Wednesday, March 7, 2012

TRENGKAS



Apa itu TRENGKAS?


Sape-sape yang rajin sangat mohon kerja kerajaan, mesti selalu jumpa perkataan "trengkas" kat borang permohonan. Namanye selalu jumpa tapi tahu tak apa benda tu? Aku pun baru terpanggil untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut. Selama ni ignore je part trengkas ni. Owh, then no wonder la aku tak pernah dapat offer interview dari company kerajaan yang mana aku apply. Mungkin sebab tak isi bahagian trengkas ni kot.


Mari la kita sama-sama belajar yer. TRENGKAS berasal dari dua perkataan iaitu Tulisan Ringkas. Nak tahu macam mana rupa bentuk trengkas, come closer. Sila zoom betol-betol okay!



Again, curik kat google image.

Sekali pandang macam tulisan jawi tapi dua tiga kali pandang macam cacing pulak. Sebenarnya kita jarang guna trengkas ni. Selalunya kita guna short form. Contoh; Yang-yg, cantik-cntk. Biasanya time ber-sms la kita guna sebab nak jimat kredit kan. Contoh lain;

AKA = also known as
OTW = on the way
ASAP = as soon as possible  


Sape yang selalu guna trengkas? Aku dah try google, kebiasaannya wartawan guna trengkas sebab diorang nak tulis cepat. Tapi aku rasa, orang zaman sekarang dah semakin lupa even aku sendiri pun tak pernah tahu wujudnya trengkas ni.


Tiba-tiba aku rasa terpanggil untuk belajarr trengkas ni sebab keje yang aku duk isi borang nye akan tanya kebolehan menaip dan trengkas. Kebolehan menaip mungkin aku boleh tipu lagi berapa p.s.m. P.s.m bukan projek sarjana muda okay. P.s.m is per se minit. Yang ni senang saja la, set masa dan type dalam masa seminit berata perkataan yang kau mampu type. Biasanya paling minimum 30-35 p.s.m. 


Okay la, mungkin aku akan update lagi bila aku dah pandai guna trengkas ni. Bye~


11 comments:

paktam dan senyumannya said...

:) berguna

http://paktamnsenyumannya.blogspot.com/

Fida Husain said...

masih ramai yang tahu penggunaan trengkas ni. sebab kami belaja di politeknik. seronokk tahu trengkas ni :)

syarifah nur farhana said...

salam..sy carik pasal trengkas tadi..jumpe post awk ni.. ade lagi ke kursus blaja trengkas ni? if ade, cane nak blaja ey?

Anonymous said...

pe beza bertulis ngan bercetakkk???

Hazwani Harun said...
This comment has been removed by the author.
Hazwani Harun said...

Hai, sy tengah google, mncari mksud trengkas..dah dpt info bergune dr blog awk ni..dah follow awk..n mohon copy entry ni boleh x?

Anonymous said...

sya ada belajar jg tapi dah lupa..huhu..mnyesal plak tak practice..

lov ely said...

trengkas ni boleh buat sndri ke?..atau memang dah ada simbol tersendiri macam tulisan rumi?..

HadifaR_LoVe said...

tq for ur info :)

Anonymous said...

Thanks for the info. Tying test bole buat di www.typingtest.com or malay bole buat di www.10fastfingers.com

Anonymous said...

Trengkas ni tulisan ringkasan. Setiap perkataan kena guris (tulis)dalam setiap simbol. saya pernah belajar trengkas tapi dah 3 tahun tinggal.

Trengkas tu tulisan ringkas untuk bahasa melayu, shorthand untuk tulisan ringkas bahasa inggeris. Masing-masing berbeza cara gurisannya.

Siapa-siapa yang pernah belajar, jom praktis balik. Ilmu, skill ni better kita gilap n amalkan. Sy tulis diari pun guna trengkas then letak je merata-rata. best kan? Hehe.