Monday, October 29, 2012

The craziest jammed ever~














Tsk tsk tsk tsk tsk.. perjalanan yang amat memenatkan. Ini lah dia pengorbanan yang sebenar-benarnya!! Sekarang dah makin maju, tak macam dulu-dulu. Dalam hutan pun boleh update traffic. At least ada jugak benda yang boleh hiburkan hati kitorang yang kebosanan.


Semalam aku nekad takkan amik cuti sakit. Cuti sakit? cehhh. Aku taknak guna jugak cuti annual leave sebab pikir nak simpan untuk cuti bertunang nanti. Cehh, double cehhhs! So, hari ni aku kotakan janji pada diri sendiri, aku tak MC. Yeahhhh!!


Cuma amik emergency leave jeww.. hewhewhew..





Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha-motif kemas rumah#



Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi, 8 jam perjalanan, kecut perut nak terkincit terberak semua bercampur jadi satu. Awal-awal perjalanan tu dah makan jem berbotol-botol.


Sempat capture KLCC sebab jem yang amat dasyat!




Abang aku ni memang hebak, semalam masa aku tertido rupa-rupanya dia tengah racing pintas memintas ngan kereta satria neo JMJ, sampai aku terhantuk kat cermin sebab dia brek mengejut. Dalam hati aku ni "Halamaaak, kenapa aku boleh tersedar", tak pasal-pasal mata aku terus bulat tak boleh nak tido, berdebar woo.


Pasni tobat aku naik bus je la balik kampung. Ayat yang selalu keluar dari mulut abang aku "Haish, ketow depan ni sikit sikit brek sikit sikit brek". Hello, kat selekoh kot!! Lagi satu "kalau tak bawak laju, tahun depan la baru sampai". Hokkay, foinne!


Sesampai kat rumah, ma tegur "Pergilah kemas rumah".


Kemas rumah? Nampak dah kemas dah tu, bersih, takde sarang burung.


Ma tanya lagi; "Tadok orang nak datang beraya rumah kita ke esok?".


"Tahun ni tadok lagi orang datang. Tahun depan mesti ada"  hewhewhew


Okay, bye~


~Selamat Hari Raya Aidiladha~




Oh baideway, tadi dah beraya ngan budok kicik, Ammar..mmmuahhhxxx...




Monday, October 22, 2012

Ujian lagi.



Ini adalah entry balas balik kepada entry yang telah dibuat oleh seorang part time blogger yang semakin berjinak-jinak menulis entry 10 ketul per month..boleh baca di sini


Iols rasa sakit hati sangat sebab dia dapat dua helai kertas A4 untuk conteng segala gambar rajah, buat kira-kira masa exam Mtest sedangkan iols hanya dapat 1 helai jeww. 1 helai?? Mana lah cukup sampaikan iols terpaksa mengira atas meja pastu kena padam balik tsk tsk tsk. Nak angkat tangan mintak extra kertas kan macam bersungguh pulok, terus semat dalam hati "Behave ustazah, behave!" ehem ustazah-wanna-be.




Ada beberapa soalan yang masih lagi berlegar-legar kat kepala iols, terasa macam nak tegelak tahu..Yang paling aku sentap bila jumpa soalan ni;



Anda tidak pernah jemu memohon sesuatu pekerjaan kerana anda terlalu minat (lebih kurang camtu la soalan)
Rasa macam nak hitamkan jawapan sampai tembus kertas, Ya! Ya! Ya!.. Saya tak pernah jemu apply cekgu ni sampaikan J-Qaff pun apply, ni dah masuk 4x tahu dapat mtest!! hewhewhew..




Tengah duk kalut ribut jawab soalan dengan tak cukup masa nya, tiba-tiba saya teringat kat seseorang sampaikan tertulis nama dia hewhewhew. Kaitan sangat kan sebab nak jadi ustazah..;D.. Can u spot the name cik yatt??




Perghhh, formula panjang lilitan bulatan, indeks, pecahan setara, pecahan wajar, rombus, sisi selari, persamaan tak linear semua keluar weh. Mentang-mentang otak tengah fresh lagi kan duk ajar si Afiq & Aqmal minggu lepas. Paper analitikal ni aku bajet good-good giteww tapi jangan tanya paper verbal yang ada Dadu, Abok, Bebe, Pot pot, Comot, Coco, Momo semua tu.. Paper BM ngan BI pulak memang terbaik lah, ni bukan calang-calang senapang aku bawak masuk. Ni senapang high class giteww. Sekali tembak dashuumm mengena tepat pada jawapan.


