Skip to main content

Persaingan yang sangat sengit, tengik dan hangit.



Assalamualaikum, salam ramadhan yang ke 16. Sebelum tu muhasabah diri sikit, tadah tangan meninggi ke langit, panjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T yang memberikan kita kemampuan serta kekuatan untuk terus melakukan ibadah di bulan yang penuh mulia ini dan juga kekuatan untk aku update belog *Sejuk hati baca intro kali kan*


Okay, yang ni dah start lupa diri. Semalam punya semalam, aku planning nak shopink baju raya kat area Banting. Banting! okay sekali lagi Banting! Pikir dua tiga kali, ahh tak best la. Banting takde apa yang menarik. Mati lah kalau ada orang Banting baca. Ada ker?? So, dengan serta merta tukar planning, kita ke Jalan TAR.


Sesampai je kat SOGO, masyaAllah, dari mana datang nya makhluk-makhluk ni?? Sampaikan ada satu area ni punya la ramai berkumpul. Nak tengok jugak la ada sales yang hebak giloo ke? Pergi dekat dan dekat owhh, ada kasut/selipar/sandal pada harga RM29.90. Masalahnya, kat situ ada 10-15 pasang je, yang pergi kerumun tak hengat tu adalah dalam 50 orang. Dasyat!

Kesian aku tengok 2 orang ni, serious macam tak cukup makan jer, kurus cekeding, jalan beriringan ngan diorang buat aku rasa gemuk gile. Thanks!

Jalan lagi, jalan lagi, eh berkenan la pada satu baju. Cari fitting room, eh kosong macam tak percaya je. Takde orang nak try test dulu ke baju? Gembira hati, dan biasalah gegirl kan, sekali masuk 3 orang sekaligus. Nak safety kan, kalau ada CCTV, takpe at least bukan kita sorang je yang kena, semua kena skodeng hihihihi. Okay, rasa macam molek je kat badan, harga pun cantik. RM120. Murah kan? Tapi beli after 70% less la gagaga. Giloo nak beli RM120 untuk sepasang baju blouse. Paling standard blouse or t-shirt yang ada dalam almari aku harganya takkan lebih RM50 sepasang kikiki.


Pastu berpusing-pusing cari kaunter pembayaran. Perghhhh, beratur sampai ke tangga. Hampa hokkay!! Rasa macam tak berbaloi je queue berjam-jam semata-mata nak bayar untuk sehelai baju. Lain lah kalau beli 1 troli. Surrender! Jom ah pergi Jalan TAR. Malas dah kat SOGO ni. Walau harga murah sekalipun, tak sanggup nak beratur panjang.


Then, me & dua orang lagi kawans pergi Jalan TAR. Weols ingat puasa-puasa camni mesti ramai yang penat kan, rupa-rupanya 2 kali ganda lagi ramai dari hari sebelum puasa. Sampaikan berhimpit-himpit ni, iols stuck di tengah-tengah lautan manusia. Time tu rasa nak pengsan, persaingan yang amat dasyat. Dengan bau tengik, hangit bagai. Sabar je. Makruh puasa iols duk hidu bau kurang enak camni. Makruh okay! Ingat ke hidu bau makanan je ke yang makruh?? ekekekeke.


Yang tak menahan ada sorang pokcik ni dukung anak dia. Tengah orang berasak-asak dan bergasak-gasak ni boleh lagi dia angkat tangan, kat tangan ada henpon. Dalam otak ni terus pikir "Jangan cakap pocik ni nak amik gambar". Klik klik! Memang amik gambar pun, adei pokcik ni punya kompiden level menggunung. Ramai jugak la yang duk "hoi, nak bergambar pulok, agak-agak la".


Geleng kepala. Sengih dalam hati. Boleh imagine kau sengih dalam hati camane? Pastu singgah kat Mu'az textile nak cari tudung. Masyaallah, kat SOGO ramai, sini pun ramai. Kitorang planning, sorang tolong beratur kat kaunter. Mula-mula aku taknak beratur sebab nak cari tudung. Tapi aku surrender, nak memilih pun aku dah tawar hati. Bertolak-tolak macam orang tak puasa tahu! Yang muda cakap kasar dengan yang tua. Adui, korang puasa tak? Tak jaga tatasusila langsung. Ada tu yang jalan-jalan pakai heels tinggi tiba-tiba terpele'ok (gitu ke eja? entah). Pastu nak marah orang lain pulak, konon nak cover malu la tu, padahal diri sendiri yang nak jatuh. Boooooo la kauu.

Kaya tak kaya, sebab menyampah ramai orang kat kedai baju, weols merperabih kan duit di kedai kerongsang.

Lagi aku rasa sangat rimas dengan orang yang bermekap tebal ala-ala retisss, hello kat Jalan Tar kot, bukannya dalam bangunan yang beraircond. Cair mekap kau nanti. Ada yang ber'shawl' bagai aku tengok dah senget benget, herot berot (entah ayat apa yang aku guna). Aku nasihatkan pakai je track suit dan tshirt. Eh itu aku memang trademark aku la. Kat shopink complex pun aku pakai camni jugak. Takde style langsung teheeee. Takpelah, asalkan bahagia.


Ada satu hal ni buat aku geli hati. Orang dah ramai masuk kedai tu termasuk aku. Tapi makin aku masuk terus pekerja bangla sorang ni duk jerit " Haaaa, mari masuk mari masuk mari masuk kak, kain murah-murah, mari masuk mari masuk". Bingit kot bang, aku tengok orang makin berpusu pusu keluar. Sakit hati dengar suara dia kahkahkah (termasuk lah aku). Nak memilih pun tak senang hati. Kita yang perempuan ni bukan setakat memilih main belek-belek je tapi otak ni duk berfikir jugak. Jadi bila ada orang jerit-jerit kat lubang telinga rasa bengang jugak la.


