Monday, December 30, 2013

2013 year In Review


Assalamualaikum semua..


Yay, tinggal lagi 3 hari untuk kita melangkah ke tahun 2014. Aku percaya ramai antara kita dah pasang niat dan senaraikan azam-azam sama ada yang di carry forward dari tahun-tahun sebelum nya ataupun azam yang baru. Pada sesape yang ada banyak azam yang belum dicapai, jangan risau lah. itu tak bermakna pencapaian kita tak bagus. Mungkin dalam banyak-banyak list tu, ada terselit sesuatu benda yang takde dalam planning kita langsung kan? Allah kurniakan rezeki untuk yang lain. Syukur!


okay, there we go!! Sorotan tahun 2013 bagi seorang Mariani:

Januari
Masih berkerja di company yang sama, Victual Industries, dengan harapan dapat kerja lain yang lebih menjamin masa depan.
Attend majlis bertunang Yati sambil di dalam hati aim nak jadi the next person dalam geng (Aza, Ain, Zara, Yati, Jue, Aida & As) yang bertunang jugak.

Febuari
Beli handphone baru android SONY XPERIA yang paling low class dengan harapan dapat meng"improve"kan lagi pencarian calon-calon suami. Nak upgrade RAM la konon sebab nak install What's Up, Viber, line bagai..Konon...

March
Gigih apply cuti semata-mata nak attend 5 majlis perkahwinan kawan-kawan ku. Konon nak amik berkat.. Alhamdulillah.
Nyaris-nyaris tergadai nyawa - ikut dua orang guys baba nyonya konon dah menang cabutan bertuah. Hampir disogok dengan holiday trip kat Istanbul!
Terlerai sebuah perkenalan antara aku dan seseorang dan aku mendoakan dia berjumpa dengan jodoh yang terbaik.. Amin..


April
Somewhere in April. Ada satu tarikh dalam bulan ni telah menjadi sebab untuk aku tersenyum bahagia.
Attend exam PTD untuk tahun kedua berturut-turut.
Dapat anak buah yang ke-11, diberi nama Awa Hakimah.


Mei
First time layak mengundi tapi tak berkesempatan untuk balik mengundi hehe.
Genap 1 tahun berkerja di Victual Industries which is aku tak pernah terpikir untuk berkerja sampai ke tahap ini.

Jun
Attend majlis kawen lagi
My 25th birthday! feeling loved & blessed. Dikelilingi oleh orang-orang yang tersayang, punya kerja walaupun biasa-biasa saja. Banyak improvement dari tahun lepas.

Julai
Perjalanan hidup diteruskan seperti biasa. Kadang ada sedih, ada duka, ada seronok & gembira.
Dapat anak buah yang ke-12, nama Muhammad Fahim Syahmi.

Ogos
Sambut raya di Sabah! First time away from Kelantan tapi tetap bersama ibu tersayang.
Balik dari Sabah on 15 Ogos: First date ngan 'S' setelah sekian lama tak berjumpa.

September
Kumpul kekuatan untuk menyatakan hasrat dan impian di hati. Balik ke kampung, berdua-duaan ngan mak, bercakap dari hati ke hati "Ma, dikma nak kahwin". 
Dah lama tak tengok air muka mak segembira itu. Kalau ku tahu sesenang macam ni, awal-awal lagi aku dah bagitahu teheee.

Oktober
15 Okt: Dia datang jumpa my family.. saja jalan-jalan pada hari raya haji.. :)
Itu je yang mampu ingat peristiwa di bulan Oktober, yang lain-lain aku taknak ingat! It's so special. :)

November
15 Nov: Aku jumpa dia lagi. 




Saturday, December 14, 2013

Kerjaya: Pilihan masing-masing. #Bertahan atau terus mencari?


Hello, Assalamualaikum semua~


What a wonderful Saturday! Alhamdulillah. Di kala aku menaip entry ni, aku percaya ada yang sedang bercuti, ada yang masih bertungkus lumus siapkan kerja kat office, ada yang sedang melayan customer kat shopping mall dan ada jugak yang sedang menjual tudung/baju, kek kat mana-mana event kan. Walau apa pun yang korang buat sekarang, itu adalah pilihan masing-masing kan?





Okay, let's talk about career. Yes, it is ke-ri-yer, not kae-ri-yer (carrier) yang artis-artis selalu pronounce kat dalam tv tu hehe. Kat Malaysia ni ada macam-macam kerja boleh buat. Siapa yang cakap takde kerja? Siapa yang cakap kesian nya belajar tinggi-tinggi tapi kerja takde? Hello, berlambak kot. So, back to basic. Semua ni depend pada diri kita sendiri. Pekerjaan yang camane kita nak pilih.


Ada yang nak kerja bersesuaian dengan kelayakan yang ada, ada yang nak kerja gaji nya beribu-ribu, ada yang nak kerja biasa-biasa ala kadar asalkan ada kerja, ada yang punya impian tapi terpaksa hold dulu ke satu masa yang entah bila, dan macam-macam situasi lagi.


Alhamdulillah, aku pernah merasa kerja separuh hari (cikgu ganti), pernah merasa kerja shift pagi (start pukul 8.30 am - 5.30 pm), shift malam (pukul 1.30 pm - 10.30 pm), pernah merasa kerja shift full seminggu siang (pukul 7.00 am - 7.00 pm) dan shift malam (7.00 pm - 7.00 am), pernah jugak merasa kerja 6 hari seminggu dan hari cuti yang jatuh pada hari Selasa, Khamis (tak menentu). 


So, pilihan aku?? Sekarang, aku pilih untuk berkerja 5 hari seminggu which is office hour dari pukul 8.30 am - 5.30 pm, takde OT, Sabtu Ahad cuti, public holidays cuti macam biasa dan aku rasa seronok walaupun bergaji rendah. Yes, bukan duit yang aku kejar, bukan kereta mewah yang aku impikan, cukuplah kerja yang aku ada ni, ada masa untuk diri sendiri, keluarga, bukan semata-mata menghambakan diri pada kerja dunia saja.


Memang itu pilihan aku, kalau tidak masakan pula aku boleh bertahan kerja sampai nak masuk 2 tahun dah. Memang tak percaya camane aku boleh bertahan dengan kerja sekarang yang ada sipi-sipi mengena dengan qualification yang aku ada, kalau tengok pada gaji nya pula alahai kalau orang tahu ni mesti kesian kan aku. Tapi aku masih pilih untuk bertahan kat sini. 





Kenapa? Ada 2 reasons & options kat sini;


1. Kerja yang tak sama bidang yang kita belajar: Kita belajar sesuatu course  tapi mungkin Allah dah tetapkan untuk sesetengah orang memang takkan dapat kerja yang betul-betul bidang yang kita belajar. Tak semestinya akan dapat apa yang kita nak bukan? Jadi, aku redha dan mencuba sesuatu yang lain, maksudnya explore bidang baru. Aku nak kerja kat sini mungkin untuk 1 - 2 tahun lagi, kumpul pengalaman banyak-banyak. Sampai masa nanti, aku akan keluar bersama pengalaman tersebut dan time tu nak demand. 


