Aku membahagi solat antara Aku danhamba-Ku menjadi dua bahagian dan hamba-Ku berhak memperolah apa yang dimintanya.
Setiap kali kita membacakan surah Al-Fatihah dalam solat dengan penuh khusyuk, percayalah Allah S.W.T maha mendengar lalu menjawab apa yang kita ucapkan.
"Segala puji hanyalah milik Allah, Tuhan semesta alam". Allah menjawab "Hamba-Ku telah memuji-Ku"
"Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang". Allah menjawab "Hamba-Ku telah menyanjung-Ku"
"Yang menguasai hari pembalasan". Allah menjawab "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku"
"Hanya kepada Engkau la kami sembah dan hanya kepada Engkau jualah kami memohon pertolongan". Allah menjawab "Ini antara Aku dan Hamba-Ku, dan hamba-Ku berhak memperolehi apa yang dimintanya."
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat". Maka Allah berfirman " Inilah bagi hamba-Ku dan hamba-Ku berhak memperolehi apa yang dimintanya".
No comments:
Post a Comment