Skip to main content

Extra tips; Jawapan kepada kurus.




Okay, aku ada dua lagi tips tambahan untuk dikongsi bersama.



MAKAN PAKAI SUDU

Ini memang masalah besar aku. Bila makan pakai sudu, terasa macam nasik tak lekat di perut je. Lebih-lebih lagi kalau masa tu perut tengah lapar yang amat. Makan pakai tangan juga yang best, siap jilat jari lagi. Tak dapat bayangkan apa jadi kalau aku makan pakai chopstick. Mesti lepas makan, terus rasa lapar balik. Tapi memang tak mungkin aku pakai chopstick sebab tak reti weh. Nak makan guna sudu pun bunyik kung kang kung kang sudu berlaga dengan pinggan, silap-silap ayam pun boleh terbang ke pinggan orang lain (eleh macam tak biasa kahkahkah). Harap-harap my future husband *bluwekkk muntah* tak buat majlis resepsi kawen kat hotel Mariott bhahahaha. Kalau tidak, harus kena prektis berbulan-bulan..tsk tsk tsk.


Bihun Hong Kong, jenuh nak tunggu siap sebab jauh kenss, kena pegi Hong Kong dulu. Tapi aku sanggup tunggu, one of my feveret menu.


AMBIL MASA LAMA UNTUK KUNYAH MAKANAN

Semalam, bos tempat keje aku belanja makan-makan. KFC+Pizza Hut. Terbaik la kan. Mungkin bos nak celebrate birthday aku sebenarnya cuma dia malu nak announce kahkahkah poyo jek. Pastu masa makan-makan, aku memang suka bercakap-cakap. Takleh nak pokus betul-betul, macam-macam benda aku nak bergosip dengan Azma a.k.a kak jemah (kawan sekerja). Orang lain dah bedal 3 ketul ayam, 4 pcs pizza...aku?... 1 ketul ayam besar (tu pun tak habis), 2 pcs pizza, serious penat weh aku nak kunyah. Lambat gila makan.


Tiba-tiba Gladys cakap "Aku tahu kenapa kau kurus, sebab kau amik masa lama nak kunyah makanan. Tengok macam aku, datang lambat tapi dah makan lebih banyak dari kau". Hrmmm, betul! Aku punya pesen kan kalau keluar makan dengan family atau kawan-kawan, aku jarang tunggu semua orang dapat makanan. Aku start makan dulu sebab aku tahu lastly aku yang akan lambat habis. Lepas tu semua orang akan tunggu kau. Lepas tu kau rasa tak sedap hati orang tunggu terus kau stop makan.



Aku punya feveret dulu, kini dan selamanya. Dari kampung ke bandar, mesti nak ini!  


Mokcik muka puas hati dapat lepas gian makan sate Kajang Haji Samuri ORIGINAL Kajang Mari. Tak main la makan kat branch die yang lain.




Comments

Popular posts from this blog

TRENGKAS

Apa itu TRENGKAS?

Sape-sape yang rajin sangat mohon kerja kerajaan, mesti selalu jumpa perkataan "trengkas" kat borang permohonan. Namanye selalu jumpa tapi tahu tak apa benda tu? Aku pun baru terpanggil untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut. Selama ni ignore je part trengkas ni. Owh, then no wonder la aku tak pernah dapat offer interview dari company kerajaan yang mana aku apply. Mungkin sebab tak isi bahagian trengkas ni kot.

Mari la kita sama-sama belajar yer. TRENGKAS berasal dari dua perkataan iaitu Tulisan Ringkas. Nak tahu macam mana rupa bentuk trengkas, come closer. Sila zoom betol-betol okay!


Sekali pandang macam tulisan jawi tapi dua tiga kali pandang macam cacing pulak. Sebenarnya kita jarang guna trengkas ni. Selalunya kita guna short form. Contoh; Yang-yg, cantik-cntk. Biasanya time ber-sms la kita guna sebab nak jimat kredit kan. Contoh lain;
AKA = also known as OTW = on the way ASAP = as soon as possible  

Sape yang selalu guna trengkas? Aku dah try …

Starter pack Bio-essence Bird's Nest

Oh oh oh.. I check kat stat rupa-rupanya ramai yang terjah belog ni sebab nak baca reviews alat-alat kecantikan yang i dah banyak review kat sini especially Bio-essence Bird's Nest. Sebelum ni saya pernah buat review kat sini. And my review untuk produk ni sangat bad. Takut nye kalau saya dah mempengaruhi semua orang jangan guna produk bio-essence ni. Padahal teknik pemakaian saya dah salah, tu yang effect teruk.


In response to that and plus plus saya tak nak membazir sebab pencuci muka dia banyak lagi tak guna, nak tunggu expired jer, so saya pergi kat watson cari beauty consultant tanya cara-cara nak apply produk bio-essence ni macam mana.


Okay, here we go! Kalau korang determine sangat nak guna produk bird's nest ni, kena beli satu set. Satu set lengkap ada;
Nuti-Collagen & Whitening CleanserNutri-Collagen & Whitening AdvancerNutri-Collagen & Whitening EssenceNutri-Collagen & Whitening Cream
At first, prejudice jugak nak beli sebab kat situ semua mention whi…

Review; Bio-essence Bird's Nest Nutri Collagen & Virgin Coconut Oil

Bagus sangat ke produk yang ada bird's nest ni? Bila tengok Fazura kat TV jadi duta produk Nutox yang ada bird's nest content, terus nak try. Tapi saya try produk bio essence, harga nya mak ai, mahal la RM 24.80. Kalau guna safi balqis baru RM 10 je. Biasalah orang cakap lagi mahal lagi bagus bukan?

Bio Essence Bird's Nest Nutri Collagen
Nama kemain hebat lagi tu. Ada sarang burung la, ada collagen la. Mesti double triple dia punya action kan. Tak sabar nak tengok hasil nya.

Lepas dua minggu try pakai pencuci muka Bio essence tu, rasa nak menangis woo. Jerawat naik berlambak-lambak especially kat dahi. So scary! Penuh dahi bagai tak cukup ruang. Owh, inikah penangan sarang burung? Terus terbayang, macam mana nak bagus sarang burung ni, burung duk berak  kat dalam tu, orang pergi buat research kata bagus. Ptuiiiii..hahaha

Sebenarnya nak tunggu sebulan pakai sebab nak tengok hasil produk  ni kan. Manalah tahu dia nak elokkan muka, tu yang timbul berlambak-lambak jerawat as a pe…