2. Cari kerja yang bersesuaian dengan bidang yang dipelajari: Of course tak dinafikan siapa yang taknak kan? Belajar susah-susah pastu senang-senang nak lepaskan macam tu je. Macam orang cakap "We should get what we ought to get based on our effort on this". Wah gitteww. Kita nak dapat apa yang kita sepatutnya boleh dapat. Contoh belajar Biologi, dan aku nak kerja dalam makmal, nak buat research dan bla bla bla. So, adakah kita perlu cari kerja lain? Pastu bila dapat better offer, kita pilih kerja lin pulak sampai lah kita puas hati. 


So, which one is better??


Bertahan dengan satu perkerjaan untuk kumpul pengalaman sebanyak mungkin ATAU terus cari dan mencari perkerjaan yang kita rasa kita boleh dapat yang lagi baik dan puas hati?


It is really a tough decision. Be wise!





Monday, December 2, 2013

"Berapa banyak gaji awak?"



Hallo! Assalamualaikum..


It is good to be here again. Alhamdulillah, now I got a few times walaupun tak macam dulu-dulu. Yeah, let's keep in track as usual. My new aim to blog at least 5 titles in a month. Okay kita tunggu ye!



Ihsan Mr Google




Beberapa minggu lepas, aku ada browse kat newsfeed fesbuk kawan-kawan. Macam-macam bentuk status yang dimuat naik. Ada yang "Fuhhh, berdebar", "Alhamdulillah, syukur", "Alamak, tak study lagi ni sempat ke tak?" memang betul-betul suspen, bikin otak ku hampir pecah nak pikir berkisarkan tentang apakah status-status tersebut? Lebih mencabar dari exam SPM.


Rupa-rupanya ramai yang dapat interview SPA dari jawatan Pegawai Penyelidik gred 41 sampai lah ke 75 entah-entah sampai gred 100 pun ada kot, aku tak pasti. Tahniah pada semua, rezeki masing-masing kan *bunyi cemburu yang hamat aku ni*.


Dalam banyak-banyak status yang keluar, aku rasa tertarik dengan satu status ni;


"Once married, is it good to tell how much we earn to your spouse?"


Perlu ke kita share berapa banyak gaji kita sebulan? Ada yang cakap perlu "for what is mine is yours and what is yours is mine". Ada yang cakap tak perlu sebab masing-masing ada gaji sendiri kan? Apa pendapat korang?



Ihsan Mr Google


Bagi aku, mungkin tengok pada situasi lah.


Situasi pertama:

Dua-dua (suami isteri) ada level pendidikan sama degree-degree, master-master dan bla bla bla. Kalau dua-dua berkerja dalam sektor yang sama (maksud aku contohnya kerajaan), ditakdirkan sorang kerja jawatan cikgu DG41 which is kita tau gaji cikgu ni almost RM3k gitu, sorang lagi pembantu makmal which is gaji mungkin kurang sikit lah. Aku rasa better kita berdiam diri lah untuk elakkan perasaan rendah diri pulak kan. Nanti ada yang sentap kenapa belajar sama tapi gaji lain-lain? takut ada timbul perasaan jeles dengan rezeki masing-masing


Situasi kedua: 

Si suami berkerja, si isteri suri rumah. Untuk situasi ni, aku rasa suami boleh la slow-slow bagitau berapa dia dapat gaji sebulan walaupun bukan actual amount. Kenapa? 1. Supaya isteri paham owh suami aku kerja sorang-sorang, jangan nak mengada-ngada nak beli benda mewah sangat. Berpada-pada cukup lah. 2. Menunjukkan si suami menghargai si isteri kat rumah duk masak basuh baju jaga anak-anak. Takkan taknak bagitau, dah la isteri tak tau gaji tu camne, slip gaji tu camne, yelah tak berkerja kan. Sharing is caring lah, tunjuk kat dia "Yang, macam ni lah gaji yang abang dapat bulan-bulan. Gaji RM1,550 tolak EPF, SOSCO Alhamdulillah dapat lah RM1300". Isteri pun nak tahu jugak apa benda tu kan?


Situasi ketiga:

Bila dua-dua kerja yang sama taraf. Sorang doktor sorang lagi pharmacist ataupun, dua-dua cikgu. Dalam situasi ini, samada korang nak bagitau atau tidak pada pasangan masing-masing, terpulang. Kenapa? Sebab dua-dua boleh agak berapa gaji masing-masing.



Ihsan; Mr Google


Actually, ia terpulang pada individu. Mana yang rasa perlu bagitau, just bagitau. Pada siapa yang nak simpan sendiri-sendiri, juat diamkan. Ada pro dan kontra jugak kan, ada baik dan buruk.


Kalau kita bagitau, that's mean kita percaya pada pasangan kita. Senang nak merancang masa depan keluarga. Pada yang dua-dua berkerja, yeah, hidup berumahtangga tu mesti saling tolong menolong. Suami tak cukup duit, isteri tolong bantu dan sebaliknya. 


Kalau ada yang taknak bagitau tu, kita takut nanti isteri pikir suami aku kaya ni, nak mintak itu ini pulak kan. Si suami dah mati kutu sorang-sorang haha. For those yang insist tak nak bagitau jugak, apa kata inform secara tricky. Bagitau la gaji bulan ni abang kena bayar bil eletrik RM___, bila air RM___, bayar kereta RM___, bayar bil internet/telefon RM___, makanan barang dapur RM____ dan bla-bla bla supaya si isteri tahu yang si suami ni banyak tanggungan. Yelah, mungkin ada lelaki yang senyap-senyap pasal gaji sebab taknak tunjuk dan taknak isteri pikir yang dia tak mampu nak sara isteri anak-anak. Ye dok?  


Pada aku, tanggungjawab mencari nafkah itu suami lah. Isteri yang berkerjaya, ayuh sama membantu walaupun kita ni di bawah tanggungjawab suami, tak salah kan sharing is caring? Pada yang punya isteri tak berkerja tu, harap suami tidak mengabaikan dan menidakkan hak mereka. Ye, korang boleh cakap "awak tak kerja jangan nak lebih-lebih". Jangan la macam tu kan, diorang ada hak untuk meminta  cuma pandai-pandai lah kan nak pujuk hehehe.


Jadi, mana satu pilihan anda????





Friday, November 29, 2013

Aku sudah terpilih!



Assalamualaikum..


Alhamdulillah, today went so well. Permulaan yang baik dan semoga pengakhiran untuk hari ini juga penuh dengan kebaikan.


Dalam seminggu dua ni, I've got received so many messages which asking me "Eh yani, u dapat tak interview SPA?", Eh yani, u dapat tak interview MARA?", "Eh yani, u dapat tak apa-apa interview kerja goverment?". 


My answer "NO! Didn't received any interviews so far." Kekosen nak bercakap omputih kan. Padahal yang sebetulnya "Tadok dapat lansung!".


Disebabkan ramai jugak yang mesej sampai aku terpikir, adakah semua orang dapat interview keje government yang orang nak sangat-sangat tu? adakah aku sorang je yang tak dapat interview tu? adakah menjadi kesalahan kalau aku tak dapat apa-apa interview? adakah aku harus sembam muka ke bantal sekarang juga? adakah aku perlu rasa loser?


Tak, aku taknak bersedih, taknak bermuram durja, taknak rasa down sekarang ni. Alhamdulillah, aku dikelilingi orang-orang yang sentiasa ada di sisi yang akan bagi nasihat supaya jangan give up. Dikelilingi orang-orang yang sangat positif secara automatik kita akan dapat absorb aura positif tu jugak. 


