Showing posts with label pakar dietetik. Show all posts
Showing posts with label pakar dietetik. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

Kenali tanda-tanda awal Autisme

Hello semua!!


Hari ni rasa macam nak share something useful. Ceywah. Sepanjang saya hidup, saya memang pernah dengar perkataan 'autisme'. Tapi tak pernah amik tahu pun apa itu autisme. Eh,tapi saya tahu itu sejenis penyakit cuma tak tahu penyakit yang macam mana umtil I watched this muvie My Name Is Khan. Owh, macam ni ke penyakit autisme.


Khan is very sincere..T T
Autisme atau nama lebih spesifik disorder of neural development (kecacatan perkembangan tegal) ni melibatkan fungsi otak dan juga dianggap sebagai penyakit neurologi. Penyakit ni boleh dirawat tapi malangnya tak dapat dipulihkan. 


Suddenly a few days ago, saya ada terbaca pasal ciri-ciri autisme kat kalendar Guardian (ceywah,promot2!! sambil menyelam sambil minum air). Kalau nak kalendar untuk 2011 boleh dapatkan di Guardian dengan harga RM10. Kalau nak free pun boleh tapi ada syarat la kena beli barang-barang bernilai RM100 and above boleh dapat free. Lagi menarik, it's not just a calendar tapi kat dalam ada kupon produk-produk terpilih boleh beli dengan harga jimat. Eh, sorie dah lari topik. 


Okay, back to the main topic!


Kalau nak kenal macam mana ciri-ciri autisme boleh baca ini. Harap-harap ia berguna pada semua.






 Benci perubahan / Hate changes
Mereka ini tak sukakan kelainan. Kalau boleh nak guna cara biasa yang selalu mereka buat. Contoh nak balik rumah, tak nak guna jalan lain selain yang biasa je. Paham tak ayat berbelit ni? heee

Talks over and over about the same thing
Contoh: Nak teddy bear nak teddy bear!
macam Shah Rukh Khan dalam muvie tu. Cakap berulang-ulang kali benda yang sama je.

 Doesnt play with others
Golongan ni memang tak tahu nak bersosial i mean sosial is bergaul dengan orang sekeliling. Tak nak bermain dengan rakan sebaya yang lain.

Shows needs by using an adult's hand
Yang ni pun memang jelas. Kalau nak sesuatu benda contoh aiskrim ke ape ke mereka akan menggunakan tangan orang dewasa tunjuk keinginan. Tak berani nak tunjuk dengan tangan sendiri.

Enjoys spinning things
Mereka suka memutar objek but I do not know why 

Joins group only if adult insists and assists
Mereka ni kalau tak disuruh, didesak dan dibantu memang tak akan bergaul dengan sebaya mereka.

 One side converse
Perbualan satu pihak sahaja. That's why golongan ni suka bercakap sorang-sorang.

 Doesnt show interest

 Repeats thing
Suka mengulangi sesuatu perbuatan

Does thing like flapping hand
Very clear. Mereka suka mengibas-ngibas tangan.

 No pretend play
Haaa..ini seriously bahaya. Kadang-kadang kalau mereka bermain ala-ala superman jangan terpedaya. They're not like the others. Takde istilah main olok-olok pada mereka.

 No eye contact
Ni orang normal pun kadang-kadang bercakap takde eye contact haha

Laugh or giggles inappropriately
Suka ketawa berdekah-dekah tak bersesuaian dengan keadaan. Maksudnya takde perkara yang menggelikan hati pun berlaku tapi mereka boleh ketawa berdekah-dekah.




After all, I realized betapa beruntungnya kita ni. Dan saya tiba-tiba minat pulak tengok cerita/muvie berkaitan dengan penyakit-penyakit ni macam My Name Is Khan, 1 Litre of Tears (seriously menanges air mata berbaldi-baldi and lepas tengok cerita tu baru tahu penyakit tu wujud).

Thursday, November 11, 2010

Petua mudah untuk dapatkan diet seimbang

petua lagi!!
macam mana nak seimbangkan diet??

betol kan? hahahaha
apa lagi? beli penimbang dan seimbangkan diet anda sekarang! :D



Wednesday, October 27, 2010

sila baca label sebelum membeli produk makanan

apa hal tajuk yang biasa camni hello semua orang tahu kot kena baca label dulu sebelum beli barang makanan. nak tengok tarikh luput dan segala bagai kan. 

eh, relax la.  

baca label dan elakkan produk makanan atau minuman di mana gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan!

kenapa? 

Peraturan-peraturan Makanan 1985 mewajibkan pelabelan ramuan dalam semua produk makanan. kalau nak tahu senarai ramuan hendaklah disusun mengikut kuantiti. kuantiti yang paling banyak mesti dilabel sebagai ramuan pertama dan seterusnya.

haaa,ini yang penting nak bagitahu. sila semak kandungan gula pada senarai ramuan produk makanan. kalau gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.

FAKTA KESIHATAN (konon pakar dietetik)

nak tahu kehebatan buah-buahan tak?
gula membekalkan kalori TANPA nutrien lain. tapi buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral.

sebijik pisang membekalkan 44kilokalori, 6 g gula dan 2.3 g vitamin C 
sebijik kueh mengandungi tenaga, gula dan LEMAK!

mari makan aku wei!

Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, gantikan pengambilan makanan manis dengan buah-buahan. sekian terima kasih.


p/s: haa, apa kata sambil anda makan tu tolong tengok-tengokkan label tu dan bagitahu saya makanan apa dan kuantiti ramuan yang utama. boleh la kumpul maklumat.:D selamat makan~~