Tuesday, February 28, 2012

Contoh soalan-soalan temuduga



Holla!!


For those yang tak tahu apa itu temuduga, it's an interview okay. Temuduga kedengaran terlalu old skul bukan? Okay, come. Sila masuk jangan malu jangan segan. Saya nak share dengan semua orang especially sape2 yang ade interview dalam masa terdekat ni. Bukan senang saya nak share tips yang berguna. Sebelum ni asyik tips entah hape-hape je kan.


  1. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?
  2. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
  3. Cerita sedikit tentang diri anda?
  4. Apakah yang dapat memotivasikan diri anda?
  5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
  6. Bagaimanakah anda membentukkan/menilai kejayaan?
  7. Apakah sumbangan yang dapat anda berikan kepada pihak kami?
  8. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
  9. Mengapakah patut kami memilih anda?
  10. Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?
  11. Apakah yang lebih penting kepada anda: Duit atau jenis perkerjaan?
  12. Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda?
  13. Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberi keselesaan pada anda?
  14. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan?
  15. Apakah kesulitan yang pernah anda alami dan bagaimanakah anda mengatasinya?
  16. Apakah yang telah anda pelajari dari kesilapan-kesilapan pada masa yang lalu?
  17. Apakah objektif kerjaya jangka masa panjang anda?
  18. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
  19. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa di Kolej atau Universiti? Mengapa?
  20. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda?


Boleh dapat input? Yang dah di highlight kan itu adalah antara soalan-soalan yang popular la. Kebiasaannya soalan-soalan macam gini selalu ditanya bila kita attend interview untuk government punya. 



Interview untuk government dengan private memang sangat berbeza. Jauh berbeza. Government punya sangat skema. Kalau private pulak very relax terutama sekali kalau pergi interview untuk kerja retail (I've oredi experienced it). That time punya la pakai baju kurung nak pegi interview. Yela, baju kurung! Bila sampai je sana OMG pandang kanan pandang kiri semua pakai baju seluar. Seluar pulak bukan slack okay. Seluar jeans lagi. Sangat berbeza kan? 


Okay, selamat mencuba.




Tuesday, February 21, 2012

Back to being me








Loll~

Monday, February 20, 2012

Mungkin hal remeh temeh saja



Takde elektrik lagi baik daripada takde air.

Pernah tak korang alami benda nih kat sekolah asrama dulu-dulu? Serious memang sangat menyakitkan hati. 

Kalau takde elektrik kat sekolah, tak perlu pergi surau sembahyang berjemaah, tak perlu pergi prep and etc. Ish3, tanduk setan bermaharajalela la masa tu. Tapi yang tak best bila elektrik ade beberapa jam lepas tu mesti dapat berita weh walkman aku hilang la, duit aku hilang rm2. Macam shit gitu.

Kalau takde air pulak, korang boleh bayangkan tak macam mana?  Bagi pelajar perempuan yang belajar kat sekolah ala-ala islamic gitu, pagi-pagi bawak baldi dan barang mandian pergi mandi dekat bangunan akademik. Attire? Haruslah proper. Walaupun pagi buta, pelajar lelaki tengah tidur lena sekalipun, kau harus kena pakai baju kurung atau baju t-shirt lengan panjang bertudung lengkap. Tak main la pakai towel letak atas kepala tutup rambut. Perghh gitu.

Bangunan akademik dengan hostel punya la jauh jugak. Kau mandi 1 jam pun, bila jalan balik ke bilik memang badan berpeluh dan bau busuk semula. baik tak payah mandi kan. Pastu lagi best bila esok tu masuk kelas, pelajar lelaki bising duk lelong spender siapa ni yang jatuh depan kelas? Saiz xxxxL. Serious memalukan. 

Then, after several years........kat flat tempat umah abang aku ni takde air. Dah masuk 2 hari. Aku turun nak pergi angkut air kat pili bomba kat depan blok ni, putus asa aku bila tengok ana-anak kecik tengah basuh kasut sekolah kat situ. Kesian gila. Aku yang nak berak pun tak jadi. Bayangkan kalau orang yang ada anak kecik, sangat susah hati.