Takpe. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui yang mana terbaik untuk hamba-Nya. Kalau sesuatu pekerjaan itu kita dah mintak banyak kali, walau minat macam mana sekalipun, mungkin itu bukan ditakdirkan untuk kita. Ada pekerjaan yang lebih sesuai yang Allah dah tetapkan. Ingat, tak semestinya apa yang kita suka tu adalah yang terbaik untuk kita.


"Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui......"


Dalam setiap ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi. Sudah pasti pilihan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita. Ujian mengajar hati terdidik supaya redha dan tawakal dengan takdir yang ditetapkan. Kita akan lebih dekat dengan Allah. 


"Barangsiapa yang Allah berkehendakkan memberi kebaikan kepadanya, maka Allah akan beri melalui ujian."


Maka, sekiranya diuji,terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmah yang tersembunyi kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. 


SEKIRANYA DIUJI, JANGAN KATAKAN "APAKAH AKU TERSISIH?". SEBALIKNYA, KATAKANLAH "YA, AKU SUDAH TERPILIH!" -Ustaz Pahrol.


Amin Ya Rabbal Alamin. 









Monday, November 25, 2013

Aku...seorang adik dan selamanya adik.




Bukan senang dilahirkan sebagai sulung. Seorang anak sulung seringkali dilihat perlu menggalas tanggungjawab yang besar, menjaga adik-adik, menjaga ibu bapa bila mereka tua. Kenapa adik balik lambat? Sulung lah tak menjaga. Kenapa adik berperangai macam ni? Sebab yang sulung perangai macam tu jugak. Bila adik buat salah, sulung yang kena walau menatang minyak yang penuh sekalipun, orang tetap nampak salah yang sulung. Kesian. Memang bukan mudah menjadi seorang sulung. Semua yang beban, susah dan payah itu adalah sulung.


Namun......


Bukan mudah juga untuk menjadi adik atau bongsu. Bukan senang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang besar. Akan timbul juga perbandingan situ sini sana walaupun tak nampak dibanding-bandingkan tapi sedikit sebanyak mesti timbul perasaan rendah diri. Kenapa adik tak berjaya macam yang sulung? bla bla bla


Pada mata orang, tak susah nak jadi seorang adik. Tak perlu pikir nak menjaga adik beradik yang lebih tua. Tapi yang susah bila adik mempunyai role model yang perlu dicontohi. Contoh; Nak berjaya kena buat macam ni macam ni. Nak hidup bahagia, pilih la pasangan yang macam ni macam ni. Kenapa? Sebab evidence dah ada depan mata, mengapa perlu untuk berkata tidak? Betul tak?


Pada mata orang, menjadi seorang adik tak perlu runsing. Ada abang atau kakak yang boleh bantu dari segi kewangan? nasihat? membuat keputusan? Itu yang orang nampak. Tapi seorang adik kadang-kadang nak jugak membuktikan "Aku boleh buat sesuatu dengan usaha sendiri", "Aku boleh bantu adik beradik yang lebih tua kalau diperlukan", "Aku dah besar, aku boleh buat keputusan sendiri"., sama juga kalau ada benda yang nampak tak molek di mata, adik pun boleh nasihat yang lebih tua. Bukan nya "Kau adik, kau tak tahu, kau tak paham, jangan masuk campur, kau diam".



Salahkah menjadi seorang adik?

Salahkah nak buat keputusan sendiri?

Salahkah nak menegur yang lebih tua apa yang tak elok pada pandangan mata?

Salahkah???


Begitulah lumrah. Adik tetap akan selamanya seorang adik. Walau besar, walau dewasa, walau matang sekalipun, adik tetap akan jadi adik sehinggalah sampai satu saat yang boleh membuatkan mereka menarik nafas lega, melepaskan tanggungjawab mereka kepada seseorang yang boleh diharap. Semoga aku terus menjadi seorang adik yang tak menyusahkan keluarga.


Wassalam.


Adik yang kesedihan.


Thursday, November 21, 2013

Kerana nila setitik.....


Rosak susu sebelanga.


Hai uolss, Assalamualaikum..


Fuhhh, sekarang ni sangat tough untuk aku maintain menaip entry seminggu at least 3 cebis cerita walaupun yang merapu-rapu. How I really miss the old time.


Tiba-tiba rasa terpanggil untuk menaip secebis entry berkaitan dengan sikap kita kita yang suka menyalahkan sekelompok/ sepasukan mahupun segerombolan hanya disebabkan salah seorang daripada mereka membuat kesalahan. 


Contoh;

1. Jangan percaya pada wanita cantik, pakai tudung terletak elok kat muka, mekap flawless macam artis tapi kat rumah huhhhh bersepah, selebet, serabai, pengotor! 


2. Orang indon ni suka main bomoh-bomoh kalau tak puas hati dengan sesuatu. Lagi satu sudah la datang ke negara orang, suka buat jenayah pulak?


3. Orang pure Melaka ni kasar-kasar orang nya.


4. Kalau masuk lif ada orang Arab dalam tu mak aihhh boleh sesak nafas tak cukup oksigen sebab bau badan yang kuat.


Source: Mr Google


5. Berita tergempar pada suatu ketika sehingga menyebabkan ada segelinir para nurse kat Malaysia terasa hati.


Nampak tak kat situ? Mungkin secara kebetulannya kita terjumpa 5 6 orang yang jenis macam gini pastu terus melabelkan golongan tersebut sebegitu padahal tak semua macam tu pun kan.


Tapi dah memang sifat semulajadi kita suka melabelkan orang berdasarkan sesuatu kumpulan, jarang sekali kita melabelkan orang secara individu.


Berpadanan sangat dengan peribahasa "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Hanya kerana satu kejahatan/ keburukan samada dilakukan secara tidak sengaja atau sebaliknya, maka semua kebaikan tidak terlihat lagi. 


Dalam konteks yang lain pula, ia turut berlaku bila orang hanya akan ingat salah kau salah kau walaupun ada seribu kebaikan yang kita buat selama ni. Bila kita buat baik, takde siapa ingat. Sekali kita buat salah, benda itu lah orang akan bercakap-cakap sampai bila-bila.


Apa solusi kita? Ayuh kita amalkan seperti pesanan di bawah ni;



"Wahai anakku, hendaklah kamu mengingati segala kebaikan yang dilakukan orang lain dan lupakan kebaikan yang pernah kamu lakukan pada orang. Dan hendaklah juga kamu mengingati segala kejahatan yang kamu lakukan dan lupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang lain pada kamu"




** diam saja.. Hanya Allah yg dapat menilai apa yg kita buat. Tiada guna mengingati kesalahan orang kerana ia boleh merosak akal dan kebahagiaan kita,menjadi hidup kita tak ceria.


Sama-sama ikhlaskan diri tanpa mengingat dan mengungkit kebaikan yg dilakukan supaya mendapat keredhaan Allah.




Selamat beramal~




Sunday, November 3, 2013

Family-type person.


Assalamualaikum semua..Happy Deepavali to Indian (bajet orang India baca belog kau kan).


