Skip to main content

Cerita dari kelas


Holla, I'm back! 


Dah beberapa hari tak menjenguk belog sebab tak bayar bil broadband kihkihkih. This time, banyak sangat yang nak di story mory terutama sekali apa yang berlaku dalam kelas. Huru hara kelas sebab cekgu tak pandai nak control kelas. Cekgu mana satu nih? Aku la!


My sister pernah bagi tips, mula-mula masuk kelas jangan terus mengajar. Make sure control diorang dulu, hold the audience. Ala-ala AF gitu yang nak buat performance. Tapi dah 3 minggu aku mengajar,serious sampai sekarang still tak jadi especially kelas-kelas hujung atau bahasa kasar kelas paling bodoh. MasyaAllah. Mengucap aku ni.


Okay, this time aku share perbualan-perbualan yang berlaku antara aku ngan budak-budak.


Situasi 1.


Aku      : Okay, sape boleh bagitahu saya apa itu tanaman hiasan?
Murid A : Pape je la cekgu.


Aku tergelak sorang-sorang dalam hati. Kau bukan cekgu weh, kau sampah. Murid boleh sampah kan kau macam tu jer? Hahahahahaha. Okay, sabar2.




Situasi 2. 


Aku       : Awak ni budak pandai duk Kelas 1 Bumi (kelas ke-3) lagi. Tapi
              perangai kena la selari jugak
Murid B  : Entah la cekgu, masa UPSR haritu saya main-main je. Tengok2 dapat 
              2A.
Aku       : 2A jerrr? Tu pun nak bangga?
Murid B  : Abis tu cekgu nak saya dapat berapa? Tak dapat A langsung? Saya
              tak kesah.


Aku masuk bilik guru, memang ramai cekgu geram sangat kat budak sorang ni. Dalam kelas menjawab, kerja tak buat. Ramai cekgu ugut nak ikat dia kat kerusi sampai abis waktu. Tak kurang juga, ada cekgu yang nak campak dia dari tingkat ke 3. Budak nye kecik macam budak darjah 1. Serious! Kurang ajar nya mengalahkan orang besar.




Situasi 3.


Budak-budak laki tengah training sepak takraw kat dataran perhimpunan. Aku berjalan2 kat koridor tingkat 2. Tiba-tiba, ada sorang budak pempuan datang kat aku......


Murid C  : Cekgu ada nampak Amir tak?
Aku       : Amir mana? Saya tak kenal.
Murid C  : Haaaaa. Tu pun dia cekgu. Kiut tak Amir? Kiut kan cekgu.
              Saya minat dia.
Aku       : ??????????????? (Dulu kalau aku minat kat budak laki sekalipun aku 
              takkan pegi citer kat cekgu)




Situasi 4.


Aku paling benci bila budak-budak suka ajuk cakap aku. Apa yang aku cakap, dia ajuk balik. Mungkin suara aku macam cartoon. Takpe, nanti aku panggil cekgu disiplin masuk kelas, korang cuba ajuk dia bercakap, boleh giteww?




Okay, sebenarnya banyak lagi. Next time ye. Aku pun banyak keje sekarang. Ni pun curik-curik masa. Tapi aku nak cakap budak-budak sekarang ni memang tahap kurang ajar tu dah semakin tinggi dalam diri. Seingat aku dulu, aku pun pernah ponteng kelas, pernah tak siap keje sekolah, pernah kena denda sebab tak pegi surau tapi aku tak pernah (mungkin ada sekali dua) aku kurang ajar dengan cekgu. Nak menjawab pun rasa takut, punya la kita respek kat cekgu-cekgi ni.



Comments

Ryha Feyzal said…
sabar ye mar...
kelakar pun ada baca citer awak ni
mar ajar sekolah menengah ek?

baca doa byk2 sebelum masuk kelas k
Tema Hitomi said…
yanie!!
ak setuju ngey mu..mmg budok loni kurang ajar gilooo...

ak dulu siap kna gosip ngey budok form2...namo faris haikal, budok2 klas dio siap oyak gini ag kalu time ak nk masuk ngajar
"eh eh faris lepas ni kelas awek ko kan?"
T___T
takut ak nk msuk kelas tu sbb kalu ak ngajar, dia duk prati kt ku jah..huhu
mar yanie said…
ryha..tq.. ;)

x taw la camne cekgu yg pregnant tu. tahan je la..
mar yanie said…
tema, nk gilo sero.tekanan jiwoooo...
mOon jOhari said…
Murid B : Entah la cekgu, masa UPSR haritu saya main-main je. Tengok2 dapat
2A.
Aku : 2A jerrr? Tu pun nak bangga?

dlm situasi no. 2 tu mOon ase adalah lebey baek kita bg dia kata2 semangat dari ckp mcm tu ... budak2 akan lebey semangat kalo kita bg galakkan bukan merendah2 kan mereka mcm 2...
ni juz pendapat saya...maaf kalo tersalah bahasa...