Bukan salah siapa pun, salah penduduk kat sini jugak. Kerja siang malam bertungkus lumus cari duit tapi nak bayar bil air pun malas? Sampai tertunggak berbulan-bulan. Padan la muka SYABAS dah potong air. Haaaa, rasakan!! 

Notakaki: Aku tahu korang bukan taknak bayar air, korang banyak duit cuma nye korang ni MALAS nak bayar bil air. Korang pandang enteng saja huhuhuhu

Sunday, February 19, 2012

Jujur Aku Dayus...Beto Qusyairi & Nora Danish

Cerita yang menampilkan kelainan...





Selamat menonton

Friday, February 17, 2012

Berdikari


Berdiri Di Atas Kaki Sendiri



Argghhh, too cliche right tajuk nye. Tapi takpe la, hentam saja lah. Maksud berdikari ni terlalu luas, boleh didefinisikan dari pelbagai aspek. Yang paling orang tahu cakap kalau duk jauh dari family masuk asrama or tinggal kat rumah sewa tu namanya berdikari. Betol ke?




Ada kaitan ker? Tak kesah la kan.




Bergantung pada pendapat individu masing-masing la kan. Aku punya cerita lain pulak. Dulu masa form 1, dapat masuk asrama. Jauuuuuuuuhhhhh sangat. 1 jam setengah perjalanan. Kira jauh la jugak kan. Tapi tiap-tiap hujung minggu, mesti call "Ma, datang ye ari Sabtu. Baju busuk ni dah berbakul. Nak basuh tangan pulak tak leh kena sabun. Allergic! Datang tau tolong basuh kan"... Haaaa, itu la yang dinamakan berdikari hoi lalalalalalala


Then, masa aku dapat offer jadi cekgu ganti kat SMK Banting dulu memang tak risau sangat sebab kakak ade kat sekolah tu jugak. Seminggu pertama mengajar, aku dilayan macam raja. Kakak aku tolong belikan makanan, kakak aku tolong ajar tulis buku rancangan pengajaran harian, budak-budak melawan dalam kelas aku mengadu kat dia jugak. Nama je cekgu tapi masih lagi bergantung pada orang lain. Tak patot.


Masa kerja kat Tesco Kepong 7 bulan lepas, sama jugak hal nya. Memang aku duk sorang-sorang terbuang kat area Kepong yang penuh dengan anjing, tapi kalau ada cuti mesti aku balik umah abang kat Puchong. Tak pernah sekali pun aku balik sendiri naik KTM ke apa, mesti paksa abang suh datang amik. Umur 23 tahun masih lagi perangai macam tu?


Sekarang? Ye, di sini, pada waktu dan ketika ini aku mengenali ape itu berdikari dalam erti kata yang sebenar. Aku mengajar kat SMK Usj 23 ni tanpa kenal sape-sape. Aku kena cari orang, tegur. Aku ni dulu bukan jenis yang peramah sangat, nak tunggu orang datang tegur dulu baru boleh geng. Tapi semenjak berkerja ni, aku dah tahu nak bergaul macam mana. Alhamdulillah.


Jadi, untuk membuktikan aku ni seorang yang berdikari, aku terpaksa terima tugas-tugas yang telah dilemparkan kepada aku. Cekgu kaunselor suh bagi ceramah kat murid-murid Form 2. Wahh, bermotivasi bagai la aku kan. Diri dah sedia hipokrit bertambah hipokrit. Gagagagaga. Kang tak terima, orang mengata pulak kita ni satu kerja pun tak boleh buat. 


Lagi? Aku terima tugas untuk mengajar Kemahiran Hidup (Kemahiran Teknikal). Tugas aku mengajar budak lelaki yang kuang ajar. Takde lagi kakak yang boleh aku mengadu. Uwaaaaa. Aku jugak mengajar Pend. Seni. Seni apa yang aku nak ajar? Nak lukis keda belang dengan roda basikal pun aku suruh anak murid tolong lukis kan. Alasan aku "Saya nak awak praktikkan, saya tak nak tunjuk. Saya dah pandai". Cover terbaik punya.