Okay, point seterusnya aku nak citer, okay paham la tudung-tudung kat Jalan Tar murah-murah. Tudung bawal 2 3 ton boleh dapat dalam RM 6.80 sehelai tapi jangan la terus kelabu mata adik kakak. Aku nengok ada satu tudung pattern 3 tone warna tambah manik-manik. Tak tengok dulu manik tu pattern apa, last-last bukak ada tulis Gucci. Nak tergelak hokkay. Yer, Gucci kan mahal, branded tapi bila orang tepek manik kat tudung camtu terus nampak tudung tu murah! kahkahkah. Kesian.


Partner aku yang selalu kuar hang out lately selepas ketiadaan Aza.. 


Panjang nye entry kali ni. Tadok picca pulak tu. tak sempat nak berphoto shoot nanti kang tak pasal-pasal kena sound ngan orang. Tapi adalah amik gambar kat KTM sambil tunggu train. Naik KTM okay!! Ramai yang tegur kenapa korang tak drive jer. Kau gila?? Kita yang single mingle ni, i mean yang tak berkeluarga, yang tak bersusah payah nak kendong anak, elok sangat la naik KTM/LRT. Buat semak kereta atas jalan je. Parking takde khenn. Bunyi macam boleh letak dalam poket je kereta tu huhu dengan pejalan kaki lagi besar lesennya dari kereta. Traffic light merah pun still bermaharajalela lintas, bila masa kereta nak bergerak khenn?




Psssstttt, nanti bukak Astro AWANI yer. Aku di interview di Jalan TAR semalam gagagagagaga...






Comments

YAT said…
serious diinterview..?? curlast kau jah! hahaha

so lastly ko beli ape?
mar yanie said…
sempat beli baju melayu..:P *tiba2*

opppss, klu lalu lalang kt depan kamera x dikira interview ke??? harharhar.. ade la, tnye pendapat aku ttg berjuta2 manusia kt sini, nape masih nk dtg jgk? jawapan meletopss kebabom okay, ala2 retis..

Popular posts from this blog

TRENGKAS

Apa itu TRENGKAS?

Sape-sape yang rajin sangat mohon kerja kerajaan, mesti selalu jumpa perkataan "trengkas" kat borang permohonan. Namanye selalu jumpa tapi tahu tak apa benda tu? Aku pun baru terpanggil untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut. Selama ni ignore je part trengkas ni. Owh, then no wonder la aku tak pernah dapat offer interview dari company kerajaan yang mana aku apply. Mungkin sebab tak isi bahagian trengkas ni kot.

Mari la kita sama-sama belajar yer. TRENGKAS berasal dari dua perkataan iaitu Tulisan Ringkas. Nak tahu macam mana rupa bentuk trengkas, come closer. Sila zoom betol-betol okay!


Sekali pandang macam tulisan jawi tapi dua tiga kali pandang macam cacing pulak. Sebenarnya kita jarang guna trengkas ni. Selalunya kita guna short form. Contoh; Yang-yg, cantik-cntk. Biasanya time ber-sms la kita guna sebab nak jimat kredit kan. Contoh lain;
AKA = also known as OTW = on the way ASAP = as soon as possible  

Sape yang selalu guna trengkas? Aku dah try …

Starter pack Bio-essence Bird's Nest

Oh oh oh.. I check kat stat rupa-rupanya ramai yang terjah belog ni sebab nak baca reviews alat-alat kecantikan yang i dah banyak review kat sini especially Bio-essence Bird's Nest. Sebelum ni saya pernah buat review kat sini. And my review untuk produk ni sangat bad. Takut nye kalau saya dah mempengaruhi semua orang jangan guna produk bio-essence ni. Padahal teknik pemakaian saya dah salah, tu yang effect teruk.


In response to that and plus plus saya tak nak membazir sebab pencuci muka dia banyak lagi tak guna, nak tunggu expired jer, so saya pergi kat watson cari beauty consultant tanya cara-cara nak apply produk bio-essence ni macam mana.


Okay, here we go! Kalau korang determine sangat nak guna produk bird's nest ni, kena beli satu set. Satu set lengkap ada;
Nuti-Collagen & Whitening CleanserNutri-Collagen & Whitening AdvancerNutri-Collagen & Whitening EssenceNutri-Collagen & Whitening Cream
At first, prejudice jugak nak beli sebab kat situ semua mention whi…

Review; Bio-essence Bird's Nest Nutri Collagen & Virgin Coconut Oil

Bagus sangat ke produk yang ada bird's nest ni? Bila tengok Fazura kat TV jadi duta produk Nutox yang ada bird's nest content, terus nak try. Tapi saya try produk bio essence, harga nya mak ai, mahal la RM 24.80. Kalau guna safi balqis baru RM 10 je. Biasalah orang cakap lagi mahal lagi bagus bukan?

Bio Essence Bird's Nest Nutri Collagen
Nama kemain hebat lagi tu. Ada sarang burung la, ada collagen la. Mesti double triple dia punya action kan. Tak sabar nak tengok hasil nya.

Lepas dua minggu try pakai pencuci muka Bio essence tu, rasa nak menangis woo. Jerawat naik berlambak-lambak especially kat dahi. So scary! Penuh dahi bagai tak cukup ruang. Owh, inikah penangan sarang burung? Terus terbayang, macam mana nak bagus sarang burung ni, burung duk berak  kat dalam tu, orang pergi buat research kata bagus. Ptuiiiii..hahaha

Sebenarnya nak tunggu sebulan pakai sebab nak tengok hasil produk  ni kan. Manalah tahu dia nak elokkan muka, tu yang timbul berlambak-lambak jerawat as a pe…