Kahkahkah. Pagi-pagi sampai kat Sekolah Teknik Klang aku dah rasa down gile. Pandang kanan pandang kiri semua datang ngan pasangan, siap dukung anak kecil tuh! Sampai aku tertanya-tanya kriteria untuk amik Mtest ni kena berkeluarga kew? Pastu masa jawab exam, serius tak dapat pokus sebab terganggu oleh kebisingan anak-anak kecil yang menjerit kat koridor bawah. Haishhhhh! *Alasan baik punye mariani*


Okay, iols taknak amik tahu dah pasal benda alah ni. Bila result keluar pun taknak amik tahu sebab terasa macam keputusan tu dah dapat. Terang-terangan ini kpli J-Qaff. At least kena ada sijil dalam pengajian Islam. Orang cakap siapa-siapa yang apply ni mesti dapat ujian Mtest, ye lah dah bayar 6 hengget beli no pin. Kira 6 hennget ni bayar untuk kertas soalan la, amik syarat je. Betul ke?


So? So? So??



Friday, October 19, 2012

Percubaan ke-4~


Always expect the worst, you will be fine dear




Aku biasa-biasa saja, walaupun kali ini dah masuk kali ke-4 percubaan, aku masih lagi "underdog", belum capai tahap senior. Mungkin boleh dipanggil senior tapi senior dalam menggagalkan diri untuk ke peringkat seterusnya hewhewhew. Sekali lagi aku cuba taknak meletakkan harapan tinggi. Semoga semuanya baik-baik saja untuk esok hari. Kalau boleh aku taknak bawak senapang, pistol semua. Insyaallah.


Selamat malam semua~



Thursday, October 18, 2012

Aktiviti malam yang sengal~

























Monday, October 15, 2012

~Sweet Escape in the making~



Hewhewhew..tajuk dah shuwit sangat bunyi nye... malam ni saya dapat luangkan masa dengan awak, dah lama tak makan depan awak, dah lama tak tido di sisi awak, wahai laptop ku cayunk mmuahhxx mmuahhxx xoxo.


Semalam adalah hari terakhir aku ajar tuisyen untuk Afiq, Aqmal dan Aiman. Eh baru perasan geng triple A. So, aku dah merdeka sama macam mereka, dah habis PMR. Alhamdulillah, di saat-saat akhir aku dapat rasakan yang mereka ni ada kemajuan walaupun sikit. Bagi aku, sudah cukup. Semalam kat pintu pagar diorang hantar aku siap tanya "Pasni kita dah tak jumpa ke cekgu?". Aku senyum "Boleh, dekat jew kan rumah kitew. Nanti saya belanja Burger King yer". "Okay, nanti cekgu roger roger la kitorang". Alahai, ingat cekgu polis ke hapee? teheee. Si Afiq pulak menyampuk "Cekgu, SPM nanti ajar kitorang yew". Alorhh, kenapa buat ayat tacink gini??


Tadi kak bi hantar mesej cakap mekaseh banyak-banyak, alahai hati ni cepat sangat nak tacink ni kenapa? Sama-sama kasih. Saya dah anggap diorang ni macam adik-adik saya la kak, nasib baik kak bi panggil saya yang ajar tuisyen. Nak tahu kenapa? sebab Afiq ni kejap-kejap bbm, kejap-kejap duk tweet, tak fokus. Kalau akak panggil cekgu yang betol-betol profesional rasanya dah lama makan penampar ni hewhewhew. Saya relax je kak sebab saya pun duk tweet tweet jugak time diorang jawab soalan ;D.


Dalam masa 2 bulan lebih ni, aku dah postponed banyak planning. Holiday yang entah ke mana, di mana Melaka ku? di mana Port Dickson ku? di mana Legoland ku?


So, here we go~


November - Hello Melaka Bandar Bersejarah!
Disember  - Port Dickson
Januari      - Legoland hoiiii


Aku dah planning baik punye Melaka ni dari hari sebelum puasa lagi, tunda lepas raya, dan dan aku kena minor eksiden melayang duit, kawan aku Sarah pun eksiden okay tak jadi. Bulan 9 aku start tuisyen takde masa nak keluar, harap-harap November ni jadi lah. Deepavali kat Melaka lah nanti yeww.


2 3 hari lepas Ain mesej aku, "Yani, terasa nak gi Legoland la, macam best". Ya Allah, aku memang duk tunggu-tunggu orang ajak pergi Legoland ni, siap pesan kat Zara usha tiket bila ada promosi, aku pecut g sana terus ngan Aida & As. Oh sebelum tu aku nak mintak maap sangat dengan As sebab tak dapat teman dia interview kat Johor minggu lepas. Bukan taknak tapi terikat dengan anak-anak nak PMR ni, tak boleh nak tinggalkan. Terkilan jugak la tak dapat teman As, time tu dah terbayang ayam penyet pinang tu alahai kecur hoi kecur air liur. Takpe takpe, siap kau nanti ayam penyet.