Ada lagi! Sekarang aku ngah bertungkus lumus siapkan kertas peperiksaan Pendidikan Seni. 50 soalan objektif. Nampak senang kan? Baru siapkan 15 soalan tapi otak aku ni dah takde idea. Pend Seni ni bukan banyak mana pun belajar, alih-alih pusing soalan sama. Lepas ni pulak, aku terlibat dengan mesyuarat PIBG. Wuuuuu, dah lama tak dengar PIBG kan? 


Okay, bagi aku berdikari ni bukan setakat berjauhan dengan parents je tapi lebih dari itu. Contoh; Membuat keputusan sendiri, mencorakkan masa depan sendiri, buat kerja yang orang bagi tanpa merungut or menyusahkan orang lain. Aku? Masih belum berdikari sepenuhnya lagi tapi sedang ke arah itu. Insyaalllah. Amin.













Wednesday, February 15, 2012

Alah bisa tegal biasa



Hulamakk, pagi-pagi dah berperibahasa kemain lagi. Assalamualaikum kamu, kamu dan kamu. Ye la, belog ni cuma ada 2 3 orang je yang tegar membaca walaupun follower beratus-ratus ngeh ngeh ngeh.


Siapa yang tak tahu peribahasa 'Alah bisa tegal biasa'? Takpe. Saya pun ingat-ingat lupa, baru teringat beberapa minit lepas terus google maksud. Alah bisa tegal biasa ialah sesuatu yang susah atau sukar dihadapi dapat dibuat sekiranya kita biasa melakukannya. Paham murid semua?


Setiap orang ada perkara yang dia rasa susah sangat nak buat tapi untuk sesetengah orang tak pulak. Macam saya, perkara yang paling susah adalah


Tak boleh tak tido lepas Subuh 
  • Konon nya kalau tido 5 min pun jadi la. Eleh, kalau dah tido tak usah la nak berangan tido 5 min. Mahu nya sampai satu dua jam kan. 
  • Dulu selalu buat macam ni. Bila pikir balik apa faedah yang kita dapat? Tidur yang cukup? Puas hati? Menyesal ok, Bangun pukul 10 pagi misalnya. Mandi, sarapan dah amik masa 1 jam. Dah kenyang bukak tv or buat keje la sikiiiiiiiit. Eh dah pukul 3? Masak! Perut lapar. Siap masak pukul 5. Petang-petang orang tak buat keje dah. Otak dah tak efektif masa tu. Pejam celik dah malam. Bila malam kan sesuai untuk merehatkan badan, tengok tv. Then, bila masa nak cari keje? Haish

So, saya dengan nekad mengambil keputusan untuk berubah!! Mula-mula memang payah jugak nak tahan mata jangan tido. Bila dah lama, okay la. Tapi bila kita dah terbiasa bangun pagi, jangan sesekali cuba untuk tido sekejap ke ape ke. Nanti jadi terbiasa ulang habit lama yang takde pekdah!

P/s: skang ni tengah cuba kurang kan main fb. Tak boleh, pls help me.





Tuesday, February 14, 2012

Kursus Menjahit Baju Kurung Moden



Hari ini 14 Febuari kan? Hari ape yek? Semua orang duk ingat Valentine je. Haram tuh! Kalau nak celebrate hari berkasih sayang pun, sungguh rugi nya mereka itu. Kenapa? Sebab hari berkasih sayang bukan terhad pada sehari je. Kita ada 365 hari setahun. Kenapa nak berkasih sayang pada 14 Feb je kan?
*Intro dah melalut, sorie*

Okay, hari ni saya nak inform mengenai satu kursus yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti. Sesiapa yang ada masa lapang, boleh la apply. Selain nak tambah pengalaman, kita jugak boleh tambah sijil. Selain sijil, kita boleh add on sikit data-data kat resume nanti. Ye la, mane tahu kan sebelum ni resume ada 1 page jew bila dah masuk kan pengalaman ni dah jadi 2 page hehe.


Ini adalah Program Latihan 1 Malaysia. Semua tahu kan? Diilhamkan oleh PM kita Dato' Seri Mohd Najib untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat-rakyat yang takde keje macam kite kite ini tehee. 


Objektif?

  1. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
  2. Mengurangkan masalah sosial dan juga bershoppink habiskan duit
  3. Banyak lagi. Baca sendiri yer. 


