Thursday, August 9, 2012

Cinta tak natural.



Rentetan dari post semalam "Suria Cintaku", memang aku hanyut betul-betul entah bila tertido. Sedar-sedar dah pukul 5, humakkau sahur, dah lambat.


Okay, ini mungkin post terakhir aku berkaitan cinta, hati dan perasaan. Sila pegang janji aku ni, yang terakhir, untuk bulan ini je hewhewhew. Lepas ni, belog ini akan dihiasi dengan picca dan resepi kuih muih, biskut dan kek raya sempena Hari Raya nanti!


Semalam, tengah layan Suria Cintaku, ada satu segmen iaitu Chit Chat Cinta untuk siapa-siapa yang sedang ingin mencari jodoh yang mana DJ Lin akan bacakan status/ deskripsi orang yang hantar request. Contohnya;

Nickname: Insan kesepian
Deskripsi: Berkulit cerah, tak tinggi, sederhana, pandai memasak, nak cari jodoh, baru dikecewakan, nak cari yang ikhlas, duda pun takpe. *perghhhh*.


Lepas tu DJ Lin akan bagi kod; 123456. Siapa yang nak berkenalan dengan insan kesepian ni boleh hantar ON *suria cinta* *no kod* hantar ke bla bla bla. Lebih kurang macam tu la. Hrmmm, tak tahu nak cakap apa. Kesian? Mungkin la hehe.


Jadi, apa kaitan citer ni dengan aku? kahkahkah. Oh, nak bagi pesanan sikit. Sikit jeww, janji! Bila kita baru putus cinta, sedih memang tak usah cakap la, diri sendiri je yang tahu. Tapi biarlah kelukaan dan kesedihan itu sembuh dulu, insyaallah sampai suatu masa kita akan dapat terima kenyataan. Tak perlu nak mencari pasangan secepat mungkin kalau motif nya sekadar nak ubat kesepian sebab hati kita sebenarnya belum bersedia. 


Bila bestfriend offer "Eh, aku ada kawan laki sorang ni single".Tiba-tiba "Nak! Nak! Nak kenal!". Kadang-kadang mulut je beria tapi bila dah berkenalan ahhh malas la nak melayan. Tak seronok la kenal macam gini, macam dipaksa-paksa je. You know, orang kata tak natural. Biarlah cinta itu datang secara semulajadi baru rasa bahagia. Dok gitu?


P/s: siapa yang baru je suruh family carikan jodoh tu, haaaa pikir-pikir kan lah~


Teheee



4 comments:

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

lek la yanie...
x yah la kapel2 nih...
bukan seronok pun...
kadang2 lagi tensen...

bek jd single mingle cam ak neh...
happy jek...
x perlu pikirkan perasaan orang...
nak berpoya2 dgn kawan perempuan lain pun xda masalah...

hehe

mar yanie said...

eh eh, tengah relak la ni.. duk atas kerusi sambil goyang kaki dan online..:D

YAT said...

jgn ttbe aku dgr suria cinta ttbe ko anta request. aku cepuk nnt. kih3

tp tolong la, style2 nak bkenalan kat radio, citcat kt mIRC, citcat kt @15, jodoh.my.. Tak relevan!!

mar yanie said...

aku anta request kt majalah mangga je trus.. title dia "mengapa kau robohkan istana yang kita bina".. kahkahkah..mangga, aku peminat no 1 dulu..rs vodohh je beli..