Friday, June 8, 2012

Blogshop list yang comel-comel.



Holla!!


Honestly, aku ni jenis orang yang gilo online 25 jam sehari. Nak tahu apa aku buat depan laptop selain jadi penunggu facebook dan twitter?? Aku suka klik, cuci mata tengok baju-baju comel, berkeinginan nak beli, tanya macam-macam kat owner blogshop tapi sehingga ke hari ini aku belum lagi beli baju-baju atau apa-apa la secara online.


 Aku bukan nya takut kena tipu tapi sebab malas nak keluar pegi bank in duit, transfer duit dan seumpama dengan itu. Tambah lagi, banyak blogshop kena buat payment melalui maybank. Aku takde maybank. Ingat nak buka akaun maybank tapi aku dah ada 3 akaun, semuanya pasif takde duit kehkehkeh. Kalau aktif pun CIMB je, aktif keluar duit macam air. Nak tunggu duit masuk memang berjanggut huh.


Jadi aku nak share la sikit dengan korang blogshop yang aku suka skodeng. Mungkin boleh membantu sedikit sebanyak kan.


Pretty Please

Okay, ini bukan blog tapi FBshop. 

  Pretty Please. Yup, untuk sape-sape yang pretty aje ngeh3. Aku kenal page ni lepas di'review' oleh Jejari Runcing (oooppss kantoi aku baca belog jejari runcing) hehehe. Katanya Pretty Please ni jual pakaian untuk orang-orang renek macam kiteww ini. Skirt mostly yang kita jumpa sesuai untuk orang yang tinggi tapi di PP tidak sama sekali. PP banyak jugak skirt yang sesuai dipakai oleh orang berkaki pendek. :D



LadiesFash

Boleh lawat blog Ladiesfash.blogspot.com


LadiesFash. Seriously banyak baju yang cantik. Kepada sesiapa yang suka dan rajin untuk pakai inner memang sesuai la sebab baju-baju dia mostly baju "girlish" yang berlengan pendek atau pun tanpa lengan. Sangat comel cuma aku ni je malas nak pakai baju ber'inner' bagai. Lemas. 



Tudung Adijuma
Cetusan Idea Datin Norjuma




Tudung Adijuma. Okay yang ni sejujurnya aku bukan nak skodeng jenis tudung apa yang tengah 'in' skang. Aku cuma nak skodeng Datin sorang ni, kenapa la lawa sangat. Aku skodeng cara dia pakai tudung. Tapi cukup la sekadar tengok-tengok aje, tak mampu aku nak tiru gaya dan style dia. Muntah darah orang tengok aku nanti wakakaka.



Okay la, kali ni aku review 3 je dulu. Nanti-nanti lah aku bagi list untuk blogshop yang jual kain ela pulak, boleh la korang tengok ada yang berkenan boleh beli buat baju raya ye. Selamat mencuci mata~~




4 comments:

YAT said...

Aku baru 2x order baju on9. Dari blog yg blainan. Berdebar2 okeh time nk tunggu barang sampai.

Luckily, sumenye ok n tbaekkkkk.. :)

mar yanie said...

cantek x? bg link blogshop tu pls..aku nk skodeng.

YAT said...

not bad la..nnt aku wat entry khas utk ko. ngeh3

mar yanie said...

begheeehhh...;p