Banyak lagi kursus lain yang ditawarkan. Kalau berminat, boleh cek kat sini. ikut step by step okay.









  • Then, korang akan di direct kan ke page seterusnye. Tadaaaaaa... Nanti click kat Senarai Program Latihan 1 Malaysia kat atas sekali untuk review kursus apa yang available dan juga tempat. Korang boleh pilih yang mana dekat.

  • Lepas tu akan keluar bentuk macam ni pulak. Pilih negeri dan pilih kolej komuniti yang terdekat dengan korang. Senang?


  • Tadaaaa. Tunggu kejap pastu keluar la senarai kursus. Contoh, saya pilih Kolej Komuniti Tanjung Karang. Saya nak kursus menjahit baju kurung moden, 3 hb March. Yuran rm 10. Tekan button tepi sekali yang dah di loved kan seperti dalam gambar. Tekan!

  • Lepas klik kat situ, akan pop up satu window dan kena isi borang sikit. Akhir sekali, tunggu je la panggilan or surat. Kalau tak dapat means that kursus dah penuh.

Selamat mencuba yer~



Monday, February 13, 2012

Makin hampir ke penghujung~


Atau pun sememangnya sudah berakhir?



Aku dan dia..
Memang ada jurang pemisah. 
Yang sangat besar. 


Aku dan dia....
Punya pemikiran 
Yang jauh berbeza sama sekali.


Aku dan dia...
Datang dari dunia berbeza.
Berbeza dari pelbagai sudut.
Perbezaan ini membuatkan hubungan ini serba tak kena.
Makin lama makin aneh.


Aku dan dia....

Sungguh jauh dan terlalu jauh
Bukan 100 kilometer tapi lebih dari itu.


Aku dan dia...
Dipisahkan oleh jarak
Tapi baru aku sedar bukan jarak kilometer sahaja


Aku dan dia...
Tak macam dulu-dulu lagi
Kurang berhubung antara satu sama lain
Tapi kami punya alasan kukuh


Aku tak mahu ganggu kerja dia
Dan dia tak mahu ganggu kerja aku
Ada masa free, sila contact kataku
Tapi susahnya nak cari masa free itu
Kadang-kadang dalam seminggu dua takde masa free langsung

Muahaahahaha.....jimat kredit aku suka kan?


Mungkin benar begitu...
Begitu apa?
Begiitu la awan nano nano nano nano nano nano nano


Bhahahaha...




Ohoooo, aku dan dia sudah sampai ke penghujung. Bukan ending yang menyeronokkan tapi sebalik nya. Soal ajal dan jodoh semua ketentuan dari Allah. Biar bersama 100 tahun sekalipun, kalau bukan jodoh tetap tak bersatu.


Peace.





Sunday, February 12, 2012

OST Vanilla Coklat - Tapi Bagaimana





Kau buat ku teruja

Kau buat ku tertawa
Terbit rasa tersembnyi beku
Hingga rasa cemburu seperti
Pasangan kekasih yang hangat bercinta

Dan tak sanggup berpisah
Walau hanya sekejap
Aku sangat merindui kau
Senang sekali kau ada

Tapi bagaimana ku kata padanya

Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Dia bukan tak cantik

Dia bukan tak baik
Hanya kekosongan yang ada
Di sudut hatiku tak bisa diusik
Hingga cinta jadi kematu

Tiada yang nak gaduh

Tiada yang nak tentang
Hingga rasa menjadi kering kontang

Tapi bagaimana ku kata padanya

Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Tapi bagaimana ku kata padanya

Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa

Bagaimana harus ku kata padanya

Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Saturday, February 11, 2012

Surat dari seorang gadis yang berdosa





Saya seorang remaja perempuan berusia 21 tahun dan mempunyai latar belakang pendidikan agama yang baik. Kisah kehidupan saya bermula apabila saya berpindah dari sekolah agama ke sekolah menengah biasa.


Saya mula bergaul dengan kaum Adam yang sebelum ni sangat asing bagi saya. Setelah tamat sekolah menengah, saya berkenalan dengan seorang lelaki melalui telefon bimbit yang pada mulanya hanya sekadar sahabat. Lama-kelamaan hubungan kami jadi akrab. Pada suatu malam, dia mengatakan cintanya pada saya dan saya menerimanya.


