Skip to main content

Oh baru ku tahu rupa-rupanya.......



Hai uolsss.. Assalamualaikum..


Okay meh nak tanya sikit, ada tak antara korang ni baru je discover yang korang boleh buat sesuatu benda yang very unexpected? yang selama ini korang tak pernah tahu yang korang boleh tidur sambil berdiri ke, boleh menyanyi depan orang ke dan bla bla bla.


Mesti ada yang baru perasan kan? kan? kan? Owh rupanya aku boleh gemuk, ingatkan keturunan aku memang kurus-kurus tak boleh nak gemuk dah hahaha. Tapi sekarang huh bukan main melebar lagi pipi dan paha ku ini. Sungguh sakit hati.


Contoh macam aku ni baru je discover yang aku boleh melukis rupanya. Ala lukis hodoh-hodoh je. Dulu masa darjah 3 macam tu aku memang suka melukis. Lukis bukit dan di celah-celah bukit mesti ada matahari keluar separuh, ada 2 3 ekor burung terbang di awan, pastu lukis sawah padi, rumah banglo 2 tingkat, kereta kura-kura, orang lidi. That's my expertise! hahaha.


Since last year, aku start balik melukis. Saja-saja melukis kat office sambil tunggu jam pukul 5.30 sharp nak blaaahh balik rumah. Lepas lukis, aku selit kertas-kertas di bawah keyboard. Bertimbun-timbun dan aku selalu lupa nak buat housekeeping meja aku setiap minggu. Ceh, padahal aku memang pemalas. Nak kemas meja sendiri sebulan sekali pun dah cukup bagus.


Minggu lepas aku cuti 2 hari. Adik cleaner memang setiap minggu akan datang cuci-cuci office. Huh, dia pergi lap meja aku habis diangkat kertas-kertas yang aku selit bawah keyboard tu. Pastu letak atas tray terdedah macam tu je yang mana siapa yang lalu area situ akan nampak! Aiyoooo, nampak sangat aku ni takde kerja nak buat asyik melukis je kan!



I am mysterious person, full of secret. 




Before edit


After edit: Aku seorang yang tegas, jangan cari pasal okay!


Before edit



After edit: Hai ana muslimah!



Bahahaha. Amacam? Banyak lagi yang aku lukis tapi taknak upload sebab internet lembap macam siput. Oh lupa bil streamix tak bayar lagi bulan ni hahaha. 


Hrmm aku pikir daripada aku lukis gambar cartoon orang, better aku design baju pengantin ke. Kannnnnn?? Okay la, chowwww dulu..

Comments

Popular posts from this blog

TRENGKAS

Apa itu TRENGKAS?

Sape-sape yang rajin sangat mohon kerja kerajaan, mesti selalu jumpa perkataan "trengkas" kat borang permohonan. Namanye selalu jumpa tapi tahu tak apa benda tu? Aku pun baru terpanggil untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut. Selama ni ignore je part trengkas ni. Owh, then no wonder la aku tak pernah dapat offer interview dari company kerajaan yang mana aku apply. Mungkin sebab tak isi bahagian trengkas ni kot.

Mari la kita sama-sama belajar yer. TRENGKAS berasal dari dua perkataan iaitu Tulisan Ringkas. Nak tahu macam mana rupa bentuk trengkas, come closer. Sila zoom betol-betol okay!


Sekali pandang macam tulisan jawi tapi dua tiga kali pandang macam cacing pulak. Sebenarnya kita jarang guna trengkas ni. Selalunya kita guna short form. Contoh; Yang-yg, cantik-cntk. Biasanya time ber-sms la kita guna sebab nak jimat kredit kan. Contoh lain;
AKA = also known as OTW = on the way ASAP = as soon as possible  

Sape yang selalu guna trengkas? Aku dah try …

Starter pack Bio-essence Bird's Nest

Oh oh oh.. I check kat stat rupa-rupanya ramai yang terjah belog ni sebab nak baca reviews alat-alat kecantikan yang i dah banyak review kat sini especially Bio-essence Bird's Nest. Sebelum ni saya pernah buat review kat sini. And my review untuk produk ni sangat bad. Takut nye kalau saya dah mempengaruhi semua orang jangan guna produk bio-essence ni. Padahal teknik pemakaian saya dah salah, tu yang effect teruk.


In response to that and plus plus saya tak nak membazir sebab pencuci muka dia banyak lagi tak guna, nak tunggu expired jer, so saya pergi kat watson cari beauty consultant tanya cara-cara nak apply produk bio-essence ni macam mana.


Okay, here we go! Kalau korang determine sangat nak guna produk bird's nest ni, kena beli satu set. Satu set lengkap ada;
Nuti-Collagen & Whitening CleanserNutri-Collagen & Whitening AdvancerNutri-Collagen & Whitening EssenceNutri-Collagen & Whitening Cream
At first, prejudice jugak nak beli sebab kat situ semua mention whi…

Review; Bio-essence Bird's Nest Nutri Collagen & Virgin Coconut Oil

Bagus sangat ke produk yang ada bird's nest ni? Bila tengok Fazura kat TV jadi duta produk Nutox yang ada bird's nest content, terus nak try. Tapi saya try produk bio essence, harga nya mak ai, mahal la RM 24.80. Kalau guna safi balqis baru RM 10 je. Biasalah orang cakap lagi mahal lagi bagus bukan?

Bio Essence Bird's Nest Nutri Collagen
Nama kemain hebat lagi tu. Ada sarang burung la, ada collagen la. Mesti double triple dia punya action kan. Tak sabar nak tengok hasil nya.

Lepas dua minggu try pakai pencuci muka Bio essence tu, rasa nak menangis woo. Jerawat naik berlambak-lambak especially kat dahi. So scary! Penuh dahi bagai tak cukup ruang. Owh, inikah penangan sarang burung? Terus terbayang, macam mana nak bagus sarang burung ni, burung duk berak  kat dalam tu, orang pergi buat research kata bagus. Ptuiiiii..hahaha

Sebenarnya nak tunggu sebulan pakai sebab nak tengok hasil produk  ni kan. Manalah tahu dia nak elokkan muka, tu yang timbul berlambak-lambak jerawat as a pe…