Thursday, February 9, 2012

PPSMI, bila pelajar mula bersuara.



Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris


Semalam, aku masuk kelas 1 Utarid ganti cekgu yang tak masuk kelas. Budak-budak semua baik, berjurus dan mungkin bijak pandai. Bukan mungkin lagi memang sah pandai.


Aku cuba jadi mesra alam since aku tak ajar pun kelas ni. Aku tanya best ke belajar Form 1. Rata-rata cakap tak best. Banyak keje. Ye la, subjek pun bertambah, kena study lebih sikit.


Antara banyak perkara-perkara yang diorang cakap ada jugak diorang komplen pasal PPSMI. Cekgu tak ajar Sains dalam Bahasa Inggeris. As usual, aku tanya korang tak cakap ke kat cekgu tu ajar in English. Dah! Dah! Dah berbuih mulut cakap tapi cekgu tu ajar 1 minit je in English then dia tukar balik Bahasa Melayu. 


Lalu aku pun terlepas cakap, ow ni masalah ngan korang ni yang terlebih pandai. Nak belajar Bahasa Inggeris. Gelak semua tapi diorang still cakap tak boleh paham belajar Sains dalam BM. Ayat jadi lain. Pembolehubah manipulasi, bergerak balas, bersandar. Whatttt? Aku dah ingat ingat lupa. Ni zaman aku darjah 5 6 ni guna ayat macam tu. Memang so old skul. Memandangkan diorang pn dah terbiasa belajar dalam BI sebelum ni ye aku terpaksa mengaku agak sukar la nak paham dan tukar mind set belajar dalam BM semula.


Sebagai contoh; Kita naik kereta Perodua Viva. Signal di posisi sebelah kanan dan wiper kat sebelah kiri. Bila kena bawak kereta Proton, semua dah terbalik. Kadang-kadang nak bagi signal pangggg wiper yang naik. Terkejut. So, I guess tu yang berlaku pada diorang.


Aku pun macam tu jugak dulu. Masa awal-awal masuk matrik belajar dalam BI? Tak boleh! Bila lama-lama dah terbiasa okay la. Lagi pun terms Science kalau di translate ke BM memang agak weird.




P/s: Jujukan aritmetik, persamaan algebra bla bla bla. hahahahaha





3 comments:

tamsilankendiri said...

Signal di posisi sebelah kanan dan wiper kat sebelah kiri. Bila kena bawak kereta Proton, semua dah terbalik.

-cuba ko tukar signal n wiper dlm bm, pastu masukkan dlm ayat tu balik.
-cuba ko igt balik zaman nk wat report psm, nak tulis background ke ape ntah (yg kena wat dwi bahasa, bhgian depan skali tu).

mcm tu la jgk kot situation diorg.

mar yanie said...

ABSTRAK LA!!!! hahahahahahahahahaha

serius nk ngamok wat abstrak ni. siap g google translate lg. tp google translate bukan membantu pun, lagi menyesakkan otak.kah3

tamsilankendiri said...

haha, abstrak! dah la nak ayat bm-bi sebijik sama. ayat aku dulu ade cell knock, tukar jadi tombol sel.kih3