Setelah beberapa bulan kami berkenalan dan bercinta, barulah saya bersedia untuk berjumpa dengannya. Pada pertemuan pertama kami, dia sangat 'gentleman' membuatkan saya lebih yakin dan percaya pada hubungan ini.


Selepas setahun berhubungan, dia mula mengajak saya untuk melakukan hubungan seks. Setiap kali dia bertanya, saya akan mengelak dan tidak mengendahkannya. Entah bagaimana, pada suatu malam dia menjemput saya keluar dan akhirnya saya kalah dengan ajakannya. Kami telah berzina beberapa kali sejak dari itu.


Setelah umur menganjak, saya mula memikirkan tentang kehidupan ini, tentang kelalaian saya pada agama kerana saya cintakan seorang lelaki yang telah merosakkan hidup saya. Saya amat menyesal lalu memutuskan hubungan dengannya.


Saya mengalami tekanan yang amat kuat. Saya merasakan saya seorang manusia yang sangat hina yang tidak mungkin diterima oleh Allah S.W.T di atas kelakuan saya yang lepas. Saya terfikir bagaimana kehidupan saya di masa akan datang. Adakah Allah terima taubat saya? Adakah Allah mengampunkan dosa saya? Masihkah saya mampu untuk berdoa dan meminta kebaikan dari-Nya?




Manusia dikelilingi nafsu yang sentiasa mendorong kepada keseronokan yang dilarang oleh Allah, mendorong kepada kejahatan sehingga tidak menyedari bahawa dia telah terkeluar dari landasan sebenar, walaupun sebelum itu dia tahu garis panduan yang perlu diikuti.


Manusia yang leka dan apabila diperingatkan lalu dia tersedar daripada kesilapan yang telah dilakukan, maka itu petanda hatinya tidak mati, hatinya masih hidup dan mahu kembali ke pangkal jalan dan mengharapkan keampunan dari Allah.


Adakah taubat saudari diterima? Kalam Allah dalam Al-Quran cukup banyak menjawab soalan itu. Antaranya;


Surah at-Tahrim Ayat 8


Wahai orang-orang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan2 dan memasukkan kamu ke dalam syurga


Surah an-Nahl ayat 119
Kemudian sesungguhnya Tuhanmu mengampuni orang2 yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya kemudian mereka bertaubat setelah itu memperbaiki dirinya. Sungguh Tuhanmu setelah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang.


Antara lain kita harus berbaik sangka terhadap Allah dan yakin serta percaya bahawa Allah akan ampunkan dosa yang telah kita lakukan. Ini akan memberi kekuatan kepada kita bahawa masih ada ruang dan peluang untuk memperbaiki diri.


Kalau kita sakit fizikal, kita berjumpa doktor dan kalau kita sakit jiwa, berjumpalah pakar jiwa iaitu alim ulama yang dapat membimbing kita. Untuk menghidupkan hati kita, banyakkan bersolat sunat selain yang wajib.


Ingatlah niat yang sebenar-benar ikhlas dan taubat yang sebenar-benar taubat dan amat mengharap keampunan Allah akan diberi cahaya ketenangan.




Pengajaran untuk kita samua termasuk aku. Kita merasakan kita tak pernah buat dosa dalam sesuatu perhubungan Tapi tanpa kita sedar, mungkin ada walau sezarah. Bak kata orang, apabila berdua, "aku" lah yang ketiga.


Dipetik dan di copy paste dari majalah Mingguan Wanita (10-16 Februari 2012), m/s 72 & 73 dalam ruangan Ya Tuhan bersama Puan Maimunah Haji Mohamad.




 

Friday, February 10, 2012

Kesibukan yang melanda



Semenjak dua menjak ni (padahal baru je semalam), aku dah buang topeng lama aku. Topeng yang mana? Malas, suka buang masa bla bla bla. Lepas tu aku pikir kenapa la tidak dari dulu lagi aku berubah. Takde rugi sikit pun kalau aku berubah. *Sigh*


Lately, aku sungguh busy. Busy ngan kerja yang berlambak yang aku suka tangguh (padan muka), dan juga busy apply kerja-kerja lain. Kalau awal-awal masa aku mengajar kat sini dulu, sempat jugak la aku belek-belek henpon, connect wifi free kat office ni tapi sekarang sape yang mesej, habis waktu sekolah baru aku perasan mesej.


