Monday, January 30, 2012

Awan Nano Nano Nano Nano-Juara Lagu ke-26



Holla..Selamat pagi semua. Semua? ada le beberapa orang yang baca belog ni. ekekeke


Hari ni masih lagi nak pum pang pum pang citer pasal AJL ke-26 semalam. Untuk sentiasa kekal up-to-date. Tak kan nak citer benda lain dah. Relax la kan.


Okay, setiap orang ada pendapat masing2 kan. Macam aku jugak. Tapi kadang-kadang pendapat aku ni mengalahkan juri2 pro hak hak hak.


Aku suka dan setuju sangat bila Awan Nano dinobatkan sebagai juara. Kenapa?

  • Lirik jujur dan setulus lagu 'Tolong Ingatkan Aku-Ana Raffali'. ;P
  • Sebab Hafiz pakai baju t-shirt n sluar trek.
  • Hafiz dah trim sikit rambut, takde la nampak kering dan menggerbangkan sangat
  • Sebab ada Herman Tino.
  • Lagi best kalau la Hafiz panggil Johan Lawak berlakon jadi bapak dia hak hak hak.
  • Hafiz tak ubah banyak sangat lenggok nyanyian dari yang original.
  • Tapi aku frust sebab ingat ke Hafiz nak buat macam tahun lepas yang die tukar baju hitam kepada putih, kalau la dia buat magic sekali lagi tukar baju PJK kepada baju lain smart kan?



enjoiceee!!!



Saturday, January 28, 2012

Jom speku AJL26


Holla..


Baru lepas update belog 2 hari lepas, mentioned yang aku ni seorang yang up-to-date. Senang je nak jadi up-to-date. Kita bercakap pasal Anugerah Juara Lagu 26 sekarang. Ye, sekarang! Terasa duduk bawah tempurung pulak kalau tak cakap pasal AJL tehee.


Taknak banyak cakap la, cuma nak speku sape yang bakal menang AJL malam esok. My choices goes to;



  • Awan Nano
  • Beribu Sesalan
  • Sedetik Lebih
  • Kekanda Adinda
  • Kisah Hati
  • Kalau Berpacaran
  • Gadis Semasa
  • sungai Lui

Pergghhh, macam semua je nak sumbat dalam top 3. Boleh gitewww? Biasa nya lagu yang ramai orang tak suka or benci tu la akan jadi juara. Lagu apakah?

Cinta Facebook?

Karma?

Wanita Seluruh Dunia?

Eh, aku suka je lagu wanita seluruh dunia. Lagu special untuk wanita macam aku kan? hakhak. Cuma aku tak berapa nak minat vokalis dia. Suara macho tak ingat. Aku lagi prefer Erul AF9 nyanyi masa dalam AF dulu. hek3

Cinta Muka Buku pun aku suka. Reminds me yang aku dulu pun bercinta melalui facebook jugak wakakaaka kantoiii. Lagu dia sangat catchy. Tak payanh nak pening kepala sangat.

Karma? Mungkin pujian untuk lirik dia yang penuh dengan meaning tapi lagu ni terlalu berat. Ye, aku dah timbang. 45kg. Sama berat macam berat badan aku. So, aku tak berapa nak minat. Music tak catchy, kena dengar banyak kali baru boleh suka. Unfortunately, aku dah berpuluh2 kali dengar, still aku tak minat. wakakaka. (Harap2 lagu ni jangan menang okay. peace)

Dalam banyak-banyak lagu, aku pilih Awan Nano. Aku pernah menangis tengok dia punya video clip. Feeling die memang kawwww. Aku harap Hafiz Suip ni boleh trim rambut dia sikit untuk AJL esok. Dah macam sarang lebah rupa nye kekekekeke. And aku membayangkan dia akan bawak awan masuk dalam studium nanti. Insyaallah.

Aku minat 3 suara. Mungkin bagi Vokal Terbaik. Dan mungkin jugak ada tempat dalam top 3. 