MR Google



Kali ni, aku taknak taip muqoddimah panjang-panjang, terus nak straight to the point. Okay, mari kita  huraikan dengan lebih terperinci apa itu "family-type-person".


Sekarang zaman orang duk berinstagram, berfacebook, What's App, Viber senang kata zaman sosial di alam maya kan. Duk pum pang pum pang tak kenal, tak pernah bersua muka eh boleh jadi rapat. Jumpa kat luar terkincit-kincit lari taknak jumpa taknak tegur. Malu.


Semua benda nak post kat laman sosial kan which is aku pernah buat dulu-dulu dan jugak sekarang (terpaksa mengaku hehe). Ada masalah sikit terus post kat fb, gaduh dengan boipren sikit post kat fb dan bla bla bla.


Ada nampak ke kaitan perenggan kat atas dengan tajuk yang nak bincang harini? Ada kan? Terima kasih memahami hewhewhew. To be honest, aku suka orang yang mementingkan family dalam apa jua ataupun sesetengah perkara especially lelaki. Susah nak jumpa yang jenis gini sekarang ni. So, bila dah dapat tangkap terus simpan elok-elok dalam poket ye.


"Nak tahu baik ke tak seseorang tu, tengok hubungan dia dengan keluarganya".


Itu yang aku selalu dengar. Yup, memang tepat sekali. Bila dia rapat dengan family, treat family dengan penuh kasih sayang, Insyaallah, lelaki itu akan treat family kita in the same way. Aku percaya lelaki mahupun perempuan masing-masing nak cari pasangan yang rapat dengan keluarganya terutama sekali ibu dan ayah. So, awas! Jangan sesekali kita mengutuk ataupun tak puas hati dengan ibu/bapa/keluarga dia. Kenapa? Ini menunjukkan kita menghargai orang-orang yang penting dalam hidup dia dan sebaliknya. Tak syok la kan nak rapat dengan kita je, tapi family taknak bermesra-mesra pulak kan.


Bila dah kawen, harap benda tu jugak yang dipraktikkan. Family comes first, then baru lah kerjaya atau kawan-kawan. Bukan senang nak dapat pasangan yang baik, yang boleh terima kita masa susah dan senang tambah lagi kita ni banyak kekurangan jugak. Bila dah dapat yang baik, jangan lepaskan. 


Jangan nak kejar sangat harta dunia yang tak kekal tu. Duit memang penting tapi tanpa kasih sayang, duit tak bermakna. Duit tak boleh beli kasih sayang, kalau boleh beli pun itu hanya kepura-puraan saja. Berpura bahagia pada luaran sedangkan dalam hati itu hanya Allah yang tahu.


Mesti orang akan kata aku " Cakap senang. Kalau dapat pasangan yang kerja biasa-biasa, tak banyak duit mesti kau taknak jugak kan?".


There's nothing wrong with that (ececece). Aku pernah mengalami situasi macam ni. Aku okay saja sebab aku ni bukan lah yang jenis bermewah-mewah, jauh sekali aku nak macam tu. Dah banyak kali aku sematkan dalam otak "Walau sayang macam mana sekalipun, aku tetap akan dengar nasihat dari family dulu". Ma aku selalu cakap "Restu mak ayah penting, baru dapat barokah". Bukan aku taknak mempertahankan hak (cinta pada seseorang) aku, jauh sekali nak menidakkan keputusan yang sepatutnya aku boleh buat sendiri. Aku pilih untuk mendengar kata/nasihat orang-orang yang kita memang tahu mereka nak kan yang terbaik untuk kita.


Again, Mr Google!


Katalah apa saja pada aku tapi jangan keluarga ku. Awak belum menjadi sesiapa lagi pada saya sedangkan mereka dah bertahun-tahun hidup dengan saya. So, which one yang betul-betul ingin kan yang terbaik untuk kita? Of course keluarga kan! Jadi, jangan belakangkan keluarga dalam apa jua keadaan. Begitu juga dengan kawan-kawan. Jangan lebihkan kawan-kawan. Salah pilih kawan, hidup terumbang ambing. Bila kawan-kawan dah kawen, jangan pulak kita mengata mereka sudah sombong ke ape sebab itu yang sepatutnya yang perlu dilakukan. Family always comes first. Itu amanah dari Allah, tanggungjawab untuk kita. 


Maaf kalau coretan ini bisa mengguris hati sesetengah pihak. Babai~

Saturday, October 26, 2013

Milik Setiap Insan.



Again! Hahaha.

Assalamualaikum jelitawanss yang membaca belog ini. Sesungguhnya hanya jelitawanss saja yang baca belog aku ni..*wink*


Siapa kat sini tak pernah lagi berhenti dan tak pernah rasa penat mencari suatu produk penjagaan kulit yang betul-betul umpphhh untuk di beri makan pada muka? Aku *angkat tangan kanan*. Aku *angkat tangan kiri*. Aku *angkat kaki kanan*. Dan aku *angkat kaki kiri*. Fuuuuhhhh.


Susah betul kan, gini lah nasib kalau hormon tak stabil. Ye, cuba salahkan hormon sendiri ye adik kakak. Bukan salah kita yang tukar sarung bantal 6 bulan sekali, bukan salah kita yang basuh selimut 3 tahun sekali. Gila kepam lah kau! kahkahkah.


Dalam masa 2 tahun ni, aku dah cuba macam-macam produk. Tak cukup untuk luaran, aku guna jugak untuk yang dalaman. Orang kata kalau dah pakai produk untuk luaran macam pencuci muka, pelembap, pengering, penggelupasan ke hape-hape lah tapi still tak jadi, why not kita cuba bersihkan bahagian dalaman pulak. Contoh dia toreh perut ngan pisau, keluarkan usus pastu cuci pakai clorox. Bersih! Gittteww kan? Macam-macam produk jugak aku consume dari range soy collagen, pure collagen, marine collagen, dari minuman ke pil, hrmm haram jadah! Walaupun ada nampak effect sikit-sikit, aku geram tak dapat continue atas sebab masalah kewangan! hahaha. Takpe takpe, sikit masa lagi aku dapat kerja jadi manager siap lah! Aku beli semua produk mahal yang ada kat pasaran.


Finally, aku rasa aku dah jumpa produk yang sesuai dengan kulit muka aku yang sememangnya dah sedia gebu ini. Tadaaaaa..... Rangkaian produk De Wajah.




Pencuci Muka De 'Wajah - RM 40.00. Kalau rajin bodek tuan kedai dapat lah dalam RM 34.00. Wa cakap lu ini memang terbaik, lepas pakai rasa halus sangat selembut sutera macam kulit bayi. Awww nak nangis! Pencuci muka dia ada 2 jenis. 1 untuk kulit normal, 1 lagi untuk kulit sensitift. Aku? Haruslah pilih kulit normal! walaupun jerawat bertenggek sekali sekala. Nak pakai tu picit sikit je pastu letak air sikit then sapu kat muka, berbuih lembut gilerr. Best! 5 bintang i bagi.


Lagi aku pakai jugak pelembap (toner), pun sama best. Ia sangat membantu mengecilkan pori-pori, pastu rasa cam segar jer. Cara pakai, tuang kat kapas then tepuk-tepuk amai belalang kupu-kupu kat seluruh muka. Biarkan ia kering dengan sendiri, jangan lap. Awww, terasa seperti menghirup udara segar, nyaman sangat! hahaha.