Apa yang aku buat?






Ow, cekdu kena tanda buku sekolah murid. Suka tangguh-tangguh, sekali harung tanda 5 kelas mahu patah tangan. Ink pen merah pun dah pudar ngeh ngeh ngeh.




Kadang-kadang aku busy main benda ni. Word Search. Dah addicted dah pun.




Mungkin aku baru sedar yang aku tak punya apa-apa, duit takde, kerja yang menjamin masa depan belum ada, pengalaman kerja pun seciput jer, yang aku ada cuma henpon Samsung Galaxy Y jer.... ;P    hehehehhe


Aku pun nekad nak cari kerja, yang totally lari bidang pun aku apply jugak. Aku tak kira, kalau rezeki nak datang, kita mane tahu kan.






Dan sekarang demam NOVEL!! Ini la kesibukan aku yang paling utama! Sibuk membaca novel. Jangan terkejut, sekarang aku bercita-cita nak menulis novel la. Uweeekkk. Padahal esei Bahasa Melayu aku tak pernah pilih untuk tulis cerpen. Aku suka buat esei fakta memanjang. Hahahaha. Tapi mane tahu suatu hari nanti aku akan jadi novelis macam Arini Eva? :P







Thursday, February 9, 2012

PPSMI, bila pelajar mula bersuara.



Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris


Semalam, aku masuk kelas 1 Utarid ganti cekgu yang tak masuk kelas. Budak-budak semua baik, berjurus dan mungkin bijak pandai. Bukan mungkin lagi memang sah pandai.


Aku cuba jadi mesra alam since aku tak ajar pun kelas ni. Aku tanya best ke belajar Form 1. Rata-rata cakap tak best. Banyak keje. Ye la, subjek pun bertambah, kena study lebih sikit.


Antara banyak perkara-perkara yang diorang cakap ada jugak diorang komplen pasal PPSMI. Cekgu tak ajar Sains dalam Bahasa Inggeris. As usual, aku tanya korang tak cakap ke kat cekgu tu ajar in English. Dah! Dah! Dah berbuih mulut cakap tapi cekgu tu ajar 1 minit je in English then dia tukar balik Bahasa Melayu. 


Lalu aku pun terlepas cakap, ow ni masalah ngan korang ni yang terlebih pandai. Nak belajar Bahasa Inggeris. Gelak semua tapi diorang still cakap tak boleh paham belajar Sains dalam BM. Ayat jadi lain. Pembolehubah manipulasi, bergerak balas, bersandar. Whatttt? Aku dah ingat ingat lupa. Ni zaman aku darjah 5 6 ni guna ayat macam tu. Memang so old skul. Memandangkan diorang pn dah terbiasa belajar dalam BI sebelum ni ye aku terpaksa mengaku agak sukar la nak paham dan tukar mind set belajar dalam BM semula.


Sebagai contoh; Kita naik kereta Perodua Viva. Signal di posisi sebelah kanan dan wiper kat sebelah kiri. Bila kena bawak kereta Proton, semua dah terbalik. Kadang-kadang nak bagi signal pangggg wiper yang naik. Terkejut. So, I guess tu yang berlaku pada diorang.


Aku pun macam tu jugak dulu. Masa awal-awal masuk matrik belajar dalam BI? Tak boleh! Bila lama-lama dah terbiasa okay la. Lagi pun terms Science kalau di translate ke BM memang agak weird.




P/s: Jujukan aritmetik, persamaan algebra bla bla bla. hahahahaha





Tuesday, February 7, 2012

Perubahan yang drastik perlu........




Dibuat dengan segera. 



Okay, untuk step yang pertama aku akan kurangkan main facebook. Betol. aku baru perasan, ye baru je perasan yang aku dah spend too much time using fb. 