Lagi aku suka lagu Kekanda Adinda sebenarnya. Gedik giler. Aku suke gedik! Comel je. Kalau Berpacaran pun lirik dia sarat dengan nasihat. Haaaa, jangan main-main kalau aku dah start jadi juri. Lagi hebat dari juri. Wahwahwah.

So, korang speku lagu mane yang akan menang?



Friday, January 27, 2012

Aku dan dia..ada jurang pemisah antara kami.


Perghh tajuk. Jarang sekali sebenarnya aku nak post benda-benda yang melibatkan hati. Takut orang lain rasa annoying. Dan takut juga kalau ada yang terluka. Mood; Jiwang gilorr.


Aku dan dia..
Memang ada jurang pemisah. 
Yang sangat besar. 


Aku dan dia....
Punya pemikiran 
Yang jauh berbeza sama sekali.


Aku dan dia...
Datang dari dunia berbeza.
Berbeza dari pelbagai sudut.
Perbezaan ini membuatkan hubungan ini serba tak kena.
Makin lama makin aneh.


Aku dan dia....
Emmmmm.....
Terasa malas nak sambung.
Dah kering idea.
Bye!


Muahaahahaha.....



Thursday, January 26, 2012

Biar mereka je la yang explore


Holla....


Okay, this year tahun naga kan? So, aku masih menunggu apa benda tuh? Orang kata 'luck'. Luck ape ntah kan. Taknak berusaha tapi nak harapkan sesuatu tu jatuh dari langit (lebih kurang la).


Aku lahir tahun 1988 (tahun naga ehem). Sebetol nya lewat 80-an kan. So, no wonder la kalau kelompok2 yang lahir tahun tu dikira agak moden jugak la. Tapi aku ni tergolong dalam kategori yang mana satu? Nak kata moden takde la sangat tapi nak kata so-oldskul pun tak jugak. Mungkin dalam sesuatu hal sajorkk..


Okay, yang atas tu cuma intro saja. Takde kaitan dengan benda yang akan aku type lepas ni. Bosan barangkali duk kat rumah macam ni. Manusia kan suka tak bersyukur. Time kerja duk mengeluh bila nak cuti. Bila cuti, bosan.


Aku kan suka share benda2 kat belog sebab tak ramai yang baca. Kat facebook? Biar je la diorang conquer. Diorang tu sape? Remaja2 sekarang ni la. Zaman kegemilangan aku dan kelompok ku sendiri dah berlalu beberapa tahun lepas. 


Sebab tu Disember tahun lepas aku paksa adik suruh buat account facebook. Tak nak bagi ketinggalan zaman. Yela, umur dah nak masuk 18. Tengah tunggu SPM. Masa lapang macam ni la kena buang sikit2 kepada benda yang tak berfaedah bukan? harharhar. Tapi sekejap je die mengadap fb ni sebelum di offer sambung belajar kat UTP. Belajar rajin-rajin ye dik. Jangan jadi macam aku, belajar malas. JOBLESS.


Sebenarnya aku nak share yang aku beli handphone baru. Yer, handphone! Sesuatu yang macam bukan diri aku sendiri. Mungkin aku dirasuk ape ntah sampai boleh pergi beli telepon baru. Sebelum ni aku pakai henpon biase jew. Perlu tanya lagi ke? 


NOKIA 3310 la kan. Time tu kalau sape pakai 3315 (keypad bersambung) memang hebat. Masa tu kat matrik hahaha. Tahun 2006 kooooottt. Tahniah2. Bila dapat masuk UTM, aku memang dah semat dalam pikiran. Dapat je ptptn, aku nak beli henpon! Tapi aku tahan keinginan aku sampai masuk tahun ke-2. Mungkin sebab takde boyfriend time tu. Tak kisah ada henpon ke tak. heh heh


Tadaaaa~






Aku beli henpon ni. Kelaas jugak kan. Padahal time tu orang duk gebang pasal nokia music express ape ntah. Aku tak peduli mana sangat benda alah ni. Asalkan aku tak perlu guna charger nokia lubang besar, aku dah cukup bangga. Kah kah kah! Yang ni aku nak marah dekat Khalila (my roomate) sebab berjaya mempengaruhi aku. 


