Skip to main content

Jumpa orang yang dikenali.


Holla. Selamat bercuti semua!


Hari ni ada kelapangan sikit nak update belog tapi takde idea la pulok. Lain kali la kita belog benda-benda serius yang berkaitan masalah negara ye. Yang ni sesaje je nak update.


Apa benda sangat yang aku nak cerita hari ni? Aku try nak imbas balik memori, baru aku perasan yang aku ni jarang sangat berpeluang untuk jumpa artis-artis atau pun orang kenamaan ataupun orang-orang yang pernah masuk newspaper ke internet ke.


Yang aku jumpa nye artis-artis suam kuku sajorrkk. Kalau aku cerita pun orang tak berapa nak kenal. Lebih baik aku pendam je citer sorang-sorang. Tapi hari ni, aku nak reveal la sikit artis-artis yang penah aku jumpa.



  • The Brothers. Ingat lagi tak kumpulan nasyid tu??? Masa tu dia dijemput untuk program ape entah aku dah lupa. Form 1 kot seingat aku masa aku belajar kat MRSM Jeli. Tapi sadis nye, time tu Yassin dah keluar dari Brothers. Keh3.
  • Kat sekolah tu jugak aku jumpa Dr. Mahathir. Tapi dihalang oleh cermin kereta.Time tu helikopter peribadi beliau mendarat kat padang sukan MRSM Jeli. Memang tak dinafikan padang sukan kat situ besar sangat sebesar stadium Bukit Jalil (gila menipu aku ni hahahaha). Tapi okay la. Tun Dr.M turunkan cermin kereta dan melambai-lambai kat students.
  • Pastu aku penah jumpa Dafi & Mila kat Jusco Taman U masa belajar kat UTM. Pernah jugak jumpa SISO (Kump Kopratasa). Korang tak kenal kan? hakhakhak
  • Masa kerja kat Tesco Kepong hari tu jumpa Jaclyn Victor ngah shopping kat Tesco kihkihkih. 
Ada la lagi beberapa artis suam kuku yang aku jumpa. Tapi aku tak pernah dan mungkin aku takkan pergi serbu artis macam orang histeria walaupun aku minat cerita pasal artis. 

Sebenarnya aku nak citer pasal Ahmad & Muhammad. Ingat lagi tak pasangan kembar siam yang separate kat Mesir dulu. Kalau tak silap umur diorang baru 5 tahun kan time tu.


Cepat nye masa berlalu. Diorang ni dah masuk Tingkatan 2 sekarang. Kenapa tiba-tiba aku amik kesah ni? Sebab hari-hari aku jumpa. Aku pun ada ajar kelas diorang. Yang aku bangga sebab mereka ni bijak pandai. Duduk kelas pertama lagi. Bila aku soal ape ape, ade usaha nak menjawab. Semoga berjaya ye anak-anak (ewah).

Korang pulak pernah jumpa sape?


Comments

Popular posts from this blog

TRENGKAS

Apa itu TRENGKAS?

Sape-sape yang rajin sangat mohon kerja kerajaan, mesti selalu jumpa perkataan "trengkas" kat borang permohonan. Namanye selalu jumpa tapi tahu tak apa benda tu? Aku pun baru terpanggil untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut. Selama ni ignore je part trengkas ni. Owh, then no wonder la aku tak pernah dapat offer interview dari company kerajaan yang mana aku apply. Mungkin sebab tak isi bahagian trengkas ni kot.

Mari la kita sama-sama belajar yer. TRENGKAS berasal dari dua perkataan iaitu Tulisan Ringkas. Nak tahu macam mana rupa bentuk trengkas, come closer. Sila zoom betol-betol okay!


Sekali pandang macam tulisan jawi tapi dua tiga kali pandang macam cacing pulak. Sebenarnya kita jarang guna trengkas ni. Selalunya kita guna short form. Contoh; Yang-yg, cantik-cntk. Biasanya time ber-sms la kita guna sebab nak jimat kredit kan. Contoh lain;
AKA = also known as OTW = on the way ASAP = as soon as possible  

Sape yang selalu guna trengkas? Aku dah try …

Starter pack Bio-essence Bird's Nest

Oh oh oh.. I check kat stat rupa-rupanya ramai yang terjah belog ni sebab nak baca reviews alat-alat kecantikan yang i dah banyak review kat sini especially Bio-essence Bird's Nest. Sebelum ni saya pernah buat review kat sini. And my review untuk produk ni sangat bad. Takut nye kalau saya dah mempengaruhi semua orang jangan guna produk bio-essence ni. Padahal teknik pemakaian saya dah salah, tu yang effect teruk.


In response to that and plus plus saya tak nak membazir sebab pencuci muka dia banyak lagi tak guna, nak tunggu expired jer, so saya pergi kat watson cari beauty consultant tanya cara-cara nak apply produk bio-essence ni macam mana.


Okay, here we go! Kalau korang determine sangat nak guna produk bird's nest ni, kena beli satu set. Satu set lengkap ada;
Nuti-Collagen & Whitening CleanserNutri-Collagen & Whitening AdvancerNutri-Collagen & Whitening EssenceNutri-Collagen & Whitening Cream
At first, prejudice jugak nak beli sebab kat situ semua mention whi…

Review; Bio-essence Bird's Nest Nutri Collagen & Virgin Coconut Oil

Bagus sangat ke produk yang ada bird's nest ni? Bila tengok Fazura kat TV jadi duta produk Nutox yang ada bird's nest content, terus nak try. Tapi saya try produk bio essence, harga nya mak ai, mahal la RM 24.80. Kalau guna safi balqis baru RM 10 je. Biasalah orang cakap lagi mahal lagi bagus bukan?

Bio Essence Bird's Nest Nutri Collagen
Nama kemain hebat lagi tu. Ada sarang burung la, ada collagen la. Mesti double triple dia punya action kan. Tak sabar nak tengok hasil nya.

Lepas dua minggu try pakai pencuci muka Bio essence tu, rasa nak menangis woo. Jerawat naik berlambak-lambak especially kat dahi. So scary! Penuh dahi bagai tak cukup ruang. Owh, inikah penangan sarang burung? Terus terbayang, macam mana nak bagus sarang burung ni, burung duk berak  kat dalam tu, orang pergi buat research kata bagus. Ptuiiiii..hahaha

Sebenarnya nak tunggu sebulan pakai sebab nak tengok hasil produk  ni kan. Manalah tahu dia nak elokkan muka, tu yang timbul berlambak-lambak jerawat as a pe…