Belog? Still continue sebab aku hanya punya belog untuk luahkan buah pikiran yang seciput ni. Juga sebab aku tak punye sape untuk berkongsi minat aku. Minat pada kecantikan. Aku hanya ada belog untuk catat benda-benda penting or pengalaman pahit manis aku sebab aku tak mungkin akan ada diari. 

Aku seorang yang cuai. Kalau aku tulis diari, aku yakin yang diari tu tak kan jadi rahsia lagi sebab aku suka tinggal merata. Even masa aku ngajar dalam kelas pun, aku mengajar sambil round depan belakang supaya murid takut dan tak bercakap dalam kelas. Bila aku datang depan balik, aku mencari-cari mana buku teks yang aku duk bawa tadi. 

Even marker pen pun selalu jugak cekgu-cekgu lain tolong hantar kat aku. Katanya aku tertinggal dalam kelas. 

Ye, aku seorang yang cuai dan kini semakin pelupa. Kalau aku buka laptop nak online, aku akan lupa makan, aku akan lupa pada kerja yang bertimbun-timbun, aku akan lupa yang aku harus mencari kerja tetap. Okay, bermula dari sekarang. Bye~






P/s; aku bet yang aku akan bertahan untuk 2 hari paling lama. Kalau tak 2 3 jam lagi aku akan online lagi. wawawawa. Goodluck Mariani!


Sunday, February 5, 2012

Takpe.......







Korang kawen la dulu ye. Sampai masa, aku kawen la. Aku nak kumpul harta dulu. Eh, silap. Aku nak cari kerja tetap dulu. Kerja yang boleh menjamin masa depan. Perjalanan hidup aku baru saja bermula dan masih jauh. Semoga aku panjang umur untuk menikmati semua yang aku impikan. ;D





Saturday, February 4, 2012

Jumpa orang yang dikenali.


Holla. Selamat bercuti semua!


Hari ni ada kelapangan sikit nak update belog tapi takde idea la pulok. Lain kali la kita belog benda-benda serius yang berkaitan masalah negara ye. Yang ni sesaje je nak update.


Apa benda sangat yang aku nak cerita hari ni? Aku try nak imbas balik memori, baru aku perasan yang aku ni jarang sangat berpeluang untuk jumpa artis-artis atau pun orang kenamaan ataupun orang-orang yang pernah masuk newspaper ke internet ke.


Yang aku jumpa nye artis-artis suam kuku sajorrkk. Kalau aku cerita pun orang tak berapa nak kenal. Lebih baik aku pendam je citer sorang-sorang. Tapi hari ni, aku nak reveal la sikit artis-artis yang penah aku jumpa.



  • The Brothers. Ingat lagi tak kumpulan nasyid tu??? Masa tu dia dijemput untuk program ape entah aku dah lupa. Form 1 kot seingat aku masa aku belajar kat MRSM Jeli. Tapi sadis nye, time tu Yassin dah keluar dari Brothers. Keh3.
  • Kat sekolah tu jugak aku jumpa Dr. Mahathir. Tapi dihalang oleh cermin kereta.Time tu helikopter peribadi beliau mendarat kat padang sukan MRSM Jeli. Memang tak dinafikan padang sukan kat situ besar sangat sebesar stadium Bukit Jalil (gila menipu aku ni hahahaha). Tapi okay la. Tun Dr.M turunkan cermin kereta dan melambai-lambai kat students.
  • Pastu aku penah jumpa Dafi & Mila kat Jusco Taman U masa belajar kat UTM. Pernah jugak jumpa SISO (Kump Kopratasa). Korang tak kenal kan? hakhakhak
  • Masa kerja kat Tesco Kepong hari tu jumpa Jaclyn Victor ngah shopping kat Tesco kihkihkih. 
Ada la lagi beberapa artis suam kuku yang aku jumpa. Tapi aku tak pernah dan mungkin aku takkan pergi serbu artis macam orang histeria walaupun aku minat cerita pasal artis. 

Sebenarnya aku nak citer pasal Ahmad & Muhammad. Ingat lagi tak pasangan kembar siam yang separate kat Mesir dulu. Kalau tak silap umur diorang baru 5 tahun kan time tu.