^_^
siti nazihah said…
yani, kito mulo hok debey skali pn xgitu moo des. hahaha. debey monteng pah keno panggil masuk klas. g main game xteheynyo. ponteng lab fizik.
mar yanie said…
moon...betul jugak..okay,noted. tq..;)


siti..x tehey nyo nk kne pulas kepale nge cekgu Matematik.ingat dop? mu la ajak balik hostel tido..hakhakhak
YAT said…
ahahah. keje cekgu skrg mmg mncabar. wpun syok byk cuti! :p

aku dulu pun tak berani nk melawan cekgu. kena mrh/ tegur tunduk ke bumi. mata bgenang.. haha

Popular posts from this blog

TRENGKAS

Apa itu TRENGKAS?

Sape-sape yang rajin sangat mohon kerja kerajaan, mesti selalu jumpa perkataan "trengkas" kat borang permohonan. Namanye selalu jumpa tapi tahu tak apa benda tu? Aku pun baru terpanggil untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut. Selama ni ignore je part trengkas ni. Owh, then no wonder la aku tak pernah dapat offer interview dari company kerajaan yang mana aku apply. Mungkin sebab tak isi bahagian trengkas ni kot.

Mari la kita sama-sama belajar yer. TRENGKAS berasal dari dua perkataan iaitu Tulisan Ringkas. Nak tahu macam mana rupa bentuk trengkas, come closer. Sila zoom betol-betol okay!


Sekali pandang macam tulisan jawi tapi dua tiga kali pandang macam cacing pulak. Sebenarnya kita jarang guna trengkas ni. Selalunya kita guna short form. Contoh; Yang-yg, cantik-cntk. Biasanya time ber-sms la kita guna sebab nak jimat kredit kan. Contoh lain;
AKA = also known as OTW = on the way ASAP = as soon as possible  

Sape yang selalu guna trengkas? Aku dah try …

Starter pack Bio-essence Bird's Nest

Oh oh oh.. I check kat stat rupa-rupanya ramai yang terjah belog ni sebab nak baca reviews alat-alat kecantikan yang i dah banyak review kat sini especially Bio-essence Bird's Nest. Sebelum ni saya pernah buat review kat sini. And my review untuk produk ni sangat bad. Takut nye kalau saya dah mempengaruhi semua orang jangan guna produk bio-essence ni. Padahal teknik pemakaian saya dah salah, tu yang effect teruk.


In response to that and plus plus saya tak nak membazir sebab pencuci muka dia banyak lagi tak guna, nak tunggu expired jer, so saya pergi kat watson cari beauty consultant tanya cara-cara nak apply produk bio-essence ni macam mana.


Okay, here we go! Kalau korang determine sangat nak guna produk bird's nest ni, kena beli satu set. Satu set lengkap ada;
Nuti-Collagen & Whitening CleanserNutri-Collagen & Whitening AdvancerNutri-Collagen & Whitening EssenceNutri-Collagen & Whitening Cream
At first, prejudice jugak nak beli sebab kat situ semua mention whi…

Review; Bio-essence Bird's Nest Nutri Collagen & Virgin Coconut Oil

Bagus sangat ke produk yang ada bird's nest ni? Bila tengok Fazura kat TV jadi duta produk Nutox yang ada bird's nest content, terus nak try. Tapi saya try produk bio essence, harga nya mak ai, mahal la RM 24.80. Kalau guna safi balqis baru RM 10 je. Biasalah orang cakap lagi mahal lagi bagus bukan?

Bio Essence Bird's Nest Nutri Collagen
Nama kemain hebat lagi tu. Ada sarang burung la, ada collagen la. Mesti double triple dia punya action kan. Tak sabar nak tengok hasil nya.

Lepas dua minggu try pakai pencuci muka Bio essence tu, rasa nak menangis woo. Jerawat naik berlambak-lambak especially kat dahi. So scary! Penuh dahi bagai tak cukup ruang. Owh, inikah penangan sarang burung? Terus terbayang, macam mana nak bagus sarang burung ni, burung duk berak  kat dalam tu, orang pergi buat research kata bagus. Ptuiiiii..hahaha

Sebenarnya nak tunggu sebulan pakai sebab nak tengok hasil produk  ni kan. Manalah tahu dia nak elokkan muka, tu yang timbul berlambak-lambak jerawat as a pe…