Skip to main content

Ujian lagi.



Ini adalah entry balas balik kepada entry yang telah dibuat oleh seorang part time blogger yang semakin berjinak-jinak menulis entry 10 ketul per month..boleh baca di sini


Iols rasa sakit hati sangat sebab dia dapat dua helai kertas A4 untuk conteng segala gambar rajah, buat kira-kira masa exam Mtest sedangkan iols hanya dapat 1 helai jeww. 1 helai?? Mana lah cukup sampaikan iols terpaksa mengira atas meja pastu kena padam balik tsk tsk tsk. Nak angkat tangan mintak extra kertas kan macam bersungguh pulok, terus semat dalam hati "Behave ustazah, behave!" ehem ustazah-wanna-be.




Ada beberapa soalan yang masih lagi berlegar-legar kat kepala iols, terasa macam nak tegelak tahu..Yang paling aku sentap bila jumpa soalan ni;



Anda tidak pernah jemu memohon sesuatu pekerjaan kerana anda terlalu minat (lebih kurang camtu la soalan)
Rasa macam nak hitamkan jawapan sampai tembus kertas, Ya! Ya! Ya!.. Saya tak pernah jemu apply cekgu ni sampaikan J-Qaff pun apply, ni dah masuk 4x tahu dapat mtest!! hewhewhew..




Tengah duk kalut ribut jawab soalan dengan tak cukup masa nya, tiba-tiba saya teringat kat seseorang sampaikan tertulis nama dia hewhewhew. Kaitan sangat kan sebab nak jadi ustazah..;D.. Can u spot the name cik yatt??




Perghhh, formula panjang lilitan bulatan, indeks, pecahan setara, pecahan wajar, rombus, sisi selari, persamaan tak linear semua keluar weh. Mentang-mentang otak tengah fresh lagi kan duk ajar si Afiq & Aqmal minggu lepas. Paper analitikal ni aku bajet good-good giteww tapi jangan tanya paper verbal yang ada Dadu, Abok, Bebe, Pot pot, Comot, Coco, Momo semua tu.. Paper BM ngan BI pulak memang terbaik lah, ni bukan calang-calang senapang aku bawak masuk. Ni senapang high class giteww. Sekali tembak dashuumm mengena tepat pada jawapan.


Kahkahkah. Pagi-pagi sampai kat Sekolah Teknik Klang aku dah rasa down gile. Pandang kanan pandang kiri semua datang ngan pasangan, siap dukung anak kecil tuh! Sampai aku tertanya-tanya kriteria untuk amik Mtest ni kena berkeluarga kew? Pastu masa jawab exam, serius tak dapat pokus sebab terganggu oleh kebisingan anak-anak kecil yang menjerit kat koridor bawah. Haishhhhh! *Alasan baik punye mariani*


Okay, iols taknak amik tahu dah pasal benda alah ni. Bila result keluar pun taknak amik tahu sebab terasa macam keputusan tu dah dapat. Terang-terangan ini kpli J-Qaff. At least kena ada sijil dalam pengajian Islam. Orang cakap siapa-siapa yang apply ni mesti dapat ujian Mtest, ye lah dah bayar 6 hengget beli no pin. Kira 6 hennget ni bayar untuk kertas soalan la, amik syarat je. Betul ke?


So? So? So??



Comments

YAT said…
name utk di spot >> ustaz hadi mungkin.

and last skali tu.. so, so, so, so... cepatla amek kelas pengajian islam & bhsa arab spy cnfirm layak utk pass MTest kali ke-5!
aienzunnur said…
Gn s pen kt henfon.

Popular posts from this blog

TRENGKAS

Apa itu TRENGKAS?

Sape-sape yang rajin sangat mohon kerja kerajaan, mesti selalu jumpa perkataan "trengkas" kat borang permohonan. Namanye selalu jumpa tapi tahu tak apa benda tu? Aku pun baru terpanggil untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut. Selama ni ignore je part trengkas ni. Owh, then no wonder la aku tak pernah dapat offer interview dari company kerajaan yang mana aku apply. Mungkin sebab tak isi bahagian trengkas ni kot.

Mari la kita sama-sama belajar yer. TRENGKAS berasal dari dua perkataan iaitu Tulisan Ringkas. Nak tahu macam mana rupa bentuk trengkas, come closer. Sila zoom betol-betol okay!


Sekali pandang macam tulisan jawi tapi dua tiga kali pandang macam cacing pulak. Sebenarnya kita jarang guna trengkas ni. Selalunya kita guna short form. Contoh; Yang-yg, cantik-cntk. Biasanya time ber-sms la kita guna sebab nak jimat kredit kan. Contoh lain;
AKA = also known as OTW = on the way ASAP = as soon as possible  

Sape yang selalu guna trengkas? Aku dah try …

Starter pack Bio-essence Bird's Nest

Oh oh oh.. I check kat stat rupa-rupanya ramai yang terjah belog ni sebab nak baca reviews alat-alat kecantikan yang i dah banyak review kat sini especially Bio-essence Bird's Nest. Sebelum ni saya pernah buat review kat sini. And my review untuk produk ni sangat bad. Takut nye kalau saya dah mempengaruhi semua orang jangan guna produk bio-essence ni. Padahal teknik pemakaian saya dah salah, tu yang effect teruk.


In response to that and plus plus saya tak nak membazir sebab pencuci muka dia banyak lagi tak guna, nak tunggu expired jer, so saya pergi kat watson cari beauty consultant tanya cara-cara nak apply produk bio-essence ni macam mana.


Okay, here we go! Kalau korang determine sangat nak guna produk bird's nest ni, kena beli satu set. Satu set lengkap ada;
Nuti-Collagen & Whitening CleanserNutri-Collagen & Whitening AdvancerNutri-Collagen & Whitening EssenceNutri-Collagen & Whitening Cream
At first, prejudice jugak nak beli sebab kat situ semua mention whi…

Review; Bio-essence Bird's Nest Nutri Collagen & Virgin Coconut Oil

Bagus sangat ke produk yang ada bird's nest ni? Bila tengok Fazura kat TV jadi duta produk Nutox yang ada bird's nest content, terus nak try. Tapi saya try produk bio essence, harga nya mak ai, mahal la RM 24.80. Kalau guna safi balqis baru RM 10 je. Biasalah orang cakap lagi mahal lagi bagus bukan?

Bio Essence Bird's Nest Nutri Collagen
Nama kemain hebat lagi tu. Ada sarang burung la, ada collagen la. Mesti double triple dia punya action kan. Tak sabar nak tengok hasil nya.

Lepas dua minggu try pakai pencuci muka Bio essence tu, rasa nak menangis woo. Jerawat naik berlambak-lambak especially kat dahi. So scary! Penuh dahi bagai tak cukup ruang. Owh, inikah penangan sarang burung? Terus terbayang, macam mana nak bagus sarang burung ni, burung duk berak  kat dalam tu, orang pergi buat research kata bagus. Ptuiiiii..hahaha

Sebenarnya nak tunggu sebulan pakai sebab nak tengok hasil produk  ni kan. Manalah tahu dia nak elokkan muka, tu yang timbul berlambak-lambak jerawat as a pe…