Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

VEVO GO Shows: Give Your Heart A Break

She has grown up beb, so lovely this lovato. 




The day I first met you
You told me you'd never fall in love
But now that I get you
I know fear is what it really was

Now here we are
So close yet so far
Haven't I passed the test
When will you realize
Baby, I'm not like the rest

Don't wanna break your heart
Wanna give your heart a break
I know you're scared it's wrong
Like you might make a mistake
There's just one life to live
And there's no time to wait, to waste
So let me give your heart a break, give your heart a break
Let me give your heart a break, your heart a break
Oh yeah, yeah

On Sunday you went home alone
There were tears in your eyes
I called your cell phone, my love
But you did not reply

The world is ours if we want it
We can take it if you just take my hand
There's no turning back now
Baby, try to understand

Don't wanna break your heart
Wanna give your heart a break
I know you're scared it's wrong
Like you might make a mistake
There's just one life to liv…

Lelaki kereta, perempuan rumah.

Tanggungjawab, ini baru adil.
Holla!

Semalam adalah hari yang sedih sebab kite terlanggar kereta orang kat masjid. Masa tu kite nak masuk parking, dah nampak dah tempat parking tu kecik. Kite ingat kan kereta kite dah kecik, boleh bolos rupa-rupanya besar jugak tsk tsk tsk.





Grrrrrr bunyi dia. nah hamikkauu, melekat cat kat kereta tambah pulak garis-garis calar. Ouchhh, calar tu sangat mengguris hati kecil ni. Tapi takpelah, tu dinamakan takde rezeki. Kenapa? Sebab selalu je jadi benda-benda yang tak diingini bila gaji baru masyukkkk. Masa tu kat kepala otak ni, takde lagi trip ke Melaka. Dah postponed dari hari sebelum Ramadhan lagi. Sedih tau! Sedih! 

Balik je terus tanya abang, "Sikit je kan ni? Takde apa sangat kan? Kalau pegi polish boleh kasi sinar balik kan? kan? kan?". Dia jawab "Kepala hotak mung, tak napok ko gelokoh ni?". Gelokoh kulit tahu tak? Cat dah tanggal wakakaka. Takde2, sila sedia rm200, hujung minggu ni pegi repair. Aiyoyoyo, pengsan maaaak.

Sebelum …

Merah.

Merah bukan sebarang merah ni. Kitew bukan nak cerita pasal warna tema kawen tau! Bukan juga warna tema baju raya sebab tahun ni baju raya kitew kaler kuning macam orang nak bertunang. Kitew cuma nak cakap punch card kitew asyik merah je sejak dua menjak ni. Sekian~


Apa maksud nya kalau punch card asyik kuar warna merah je? Kenapa semangat nak datang kerja dah luntur? Tak macam dulu-dulu, bangun pukul 6.20 pagi solat subuh tak tido dah, duk termenung atas katil kelip-kelip sampai pukul 7.30 pagi. Pastu mandi, sarapan, minum fresh orange, belek-belek news paper lagak macam orang kaya. Iye dok? Takpe lah, practice makes perfect la katakan.


Tapi sekarang entah ke mana semangat tu pergi. Pagi-pagi bangun subuh pastu termenung atas katil, kali ni termenung sambil baring. Lama-lama hanyut, tapi sempat kunci jam. Officially bangun pukul 7.50. Terus pecut mandi, tak sempat sarapan, takde lagi minum susu/fresh orange, hanya amik supplement pure collagen je. Itu rahsia macam mana aku mengekalkan …

Setahun yang tenat.

Tik tok tik tok tik tok...begitulah pantasnya masa berlalu..


Kisah setahun yang lepas; Orang buat ASB, kiteww pun nak jugak. Orang kata baru la ikut trend kan. Tapi orang bukak ASB yang ada buku akaun Ting tu, kiteww yang baru keluar dari gua ataupun tiba-tiba terasa ada duit banyak kat tangan, terus pergi buat ASB Loan. Bila aku bagitahu yang aku buat ASB loan, ramai yang tanya "Buat pinjaman untuk apa? Dah nak beli rumah ke?". Oh, tak tawu tak tawu. Jangan tanya lagi, kiteww dah rasa menyesal la awak T__________T.


Masa tu aku & aza cuma pikir nak buat satu akaun yang mana duit tu dikunci dalam tu, tak boleh simply simply withdrawal duit tu sekalipun tengah terdesak. Konon nak menabung demi masa depan yang cerah la. Pastu dan dan masa tu jugak, kami teringat peribahasa "Malu bertanya, sesat jalan". Jadi, apa lagi? terus pergi kaunter EASY RHB yang kebetulan ada depan mata. Belum pun panas bontot, orang tu dah pungpangpungpangpungpang itu ini itu ini.


ASB-RHB loan…

Bulan Mokcik Sedunia~

Holla!

Sedang kita semua asyik mengharungi bulan Ramadhan yang penuh berkat dan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadat puasa, aku dikhabarkan berita gumbira yang mana untuk kali ke-10 aku menjadi mokcik. Mengimbau kembali detik pertama aku jadi mokcik 11 tahun dulu, umur aku baru je Form 1. Begini lah nasib ku, kecik-kecik lagi dah jadi mokcik. Disebabkan usia ku yang terlalu mentah masa tu, akak aku bahasakan aku chik ma instead of mokcik kihkihkih.


