Skip to main content

Gelabah punya pasal la.







Muka gelabah tapi masih comel.




Paham tak perasaan bila depan orang tak boleh nak tunjuk kau boleh buat tapi bila diorang pegi tiba-tiba je benda tu boleh buat. Sakit hati kan? Rasa cam nak panggil balik je suh dorang datang tengok tapi dah terlambat. Kalau ada orang tunggu dan tengok kita buat keje, kompem gelabah pastu macam-macam lah nak salah dan dan masa tu jugak. Ye dok? Kenapa ye? sebab kita nak buat yang terbaik, alih-alih benda jadi makin lambat. Mesti orang pikir kita ni lembap kan buat keje? Padahal diorang tak tahu kita ni buat keje camne. Hakikatnya memang lambat pun kahkahkah.




Dua tiga hari lepas, aku pinjam komputer orang nak taip surat rasmi (komputer iols kan terbakar), pastu si owner pulak duk kat tepi tengok aku duk taip. Gelabah lain macam, bagai nak gugur jantung. Aku ni pemalu, jangan la tenung macam tu kan. So, dengan pantas jari-jemari runcing ni menaip dan saja je la nak tunjuk aku ada kebolehan menaip dengan pantas, lebih kurang 30 perkataan per saat perghhhh. Entah la badi apa yang melekat, berterabur sekali aku tekan keyboard, asyik backspace je sebab salah taip haishhh. Terjejas reputasi.




Kalau dulu-dulu ingat lagi tak masa exam, cekgu datang jalan-jalan, kita ni duk berdoa harap-harap cekgu tak singgah kat bucu meja kan tapi kita jugak yang dipilihnya. Pastu tiba-tiba idea yang melimpah ruah terus hilang. Ahhhh, tidak.....Lepas tu mula lah duk belek-belek cari page yang fully boleh jawab semua, biar cekgu tahu "budak ni boleh tahan jugak pandai" walaupun hakikatnya page lain kosong tak berjawab kahkahkah. Okay, dulu aku pernah kantoi masa exam Agama Islam kot kalau tak silap, cekgu tanya awak duk kira apa tu? Soalan agama pun ada kira-kira eh? "Erk, saya tengah kira berapa markah yang bakal saya dapat" teheeeeee.








P/s; Jangan gelabah sangat hokkay, harus berlagak cool setiap masa..





Comments

YAT said…
smiley ko letak tu ade jerawat? hihi
mar yanie said…
sesuai la melambangkan aku..kah3

Popular posts from this blog

TRENGKAS

Apa itu TRENGKAS?

Sape-sape yang rajin sangat mohon kerja kerajaan, mesti selalu jumpa perkataan "trengkas" kat borang permohonan. Namanye selalu jumpa tapi tahu tak apa benda tu? Aku pun baru terpanggil untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut. Selama ni ignore je part trengkas ni. Owh, then no wonder la aku tak pernah dapat offer interview dari company kerajaan yang mana aku apply. Mungkin sebab tak isi bahagian trengkas ni kot.

Mari la kita sama-sama belajar yer. TRENGKAS berasal dari dua perkataan iaitu Tulisan Ringkas. Nak tahu macam mana rupa bentuk trengkas, come closer. Sila zoom betol-betol okay!


Sekali pandang macam tulisan jawi tapi dua tiga kali pandang macam cacing pulak. Sebenarnya kita jarang guna trengkas ni. Selalunya kita guna short form. Contoh; Yang-yg, cantik-cntk. Biasanya time ber-sms la kita guna sebab nak jimat kredit kan. Contoh lain;
AKA = also known as OTW = on the way ASAP = as soon as possible  

Sape yang selalu guna trengkas? Aku dah try …

Starter pack Bio-essence Bird's Nest

Oh oh oh.. I check kat stat rupa-rupanya ramai yang terjah belog ni sebab nak baca reviews alat-alat kecantikan yang i dah banyak review kat sini especially Bio-essence Bird's Nest. Sebelum ni saya pernah buat review kat sini. And my review untuk produk ni sangat bad. Takut nye kalau saya dah mempengaruhi semua orang jangan guna produk bio-essence ni. Padahal teknik pemakaian saya dah salah, tu yang effect teruk.


In response to that and plus plus saya tak nak membazir sebab pencuci muka dia banyak lagi tak guna, nak tunggu expired jer, so saya pergi kat watson cari beauty consultant tanya cara-cara nak apply produk bio-essence ni macam mana.


Okay, here we go! Kalau korang determine sangat nak guna produk bird's nest ni, kena beli satu set. Satu set lengkap ada;
Nuti-Collagen & Whitening CleanserNutri-Collagen & Whitening AdvancerNutri-Collagen & Whitening EssenceNutri-Collagen & Whitening Cream
At first, prejudice jugak nak beli sebab kat situ semua mention whi…

Review; Bio-essence Bird's Nest Nutri Collagen & Virgin Coconut Oil

Bagus sangat ke produk yang ada bird's nest ni? Bila tengok Fazura kat TV jadi duta produk Nutox yang ada bird's nest content, terus nak try. Tapi saya try produk bio essence, harga nya mak ai, mahal la RM 24.80. Kalau guna safi balqis baru RM 10 je. Biasalah orang cakap lagi mahal lagi bagus bukan?

Bio Essence Bird's Nest Nutri Collagen
Nama kemain hebat lagi tu. Ada sarang burung la, ada collagen la. Mesti double triple dia punya action kan. Tak sabar nak tengok hasil nya.

Lepas dua minggu try pakai pencuci muka Bio essence tu, rasa nak menangis woo. Jerawat naik berlambak-lambak especially kat dahi. So scary! Penuh dahi bagai tak cukup ruang. Owh, inikah penangan sarang burung? Terus terbayang, macam mana nak bagus sarang burung ni, burung duk berak  kat dalam tu, orang pergi buat research kata bagus. Ptuiiiii..hahaha

Sebenarnya nak tunggu sebulan pakai sebab nak tengok hasil produk  ni kan. Manalah tahu dia nak elokkan muka, tu yang timbul berlambak-lambak jerawat as a pe…