Baru-baru ni, mungkin aku dah kena tulah (sumpahan) sebab aku benci kerja kat kilang batu seramik ngan bangla n Vietnamese tu. Nset aku sekali lagi jatuh kat jamban situ. Dan dan petang tu jugak lepas balik kerja aku redah jem pegi beli henpon baru. Esok tu tahu tak ape jadi? Aku tak pergi keje. Malas. And officially resign. Huarghhh..


Aku beli henpon apakah? Tadaaaaa~






Samsung Galaxy Y

Aku beli sebab ada promotion. Kalau takde promotion, aku nak beli samsung corby jeww. Lagi murah. Tapi sebab taknak out-to-date kan, aku beli ni. Tak payah nak sorok harga sebab semua tahu kan RM449. Kah kah kah. Itu je yang aku mampu. 

Seminggu aku guna henpon tu, aku godek2 sorang sorang dalam bilik. Sampai kan mak, abang, kakak aku call aku tak angkat. Bukan sengaja tak nak angkat or malas nak bercakap. Tapi aku tak tahu macam mana nak angkat. Huarghhh..Puas aku tekan kat gambar phone kaler hijau kat screen tapi tak dapat. Owh rupanya kena swipe ker? Memalukan. Tak cukup ngan itu, aku ingat jari aku ni dah cukup runcing, halus n kecik. tapi setiap kali aku nak taip mesej asyik terkena hurup lain je. Ni yang aku rimas nak pakai touch screen.

Sekarang aku tengah berkira-kira nak tukar henpon touch screen ni dengan adik. Sebab aku lemas. Rimas nak explore benda canggih ni. Biar mereka je la yang explore. Orang-orang muda. Bukan aku.

Sekian.


Wednesday, January 25, 2012

Gigit-gigit cuping telinga kecilmu.



Sungguh annoying masa mula-mula dengar lagu ni. Dah takde lirik lain ke? Tapi bila lama-lama dengar dan menghayati lirik betol-betol, terasa macam nk gigit-gigit cuping telinga kamu jugak la ahakz..


So comel! Layan~






Obsesiku-Aqasha (OST Gemersik Kalbu)

Matamu....Bibirmu....Pipimu 
Dan juga senyum mu
Membuat aku lebur
Hanyut dalam ghairah 
Kernamu....
Tubuhmu...Harum mu....
Hatimu oh semua aku mahu

Ingin ku gigit-gigit 
Cuping telinga kecil mu
Luahkan perasaan ku
Membisikkan aku cinta kamu
Asmara di setiap pagi hari mu
Dengan harapan agar kau tahu
Semoga kau tahu

Ku gilakan mu
Aura mu memujuk rayu hatiku
Sering bergoncang jiwa ini
Siang malam ku gundah
Tiada melihat wajahmu
Ku rindu...Tubuh mu
Harum mu...Hati mu
Oh semua aku mahu



Monday, January 23, 2012

Produk Skin Care Terbaik dari CNI



Holla....


Actually, dah lama teringin nak update belog tapi skang busy sikit. Busy dengan majlis kawen orang. Majlis kawen sendiri? eheh relax, lambat lagi. So, bersesuaian sangat la entry kali ni pasal beauty, again. Yup, again! Kenapa again? Sebab dalam belog ni dah banyak produk kecantikan yang dah di review. 


Kepada sesiapa yang bakal berkahwin atau bertunang ke apa tapi risau muka tak cantik, jerawat banyak, parut, muka tak glowing.....harap-harap produk ini akan jadi solution yang terakhir untuk korang semua. Yer, yang terakhir! After this, takde lagi produk lain. Insyaallah.