Seterusnya *wah ayat esei*, aku pakai jugak krim malam Soul Cream tapi jarang-jarang, tak sekerap mana ataupun lebih tepat kalau aku rajin aku pakai ataupun lagi tepat kalau jerawat naik baru aku pakai haha. Soul cream ini sangat membantu dalam memberikan ilusi optik, menampakkan kulit muka kita kelihatan sangat melicinkan, seriously. Sikit pun tak propa hewhewhew. To be honest, first two weeks memang saat yang kritikal tahap penggelupasan dia. Kalau takut, pakai selang sehari. Amaran; jangan pakai tebal. Pakai nipis saja sebelum masuk tido sebab sayang woooo. Bekas kecik je dah harga RM60. Tak sayang? Sayang uolsss, jadi pakai la nipis-nipis. Lepas je dari fasa kritikal, Insyaallah takde lagi saat penggelupasan tu, tiru lah macam aku pakai hanya bila naik jerawat je. Menjadi!


Kadang-kadang bila terasa kulit sangat menggerutu, aku pakai scrub dari Cosway iaitu Bioglo Tea Tree Facial Scrub.




Memang best sebab rasa mint, berangin-angin. Lepas pakai rasa sejuk macam duk kat gunung everest. So, yang menggerutu tu dah pergi jauh-jauh boleh bertahan dalam masa seminggu. Yang kaler oren Apricot tu tak pernah pulak I try. Mungkin sama je cuma flavour je lain. Aku suggest yang ini pun okey, boleh cuba.




Masuk bab bedak compact pulak, sekarang aku dah stick dengan bedak Color Sense Perfect Radiance Two-Way Foundation dari Cosway. Ada 3 jenis; Porcelain, Ivory & Natural Beige. Aku pakai porcelain punya nampak macam natural sangat, tak putih tak hitam, tak kelabu dan tak pink. FAku dah jarang pakai foundation cuma kadang-kadang je sebab bedak ni dah terbaik. Kalau nak dapat effect yang lagi bagus, basahkan sikit span dengan air then solek bedak terus tepek kat muka. Memang glowing. Serious aku tak propa *angkat tangan* haha. Ada yang suka pakai bedak Miyami kan, up to uolss la yang mana sesuai kan.


Last but not least, masuk jugak dalam list aku ialah Skin Perfect dari Silkygirl. 





Aku pilih type Medium sebab taknak nampak macam tepung gomak sangat. Okay, untuk foundation ni dinasihatkan jangan pilih yang light tau. Reason, lepas pakai foundation kan kita nak tepek bedak lagi. Kalau foundation dah light plus bedak pun light, tu yang jadi macam opera cina tuh!. So, kena pandai match kan lah. Kita tau kan fungsi foundation ni nak tutup cela-cela kat muka sambil nak kasi long lasting effect nak suh kekal lama kat muka kan. So, tak payah nak pilih yang light sangat lah. Nanti lepas solat zohor, asar ke mesti nak tepek bedak lagi. bertambah gomak la kau hehehe.


Okay, done. Penat nya menaip kali ni, entry terpanjang untuk tahun ini mungkin. Well, I really miss to blog pasal produ kecantikan cuma takde masa. Sekarang ada masa sikit lah, nak share dengan korang semua. Aku memang suka tengok kawan-kawan cantik.


Tapi cantik yang sebenar-benar adalah cantik dari dalam. Hati cantik, perilaku cantik insyaallah semua akan jadi cantik. Jaga tingkahlaku, hiasi peribadi kita. Love u olsss. 


Wednesday, October 23, 2013

Ketakutanku.



Aku takut Ya Allah,
Aku takut kecewa sekali lagi.

Namun,
Biar aku kecewa sendirian,
Aku mampu hadapi,
Meskipun bertahun-tahun.

Ikhlas dan redha,
Walaupun diungkap di bibir saja,
Hati seakan menolak akan perasaan itu,
Tapi aku percaya lambat laun hati pasti dapat terima jua.

Aku takut Ya Allah,
Aku sangat takut,
Kalau aku akan mengecewakan seseorang.

Seseorang yang paling aku sayang,
Seseorang yang merupakan harta aku di dunia ini,
Seseorang yang aku masih perlukan,
Perlukan sokongan dan doa yang tak pernah putus,
Tiada doa yang seikhlas dia,
Tiada doa yang setulus dia.

Ya Allah,
Beri kekuatan kepadaku,
Menghadapi semua ini,
Semoga takdir ini merupakan yang terbaik untuk aku,
Biar aku kecewa,
Tapi aku tak sanggup melihat MA kecewa,
Cukuplah selama ini aku telah kecewakan harapan MA dan ABAH.

Semoga di penghujung masa ini, aku mampu menggembirakan hati MA, aku tak mahu dia kecewa dan bersedih kerana aku. Amin.




Saturday, October 19, 2013

Jangan pernah berhenti berdoa.






Jangan kita kecewa dengan doa tidak dimakbulkan oleh Allah.Kerana Allah berfirman ” Mintalah doa kepadaKU, nescaya akan KU perkenankan permintaanmu”..Kerana apa?..Allahlah yang tahu pada masa bila DIA hendak perkenankan doa kita.Bukan mengikut masa manusia tapi mengikut masa Allah.


Antara sebab lain Allah menangguhkan Doa kita ialah:-



- Jika Allah makbulkan doa dengan cepat, mungkin manusia akan malas untuk berdoa & mengadu kepada Allah sebab sudah dimakbulkan doa. Allah suka kepada hambaNYA yang meminta atau dalam kata lain “merenget kepada Allah” .Allah tidak akan jemu dengan permintaan hambaNYA..Lain pula dengan manusia, manusia akan jemu jika seseorang manusia kerap kali meminta sesuatu.


- Selain itu, Allah hendak tangguhkan pemberiaanNYA kepada hambaNYA untuk di akhirat nanti in shaa Allah.



kadang-kadang kita berdoa hendak ‘A’ tapi Allah bagi ‘B’..Itu juga dinamakan perkenan Doa oleh Allah S.w.t. Yang paling penting, janganlah kita berburuk sangka dengan Allah jika doa kamu tidak diperkenankan oleh NYA. Sebab setiap apa yang Allah buat itu ada hikmah disebaliknya. Dan janganlah kamu rasa setiap yang kamu buat jika berjaya itu hasil dari usaha kamu tapi ingatlah ia atas kehendak & pertolongan dari Allah.



“KALAU DENGAN USAHA KITA, KITA YAKIN MENDAPAT KEJAYAAN. ERTINYA KITA TELAH MENTUHANKAN USAHA ATAU MENTUHANKAN DIRI KITA. SECARA TIDAK DISEDARI, KITA TELAH MELAKUKAN PERBUATAN SYIRIK “



Semoga kita semua mempertingkatkan pengharapan kita kepada Allah yang MAHA AGUNG. In Shaa Allah.



copyNpaste : http://titisanembun.wordpress.com/

Thursday, October 10, 2013

Sampainya hati.



Assalamualaikum semua...


