Monday, February 20, 2012

Mungkin hal remeh temeh saja



Takde elektrik lagi baik daripada takde air.

Pernah tak korang alami benda nih kat sekolah asrama dulu-dulu? Serious memang sangat menyakitkan hati. 

Kalau takde elektrik kat sekolah, tak perlu pergi surau sembahyang berjemaah, tak perlu pergi prep and etc. Ish3, tanduk setan bermaharajalela la masa tu. Tapi yang tak best bila elektrik ade beberapa jam lepas tu mesti dapat berita weh walkman aku hilang la, duit aku hilang rm2. Macam shit gitu.

Kalau takde air pulak, korang boleh bayangkan tak macam mana?  Bagi pelajar perempuan yang belajar kat sekolah ala-ala islamic gitu, pagi-pagi bawak baldi dan barang mandian pergi mandi dekat bangunan akademik. Attire? Haruslah proper. Walaupun pagi buta, pelajar lelaki tengah tidur lena sekalipun, kau harus kena pakai baju kurung atau baju t-shirt lengan panjang bertudung lengkap. Tak main la pakai towel letak atas kepala tutup rambut. Perghh gitu.

Bangunan akademik dengan hostel punya la jauh jugak. Kau mandi 1 jam pun, bila jalan balik ke bilik memang badan berpeluh dan bau busuk semula. baik tak payah mandi kan. Pastu lagi best bila esok tu masuk kelas, pelajar lelaki bising duk lelong spender siapa ni yang jatuh depan kelas? Saiz xxxxL. Serious memalukan. 

Then, after several years........kat flat tempat umah abang aku ni takde air. Dah masuk 2 hari. Aku turun nak pergi angkut air kat pili bomba kat depan blok ni, putus asa aku bila tengok ana-anak kecik tengah basuh kasut sekolah kat situ. Kesian gila. Aku yang nak berak pun tak jadi. Bayangkan kalau orang yang ada anak kecik, sangat susah hati.

Bukan salah siapa pun, salah penduduk kat sini jugak. Kerja siang malam bertungkus lumus cari duit tapi nak bayar bil air pun malas? Sampai tertunggak berbulan-bulan. Padan la muka SYABAS dah potong air. Haaaa, rasakan!! 

Notakaki: Aku tahu korang bukan taknak bayar air, korang banyak duit cuma nye korang ni MALAS nak bayar bil air. Korang pandang enteng saja huhuhuhu

No comments:

1st 'Comeback' Post on 2017

Assalamualaikum.. This will be the very 1st post on 2017. Konon-konon post comeback dari aku la. Harap-harap aku dapat istiqomah dan buka...