Wednesday, August 29, 2012

Merah.



Merah bukan sebarang merah ni. Kitew bukan nak cerita pasal warna tema kawen tau! Bukan juga warna tema baju raya sebab tahun ni baju raya kitew kaler kuning macam orang nak bertunang. Kitew cuma nak cakap punch card kitew asyik merah je sejak dua menjak ni. Sekian~


Apa maksud nya kalau punch card asyik kuar warna merah je? Kenapa semangat nak datang kerja dah luntur? Tak macam dulu-dulu, bangun pukul 6.20 pagi solat subuh tak tido dah, duk termenung atas katil kelip-kelip sampai pukul 7.30 pagi. Pastu mandi, sarapan, minum fresh orange, belek-belek news paper lagak macam orang kaya. Iye dok? Takpe lah, practice makes perfect la katakan.


Tapi sekarang entah ke mana semangat tu pergi. Pagi-pagi bangun subuh pastu termenung atas katil, kali ni termenung sambil baring. Lama-lama hanyut, tapi sempat kunci jam. Officially bangun pukul 7.50. Terus pecut mandi, tak sempat sarapan, takde lagi minum susu/fresh orange, hanya amik supplement pure collagen je. Itu rahsia macam mana aku mengekalkan kulit yang cantik gebu bhahahaha. 


Masuk kereta dah tak dapat dengar panggilan hangit macam selalu sebab dah lari sikit masa. Biasanya pukul 8.10 tu dengar panggilan hangit sambil panaskan enjin. Tapi kan haritu terbaca kat fesbuk, tak elok panaskan enjin lama-lama sebab boleh mencemarkan udara. That's why i'm practicing rite now, masuk kete terus pecut. Pecut sampai nak langgar kete kanan kiri tapi tak berbaloi, punch card tetap pukul over 8.30. Nak pulak yang kena pukul 8.31, aduhhh sakit nya mata memandang.


Okay la, nak fokus sambung buat kerja. Jangan ganggu tau! muahahaha



No comments:

1st 'Comeback' Post on 2017

Assalamualaikum.. This will be the very 1st post on 2017. Konon-konon post comeback dari aku la. Harap-harap aku dapat istiqomah dan buka...