Cepat nye masa berlalu. Diorang ni dah masuk Tingkatan 2 sekarang. Kenapa tiba-tiba aku amik kesah ni? Sebab hari-hari aku jumpa. Aku pun ada ajar kelas diorang. Yang aku bangga sebab mereka ni bijak pandai. Duduk kelas pertama lagi. Bila aku soal ape ape, ade usaha nak menjawab. Semoga berjaya ye anak-anak (ewah).

Korang pulak pernah jumpa sape?


Friday, February 3, 2012

Cerita dari kelas


Holla, I'm back! 


Dah beberapa hari tak menjenguk belog sebab tak bayar bil broadband kihkihkih. This time, banyak sangat yang nak di story mory terutama sekali apa yang berlaku dalam kelas. Huru hara kelas sebab cekgu tak pandai nak control kelas. Cekgu mana satu nih? Aku la!


My sister pernah bagi tips, mula-mula masuk kelas jangan terus mengajar. Make sure control diorang dulu, hold the audience. Ala-ala AF gitu yang nak buat performance. Tapi dah 3 minggu aku mengajar,serious sampai sekarang still tak jadi especially kelas-kelas hujung atau bahasa kasar kelas paling bodoh. MasyaAllah. Mengucap aku ni.


Okay, this time aku share perbualan-perbualan yang berlaku antara aku ngan budak-budak.


Situasi 1.


Aku      : Okay, sape boleh bagitahu saya apa itu tanaman hiasan?
Murid A : Pape je la cekgu.


Aku tergelak sorang-sorang dalam hati. Kau bukan cekgu weh, kau sampah. Murid boleh sampah kan kau macam tu jer? Hahahahahaha. Okay, sabar2.




Situasi 2. 


Aku       : Awak ni budak pandai duk Kelas 1 Bumi (kelas ke-3) lagi. Tapi
              perangai kena la selari jugak
Murid B  : Entah la cekgu, masa UPSR haritu saya main-main je. Tengok2 dapat 
              2A.
Aku       : 2A jerrr? Tu pun nak bangga?
Murid B  : Abis tu cekgu nak saya dapat berapa? Tak dapat A langsung? Saya
              tak kesah.


Aku masuk bilik guru, memang ramai cekgu geram sangat kat budak sorang ni. Dalam kelas menjawab, kerja tak buat. Ramai cekgu ugut nak ikat dia kat kerusi sampai abis waktu. Tak kurang juga, ada cekgu yang nak campak dia dari tingkat ke 3. Budak nye kecik macam budak darjah 1. Serious! Kurang ajar nya mengalahkan orang besar.




Situasi 3.


Budak-budak laki tengah training sepak takraw kat dataran perhimpunan. Aku berjalan2 kat koridor tingkat 2. Tiba-tiba, ada sorang budak pempuan datang kat aku......


Murid C  : Cekgu ada nampak Amir tak?
Aku       : Amir mana? Saya tak kenal.
Murid C  : Haaaaa. Tu pun dia cekgu. Kiut tak Amir? Kiut kan cekgu.
              Saya minat dia.
Aku       : ??????????????? (Dulu kalau aku minat kat budak laki sekalipun aku 
              takkan pegi citer kat cekgu)




Situasi 4.


Aku paling benci bila budak-budak suka ajuk cakap aku. Apa yang aku cakap, dia ajuk balik. Mungkin suara aku macam cartoon. Takpe, nanti aku panggil cekgu disiplin masuk kelas, korang cuba ajuk dia bercakap, boleh giteww?




Okay, sebenarnya banyak lagi. Next time ye. Aku pun banyak keje sekarang. Ni pun curik-curik masa. Tapi aku nak cakap budak-budak sekarang ni memang tahap kurang ajar tu dah semakin tinggi dalam diri. Seingat aku dulu, aku pun pernah ponteng kelas, pernah tak siap keje sekolah, pernah kena denda sebab tak pegi surau tapi aku tak pernah (mungkin ada sekali dua) aku kurang ajar dengan cekgu. Nak menjawab pun rasa takut, punya la kita respek kat cekgu-cekgi ni.



1st 'Comeback' Post on 2017

Assalamualaikum.. This will be the very 1st post on 2017. Konon-konon post comeback dari aku la. Harap-harap aku dapat istiqomah dan buka...