31 Julai 2012, lahir lah baby gegirlz yang super kiut.....



Nur Iman Raihah bin Asmadi

Skang tengah in mood mengimbau kembali kenangan lama, nak korek sedikit sebanyak untuk dikongsi bersama peminat ku.

1st anak sedara, Afiqah Dayana..



Lihat pada saiz nye, aku rasa nak jerit "Kakak, jangan cepat besar". You know, it's remind me that i'm getting older. Time flies too fast.



Ini keluarga besar kakak aku, dah produce 5 orang..muka pelbagai pesen dan warna. Oh, ini banyak mewarisi gene abang ipar aku..kih3..



Yang ni pulak baru …

Ucapan untuk semua.

Salam,

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan taulan yang mengenali diri ini. Ampun maaf dipinta atas segala kesalahan lisan mahupun perbuatan secara sengaja atau tidak.

Ikhlaskan hati memaafkan kesalahan orang kepada kita sebagaimana kita mengharapkan orang lain akan memaafkan kesalahan kita ini.

Tahun ini, tahun kedua aku beraya tanpa seorang insan hebat yang ku panggil abah. Abah, tenang lah di sana. 

SELAMATHARIRAYA!!!!!


Muktamad, resign!

Kisah benar, malam ni aku terasa macam seluruh badan ni dah melayang terbang ke London je..awwwww..





Macam biasa, presentation sangat tahap C tapi taste dia wa cakap lu memang A lah!!




Dihidang dalam plastik letak depan TV, lelong lelong, sape nak makan, amik.. Nak hidang kat tetamu tak layak, kembang semangkuk.. Picca kat atas ni dah di'edit'. jenuh mak nak mencari yang terbaik.


Mungkin ini adalah biskut raya yang terakhir hasil tangan aku. Aku lebih prefer buat kek sebab kek sekali harung je bakar, bohhhh letak dalam oven, goyang kaki depan TV. Kalau biskut, mahu 3 4 round.


Minggu lepas, aku buat cornflake madu lepas sahur. Punya la penat, lepas je masuk acuan dalam oven, aku lelap jap atas sofa. Rasa nye sekejap sangat lelap, bila celik mata sobbbbssss tak dapat diselamatkan lagi. Hitam legam cornflake aku. Aku rasa mcm tido 30 saat tapi rupa-rupanya 15 minit.. Hancur luluh perasaan ini..


Dengan ini, diisyhtiharkan chef mariani resign dari aktiviti buat biskut kerana dia sudah men…

Perempuan.

Holla!!


Dah lali kan dengar orang cakap kiteww perempuan ni mengada la, cerewet la, memilih la, itu la, ini la, bla bla bla....sebenarnya bukan mengada tapi itu dinamakan unik.

Kalau pergi shopinkkk: Jalan TAR beb, dia punya lebar kaki persegi tu huh mahu tercabut kaki ni nak jelajah semua kedai tapi masih bersemangat nak habiskan jugak tawaf ni. Pastu bila dah habis pusing, boleh cakap "Hrmmmm, takde yang cantik la". Memang alasan yang gila tapi itu la perempuan teheee yang mana lelaki takkan paham.
Bila singgah kat satu-satu kedai, tak perlu masuk dalam, berdiri je kat depan pintu, mata perempuan ni tajam, otak scan sepintas lalu. Tak jenguk masuk pun dah tahu takde baju yang menarik, hebat dok?
Bila masuk dalam satu kedai yang terlalu banyak sangat baju yang cantik-cantik, belek punya belek, try test lagi, last-last terbeli baju yang paling tak lawa. Itu  selalu terjadi!!
Bila keluar dengan kawan-kawan gegirls, melaram kemain, pakai shawl, skirt bagai, tapi bila keluar ngan bf…

Kerah tenaga usia muda.

Holla!!


Lamanya tak rehatkan badan sambil memanjakan diri dengan beronline. Kat tempat kerja pun dah jarang online walaupun unifi super laju. Mungkin mood kedewasaan dah menyelinap masuk ke sebelah jiwaku. Kedewasaan?? phewwww.


Kerah tenaga usia muda? Ada apa yang tak kena pada tajuk tu? Macam bukan aku je bunyi nye tapi itulah aku. Alhamdulillah, dengan kudrat yang tak seberapa ni, rezeki yang Allah dah bagi ni, yer rezeki yang kau selalu mintak dengan Allah wahai mariani...

Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon sekiranya rezeki berada di langit, Engkau turunkan lah, rezeki dari bumi, Engkau keluarkan lah, rezeki yang jauh, Engkau dekatkan dan rezeki yang susah, Engkau permudahkan lah
Tiba-tiba dapat offer buat keje part time, okay aku terima. Boleh bayangkan tak gaji aku skang dah beribu-ribu, bila buat keje part time, gaji aku mungkin akaan cecah RM10 ribu sebulan. Ohhh, berdebarnya hatiku kikikiki.....


