the 

EXperience….our time has EXpired…..now 

EXit my life.



If you're single, focus on being a better you instead of looking for someone better than your ex. A better you will attract a better next.

Smile like you've never cried, fight like you've never lost, love like you've never been hurt, and live like you'll die tomorrow.

3 Things you should never do after a breakup: 1.Listen to love songs. 2. Read old messages 3. Read their statuses, tweets or up…

Wednesday, May 2, 2012

Karaoke vs terra ok!



1 May 2012.
Pusat Karaoke Banting.





Nak tepek picca manyak manyak tapi baru sedar kuota tenet dah exceed limit..next time picca bakal menyusul; Pantai Morib momento..


Notakaki; Happy to have them for a day. Bila semua balik, terus rasa sunyi. Haishhh, how i missed my old friends so muchhhhh..  mmuuaaahhhh



1st 'Comeback' Post on 2017

Assalamualaikum.. This will be the very 1st post on 2017. Konon-konon post comeback dari aku la. Harap-harap aku dapat istiqomah dan buka...