Produk CNI Skin Care

CNI Basic Skin Care A - RM 204.00
  • Skin Wash 1A
  • Skin Soothe 2
  • Skin Moist 3A

Yang ni special untuk muka-muka yang kurang naik jerawat tapi masih lagi ada jerawat manja-manja gitewww

Skin Wash A
  • Sabun tanpa buih, menanggalkan solekan, membersih secara mendalam
Skin Soothe 2
  • Kekalkan kelembapan dalaman, mengimbangi pH kulit. Macam toner.
Skin Moist 3A
  • Meningkatkan keanjalan kulit. Kalau pakai yang ini kulit nampak lembap (tak kering) dan berseri.

CNI Basic Skin Care B - RM 204.00
  • Skin Wash 1B
  • Skin Soothe 2
  • Skin Repair 3B
Set B pulak special untuk kulit muka yang berjerawat dan berminyak. Nampak macam sama kan tapi ada beza. Contoh; Skin Wash 1B. Kalau yang set A; Skin Wash 1A. Jangan tertukar ye.

Skin Wash 1B
  • Mengimbangi sebum, anti radang. Insyaallah, muka tak merah sangat sebab jerawat. Saya pernah pakai dulu, memang okay.
Skin Repair 3B
  • Mengecilkan liang-liang roma. TRUE!! Sangat berkesan untuk ini.
  • Menyubur dan memulihkan kulit yang terjejas.

CNI Skin Balance Essence - RM86.40


  • Mengimbangi pengeluaran sebum, kecut liang roma, mengurangkan keradangan (muka tak merah lagi), menghilangkan jerawat.
  • Untuk kulit yang bermasalah sesuai pakai yang ini.

CNI Skin Booster 7 - RM 79.20

  • Melembut dan menanggalkan sel kulit mati, membuang sebum dan kotoran dalam liang roma. Kulit jadi lebih subur. Tapi awas! Tak boleh apply dalam kuantiti yang banyak takut ada kesan hitam. Dia punya progress cepat sikit.

Okay, tak semestinya korang kena beli semua. Cuma saya dah highlight kan antara produk yang utama yang berkesan. Banyak lagi rangkaian produk kecantikan nya. Macam saya sendiri, saya beli mix and match;
  • Skin Wash 1A
  • Skin Soothe 2
  • Skin Repair 3B 
Ikut kesesuaian kulit muka sebab dulu saya pernah guna Skin Balance Essence. Masa tu memang kulit agak teruk. 

Mahal???? Memang mahal. Tapi bagi saya yang pernah guna, produk ni berkesan. Tak berani nak jamin, korang kena try dulu ok. Harga yang tertera kat atas tu adalah for non member. Untuk member, ade less hampir RM10-30 bagi setiap produk. 

Saya seorang yang sangat concern dengan korang semua yang punya masalah kulit. So, let's have a change! Selamat mencuba okay!


Friday, January 20, 2012

Bye-bye single life.




So chomelll (hasial carian gigih di google)





Minggu ni ada 2 invitations dari kawan. Tak usah la tanya invitation apa kan. Kahwin la jawap nye. Tapi aku sendiri belum confirm lagi nak balik kampung tak. Haiiii, lepas sorang sorang say good bye single life. 


Aku???


Haha, kehidupan aku baru saja nak bermula semula. Bermula untuk kali ke berapa entah. Bermula then berhenti then terus tak bernafas. Tapi untuk tahun 2012, ia bermula sekali lagi. I wish tahun ni pun berakhir dengan happy ending. teheee.


So, pada sesiapa yang bakal melangkah ke alam perkahwinan, dengan rasa yang amat jelous sekali (tapi ikhlas hee) Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia melayari kehidupan lepas ni. 





Monday, January 16, 2012

Cikgu satu profesion.



Kalau cikgu mesti perempuan ke? Atau perempuan kena jadi cikgu? Mana satu yang betol? Sama juga situasinya bila perempuan suka kucing otometik nampak macam penyayang kan? So, kalau perempuan yang nak nampak penyayang mesti wajib suka pada kucing ke? 


Sebenarnya, cikgu ke, perempuan ke, kucing ke, yang penting minat kite ke arah mana. Kalau tak minat, tak boleh jugak. Sama macam kalau kita dipaksa suka kucing, tak kan nampak sisi penyayang kalau tak tulus hati nya.*ayat apa ni berbelit-belit? tehee*



Tepuk perut, tanya selera masing-masing.