Okay la, rasa mengantuk pulak lepas minum ubat batuk ni. Hapeee? Aku minum ubat? Yayyyy, tak sia-sia bayar mahal. Daaaa~











Sunday, October 14, 2012

To anonymous.




Honestly,
I want to be part of your joy,
On your big day,


Oh, but I know I can't!


I send you no sms,
no greetings,
but if you accidentally drop by here,
I wanna say this,


"Hey, kenapa senyap-senyap je grad?"
"Tacink sangat taw"
"baideweii, congrats to you!"



May your wishes come true,
May your life gets better.


**ohmyenglish totally hancur.










Friday, October 12, 2012

Hadiah untuk diri.



Setelah hampir dua bulan berkerja secara luar biasa, at last aku berjaya dapatkah hadiah untuk diri sendiri. Hari ini, 12 Oktober 2012, aku berjaya mendapatkan MC sekali lagi. Tak tahu la kenapa lately aku senang sangat ditimpa sakit. Kalau tahun-tahun sebelum ni, aku susah nak sakit atau demam. Sistem imunisasi kebal lah katakan.


Atau mungkin sebenarnya aku tak sakit, cuma emosi dan mental je lemah. Siang hari aku masuk kerja dari pukul 8.30 a.m sampai pukul 6.00 p.m. On the way balik, aku singgah kat kedai nak fotostet kertas soalan. Dan dan sampai pukul 7.00 malam. Sampai je kat rumah, terus mandi, solat sebab nak rush pergi ajar tuisyen pukul 8.15. Makan?? Ahh, kadang-kadang sempat aku makan. Kalau tak sempat, aku postponed makan bila balik tuisyen nanti. Tapi bila balik lewat malam, aku lupa nak makan ececece.


Dah 3 minggu berterusan macam ni sebab budak-budak dah nak PMR. Kalau sebelum ni tuisyen selang sehari, sekarang hari hari tuisyen. Itu yang agak penat. Jadi aku macam dah hilang kualiti masa untuk diri sendiri. Sampaikan satu tahap aku berdoa mintak nak sakit. Jadi aku boleh berehat kat rumah di kala orang lain sedang berkerja. Dapat berehat pada hari berkerja tak kan sama dengan berehat pada hujung minggu. Ya Allah, maafkan diri ini sekiranya aku menganiaya diriku sendiri.





Upper Respiratory Tract Infection??? Nama kemain hebat tapi sebenarnya batuk jeww uhuk uhuk uhuk.




RM 40.00! Mahal dari kebiasaan. Biasanya sebelum ni RM 30 jeww, mungkin sebab tadi dia tanya awak ada drive nak pergi mana0mana tak hujung minggu ni? Eh, mestilah ada dokter. Nak dating. Okay, saya bagi awak dua ubat selsema la. 1 untuk siang, 1 untuk malam. Yang malam ni mengantuk sikit. Choyyy!! Aku ni ubat buat perkasam jew. Jangan harap aku nak makan!!




Koleksi ubat-ubatan. Jadi perhiasan tepi katil. Ekcelii banyak lagi kat dalam peti sejuk.



Harharhar.. Dokter dah tulis kat situ habiskan !!!  Tak sempat nak sentuh lagi, maklumlah gigi dah tak sakit, buat apa nak habiskan. Ye dokk???



Okay, izinkan saya beradu. Bye~


Saturday, October 6, 2012

I've just stop showing it.



Do I need to cry in front of you so you can 

understand how much you hurt me?




I love those random memories that make me smile no matter what is going on in my life right now


When you're happy, you enjoy the music. But, when you're sad, you understand the lyrics.


I hate People Who lie to my face when I already know the truth.







** Apa semua ini???  in mood baca tweet budok2 remaja, amik feel.





Thursday, October 4, 2012

Lambat tapi cepat.



Rasa nak jerit jer kat semua orang "Hargailah masa". Baru sekarang aku paham peribahasa atau simpulan bahasa ke apa entah bahawa "Masa Itu Emas".


My life is totally miserable rite now. Nak pikir itu la, ini la, itu la, ini la. Cuti kawen tak apply lagi eh eh cuti raya la, belum sempat apply. Yang aku tahu, masa makan, tidur, online semua dah lari timing. Mandi pun dah tak sampai 5 minit, rushing sangat. Berkejaran ke sana sini.


Aku harap sangat Oktober berlalu dengan lambat tapi cepat.







1st 'Comeback' Post on 2017

Assalamualaikum.. This will be the very 1st post on 2017. Konon-konon post comeback dari aku la. Harap-harap aku dapat istiqomah dan buka...