Lama jugak tak menjengah blog, entah ape la yang disibukkan sangat. Siang kerja, balik petang dah nak malam pastu buat kerja rumah sikit siap-siap untuk baring dan terus tertido. Begitulah daily routine aku sejak bergelar kuli ni.. Tapi entah ke mana duit gaji aku, belum masuk hari ke-10 setiap bulan, duit gaji aku dah tinggal kurang dari separuh dalam akaun. Aiseyy, adakah ini bermakna aku harus gandakan usaha dan masa berkerja mungkin kerja 25 jam sehari 8 hari seminggu?


Last week, aku ada terstalk instagram Dr Harlina isteri Syekh Muzaffar angkawasan pertama negara tuh. Dr Harlina ada tepek gambar kat IG beliau dan turut mempersoalkan isu ini. Tiba-tiba hati aku rasa sedih, sebak, pilu dan terluka macam dirobek-robek hati dengan satu statement ini. Rasa simpati dengan diri sendiri sebab aku pikir aku ni dah golongan kaya rupa-rupanya jauh lagi perjalanan aku nak sampai ke tahap "Orang Kaya".


Gambar curik dari IG Fatin Tema sayunkk


Siapa terasa dengan statement ini sila angkat tangan, kaki, kening, telinga dan semua lah!! Sampainya hati golongan-golongan elit mengeluarkan statement yang entah sedar atau tidak, pernah ke mereka merasai peritnya kita ini yang tergolong dalam golongan kelas bawahan (low class).



Adakah aku layak tergolong dalam golongan "Low Class"?? Mungkin aku ni tergolong dalam glongan yang lebih bawah dari "Low Class" itu. Bukan setakat sejuta, 2 3 juta... 2 3 ribu pun susah nak buat saving. Kereta Mercedez Benz itu aku taknak amik tahu pun bentuk dia camane, adakah sama bentuk dan saiz dengan kereta kancil?



Lalu ku pujuk hati, usah endahkan statement orang-orang kaya yang kononnya cuba memahami dan seolah-olah mahu membela nasib-nasib golongan pertengahan apatah lagi golongan bawahan. They never never never and ever to understand it until they are in the same shoes like ours. Bercakap senang yer pakcik, cuba kita switch place we are sure you're unable to survive.


Konklusinya; Biar miskin harta asalkan kaya ilmu dan budi bahasa. Biar tidak pandai berkata-kata asalkan jangan kan disebabkan kata-kata yang dikeluarkan boleh menggores hati sanubari orang. Harta dan aset adalah sesuatu yang sudah pasti tidak akan ditanya dalam kubur nanti, hanya amalan yang dibawa ke sana nanti. Semoga kita semua berada di bawah lindungan rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T, jauhkan diri dari terlalu mengejar harta duniawi.



yang ikhlas,
Insan yang terluka.





Thursday, September 26, 2013

Berebut nak dapatkan penghormatan dari manusia.



Apa jadi dengan dunia sekarang? Adakah ini yang dikatakan dunia akhir zaman? Ya Allah, tanpa kita sedar tanda-tanda kecil yang kian membesar itu sedikit demi sedikit makin nampak jelas kan? Tapi masih lagi kita menidakkan tanda-tanda itu.


Tabik hormat sampai terkentut-kentut.


Ramai pekerja yang berdedikasi sampaikan masa rehat pun masih nak berkerja, tak keluar makan. Fokus berkerja menghadap komputer, melayan kerja yang takkan pernah habis, bila bos tengok CCTV ye lah kamu la orang yang paling komited dengan kerja. Tapi entah bila solat nya?  Lupa nak luangkan masa sekejap berjumpa dengan Dia kat atas sana.


Bila mana kena panggil attend meeting ataupun pergi annual dinner, nak lari diri sekejap nak menghadap Dia pun takut. Takut bos atau staff lain tercari-cari mana budak ni menghilang? Orang tengah meeting boleh pulak keluar lama-lama. Contoh je tu tapi memang banyak berlaku. Tak sedar kah kita ini terlalu nak dapatkan penghormatan dari manusia? Huh.


Berkereta mewah dan besar bukan lagi kerana keperluan tapi kemahuan yang meluap-luap, bila nak pergi reunion nak suruh kawan-kawan sohsehsohseh bercakap pasal kita uhhh hebatnya dia hebatnya dia. Apa yang kita dapat? 


Sama jugak situasi bila berkawan dengan kawan-kawan yang leka hal agama. Mungkin diorang terlupa kot. Keluar enjoy-enjoy, makan-makan, sampaikan tak ingat waktu solat. Disebabkan terlampau nak jaga ikatan silaturrahim antara satu sama lain sampaikan nak cakap ngan kawan "Aku nak pergi solat kejap" pun susah. Takut kawan terasa hati, ni perli aku ke ape kan? kan? kan? Pernah tak macam tu?


Mengapa kita terlalu nak dapatkan penghormatan dari manusia? terlalu menjaga hati manusia? terlalu nak menjaga hubungan antara manusia sehinggakan mengabaikan hubungan kita dengan Allah? Siapa diri kita sebenarnya? Dari mana datangnya kesenangan yang kita ada sekarang ni? Dari mana rezeki ini datang oh? Ayuh lah kita renung-renungkan~


** Ingat! Kesenangan juga merupakan satu ujian dari Allah. Semoga kita sentiasa beringat. Takkan selamanya kita di atas, belajar tunduk dan tengok ke bawah. Satu hari nanti pasti kita ke sana juga.






Wednesday, September 25, 2013

Berfikir dengan fikiran, hati dan iman.



Aku dapat rasakan zaman muda aku sedikit demi sedikit dah beransur pergi dan sesungguhnya aku rela hati melepaskan saat itu untuk masa depan yang lebih matang. Ehemmm. *Sila baca dalam nada yang serius*.


Facebook. Aku dah hilang keseronokan terhadap benda alah ni bila makin lama manusia jadi makin tidak waras menulis status yang sebenarnya boleh menjatuhkan aib sendiri, orang lain, bergaduh, memerli. Lebih parah bila post yang dipaparkan umum tu selalu nak tunjuk diri sendiri teraniaya, tunjuk diri kita lah yang paling suci, kenapa orang suka cari kesalahan kita, berdoa semoga orang yang menganiaya kita tu dapat balasan setimpal dan bla bla bla. Ehhh, kita pun sama je lah. Mungkin tak perasan, kalau betul kita baik tak payah nak post status macam tu. Diam je. 


"Akibat salah guna facebook, ramai isteri nusyuz, ramai suami dayus.Fikirlah dengan fikiran, hati dan iman setiap kali ingin menulis status berkaitan dengan diri" Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman


"Silence often has the strongest voice"


:)



Tuesday, September 24, 2013

Esok akan lebih bahagia.




"Berhenti merungut, mengeluh dan menyesal. Tulis apa yang kita syukur dari dulu sehingga kini. Insyaallah, esok akan lebih bahagia"  


Kenapa orang lain boleh dapat kerja yang bagus je? Aku ni kerja biasa je, tak tetap. Jangan mengeluh, cuba tengok ramai lagi yang tak bernasib baik di luar sana yang belum dapat kerja. Bersyukur.


Eeee, jeles nye orang tu gaji tinggi, aku ni gaji rendah je cukup-cukup makan. Jangan merungut. Gaji rendah tapi aku duduk sekali dengan family abang, dah tak perlu bayar sewa rumah, bil air bil eletrik semua sharing. Mungkin yang gaji tinggi tu nak kena bayar kereta dan macam2 lagi. Bersyukur. 