P/s: Finally, i came for the conclusion. I memang minat mengajar, even penat dan sakit hati dengan kerenah pelajar tapi jarang sekali i nak merungut. Tak macam semasa bekerja kat Guardian & Popular Bookstore. 


My new chapter konon.





Ulang-alik dari Kolumpo ke kampung pastu datang balik sini, sungguh memenatkan. 10-12 jam memang masak punggung. Tapi kalau rezeki Allah nak bagi, kenapa perlu mengeluh bukan. Cuma jangan lupa berdoa semoga apa yang kita korbankan ni akan ada hasil. Insyaallah. 




Yup, Puchong dah jadi macam rumah ke-2. Tapi lagi tepat kalau aku cakap dah jadi rumahku syurgaku. Kat kampung tu pulak yang jadi rumah persinggahan. Mana-mana je lah kan.




Okay, nak bersiap-siap ke tempat kerja. Kerja? Dah ada keja baru ke? Alhamdulillah. SMK USJ 23. My new place. Hohohoho. Buat sementara waktu sajoorrrk.





Friday, January 13, 2012

Jadi rujukan



Recently, ada la 2 3 orang kawan lama duk anta mesej kat facebook. Setakat bertanya khabar tu biasa la. Tapi bila diorang start mintak tips-tips untuk interview kerja, serious kelakar. Then made me wonder, WHY ME??


Then, diorang cakap 'sebab aku tengok kau selalu jer pergi interview walaupun tak dapat job tu, at least kau ada banyak pengalaman jugak la eheh'. Itu kejam! So, dengan pengalaman yang tak seberapa ada ni, tanpa ragu-ragu saya share ngan kengkawan. Sharing is caring kan.


Biasanya benda yang paling memalukan masa interview tu la yang saya share sebab kalau boleh tak nak la diorang pun buat benda yang sama. Tapi bila dijadikan rujukan, serious MALU *blushing*. Nanti orang kata 'Eleh, bagi tips kat orang pandai, tapi engkau tu jobless. Layak kah?'


LAYAK KAH?


So, pendapat korang?....orang yang macam mana sepatutnya dijadikan rujukan? Adakah hanya orang yang benar-benar berjaya?


Thursday, January 12, 2012

Dato Siti Nurhaliza with her amazing journey

Seolah-olah tuah tak pernah berhenti.








Goodluck!

Wednesday, January 11, 2012

AYAT AYAT KELAKAR SEPANJANG ZAMAN OLEH SAMY VELLU by Media Malaysia



Semalam jalan-jalan kat facebook. Tiba-tiba terjumpa ini. Agak geli hati jugak la duk baca. As for me, kita ni hanyalah manusia, kadang-kadang memang ada buat salah. Tapi tu la guna nya pikir dulu sebelum bercakap. Jangan nak main cakap jer..keh keh keh







Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu. Kami berharap segala yang terbaik untuk anda.
 











Copy paste dari pesbook Media Malaysia.






Tuesday, January 10, 2012

Ayat Motivasi 1#



Stress bukan untuk dihapus, tetapi untuk diurus.
Dalam beberapa keadaan, manusia memerlukan stress.
Sedikit stress diperlukan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan produktif. Namun jangan berlebihan, ia akan menyebabkan pelbagai masalah.



Taken from; Majalah Solusi.


Monday, January 9, 2012

Lain yang dicari, lain yang dapat.



Kalau dah rezeki, jangan ditolak.

Macam orang mengantuk disorong kan bantal la pulak.

Jangan cepat mengeluh kalau apa yang kita nak belum dapat sebab.....

Mungkin Allah dah janjikan bahagian yang lain untuk kita.






Survey kelas & courses




Coming soon



Friday, January 6, 2012

Youtube Sensation



Holla!!