Okay la, tata~

Cinta tak natural.

Rentetan dari post semalam "Suria Cintaku", memang aku hanyut betul-betul entah bila tertido. Sedar-sedar dah pukul 5, humakkau sahur, dah lambat.


Okay, ini mungkin post terakhir aku berkaitan cinta, hati dan perasaan. Sila pegang janji aku ni, yang terakhir, untuk bulan ini je hewhewhew. Lepas ni, belog ini akan dihiasi dengan picca dan resepi kuih muih, biskut dan kek raya sempena Hari Raya nanti!


Semalam, tengah layan Suria Cintaku, ada satu segmen iaitu Chit Chat Cinta untuk siapa-siapa yang sedang ingin mencari jodoh yang mana DJ Lin akan bacakan status/ deskripsi orang yang hantar request. Contohnya;

Nickname: Insan kesepian
Deskripsi: Berkulit cerah, tak tinggi, sederhana, pandai memasak, nak cari jodoh, baru dikecewakan, nak cari yang ikhlas, duda pun takpe. *perghhhh*.


Lepas tu DJ Lin akan bagi kod; 123456. Siapa yang nak berkenalan dengan insan kesepian ni boleh hantar ON *suria cinta* *no kod* hantar ke bla bla bla. Lebih kurang macam tu la. Hrmmm, tak tahu nak cakap a…

Suria cintaku.

Walaupun tajuk takleh blaaaaahhh tapi itu la tajuk yang dipikirkan paling molek. 


Kepada sesiapa yang rasa ada henpon canggih tu, tapi asyik tersadai kat tepi bantal je, sekali sekala tengok skrin dengan harapan ada mesej masuk, pastu eh betol-betol ada mesej la, cepat-cepat buka "Shit, mesej maxis/hotlink". Kecewa?? Takpe, saya sangat paham akan perasaan itu :P


Jadi, korang tak tahu macam mana nak gunakan henpon yang canggih itu dengan semaksimum yang mungkin?? Setakat nak letak bawah bantal, kunci jam bangun nak sahur, tak luak mana pun bateri henpon tu. Apa kata tune radio Suria.fm setiap pukul 11 p.m bersama DJ Lin, segmen "Suria Cintaku".


Dinasihatkan kepada sesiapa yang baru putus cinta tolong jangan dengar, dikhuatiri korang tak boleh terima kenyataan ekekeke. Malam-malam aku layan Suria Cintaku sebab lagu-lagu sangat menggamit memori, hampir semua stok lagu karaoke. Lagi satu, suara DJ Lin ni sangat romantik bila baca ayat-ayat romantik bikin mata ni hanyut. …

Me, a woman.

NOW!!


Sedih tak bila dengan rela hati terpaksa transform diri dari seorang gegirl yang selalu enjoy hidup nya suatu ketika dulu kepada seorang wanita? Tak lain tak bukan, saya! 


Dah, jangan merajuk lagi, nanti makin tua. Okay la tu, sesuai dengan umur.


Kat tempat kerja, staff lain asyik complaint " Why haaa u only 24 tapi dah gigih makan collagen?". Eh, biar la. Saya nak cantik. 


Keesokkan harinya, sorang staff datang tanya " Yani, itu hari u cakap u single. U masih single kan? *single here means not married yet, bukan single yang totally singe tuh hihi*". Then, saya cakap "Yarr, single. Kenapa ye? (dalam hati berdebar-debar, takut diorang nak kenengkan dengan family ke hape ke)". Rupa-rupanya, ini jawapan;


"That day haaa, i saw u at Carrefour. Pimpin tangan budak kecik. I said to my husband, eh itu Yani. Hari tu kata single, tak kawen lagi. That's why haaa I nak tanya u, itu budak kecik bukan ur son rite?". Goshhhh. Itu anak sedara la. " Ow…

Persaingan yang sangat sengit, tengik dan hangit.

Assalamualaikum, salam ramadhan yang ke 16. Sebelum tu muhasabah diri sikit, tadah tangan meninggi ke langit, panjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T yang memberikan kita kemampuan serta kekuatan untuk terus melakukan ibadah di bulan yang penuh mulia ini dan juga kekuatan untk aku update belog *Sejuk hati baca intro kali kan*


Okay, yang ni dah start lupa diri. Semalam punya semalam, aku planning nak shopink baju raya kat area Banting. Banting! okay sekali lagi Banting! Pikir dua tiga kali, ahh tak best la. Banting takde apa yang menarik. Mati lah kalau ada orang Banting baca. Ada ker?? So, dengan serta merta tukar planning, kita ke Jalan TAR.


Sesampai je kat SOGO, masyaAllah, dari mana datang nya makhluk-makhluk ni?? Sampaikan ada satu area ni punya la ramai berkumpul. Nak tengok jugak la ada sales yang hebak giloo ke? Pergi dekat dan dekat owhh, ada kasut/selipar/sandal pada harga RM29.90. Masalahnya, kat situ ada 10-15 pasang je, yang pergi kerumun tak hengat tu adalah dalam 50 or…