Erm, dah ramai kawan-kawan yang dah kawen dan bakal kawen. Aku ni belum lagi tak tahu bila nak ke arah tu. Jangan sedih, aku tak kawen lagi tapi Allah kurniakan adik-beradik yang sangat menyayangi dan amik berat pasal aku. Tambah lagi dikelilingi anak-anak buah yang ramai, tak sempat nak rasa sunyi. Macam gini pun dah rasa bahagia. Bersyukur.




Jadi betul lah, cuba kita audit diri *baca dalam nada ala-ala Prof Dr Muhaya*. Jangan bandingkan dengan orang lain apa yang kita takde tapi senaraikan apa yang Allah dah bagi kepada kita. Kita tak sedar sebenarnya Allah dah bagi lebih dari apa yang kita minta dari Dia.


Tapi dah jadi lumrah, manusia jarang bersyukur dengan apa yang ada dan lebih mengejar/ merungut/ mengeluh dengan sesuatu yang takde atau belum ada. Percayalah tak semua yang kita nak itu adalah yang tebaik untuk kita. Mungkin Allah tak bagi sesuatu yang kita nak dikhuatiri kita akan lalai lalu menjauhkan diri dari Dia. 


Jom audit diri kita. Bermula dari sekarang, wujudkan satu diari dan tulis "Senarai Bersyukur" kita dari dulu sehingga sekarang! Semoga kita akan lebih tenang dan bahagia bila sentiasa bersyukur. Insyaallah.




Saturday, September 21, 2013

Dua tiga tahun pertama adalah fasa pembelajaran




Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.



Ewahhh, dah pandai pakai peribahasa gitteww. Hai, Assalamualaikum semua. Aku selalu ingat mak aku selalu pesan, sabar sabar sabar. Jangan ikut hati, kelak merana diri. Nak tunggu hidup ni betul-betul stabil memang makan masa panjang. Macam mak aku, sekarang je baru boleh hidup senang bila anak-anak dah besar. Tanggungjawab mak dah lepas, kalau dulu nak beli baju raya untuk diri sendiri setahun sekali pun susah sebab nak dahulukan baju anak-anak. Tiba-tiba rasa sedih, rasa macam aku ni dah tua rupanya. Sikit lagi masa mak dah boleh totally lepaskan tanggungjawab jaga aku untuk seseorang yang bergelar suami. Waaaaah kauu..


Pic source form Mr Google.


Kadang-kadang eh bukan kadang-kadang memang selalu datang perasaan cemburu dalam hati bila tengok kawan-kawan dapat kerja bagus, gaji bagus berbaloi ngan qualification, dapat beli kereta besar-besar. Terfikir mengapa lah perjalanan hidup orang selalu baik. Pastu cepat-cepat aku hilangkan perasaan tu sebab seolah-olah aku menidakkan dan mempersoalkan rezeki yang Allah bagi. Aku lupa yang Allah tu sesungguhnya Maha Adil dan Bijaksana. Mungkin rezeki aku belum muncul lagi, mungkin sikit masa lagi, esok atau lusa. Ya Allah, harap aku dapat bersabar menunggu saat itu.


Jadi bila aku pikir balik, dua tiga tahun yang pertama dalam alam pekerjaan ni merupakan proses pembelajaran iaitu fasa di mana kita menimba ilmu, mencari pengalaman, mengenal ragam-ragam manusia dan macam-macam lagi. Cuba untuk bertahan selama dua tiga tahun dah cukup menggambarkan bahawa kita berjaya melepasi fasa yang boleh dikira kritikal dalam hidup ini. Ada orang tak mampu bertahan, baru je kerja terasa banyak sungguh halangan dan cabaran, terus berhenti taknak kerja. Rugiiiii. Orang tua selalu cakap, kalau dah lepas dua tiga tahun yang penuh cabaran, lama-lama kita dah lali dengan situasi ini campak je mana-mana kita boleh survive. Insyaallah, ayuhlah kita semua BERTAHAN!


There are so many ways/ skills how to survive. Go and learn it! It will be effective one day.



Dah kumpul pengalaman at least setahun dua, kita dah boleh dianggap senior haaaa time tu lah baru kita boleh demand sikit nak up gaji ke ape kan. Kalau kena kes company yang sungguh kedekut nak up gaji dan bonus macam company aku ni yerrr diulang macam company aku ni yang sungguh tahik hidung masin, this is the best time to blaaaaah dari sini!!! Aku ni tunggu masa je tengah cari kerja sesuai, cari peluang for better offer, environment yang condusive, aku akan cabut lari. Harap masa tu, no extend dah macam last time aku buat dengan company lama. Diorang mintak aku extend keje sebab nak cari pengganti, aku ikut je. Last last aku sendiri makan hati hari-hari.


Memang dah lumrah, manusia takkan menghargai bila ada depan mata. Bila dah takde depan mata, baru terasa kehilangan bagai. So babaiii. Maksud aku bukan menghargai kita yang kerja bagus ke ape kan, diorang akan terasa kehilangan sebab dah hilang sorang pekerja yang korang boleh suka-suka bagi arahan dan tak pernah membantah, yang boleh dipijak-pijak dan macam-macam lagi. Aku sangat berharap di saat-saat terakhir ini, aku dapat bertahan dan berkerja dengan seikhlas yang mungkin. Insyaallah.


Diorang penyeri hidup aku bila aku rasa serabut. It's true how children can put away our stress even for 5 min only. More than enough!



P/S: Allah sayang pada orang bersabar. Ingatlah bahawa sesungguhnya sabar yang paling tinggi nilainya adalah sabar ketika ditimpa musibah, sabar ketika diberi ujian dan dugaan. Amin.

Thursday, September 19, 2013

Sales Executive??


Sales Executive.

Tiba-tiba teringat satu dialog beberapa tahun lepas masa berjumpa semula Dr. Azman (my co-supervisor Final Year Project) kat UTM;

Dr Azman  : Mariani, kerja apa sekarang?
Aku           : Tak kerja lagi dokter. Hari tu jadi cikgu ganti sekejap sambil sambil tunggu konvo la konon nak                    cari duit sikit-sikit.
Dr Azman  : Kenapa tak kerja? Susah ke nak dapat kerja?
Aku           : Takde lah dokter. Ada la jugak dapat dua tiga interview tapi position Sales Executive. Nak                           kena promote barang-barang makmal, kena pergi UKM la, UM la, UPM la, kena attend                             briefing pasal alat-alat terbaru. Tak minat lah dokter, lagi pun saya ni memang fail la bab nak                         mempromote barang-barang ni. Buat malu je kalau takde orang beli. Dah la taknak beli, siap                         buat muka lagi dekat kita. Iskkk malu lah saya.
Dr Azman  : Awak ni, belum cuba dah banyak complain. Bukan nak terima dulu, try dulu. Selagi tak cuba                        tak tahu. Cari lah pengalaman dulu. Sebenarnya kerja sales ni bagus, boleh upgrade skill                                komunikasi, cara kita bercakap dengan orang bla bla bla bla.




