Nafsu makan!
Saya percaya yang semua orang akan melakukan benda yang sama bila penat seharian berpuasa, kita rasa macam nak reward diri sendiri dengan membeli makanan itu dan makanan ini. Nak bagi hadiah kat diri sendiri sebab berjaya puasa. Pergi bazaar ramadhan makanan apa yang berlalu depan mata terus sambar. Taknak tunggu esok lusa, semua nak grab bawak balik rumah hari ni jugak especially makanan-makanan sampingan cam kueh-muih.
Macam-macam makanan nak makan. Nafsu semata-mata. |
Lepas berbuka, makan nasik burrrpppp kenyang alhamdulillah. Then? tepung pelita bila nak makan? ondeh-ondeh bila nak sentuh? agar-agar bila nak jamah. Mampu tengok jer. Lagi best bila tak sampai hati nak membazir, suap 2 mulut jer dah boleh buang. At least jamah jugak sebelum buang. Hati ni konon lega bila dapat jamah jugak. Tak gitu? Tsk..tsk..tsk..T T
OMG, google tadi terjumpa pic kuih-muih. My feveret kuih ever n ever. |
Ada yang lagi best, lepas makan nasik terus sumbat kuih-muih dah kira macam moreh terus tapi maghrib entah ke mana..Bila dah habis semua, mula la perut penuh sangat sampai tak boleh bangun, kepala mula pening. Isk isk isk..Last last maghrib tak, apatah lagi tarawikh.
Bila dah jadi macam ni baru rasa membazir. baru mula sayang kan duit. Tapi insaf 30 minit jer. Esok kita borong banyak-banyak lagi okay..teheee...
Renung-renungkan dan selamat beramal.
No comments:
Post a Comment