Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Kad Raya Giveaway.

Seriously dah lama gila tak tengok bentuk kad raya macam mane dah rupa nya. Semalam balik rumah kakak, terjumpa satu kad raya milik anak buah punye, ada gambo winnie the pooh sebagai cover depan. Phewww, dah maju. Maju okay. Kalau dulu kartun-kartun macam ujang gila-gila jer. Sekarang kartun disney pun nak masuk list.


Okay, pada sesiapa yang nak kad raya taun ni boleh drop nama & address sebelum 25 August. Terasa nak mengembalikan nostalgia zaman dulu-dulu pulak teheeee...


Puasa jangan tak puasa. Tinggal seminggu je lagi nak raya. Semangat kena UP sikit okay!


Assalamualaikum...



Bundle diary.

Atas sebab kemalasan yang melanda, terpaksa saya hold entry sampai masuk episod ke 3. Then, bila nak type satu per satu MALAS lagi. So, saya rojak kan semua jadi satu okay.


Last week, banyak benda yang berlaku. First sekali meeting kat office HQ Cheras. Sepanjang 2 hari meeting gigil tak ingat. Satu sebab betul-betul sejuk duk dalam aircond, satu lagi sebab tak prepare langsung untuk present sales report. 2 hari duk solat hajat, solat sunat lain lagi nak mintak doa harap-harap tak kena panggil untuk present. Alhamdulillah, berkat bulan Ramadan kan hehe.




Siapa dia Rohidzir Rais? Jeng jeng jeng. Dia adalah penulis buku 'Anda bertanya, ustaz jawab' mengenai solat. Seriously memang bagus buku tu. Banyak Q & A, malah soalan-soalan yang di tanya pun tersangat santai dan kita sendiri pun terpikir untuk tanya soalan yang sama.


Selain tu, ada lagi penulis buku macam Dear Yayah The Series iaitu Farihah Iskandar. Orang nya sangat comel. Buku ni sangat digemari oleh budak-budak. Leb…

Terrified - shila amzah ( katherine Mcphee )

Menarik!






That's it.




Berkampung dalam office.

Puasa yang ke 6 hari tu saya & eyda berbuka kat dalam office aka STOR. Kitorang happy sangat. Tapi bila tengok balik gambar ni tiba-tiba rasa kesian kat diri sendiri, Rasa sedih sebab takde ke tempat yang proper sikit nak berbuka. Tepi tong sampah, makan kat meja yang penuh dengan files dan kertas-kertas. Please, saya nak berbuka kat rumah dengan family T T.






Tapi makanan haruslah taknak kalah kan. Nasik ayam + KFC + air juicy gitu.




Serious macam 4 orang yang makan tapi percayalah hanya kami berdua je. Itu la yang dikatakan TAMAK!


Selamat berpuasa semua..=)

Produk terbaru untuk rambut gugur.

Hello..

Baru beli last week. Kesan dia boleh tengok dalam masa seminggu.




Nama cam tak menarik kan? Tapi yang ni seriously i berani janji betul-betul menjadi. Dalam masa seminggu je, tiap kali sikat rambut dah makin kurang rambut melekat lagi kat sikat tu. Rambut pun boleh tahan lembut jugak la selembut Sunsilk yogurt kaler pink gitu. Syampoo ni ada jual kat farmasi-farmasi je. Kalau kat farmasi pasaraya cam Tesco ke apa tak payah cari la. Takde. Even dekat watson, guardian pun susah nak cari.





Yang penting sign HALAL besar kemain lagi hehe.Sila terpengaruh okay. After all, say goodbye to rambut gugur. Wekkk!


Thank you!


'Reward Yourself' tak boleh pakai.

Nafsu apa yang biasa muncul dalam bulan ramadhan ni yer adik-adik?

Nafsu makan!


Saya percaya yang semua orang akan melakukan benda yang sama bila penat seharian berpuasa, kita rasa macam nak reward diri sendiri dengan membeli makanan itu dan makanan ini. Nak bagi hadiah kat diri sendiri sebab berjaya puasa. Pergi bazaar ramadhan makanan apa yang berlalu depan mata terus sambar. Taknak tunggu esok lusa, semua nak grab bawak balik rumah hari ni jugak especially makanan-makanan sampingan cam kueh-muih.





Lepas berbuka, makan nasik burrrpppp kenyang alhamdulillah. Then? tepung pelita bila nak makan? ondeh-ondeh bila nak sentuh? agar-agar bila nak jamah. Mampu tengok jer. Lagi best bila tak sampai hati nak membazir, suap 2 mulut jer dah boleh buang. At least jamah jugak sebelum buang. Hati ni konon lega bila dapat jamah jugak. Tak gitu? Tsk..tsk..tsk..T T





Ada yang lagi best, lepas makan nasik terus sumbat kuih-muih dah kira macam moreh terus tapi maghrib entah ke mana..Bila dah habis semua, m…

Allah SWT menjawab apa yang diucapkan ketika solat.

Allah S.W.T telah berfirman
Aku membahagi solat antara Aku danhamba-Ku menjadi dua bahagian dan hamba-Ku berhak memperolah apa yang dimintanya.
Setiap kali kita membacakan surah Al-Fatihah dalam solat dengan penuh khusyuk, percayalah Allah S.W.T maha mendengar lalu menjawab apa yang kita ucapkan.




"Segala puji hanyalah milik Allah, Tuhan semesta alam". Allah menjawab "Hamba-Ku telah memuji-Ku"
"Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang". Allah menjawab "Hamba-Ku telah menyanjung-Ku"
"Yang menguasai hari pembalasan". Allah menjawab "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku"
"Hanya kepada Engkau la kami sembah dan hanya kepada Engkau jualah kami memohon pertolongan". Allah menjawab "Ini antara Aku dan Hamba-Ku, dan hamba-Ku berhak memperolehi apa yang dimintanya."
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula …

Harapan Ramadhan.

By Raihan & Man Bai


Ku mengharapkan ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat
Ku lalui dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah-Nya
Moga dapat kuenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin kubiarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatmu Oh Tuhanku
Ku tempuh jua......






Amin...

365 resepi ketuk-ketuk ramadhan.

Baru masuk hari ke-3 puasa, mesti akak-akak, makcik-makcik yang setia kat dapur tu tengah pening-pening nak masak apa untuk berbuka hari ni kan? Tu perkara biasa yang berlaku. Takde hal la setakat 1 2 resepi, ni haa 365 resepi bakal di sajikan. Eh3, bukan kat sini tapi kalau beli buku masakan dari chef terkenal, Chef Hanieliza, kompem meletop. Suami-suami anak-anak dah tak demand nak pergi bazaar ramadhan lagi.




Ramai yang complaint susah nak dapatkan buku ni. Okay, buku ni dijual ekslusif kat Popular Bookstore kat semua outlet di Malaysia. So, kalau nak beli, tak payah susah-susah pergi kat mana-mana kedai buku MPH ker, Muda Osman ker, My News ker, terus pegi kat Popular. Harga RM 39.90. Very the worth it okay, rm 39.90 for 365 resepi. Gila-gila berbaloi.


Resepi-resepi dia memang best, tak tertumpu pada masakan ayam, seafood, sambal, or tradisional punya masakan je. Tapi ada jugak western, puding, dessert dan segala bagai kat dalam ni. Ramai jugak yang review buku ni, die punya sukata…