Tak semua orang ada kebolehan untuk berkerja dalam bidang sales. Biasa orang cakap nak kerja sales ni, muka kena tebal macam kulit kaki, kena pandai bercakap, skill memujuk mesti kena power. Aku? Ada la sikit-sikit skill memujuk tapi pujuk boipren je, nak pujuk orang suh beli produk kita memang babai lah. Kalau orang cakap taknak, aku akan stop takkan pujuk dah. Dah orang taknak, buat apa nak pujuk-pujuk lagi kan? Tapi aku perasan orang sales ni dia akan pusing jugak dari A ke B ke C ke D entah macam mana boleh sampai Z then last-last kita akan termakan pujuk jugak. That's the power yang kita kena ada kalau nak kerja dalam bidang ni.


Ada orang kata, skill ni datang secara semulajadi. Contoh; Skill kepimpinan. Kita boleh nampak kan seseorang yang mempunya sifat-sifat kepimpinan. Kalau dalam group, memang nampak dia lah berkaliber, volunteer untuk mewakili sesebuah kumpulan kan. Ada jugak yang cakap skill boleh dipupuk. Contoh; Tak boleh bercakap depan orang ramai, kurang keyakinan diri. Kalau kita selalu berlatih, public speaking misalnya, spontaneous kan lama lama kita akan terbiasa.


Masa mula-mula aku jejak kaki kat company sekarang ni, Victual Industries, seriously aku ni sungguh ragu-ragu boleh ke aku bekerja ni nak handle customer's complain. Alah, handle customer melalui phone call je pun. Perghh, memang berdesup jugak la jantung kena marah dengan customer, rasa takut dan seram sejuk je padahal bukan nampak muka pun! Aku nak bersuara pun rasa rendah diri. Tapi bila dah lama-lama, dah tahu taktik secara automatic kita boleh handle dengan baik. Kadang-kadang rasa terharu dan bangga jugak la kalau customer call "Hello, may I sepak to Yani", "Hai, Yani ada?", "Yani, I nak request Halal Cert, COA, MSDS bla bla bla bla". Awwww... kita dapat rasa ada orang selesa dengan cara kita berkerja. Rasa sangat dihargai.


Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah setahun setengah aku kerja kat sini. Dah sayang ke kerja sekarang ni Mariani oii? Sayang tu ada lah sikit-sikit. Tapi sekarang ni aku mula rasa yang aku perlu improve diri, ada aim, ada target semua. Takkan selamanya kita kat satu tempat je. Bagi aku 2 - 5 tahun ni adalah tempoh mencari pengalaman kerja. Jangan nak demand sangat nak dapat kerja yang bagus-bagus gaji tinggi sedangkan pengalaman kita seciput. Insyaallah, suatu hari nanti akan ada rezeki Allah janjikan untuk orang-orang yang bersabar.


Kesimpulannya ape wehh? Hrmmm, mungkin aku nak buat kerja sales kot lepas ni. Nak cabar diri. Biasa kerja sales ni di'conquer' oleh orang Cina je. Tak ramai orang melayu buat sales. That's why aku sangat respect dengan orang melayu yang boleh bertahan buat kerja sales. okay, we will see how far Mariani bercakap besar, nak kerja sales konon. Phuiii..hahahahha

Saturday, August 24, 2013

Ikhlas hanya di mulut tapi tidak di hati

Assalamualaikum semua..



AJAIBNYA SEDEKAH: SEMAKIN BERSEDEKAH, SEMAKIN KAYA





Situasi dalam surau kat Tesco Bukit Puchong, 5 bulan yang lalu..


Masa tu aku n Azma macam biasa rehat kat Tesco, tempat feveret makan, shopink, semayang, all in one la katakan. Jimat masa. Ada satu hari kitorang baru masuk surau nak solat Zohor. Ada sorang remaja ni baru je siap solat, tengah pakai tudung, dah siap-siap tapi tak keluar pun. 


Aku ada perasan yang dia ada pergi dekat seseorang yang ada dalam surau tu jugak tapi tak sure apa yang dia cakap, suara slow je. Aku ingat tu mungkin kakak dia ke, mak sedara dia ke. Mungkin nak pesan, dia tunggu kat luar kot. Tapi orang tu tak layan pulak.


Dah selesai kitorang solat, pakai tudung, tiba-tiba, dia datang dekat kitorang dengan muka sedih. 


"Akak, akak ada duit tak? duit saya jatuh tadi, pegang kat tangan. Saya nak isi minyak motor, jap lagi nak balik kampung. Saya takde duit kak"


Hahhh? Aku blur time tu. Aku ni memang tak boleh orang kacau time aku duk ngadap cermin. Aku tak fokus haha. Pastu Azma tanya, ada duit tak? Aku pegi korek dalam beg, ada jumpa RM5. Lagi satu, aku memang jenis tak suka pegang duit banyak sebab kalau ada banyak lagi cepat habis. Ngam-ngam ada RM5, ada je RM1 sehelai dua tapi takkan nak bagi yang tu kan. Azma pun ada RM5 jugak kalau tak silap aku.


Lepas tu dia pun cakap thanks dan pergi. Aku pandang Azma, and dia pun pandang aku. Walaupun kitorang tak bercakap apa, tapi pandangan mata tu cukup menggambarkan apa yang kitorang nak cakap. 


Bukan niat nak kedekut ke ape kan. Actually, kitorang jadi lebih berhati-hati sebab baru seminggu - 2 minggu sebelum tu kitorang kena tipu ngan Cina Baba Nyoya yang offer grand prize kereta Mazda, percutian ke Istanbul, Pegi Mekah. Memang dah melayang duit pun.....huhu..


Cepat-cepat kitorang cakap iskkk, takyah la pikir bukan bukan. Ikhlas. Dah bagi pun. Tapi......... *Ikhlas tapi ada tapi tapi lagi.... ikhlas ke camtu?*


"Dia solat, pakai tudung.. tak mungkin la tipu kita kan,? Lagipun dalam surau ni" kitorang terus ber"question mark" sesama sendiri. 


Keluar bilik surau tu, tak habis lagi tau discussion kitorang. Entah camane kitorang boleh terfikir nak follow budak remaja tu, betul ke naik motor? Kata nak balik kampung? Kampung kat mana? RM5 tu cukup ke nak isi minyak nak balik ke kampung? 


Masa nak pergi ke tempat parking, mata kitorang melilau-lilau cari kot-kot dia ada kat parking motor. Tapi takde. Dalam hati ni, bukan nak berkira. Sikit pun tak! Cuma kita nak tahu budak tu bercakap jujur ke tidak. Kalau tak jujur, tu urusan dia dengan Allah kan. 


Itu yang kita pikir, kita rasa. Tapi kita tak sedar, apa yang kita dapat? Ikhlas ke camtu? Betul ke kita ikhlas? Kalau kita ikhlas, kita takkan pikir yang bukan-bukan. Betul tak? Macam ada hot tip kat Hot FM, kalau kita nak bersedekah tak payah la tanya macam-macam betul ke dia ni? Jujur ke duit ni disalurkan ke rumah anak yatim? Kat situ pun kita dah pikir macam-macam. Agak-agak kalau kita bagi jugak duit tu tapi dalam hati penuh dengan persoalan, dapat tak pahala??? 


Again, this is self reminder untuk aku dan jugak kawan-kawan yang pernah ada persaan curiga kat orang. Niat ikhlas tu penting.. Renung-renungkan~