Saturday, August 16, 2014

Kalau dah jodoh



Bismillahirrohmanirrohim.. 


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah Ya Allah.. 31/7/14, aku sah menjadi isteri kepada Muhd Syafiq Che Noh. Rasa tak percaya, nak pengsan pun ada. Betul ke? Betul ke? Terasa semua ni berlaku sekelip mata, tak sampai setahun atau lagi tepat selama 5 bulan arghhh sungguh tak pernah terlintas di fikiran ia akan berlangsung dalam waktu sesingkat ini. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya ini adalah aturan dari Mu yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu.


Biarlah aku simpan semua cerita ini sendiri. Dulu sebelum kawen, aku pernah nekad taknak bercerita lebih-lebih tentang hal bercinta, kawen dan seterusnya sebab pengalaman yang lalu sungguh mengajar aku agar jangan terlalu excited dengan sesuatu yang belum pasti. Dan aku cuba remind diri sendiri di kala aku bercerita dengan ghairahnya, seronoknya hal rumahtangga aku pada umum, mungkin ada hati yang terluka. Ada kawan2 yang masih belum bertemu jodoh. Doa ku untuk semua, semoga Allah permudahkan. Sesungguhnya jodoh pertemuan ajal dan maut adalah rahsia dari Allah.


Kalau dah jodoh, Insyaallah...... :)


Untuk kawan-kawan yang mengenali diri ini yang aku dah terlepas pandang jemputan (sebab buat majlis kecik je).. maaf dipinta dari hati yang tulus ikhlas. Doakan kami berdua bahagia sampai ke Syurga Ilahi. Insyaallah..








1st 'Comeback' Post on 2017

Assalamualaikum.. This will be the very 1st post on 2017. Konon-konon post comeback dari aku la. Harap-harap aku dapat istiqomah dan buka...