Saturday, August 21, 2010

ketuk-ketuk ramadhan

wah! pejam celik pejam dan tak celik-celik tup tup dah nak masuk hari ke-13 dah puasa.alhamdulillah.

petang tadi tetiba jadi rajin, buat kueh onde-onde @ buah melaka. tapi tak nak panggil buah melaka sebab tak sempat nak pegi buat kat melaka tadi kikiki.

kerja jadi senang tadi bila ada dua orang assistant yang sangat rajin membantu dan sedia berkhidmat dari awal sampai la siap. diorang ni memang dah expert dah sebab selalu prektis golek-golek plastisin. kacang jer tu.

muka kepenatan

proses pembentukan bentuk bola. golek jangan tak golek.
rebus-menrebus..
tadaaa..yummi3..

perasan tak sebelum direbus, saiz nye xxs..bila dah masak hoh!! tapi sangat enak dimakan..hihihi

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya 

1 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]

Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh dibentuk.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan. 


ppsssttt: resepi ni telah di copy paste..hee

selamat bersahur..

5 comments:

SFarhana said...

woww! mantap lah yani. rasa jugak nak buat sebab teringin nak makan. tapi sin xde jual tepung pulut n gula melaka. huh sadiss.

Mar Yanie said...

tina..ahaks..ni yg paling simple..at least ade jugak menu yg taw buat..hahaha

alya said...

bestnye yani.kirim2 la sket kt skudai ney.hehe.

Mar Yanie said...

alya..rindu la bazar ramadhan kt utm..sob3

Malwanaz said...

oohh..Malwana dah tau dah apa yang nak wat ngidam pembukak selera berbukak puasa maghrib ni..hhehe