Dewasa ini, 




Korang perasan tak remaja-remaja skang dah tak sabar nak jadi dewasa, kanak-kanak pulak berlumba-lumba nak jadi remaja. Yang kertu pun tak segan silu nak jadi orang muda. Apakah yang sedang berlaku ni? Tepuk perut tanya selera.




Tu cuma intro jer tak semestinya isu itu yang nak dikupas hehehe. Aku?? Macam ni la. Dari dulu sampai sekarang, masih lagi tak matang dan tak reti nak buat action plan untuk masa depan sendiri. Hasinya? Setiap hari mengadap facebook, blog gosip. Tambah yang terbaru, Youtube. I like!




Tekan jer youtube, godek video ni video itu sedar sedar dah malam pun. Banyak jugak yer kerja nak dibuat tehee. Aku suka observe. 




Korang nak tahu ke apa yang aku jumpa kat youtube? 
Hmmm, rupa-rupanya ramai lagi orang-orang kat luar sana ada bakat terpendam. Banyak sungguh idea mereka ni. Dan aku kagum, gigih betol mereka merakam video nyanyian then upload kat youtube untuk tontonan umum. 




Fenomena ni mungkin dah lama start tapi salah seorang yang sangat bertuah tentulah Najwa Latif kan. Dah jadi artis dah pun sorang ni. Cinta Muka Buku. Lagu yang sangat catchy, walaupun mendatar tapi masih sedap didengar. Berjaya masuk AJL dah pun. Goodluck!








Tapi skang dah berlambak orang-orang duk buat cover song. Ada yang dipuji, tak kurang yang dikutuk. Tapi dalam banyak-banyak video, aku minat video Shylla Amzah jewwwww.....










Dan mungkin lepas ni aku akan usha video dari si cilik yang comel ni, Irish Idola Kecil 4. teheee. Suara sebijik cam shyllaamzah.




Enjoiceee





Thursday, January 5, 2012

Sekadar untuk lebih memahami berbanding orang lain



Holla..


Sejak takde buat kerja ni, i really appreciate setiap saat yang ada ni. I guess ramai antara korang ikut cerita 'Tentang Dhia' kan? Tapi  bukan nak citer pasal tu, ni pasal drama baru......Gemersik Kalbu hehehe..




Don't worry. Baru je start beberapa hari yang lalu. Masih sempat nak paham jalan citer.










Sape pelakon?? Ala, yang menang artis wanita tercantik undian akhbar My Metro online teww la.. Ayu Raudhah. Tapi dalam citer ni dia agak debab sikit. Bukan sikit kooot kehkehkeh. Hero? Aqasha, Fazreen Dafi..




Tapi...............




Bila ramai sangat yang huhahuhahuha kat facebook yang citer ni adalah adaptasi dari novel terkenal Anis Ayuni, perggghhh cepat jer aku pegi beli novel die. Baru semalam beli kat Popular Jusco Taman Equine. Please note, POPULAR Bookstore!!. How i missed Popular sobbies.




RM 19.90




Biase la manusia kan. Sentiasa nak ke depan berbanding orang lain. Pasni kalau orang tanye, aku boleh jawab jalan citer die sambil kembang hidung. Tapi,that's not the point la. Aku beli sebab nak paham kan jalan citer die. Kadang-kadang bukan nya mengadap 1 jam betol-betol depan tv layan citer tu. Kalau layankan jugak, sah maghrib kau tak semayang! 




So, sape2 yang berminat nak beli novel ni sila lah beli. Menarik jugak walaupun aku baru je baca sikit. Aku nak baca chapter by chapter and refer kat tv. Sebelum start episod hari ni, aku akan cuba baca beberapa chapter yang ke hadapan wakakakaka. Nanti aku boleh gebang kronologi citer ni kat kak ipar aku muahehehe.






Selamat membaca dan menonton~









Wednesday, January 4, 2012

2012







Tahun untuk berubah, sekali lagi.

Have a great start uols.



1st 'Comeback' Post on 2017

Assalamualaikum.. This will be the very 1st post on 2017. Konon-konon post comeback dari aku la. Harap-harap aku dapat istiqomah dan buka...