Skip to main content

Berebut nak dapatkan penghormatan dari manusia.



Apa jadi dengan dunia sekarang? Adakah ini yang dikatakan dunia akhir zaman? Ya Allah, tanpa kita sedar tanda-tanda kecil yang kian membesar itu sedikit demi sedikit makin nampak jelas kan? Tapi masih lagi kita menidakkan tanda-tanda itu.


Tabik hormat sampai terkentut-kentut.


Ramai pekerja yang berdedikasi sampaikan masa rehat pun masih nak berkerja, tak keluar makan. Fokus berkerja menghadap komputer, melayan kerja yang takkan pernah habis, bila bos tengok CCTV ye lah kamu la orang yang paling komited dengan kerja. Tapi entah bila solat nya?  Lupa nak luangkan masa sekejap berjumpa dengan Dia kat atas sana.


Bila mana kena panggil attend meeting ataupun pergi annual dinner, nak lari diri sekejap nak menghadap Dia pun takut. Takut bos atau staff lain tercari-cari mana budak ni menghilang? Orang tengah meeting boleh pulak keluar lama-lama. Contoh je tu tapi memang banyak berlaku. Tak sedar kah kita ini terlalu nak dapatkan penghormatan dari manusia? Huh.


Berkereta mewah dan besar bukan lagi kerana keperluan tapi kemahuan yang meluap-luap, bila nak pergi reunion nak suruh kawan-kawan sohsehsohseh bercakap pasal kita uhhh hebatnya dia hebatnya dia. Apa yang kita dapat? 


Sama jugak situasi bila berkawan dengan kawan-kawan yang leka hal agama. Mungkin diorang terlupa kot. Keluar enjoy-enjoy, makan-makan, sampaikan tak ingat waktu solat. Disebabkan terlampau nak jaga ikatan silaturrahim antara satu sama lain sampaikan nak cakap ngan kawan "Aku nak pergi solat kejap" pun susah. Takut kawan terasa hati, ni perli aku ke ape kan? kan? kan? Pernah tak macam tu?


Mengapa kita terlalu nak dapatkan penghormatan dari manusia? terlalu menjaga hati manusia? terlalu nak menjaga hubungan antara manusia sehinggakan mengabaikan hubungan kita dengan Allah? Siapa diri kita sebenarnya? Dari mana datangnya kesenangan yang kita ada sekarang ni? Dari mana rezeki ini datang oh? Ayuh lah kita renung-renungkan~


** Ingat! Kesenangan juga merupakan satu ujian dari Allah. Semoga kita sentiasa beringat. Takkan selamanya kita di atas, belajar tunduk dan tengok ke bawah. Satu hari nanti pasti kita ke sana juga.






Comments

Popular posts from this blog

TRENGKAS

Apa itu TRENGKAS?

Sape-sape yang rajin sangat mohon kerja kerajaan, mesti selalu jumpa perkataan "trengkas" kat borang permohonan. Namanye selalu jumpa tapi tahu tak apa benda tu? Aku pun baru terpanggil untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut. Selama ni ignore je part trengkas ni. Owh, then no wonder la aku tak pernah dapat offer interview dari company kerajaan yang mana aku apply. Mungkin sebab tak isi bahagian trengkas ni kot.

Mari la kita sama-sama belajar yer. TRENGKAS berasal dari dua perkataan iaitu Tulisan Ringkas. Nak tahu macam mana rupa bentuk trengkas, come closer. Sila zoom betol-betol okay!


Sekali pandang macam tulisan jawi tapi dua tiga kali pandang macam cacing pulak. Sebenarnya kita jarang guna trengkas ni. Selalunya kita guna short form. Contoh; Yang-yg, cantik-cntk. Biasanya time ber-sms la kita guna sebab nak jimat kredit kan. Contoh lain;
AKA = also known as OTW = on the way ASAP = as soon as possible  

Sape yang selalu guna trengkas? Aku dah try …

Starter pack Bio-essence Bird's Nest

Oh oh oh.. I check kat stat rupa-rupanya ramai yang terjah belog ni sebab nak baca reviews alat-alat kecantikan yang i dah banyak review kat sini especially Bio-essence Bird's Nest. Sebelum ni saya pernah buat review kat sini. And my review untuk produk ni sangat bad. Takut nye kalau saya dah mempengaruhi semua orang jangan guna produk bio-essence ni. Padahal teknik pemakaian saya dah salah, tu yang effect teruk.


In response to that and plus plus saya tak nak membazir sebab pencuci muka dia banyak lagi tak guna, nak tunggu expired jer, so saya pergi kat watson cari beauty consultant tanya cara-cara nak apply produk bio-essence ni macam mana.


Okay, here we go! Kalau korang determine sangat nak guna produk bird's nest ni, kena beli satu set. Satu set lengkap ada;
Nuti-Collagen & Whitening CleanserNutri-Collagen & Whitening AdvancerNutri-Collagen & Whitening EssenceNutri-Collagen & Whitening Cream
At first, prejudice jugak nak beli sebab kat situ semua mention whi…

Produk Skin Care Terbaik dari CNI

Holla....


Actually, dah lama teringin nak update belog tapi skang busy sikit. Busy dengan majlis kawen orang. Majlis kawen sendiri? eheh relax, lambat lagi. So, bersesuaian sangat la entry kali ni pasal beauty, again. Yup, again! Kenapa again? Sebab dalam belog ni dah banyak produk kecantikan yang dah di review. 


Kepada sesiapa yang bakal berkahwin atau bertunang ke apa tapi risau muka tak cantik, jerawat banyak, parut, muka tak glowing.....harap-harap produk ini akan jadi solution yang terakhir untuk korang semua. Yer, yang terakhir! After this, takde lagi produk lain. Insyaallah.




Produk CNI Skin Care
CNI Basic Skin Care A - RM 204.00 Skin Wash 1ASkin Soothe 2Skin Moist 3A
Yang ni special untuk muka-muka yang kurang naik jerawat tapi masih lagi ada jerawat manja-manja gitewww
Skin Wash A Sabun tanpa buih, menanggalkan solekan, membersih secara mendalamSkin Soothe 2 Kekalkan kelembapan dalaman, mengimbangi pH kulit. Macam toner.Skin Moist 3A Meningkatkan keanjalan kulit. Kalau pakai yang ini ku…